September 16, 2009

itu ini begitu begini

5 tahanan ISA akan dibebaskan hari ini

Alhamdulillah syukur.. lebih-lebih lagi bila membaca catatan Merah Hitam rasa nak mengalir air mata mama sebab tumpang gembira. Just imagine... after 7 years..

Happy Birthday Humaira Maisara 12/09/09

hehe lambat sikit nak wish kat blog ni. tak nyempat-nyempat. last weekend celebrate kat rumah nenek masa buka pose. sekali dengan adam share the same birthdate. tengok la kek tu comel tak? hehhe... buat syarat je... beli besar nanti tak termakan lak..


Happy Birthday Raihana 16/09/09

Hari ni birthday raihana. Hmm.. terpaksalah menyambut besday dengan mata sepet sebelah ye raihana. cian dia.. allergic tak baik-baik lagi.. insya allah nanti mama beli kek kecik lagi untuk raihana pulak pastu kita sambut kat rumah nenek lagi ye... meriah sikit ramai orang...

updated..


ingatkan kek hari tu dah comel.. yang ni lagi comel.. heheh


tengok tu.. ni sapa punye besday sebenornya ni? abis raihana kena kerumun...
ala... sapa la yang amik strawberry birthday girl ni...

Hari-hari terakhir ramadhan..

Lipatgandakan amalan.. cepat-cepat sale pahala dah nak habis... Satu lagi... sapa yang mampu, jangan lupa hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya adik beradik kita sendiri yang kurang berkemampuan... Mereka pun nak sambut raya dengan baju baru juga kan... Kan tak best kalau kita beraya sakan tapi anak2 saudara kita tak dapat baju baru pun... hmm... mama pun baru teringat hari ni... dok hulur-hulur kat orang tapi yang lebih dekat dengan kita tu yang lebih penting sebenarnya...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Insya allah kami akan balik kampung hari Jumaat nanti.. Subuh-subuh lagi kami akan bertolak.. hehhe... insya allah... Kepada semua pembaca blog mama yang terang atau yang senyap, mama ucapkan selamat hari raya dan mohon ampun dan maaf atas segala salah silap di alam maya mahupun di alam nyata.. semoga semua dapat menyambut raya dengan gembira.. dan berhati-hati lah di jalan raya..

Selamat Hari Raya...!!!
dari mama, ayah, luqman, humaira, maisara, imran & raihana....

September 10, 2009

Dilema di Bulan Ramadhan

Dilema 1

Setiap hari nak kena fikir juadah berbuka puasa dan bersahur.. Nak makan apa ye? kalau tak masak pun berdilema juga nak tunjuk yang mana kat bazar ramadhan tu. Selain daripada dilema apa yang nak dibeli/dimasak, dilema juga tentang kuantitinya..

"mm... budak-budak suka kuih nih.. beli banyak sikit la..."
"cukup ke banyak ni yek.. takde nasi pulak.."

dilemanya.. sedap semalam tak semestinya sedap hari ini...

Dilema 2

Bila tiba waktu berbuka, tu dia penuh/tak muat satu meja... err.. Sebenarnya pinggan je besar. Isinya 2-3 ketul je (kalau kuih). Cubalah untuk tidak berlebih-lebihan.. Bila berlebih-lebih tu yang tambah dilema tu... Keluar masuk peti ais dah berapa hari dah. Dok jeling-jeling je tong sampah belakang pintu tu. Tapi nasib baik la kat rumah tu ada koko n oren.. boleh la tolong habiskan mana yang kami tak larat nak perabih.. kuranglah pembaziran.

Dilema 3

Asyik cerita pasal makan je.. :) cerita lain pulak..

Bila tiba waktu terawikh, hajat di hati memang la nak bersama-sama memeriahkan surau beramai-ramai solat terawikh. Tapi apakan daya.. ada bende-bende nak kena prioritize.. Dalam keadaan anak-anak masih kecil dan ramai, tak mahu diorang keboringan dan buat bising kat surau. Jadi semampu yang boleh terawikh la di rumah. Bila terawikh sorang-sorang kat rumah memang la dilema sebab cepat mengantuk. Bila kat rumah macam-macam la 'gangguan'nya...

"mama nak itu.."
"mama nak ini.."
"mama, raihana buat tu.."
"mama, imran buat kite.."

kadang-kadang dapat penuh, kadang-kadang dapat 4, ada ketika dapat 2, ada juga tak dapat nak buat....

selain tu dok sibuk juga kerja rumah lain... basuh baju, gosok baju, sidai baju, lipat baju, prepare baju, sapu, kemas dapur...

dilema.. dilema...

insya allah semoga mama dapat buat yang terbaik...

Dilema 4

Bila nak tadarus kat opis... alhamdulillah ada kumpulan tadarus.. kalau nak tadarus sorang-sorang kononnya segan kalau orang dengar.. satu lagi nak kena jaga wudhu'.. orang pompuan ni leceh sikit bila nak renew wudhu'. :) tu yang kalau boleh tahan dari zohor sampai asar. kalau pagi selalu juga niat nak buat dhuha.. dari rumah dah siap wudhuk. Tapi bila sampai opis selalunya mesti nak pegi toilet dulu. nak renew wudhuk mekap baru lagi.. hehhe...

dilema.. dilema...

