Mama baru sahaja menghabiskan buku Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu. Penulisnya Roza Roslan. Beliau ialah isteri kepada Prof Kamil, penulis buku Travelog Haji. Maka tidak hairanlah sekiranya bau-bau/aura-aura cara penulisan mereka agak ada persamaan - ringkas, padat. Cuma tetap ada kelainan apabila ia datang daripada seorang penulis wanita, ia memang banyak menyelitkan kisah-kisah berkaitan perasaan.
Apa yang mama suka tentang buku ini ialah ianya banyak mengimbau kembali kenangan mama sendiri. Saya boleh relatekan apa yang ditulis dengan cerita saya sendiri! Rasanya kalau boleh komen setiap bab tu mama pun rasa nak komen dan kongsi pengalaman mama sendiri. Bab-bab seperti kasut getah, buah koko, lampu gasolin, petai, banjir, buku nyanyian - i feel so nostalgic!
Kasut getah
Kasut ini bukan mama yang pakai untuk pergi sekolah, tapi bak guna untuk pergi ke kebun. Dan memang ada kawan-kawan yang pakai kasut getah untuk pegi sekolah. Berlainan dengan mama, mama ada cerita tersendiri tentang kasut sekolah. Apabila tiba awal tahun, kami akan dapat sorang sepasang kasut. Dan kasut itu akan kami gunakan hinggalah hujung tahun. Dan selalunya kalau dah sampai ke pertengahan tahun, kasut kami sudah mula berlubang di bahagian ibu jari, hingga terkeluarlah ibu jari!! Apa taknya, kasut itulah untuk segalanya - sekolah pagi, sekolah petang, sukan, pengakap - semua kasut itu. Selagi boleh bertahan, bertahanlah. Kalau tak tahan, kami jahit sahaja bahagian yang berlubang itu. Bila dah sampai tahun baru, lega rasanya dapat kasut baru.
Buah koko
Dulu kebun bak hasil utamanya ialah kopi, kelapa dan koko. Tapi mungkin tak berapa banyak pokok koko. Yang lebih banyak ialah kopi. Apabila tiba musim kopi, kami sekeluarga akan berbondong-bondong ke kebun untuk memetik kopi. Ah berbondong-bondong pun paling ramai 5 orang je sebab naik vespa. Setiap orang akan dibekalkan dengan sebiji tong yang bak sudah modifykan untuk mengisi buah2 kopi. Kalau ramai-ramai tolong, setengah hari dah boleh dapat 1-2 kantong. Lepas itu kami akan jual dengan tokey kopi di Parit Maimon. Tapi kini pokok kopi dah digantikan dengan kelapa sawit. Duit kopi inilah yang membantu bak membesarkan kami 11 adik beradik. Nak harapkan gaji cikgu saja mungkin tak berapa nak cukup. Jadi setiap hujung minggu memang kami selalu kena tolong bak petik kopi. Hehe cerita koko dah jadi kopi...
Lampu gasolin
Alhamdulillah sejak mama lahir lagi memang dah ada elektrik. Tapi lampu gasolin tetap ada sebagai backup. Rasanya dulu macam selalu je takde elektrik. Oh dulu rasanya mama pun pandai hidupkan lampu gas ni! Masukkan minyak tanah, pam sampai naik gas dia, kemudian cucuh api (eh ke cucuh api dulu pastu baru pam???). Isy dah lupa dah. Tapi rasa boleh tahan juga terangnya lampu gas ni.. Namun sampai satu ketika tu lampu gas ni rosak. Jadi kami terpaksa gunakan lampu pelita. Tiba pulak masa tu masa exam. Jadi kami adik-beradik akan mengelilingi lampu pelita dengan buku masing-masing untuk ulangkaji. Disebabkan kami perlukan pencahayaan yang lebih, kami panjangkan sumbu pelita tu supaya apinya besar. Esok pagi bila mahu ke sekolah, kami semua tergelak besar tengok hidung masing-masing. Semuanya hitam! Terutamanya Raha!! hahhaha.. mungkin sebab lubang hidung dia besar sikit daripada kami yang lain maka dialah yang menyedut jelaga lampu pelita malam tadi yang paling banyak!! hehhehe... Memang tak dapat dilupakan...
Petai
Ditulis situ petai rambai. Sebenarnya mama pun tak tau namanya petai rambai. Tapi memang dia bukan petai yang letak dalam sambal petai tu. Saiznya lebih kecil dan halus. Baunya taklah sehebat petai biasa tu. Kami memang suka makan petai ni. Lepas habis isinya dimakan, kulitnya boleh dibuat muzik. "Kelepek, kelepek" bunyinya. Ada lagi pokok petai kecik ni kat tepi rumah kampung. Tapi tak ada siapa yang pedulikan lagi. Buah-buahnya kering sendiri. Rasanya bila balik kampung lagi mama nak cari balik la petai ni.
Banjir
Dulu rumah kami memang agak rendah. Bila hujan lebat sikit air akan masuk bahagian bawah rumah. Nasib baik rumah kami ada 2 level. Biasalah rumah kampung. Apabila air naik, tikar getah akan digulung, kerusi-kerusi akan disusun dari dapur ke tangga ke rumah bahagian atas. Masak kat dapur pun atas kerusi! Alim akan buat rakit menggunakan tin-tin biskut yang diikat dengan tali. Dan kami akan berdayung keliling rumah. Seronoknya bila teringat balik. Tapi bila banjir hampir surut, masa ni la yang paling tak best. Sebab air banjir dah mula berkeladak. Dan cacing!!!! Ia berada di mana-mana!! Satu lagi dulu kami pantang hujan lebat. Kami akan merayu-rayu dengan mak untuk main hujan. Bila dah dapat greenlight, bersorak gembiralah kami dapat main hujan. Tapi yang peliknya tak pulak demam lepas main hujan tu ye...
Wah rasanya mama pun boleh buat satu buku sendiri lah. Kalau mama buat agak-agak kena saman tak sebab tiru konsep dia?? hehhehe...
Ah syoknya bercerita nostalgia masa kecik....
No comments:
Post a Comment