Dilema 5

Bila nak balik rumah.. mak ai... jemnya.. kalau tak nak jem 4.20 dah turun.. memang laju je.. tapi kan baru masuk asar. tak suka nak rushing-rushing kat rumah.. so tunggulah solat asar dulu. tapi kat bawah tu memang tengah jem.. kalau tak nak jem sangat parking la kat luar... terbang la sikit duit...

err.. apa yang dilema nye? dilema la nak tempuh jem ke tak nak.. hehheh..

Dilema 6

Bila anak-anak kata "mama, tak larat dah ni... dahaga sangat...".. Yang ini memang lemah sikit.. kalau dah dekat nak buka puasa lagi 1-2 jam tu tunggulah dulu.. Pujuk-pujuk... (asalkan jangan jadi macam last year sudah. Nak pujuk punya pasal nak belikan aiskrim untuk buka puasa naik motor akhirnya tersembam sebelah periuk masak ketupat..huhu). Dilema la nak bagi bukak pose ke tak nak bagi... Tapi tahun ni memang tahun tak puasa untuk Humaira disebabkan batuk yang berpanjangan...

Tahun ni pun mama rasa ayah linient sikit bila budak-budak kata tak larat. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang dan juga sebab tengah sibuk dengan H1N1 ni takut budak-budak bila lemah senang dapat penyakit.. Tapi yang penting bila Humaira Maisara kata tak larat tu ialah betul-betul tak larat, bukan sebab teringin nak makan biskut oreo yang imran tengah makan ke... Salut juga diorang ni pose tahun ni bila nampak imran/raihana makan something yang best, diorang takdelah merengek nak jugak. sebaliknya cuma cakap kat imran suruh simpan sikit untuk diorang berbuka pose nanti.. Di situ nampaknya dah berjaya dah latihan puasa tu untuk menahan bukan sahaja lapar dahaga tetapi juga menahan nafsu.. alhamdulillah...

Dilema 7

Bila dah dekat nak raya.. apa saja lagi la yang belum dibeli.. baju raya settle.. kuih raya dah order tapi belum dapat lagi... tudung matching baju raya alamak belum lagi... baju casual untuk raya untuk ayah belum lagi... untuk the kids dah beli dulu masa gi jcard sale... yang dilemanya ada yang dah tak muat.. huhuuhu... kasut raya... isk... isk... bila lagi la mau cari...

Dilema 8

Kampung sapa tahun ni? nasib baik kami tak dilema sangat pasal ni sebabnya selalunya whatever it is, kampung separap la menang.. hehheh.. kalau tak pagi raya dah sampai, petang raya mesti sampai... sampailah habis cuti raya..

Dilema 9, 10, 11, dan seterusnya....

Ah, hidup kita ni memang la setiap hari penuh dengan dilema... tak semestinya bulan pose je.. Life is about making choices... So choose wisely... Always ask guidance from Allah... Insya Allah whatever you do, it will be what is best for you...

Akhir kata, semarakkan lagi 10 malam terakhir ramadhan...

September 03, 2009

Celoteh di hari yang sejuk

Hari ini mama datang office lambat sebab bawa Humaira dan Raihana ke klinik dulu. Humaira batuknya tak reda-reda dah seminggu. Ubat pun dah habis. Doktor kata ada tonsil sikit, kelenjar bengkak. Tapi memang agak teruk juga batuk humaira tu. Kahak macam tak berapa ada tapi memang jenis batuk kung kung punya. Jadi puasa humaira pun memang tak berapa cantik la tahun ni sebab kesian tengok dia batuk. Kena minum air banyak. Hopefully ubat-ubat kali ni boleh kurangkan batuk humaira.

Raihana pulak baru nak start batuk sejak 1-2 hari lepas. Sebelum jadi teruk lebih baik mama bawak pegi klinik awal-awal. Lebih-lebih lagi cuaca sekarang ni pun agak sejuk. Boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan. Kalau tak tahan memang senang jatuh sakit.

Mama pun dah mula terasa perit-perit tekak ni. Tadi mintak ubat juga kat doktor. Ubat sakit tekak. Harapnya tak melarat jadi batuk dan selsema.

Tadi mama sampai opis dalam pukul 10.30am. Round 3 kali tak jumpa parking. Punyalah penuh. Sampaikan tempat yang illegal pun penuh juga. Kelihatan DBKL officer tengah syok menulis surat cinta (surat saman la..). Inilah masalah besar kat menara ni. Tempat parking tak pernah cukup. Dulu ingatkan construction depan lobby tu nak buat parking, rupanya nak tambah satu lagi bangunan office. Makinlah jemnya tempat ni..

Disebabkan dah 3 kali round tak jumpa juga tempat parking maka mama pun beraturlah nak masuk parking LG2. 11.30 baru mama dapat masuk. Pun penuh terpaksalah blok kereta orang. Masalah henpon pulak tengah abis battery semalam lupa nak charge. So mama tak tarik la handbreak, just in case.

Naik atas merayau-rayau jap kat LG1. Sempat lagi menyambar beberapa helai tudung huhu... Bila masuk opis dah pukul 12 lebih sikit. Telefon opis bunyi... suruh alih kereta.

alamak... adakah orang itu sudah lama menunggu sebab yang telefon ni pak guard kat bawah tu..
(nasib baik tinggalkan bisnes card so ada lah no tepon opis sekali)

mama pun cepat-cepat lari turun bawah (turun lift la..). Sampai-sampai je...

"Sorry.. sorry..."

" Kitorang dah setengah jam tunggu ni, call masuk voicemail.. kitorang nak jumpa customer ni dah lambat..."

"Sorry.. sorry..."

aduh... itu saja la yang mama mampu kata sambil cepat2 alihkan kereta.. mintak maaf sangat-sangat wahai saudari berdua... memang 100% my fault... tak berani pulak mama nak bagitau henpon abih battery dan dari tadi mama dok merayau kat LG1... huhu...

Ya Allah lembutkanlah hati mereka supaya memaafkan aku....

Pengajaran buat diri sendiri.. lain kali jangan buat macam tu lagi....

Brrr... sejuknye opis ni... rasa macam nak bawak duvet...

September 01, 2009

Month of Celebrations..

Selain bulan May, bulan August, September dan Oktober ialah bulan-bulan yang banyak celebrations bagi keluarga kami...

31st August - Happy Birthday Luqman
1st Sept - Happy Anniversary Ayah Mama
12th Sept - Happy Birthday Humaira Maisara
16th Sept - Happy Birthday Raihana
6th October - Happy Birthday Imran

Birthday Luqman dah selamat sambut kat kampung hari tu... makan sate... banyak sangat order sate, banyak lebih boleh bawak balik kl... dapatlah atuk nenek cheras merasa sekali... hhehe.. Ayah kata tak lalu nak makan kek bulan-bulan pose ni. So mama buat agar-agar (dengan pertolongan nek)... comel tak?

Dah besar dah luqman, dah 7 tahun dah.. semoga terus jadi anak yang soleh.

So today is our 8th anniversary! Semoga cinta kita berkekalan sampai ke syurga... amin...

August 26, 2009

Ramadhan kami

alhamdulillah... dah masuk hari ke-5 dah kita berpuasa dalam bulan ramadhan. alhamdulillah... Luqman, Humaira n Maisara pun berpuasa... tapi setakat ni yang full marks luqman. Humaira n maisara sudah ada lompong sikit.. heheh... first day anak-anak mama semua dapat habiskan puasa... tapi humaira maisara pulak perut dah masuk angin... tu yang muntah balik lepas buka puasa tu... risau gak kami. Dah la buka puasa kat rumah atuk nenek.. abislah kena lecture.. bukan anak-anak mama yang kena lecture... ayah ngan mama la... hehheh... yelah humaira maisara kan kecik lagi.. tak sekolah pun lagi.. ayah la terkena.. "Hang dulu kecik macam ni pun tak posa lagi... " hehhe..

2nd day puasa, bila diorang nampak tak larat sangat (sebab semalam lepas pose tak boleh nak makan pape), kitorang bagi la minum air... tu yang lompong tu. tapi yang menakjubkan, lepas je minum air terus jadi aktif. Padahal bukan makan apa-apa pun.. cuma minum air je.


Risau juga tengah tengah zaman banyak penyakit ni.. takut kalau badan lemah tak dapat nak lawan penyakit. Semalam pulak humaira start batuk. So hari ni mama dah bekalkan ubat batuk pergi sekolah. Tapi puasa.. tapi mama pesan kat cikgu kalau batuk humaira macam teruk bagilah humaira bukak puasa minum air dan makan ubat.

Berbalik kepada tujuan kita melatih anak kita berpuasa, ianya adalah sebagai persediaan bagi mereka apabila jatuh wajib puasa ke atas mereka.. Memanglah ada orang kata kesian 5 tahun dah disuruh puasa (last year humaira maisara kurang 1-2 hari nak dapat pose penuh).. Tapi tengok diorang ok je. Maybe sebab kawan-kawan kat tadika pun puasa. Terima kasih juga kepada tadika Ad-din yang menyokong latihan berpuasa ini. 5-6 tahun tak disediakan makan.

Tapi mama rasa kena monitor juga. Takut terlebih dehidrated. Macamana nak tau kalau dah terlebih dehidrated? mama bukan doktor so memang tak tau sangat. Bila dah petang tu kalau diorang dah merayu-rayu tu memang la kesian. tapi mengenangkan tinggal sikit je lagi, kalau boleh memang suruh diorang bersabar. Tapi kalau memang nampak tak larat sangat tak payah la paksa. Takut jatuh sakit pulak. Anyway, yang penting malam kena banyak minum air masak untuk gantikan semula air dalam badan.

KPI tambahan untuk luqman sempena ramadhan ini ialah tambah solat isyak untuk cukupkan solat 5 waktu. Alhamdulillah setakat ni berjaya. Hopefully berterusan. Sebenarnya letak juga KPI untuk Humaira Maisara untuk tambah satu lagi waktu solat (sekarang ni solat subuh n maghrib je). Tapi tak ada enforcement. heheh.. (mama la yang tak enforce)..

Mama pun selalu malam flat je.. sekali tu terawikh pun 4 rakaat je konon nak tidur jap pastu sambung balik.. last-last tido sampai pagi.. isk tak perform la.. mama terawikh kat rumah je. ayah kata tunggu minggu kemudian-kemudian sikit. sebab sekarang ni surau memang sesak sampai melimpah keluar. tak sesuai nak bawak budak2.

Tadarus pun baru habis juzuk 3.. huhu.. tapi hari ni mama start join kumpulan tadarus kat opis ni.. baru tau ada.. tapi tak ramai pun campur mama 4 orang je.. 1/2 jam everyday tengahari... oklah bukan berapa juzuk itu yang dikejar.. yang penting istiqamah.. tapi lagi banyak lagi bagus ye dak...

isk panjang pulak cerita ramadhan ni.. tengahari ni biasalah memang mengantuk... tapi tahun ni tak boleh nak relax-relax sangat keje. workload still macam bulan tak puasa. ntah apa la mimpi mereka-mereka ini.. takkan la bulan puasa baru dapat ilham nak buat promo macam-macam before raya? pelik betul la... isk tak baik marah-marah bulan pose... astaghfirullah...

August 21, 2009

Tips Kejutkan Orang Bersahur

dapat tips ni dari idhamlim.blogspot.com... kelakar.. dalam kelakar ada makna tu...

Tips Kejutkan orang bersahur

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan...

2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...

3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...

5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada respon jgak buwat camnih...

1. jerit nama dia kuat kuat...

2. gigit ibu jari kaki dia..cam hantu toyol gigit

3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi gempabumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

still gak tak ada respon buwat camnih...

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin....

tapi kalau still tak ada respon jgak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya.

...kekekkekkke. .jgn mare...
Selamat Berpuasa ye... puasa jgn tak puasa.

August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Satu dua hari lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Salam Ramadhan mama ucapkan. Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan mama agar mama dapat menjalani ramadhan dengan hati yang tenang. Semoga kita dapat melipatgandakan amalan dan ibadah kita dalam bulan yang paling berkat ini. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang celaka yang disebutkan dalam hadis di bawah... Amin...

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu'anhuma:
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, Amin, amin, amin.


Para sahabat bertanya, Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah? Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!, maka aku berkata : Amin.

Kemudian Jibril berkata lagi. Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin! maka kukatakan, Amin.

Kemudian Jibril berkata lagi. Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin! maka kukatakan, Amin.

[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad รข€" no: 644]

nota kaki: sebenarnya tak sure lagi kita dapat berjumpa dengan ramadhan yang tak lama lagi tu kan? apa-apa je boleh berlaku dalam 1-2 hari ni. Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan tahun ini. Amin...

August 17, 2009

cerita bergambar

ada ke maggi sihat? mama claims that mama cooks healthy mee maggi.. hehhe... letak udang, sotong, telur, sayur-sayuran... healthy la tu...

raihana's new passion.. panjat grill... huhu... sesapa yang nak pasang grill dinasihatkan supaya cari corak yang bukan square camni ye...




last weekend humaira maisara pegi ujian kemasukan ABIM. Tak paham lagi ujian tu apa. Bila tanya macamana ujian, humaira kata cikgu tu tak tanya soalan pun. cuma kena buat kerja je. laa... itulah ujiannya... anyway, depa kata boleh jawab semua soalan.. alhamdulillah... insya allah berjaya..

imran... bila dah mengantuk sangat... ginilah jadinya... hehehh

August 12, 2009

Bimbangnya H1N1..

Siapa tak bimbang dengan kadar kematian di Malaysia ni disebabkan H1N1. Terkini seramai 6 orang meniggal hari ini (termasuk 2 orang baby)menjadikan jumlah kesemuanya 44 kematian setakat ini...

Bimbang.. tentulah bimbang.. Apatahlagi the high risk ialah yang ada masalah asthma seperti anak-anak mama.. suspen juga sebab last weekend luqman demam. dah elok tetiba malam tadi suam-suam pulak badan. dah la tengah minggu ujian sekarang ni. Ayah kata sebab mama tak suruh luqman habiskan antibiotik hari tu.. heheh.. This morning pun mama dah set minda kalau luqman demam memang kena urgent leave la.. Tapi alhamdulillah pagi ni Luqman nampak ok. Cuma lambat sikit pegi sekolah sebab tak kejut dia awal macam selalu. So mama la hantar luqman pegi sekolah pagi ni. Sempat lagi belikan face mask kat koperasi sekolah tu. Tengok budak2 lain pun ramai pakai mask.

Bimbang memang lah bimbang. Anak officemate dah positive H1N1. THe whole family tengah kena quarantine sekarang.

Bimbang.. sebab dengar-dengarnya Tmn Sutera mungkin bakal mencatat kes positif yang pertama tapi tak confirm lagi..

Petua... 6 apples a day and a glass of fresh orange. Or kurma campur air kelapa. Or amalkan habbatussawda' (penawar segala penyakit kecuali mati)..

Seboleh mungkin.. usaha untuk menguatkan ketahanan diri(eat healthy, multivitamin, extra supplement, bersenam, petua di atas..)... berdoa supaya diri kita, keluarga kita dan rakan-rakan kita dijauhkan Allah dari terkena penyakit ini.. akhir sekali bertawakkal kepada Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu...

Ya Allah, jauhkanlah H1N1 daripada kami ya Allah...

August 06, 2009

siakap senohong gelama ikan duri

this afternoon...

masa mama nak balik opis dari meeting kat TDI... nak lalu UM..kena tahan lak dengan pak guard.. isk.. selama ni tak pernah pulak kena tahan dengan pak guard kat pintu belakang UM nih.. alamak apa nak jawab ni?... dalam kepala dah mencari-cari alasan nak bagi... nak jawab nak pegi kedai buku ke... nak tengok anak sedara ke.. (alamak Umar lak dah takde kat situ.. dah fly)... errrr.... takut kang nanti dia tak bagi masuk pulak.. kena patah balik pulak...

pak guard: Assalamualaikum puan.. nak ke mana ni..
mama: errr... (rasa macam nak jawab nak jumpa anak sedara)
nak tumpang lalu... (sambil tersengih dan menunjukkan muka kesian.. hehhe)(eh.. ini pulak yang terpacul... dalam kepala nak cakap lain sebenarnya..)
pak guard: nak short cut? oklah, jalan..
mama: (fuh).. terima kasih...

so kesimpulannya... jangan cakap bohong.. cakap benar lebih berkat.. hehhehe...

July 31, 2009

Catatan anak seorang tahanan ISA

Copy and paste from here.

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....


Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....7 tahun telah berlalu.

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.


Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.


Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.

--------------------------------------------------

Sedih... huhuhu...

mama pernah mengikut lawatan ke keluarga mangsa ISA. Siapa tak ingat tentang Almarhumah Aina Mardhiah yang meninggal ketika ayahnya Sharial Sirin, di dalam tahanan ISA. Ibunya bekerja sebagai seorang guru tadika. Tinggal menyewa di sebuah rumah yang agak usang di hulu langat. Alhamdulillah jiran-jiran semua nampak amat memahami keadaan mereka dan sentiasa membantu mereka apabila diperlukan.

Rupa-rupanya adik kepada Aina Mardhiah itu ialah anak murid kepada Cikgu Hani, wife pengerusi surau TS. Hujung tahun lepas, kami sempatlah menziarah mereka sambil berikan sedikit sumbangan. Waktu itu adik yang nak masuk form 1 tengah berkemas-kemas kerana dapat kemasukan ke salah sebuah sekolah tahfiz. Ketika itu sebenarnya ayah mereka telah dibebaskan tapi telah terus dihantar ke Indonesia. Status kerakyatan tidak tahu macamana.

Sedih betul mama. Dah dibebaskan pun tapi tak habis-habis lagi nak menyeksa orang, memisahkan ayah daripada anak-anaknya...

Bila baca coretan adik Suhaib ni pun, mama tak dapat nak bendung air mata ni. Tak terbayangkan penderitaan batin yang dialami oleh mereka ini.

Hanya Allah tempat mengadu. Kepada manusia-manusia yang amat zalim ini, (dan penyokongnya termasuk PEWARIS - mama cannot understand la how can you say ISA can defends Malay rights. Padahal Malay yang banyak masuk dalam tu... rasa tak tercapai akalku) terimalah pembalasannya satu masa nanti. Kalau tidak di dunia... di akhirat sudah pasti.

Mansuhkan ISA. Semarakkan demo 1 Ogos ini. Pakai Merah Hitam.

tapi mama tak dapat join sebab balik kampung kenduri kawin rumah tok atan. hehhe... anyway, my heart goes to you... mama tetap penyokong tegar untuk Mansuhkan ISA...

July 30, 2009

Ikan Kerapu Masak Merah

This is one of our family's favourite...

Bahan-bahan:

Ikan kerapu sekor
Tepung jagung
Garam
Gula
Cili kering
Bawang merah
Bawah putih
Sos tomato
Sos Cili
Daun bawang
Daun Ketumbar

Cara-cara:

Lumur ikan kerapu yang telah dibersihkan dengan sedikit garam. Salutkan ikan kerapu dengan tepung jagung. Gorengkan.

Blend lumat bawang merah, bawang putih dan cili kering. Kalau mama cili kering tu setakat 2-3 tangkai saja sebab tak nak pedas sangat. Nanti budak-budak tak makan pulak.

Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak. Masukkan air, tomato sos dan cili sos secukup rasa. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Bila ikan sudah garing, letakkan di atas pinggan. Tuangkan kuah merah tadi ke atasnya. Hiaskan dengan daun bawang dan daun ketumbar.

Settle..

Senang je kan. Mama rasa ramai je yang tau.. hehheh... saje je mama nak share kepada yang tak tau. Kalau nak hebat lagi, letaklah sekali nenas, timun, carrot... etc etc.... lagi nampak menarik...

July 29, 2009

Koko dan Oren

This is the story of our back alley cats, Koko and Oren. What a name, right.. Mama not sure why luqman named them like that. Oren is because it is orange while koko... hhmmm... his fur is not even a slightest brown in colour.. He is grey!.. Maybe because his mother is Kiki... Actually mama has suggested to name Oren as Kaka... heheh... so that it becomes Kiki, Koko and Kaka... heheh..
But Luqman insists on Oren... Mama gave up...

Actually, they are not belong to us.. They belong to those who shares the same back alley... ehehh... We give them fish, Qiah give them some rice, Berra provide them shelters to sleep at night, Tisha claimed that they are her cats... ahhaa... lucky them, there are many places that they can count on...
But our in-the-house is a no-no to them. One bad experience... one of them poo-poo on the carpet! huhu... that's it! no more playing inside the house.

Anyway, our kidz are all big fan of cats... But see no touch, ok.... Nanti kena lelah pulak...



July 27, 2009

Qadha' puasa

Last Friday mama kena attend 3 meeting..

8.30am - 10am - ICS support issues
9.30am - 12.00pm - RM20, RM30, RM40, RM48, RM58, LT38, LT68
3pm - 5pm - Flat Fee Interbranch

Namun, alhamdulillah dicelah-celah kestressan kerana meeting yang berturut-turut tu, Allah telah beri mama kelapangan untuk menghadiri ceramah Bakit Helwa. Sebenarnya macam dah tak sempat nak pegi sebab kul 1 baru nak gi makan. Tapi lepas makan tu terasa macam nak lupakan sekejap pasal keje nih... nak release tensen sikit... so pegi jugak walaupun dapat 1/2 jam je..

just to share a few points...

- bagi wanita yang meninggalkan puasa ramadhan disebabkan uzur syar'ie, bila nak qadha' puasa ramadhan, better untuk lebihkan sehari sebelum dan sehari selepas. Maknanya lebihkan 2 hari la.. Sebab selalunya awal-awal dan akhir-akhir tu kita tak berapa pasti. Jadi seeloknya kita qadha' lebih sikit. Takut-takut kita tak cukup bayar hutang.

- sekiranya seorang ibu meninggalkan puasa bulan ramadhan kerana risaukan kesihatan anak dalam kandungannya atau bayi yang sedang menyusu, kena fidyah. kalau nak senang ingat, kalau kita tak puasa kerana orang lain, kena bayar fidyah. kalau kerana diri sendiri contoh demam ke sakit perut ke, cuma qadha' puasa...

itu antara point yang mama lekat dalam kepala... ada lagi yang lain-lain tapi boleh la check dalam kitab multa'albadrin ye... hehe

yang penting point no. 1 tu.. yang mama rasa perlu mama timbang-timbangkan.. memanglah bila kita sekarang ni baby (raihana tak baby dah la..) masih menyusu, memang selalunya agak berat nak puasa.. itu yang qadha' puasa pun cukup-cukup je.. memang tak ada langsung nak tambah dengan puasa sunat ke...

fikir-fikirkan... tepuk dada tanya iman...

July 21, 2009

buntu?

sapa tahu apa yang mama buat kalau mama buntu/stress/bengang/boring? anda mesti tak tau punye... hehe.. ini nak menjawab topic perbincangan FBI and fafau la pagi tadi...


jawapannya ialah.... minum ice blended cappuccino... heheh.. ini dulu cu yah la ni yang recommend kat mama... lepas tu terus tersuka.. nasib baik kedai dekat je... dan sekarang memang tengah buntu.. so apa lagi... mai secawan...

kalau ditambah lagi dengan high-fibre cheese cake... fuh memang marvellous... hilang boringku...

nota tambahan: pandai betul diorang ni... cheese cake tu memang la menggemukkan tapi dia buat high fibre so konon jadik seimbang la... anyway.. mama tak kisah pun... yang penting sedap.. hehheh...

July 14, 2009

My New Cubicle...

This is my new cubicle... orange huh... berpinar mato den... selamat bekerja dengan lebih bersemangat lagi, cewah...



And guess who is getting a new cubicle as well? Ayah la.. nanti nak mintak ayah snap gambo new workplace ayah... hehheh... sama tak dengan mama agaknya?
and the song below was forwarded to us by our former boss... lawak je.. macam kena je dengan my ex-boss sebab his new cubicle macam tersorok sikit... sapolah punye koje ubah lirik lagu best nih.. hehheh... tapi kelakor... kalau nak dengar lagu dia cari kat youtube jelah ye... malas nak embedd kat sini....
The lyrics to the song to be sung in the tune of "You're Beautiful" by
James Blunt,

My job is stupid,
My day's a bore,
Inside this office,
From 8 to 5.

Nothing ever happens,
My life is pretty blank,
Pretending that I am working,
Pray I don't get canned.

My cubicle, my cubicle,
It's 1 of 62,
It's my small space,
In a crowded place,
Just a six by six board booth,
And I hate it, that's the truth.

When I give a sigh,
As the boss walks by,
No one ever talks to me,
Or looks me in the eye,
And I really should work,
But instead I just sit here,
And surf the internet.

And my cubicle, my cubicle,
It doesn't have a view,
It's my small space,
In a crowded place,
I sit inside there too,
And sometimes I sit here n*de..

July 13, 2009

Sukan Addin 120709

Alhamdulillah semalam sukan Addin berjalan dengan lancarnya. Mula-mula hari nampak mendung dan mula gerimis tapi nasib baik sekejap je. Cuaca pun redup je. Mama pun datang lambat sikit sebab raihana bangun lambat. Lagipun ada tetamu kat rumah.. Sampai-sampai je dah nak start aerobik...
Senamrobik. "Rumah biru diketuai oleh adik Nur Batrisyia. Rumah kuning diketuai oleh adik Maisara. Rumah Merah diketuai oleh adik Humaira. Jangan tertipu dengan mata tuan-puan ye. Rumah kuning dengan rumah merah memang sama tapi tak serupa."
Apalah nasib imran.. penat berlatih 2 minggu. Tiba hari sukan tak dapat nak join sebab tak sihat.. tak larat.. lelah. Sempat ikut senamrobik je.. tu pun muka monyok. Tu la.. mama dah cakap dah semalam jangan main teruk sangat. Kebetulan pulak sabtu tu nizam nazim datang. Main tak ingat punye. Cikgu pun risau je nak cari pengganti sebab imran masuk banyak acara..
Ayah bagi ucapan sebagai perasmi. Hehe.. kelakar je.. Sorilah dapat ambik gambar belakang je sebab tengah check on imran ni kat khemah peserta.. Tapi yang bestnye dapat hamper buah sebakul.. pastu dapat RM50... heheh... tak sesia jadi perasmi... dapat lah buat order piza tengahari tu... nak masak dah tak sempat.. heheh...

bersedia untuk berlumba? isk.. makin gelap la anak mama nih.. dah la pakai tudung semua pipi terkeluar... tembam sangat sampai tak muat tudung tu... hehehh

Maisara tengah gulung tikar.. kalau tak imran pun masuk jadi penggulung tikar juga.. lepas gulung tikar kena pas kat orang lain untuk ikat pulak... dan seterusnya...

amboi bersemangatnya tarik tali... riuh betul time ni... apa tak nya mak bapak semua dok sebelah anak masing-masing sorak... ni anak ke mak bapak yang tarik tali ni?
Humaira dan rakan sepasukan...

Raihana sempat lagi main kuda...

tak larat tak larat pun.. bila time makan jajan sihat je.. ye imran...

Juara keseluruhan ialah rumah Kuning... tahniah maisara punye rumah.. heheh... anyway semua orang dapat hadiah botol air... yea... dah penat dah.. jom kite balik....

July 09, 2009

PPSMI off

Guess you know, i am one of the many people who is happy with the announcement made by our DPM yesterday.

Alhamdulillah...

Humaira Maisara tak sempat. Imran will be in Standard 1 in 2012.

This morning mama dengar Hot FM topic pasal PPSMI dimansuhkan. Ada yang suka, ada juga yang tak puas hati sampai nangis-nangis... huhu... Mama just want to say, ini bukan bermakna BI tak penting langsung. Still important. So still kena belajar BI betul-betul juga tapi dalam subject BI la ataupun dalam kehidupan harian... banyakkan bercakap dengan anak-anak dalam BI... Yang PPSMI ni, ia telah menjadikan maths dan sains sebagai mangsa untuk kita mahir BI. Tak ke kelakar tu?

Anyway, syukur...

Bila pulak nak mansuhkan ISA???

July 06, 2009

buah apa bila dah masak naik ke atas?

jawapannya: Buah melaka..

Bahan-bahan:

tepung pulut
air
garam
pewarna hijau
gula merah/gula melaka
kelapa parut

Cara-cara:

Uli tepung dengan air garam sehingga boleh di buat doh. Campurkan beberapa titis pewarna hijau. Bentukkan bulat dan lekukkan di tengah. Isikan dengan gula melaka/gula merah. Tutupkan semula sehingga jadi bulat.

Jerangkan air hingga mendidih. Masukkan buah-buah melaka tadi. Apabila buah-buah melaka telah terapung, boleh la diangkat dan digolekkan dalam kelapa parut. Susun dalam pinggan dan hidangkan.
isk... senang betul buat kuih nih.. hehheh... tapi rasanya belum tau.. sedap ke raihana?



Nostalgia Kuih Buah Melaka

Sebenarnya kuih buah melaka ni ada memori tersendiri kepada mama. Dan juga kepada mak eli dan mak A...

Masa tu kami kecik lagi... masing-masing masih di sekolah rendah.. rasanya mak ima pun tak sekolah lagi kot. Hari tu hari jadi nek atau tok (tak ingat). Nek dan tok petang tu ke kebun tinggal kami empat beradik... mama, mek eli, mak A and mak ima kat rumah. Nak buat surprise la untuk hari jadi nih... Mereka kalau ke kebun dalam kul 5 - 6 baru balik so sempat la nak buat project nih.. Kami dengan di ketuai oleh mak A pun memulakan projek kuih buah melaka kami.. Mak A memang terrer memasak.. hehheh...
"eh kita buat warna warni nak tak?" sapa punya idea tah masa tu.. so jadilah kuih buah melaka kami ada warna merah, kuning, hijau... biru je takde.. hhehe...

"apsal tak naik-naik kuih nih? dah lama dah ni... " kuih yang kami masuk dalam air mendidih tu tak nak naik-naik pulak...

" keras semacam je... takpelah dah lama sangat ni.. keluarkan je lah... "

" macam tak masak je kuih nih... nak buat cemana nih? kejap lagi mak balik.."

" cuba kita goreng"
haha... sapa punya idea la gaknya tu... so kami pun goreng la kuih buah melaka tadi.. Tiba-tiba...
"plop... shiuuuuuu.... bum"

oh.. bukan gas meletup tapi buah-buah melaka tu yang meletup dan terbang ke semua arah...

"arrgghhh!!" kami semua mencari perlindungan...

Akhirnya kami berjaya mengutip semua buah-buah melaka yang dah jadi peluru berpandu itu... dan kesemuanya tak boleh di makan sebab keras-keras belaka... hheheh...

Tak lama kemudian, atok dan nenek pun balik. Kami dah sepakat untuk merahsiakan perkara ini tapi belum turun dari motor lagi si adik kecil (sapa lagi mak ima la... ) dah bukak cerita...

Habis la bocor rahsia kami. siasat punya siasat rupa-rupanya kami telah menggunakan tepung beras untuk buat kuih buah melaka... hehheh... pandai betul mak A... kami yang lain ikut je.. hehheheh...

maka tak jadilah nak buat besday surprise hari tu...

Setiap kali nampak kuih buah melaka mesti mama teringatkan peristiwa ini... hehhe... senyum je la...

July 01, 2009

Kebun arwah tok di Parit Bengkok

Last time kami balik kampung, kami telah berkesempatan untuk berkunjung ke kebun arwah tok. Sekarang ni Pak Alim la yang jaga dan mengerjakannya... Memang dah banyak perubahan. Tapi memang tersangat lamanya mama tak pergi kebun. 10 tahun lebih ada kot. Tu yang mama rasa dah lain sangat dah. Dah tak cam dah. Nasib baik bawak nizam nazim diorang la jadi tour guide. Hehhe...
Jalan masuk ke kebun. Titi dah uzur. Cadangnya nak buat projek jambatan concrete. Tapi project tak kickoff lagi. Tengok tu air parit depan tu kering. Tinggal lumpur...
Bahagian depan kebun. Dulu kat sini ada pondok. Tempat letak vespa, tempat persalinan dan tempat pembaringan. Tapi sekarang dah tak ada. Tanya Pak Alim, abis tu kalau nak rehat duduk kat mana? Pak Alim kata carilah bawah pokok mana-mana.... Yelah pak alim pun weekend je baru sempat nak jenguk kebun. Tak sempat la nak buat bende extra-extra...
Hehe.. tetiba terselit gambo vespa kat sini... Inilah vespa tok yang telah diupliftkan.. modelnya ialah pak alim...hehheh... fuh macam baru... dulu vespa ni la bawak guni-guni kopi, kelapa, durian, pisang... Kalau nak ikut ramai-ramai, mama selalu duduk eh berdiri kat depan. Kalau hujan boleh nyorok..

Parit kecil yang lalu di tengah-tengah kebun. Ini kat sebelah 'pondok' dulu. Kat sini lah dulu tempat membersihkan diri, bermain air, bermain dengan ikan. Tapi sekarang setitik air pun dah tak ada. Penuh dengan daun-daun pokok je...
Pokok kelapa sawit yang menggantikan pokok kopi. Dah besar-besar juga. Ini yang kat depan. Kat belakang-belakang lagi dah besar dan hasilnya juga sudah boleh dijual. Alhamdulillah.. Dapatlah tambah pendapatan sikit... Pokok-pokok buah ada la juga... manggis, durian, cempedak, ciku... Manggis tengah musim. Durian memang tengah berbuah tapi belum nak gugur lagi so tak dapat la nak merasa. Merasa kedai punya la...

Ah... di mana-mana saja, pasti nak buat action power rangers/ultraman... Kami duk kat depan-depan je tunggu pak alim keluar bawak manggis... nak masuk ke dalam sangat kang makin banyak nyamuk lak.. hehheh...

Isk banyak betul nostalgia kat kebun ni... terutamanya mestilah teringatkan arwah tok... Betapa beliau sangat suka berbudi kepada tanah... dan betul la orang kata kalau kita berbudi kepada tanah, tanah akan berbudi kepada kita... hasil daripada kebun ini jugalah yang membesarkan kami 11 beradik selain dari gaji guru muzik yang dalam rm2k saja masa tu...
Terima kasih kepada pak alim kerana tolong jaga kebun ni...