August 08, 2007
susu oh susu...
mama rasa ramai yang dengar berita pasal pelajar sakit perut keracunan lepas minum susu bantuan sekolah kan... kat kota bharu je 74 orang.. kat alor setar 67 orang... before this a few months ago pun dah kecoh dah.. pastu program bantuan susu dihentikan serta-merta untuk further investigation.. just recently this program start balik with the jaminan from SIRIM.. but still it happen again... what when wrong? kalau ikutkan nama susu tu Jo Cerdik keluaran Dutch Lady. kalau ikutkan dutch lady pun bukan la calang-calang punye company.. kire memang dah well-known for its dairy products... maybe cara penyimpanan ke... panas sangat ke tempatnya.. entahlah.. wallahu alam... kesian kat budak-budak tu.. kalau mama mesti dah fobia dah nak minum susu bantuan sekolah tu...
artikel semalam, dalam utusan kot.. extracted from ceramah Ustaz Hassan Din dalam program sempena minggu penyusuan ibu... salah satu faktor yang menyumbang ke arah gejala sosial sekarang adalah kerana generasi sekarang banyak minum susu lembu daripada susu ibu... anak-anak sekarang lebih bersikap 'kebinatangan' daripada kemanusiaan.. (sorry for the harsh word tapi ni ambik dari artikel tu) .. beliau juga highlight tentang sejarah Nabi Muhammad SAW yang apabila ibundanya, Aminah kekeringan susu selepas nabi berusia 8 bulan, dicarikannya ibu susuan, Halimatussaadiah.. tidaklah pula diberikannya susu kambing yang banyak di rumahnya... maybe sekarang la masanya kita mula untuk jadikan ibu susuan ni satu trend dalam masyarakat kita.. mama akui bukan mudah.. mana nak carik... ibu-ibu sekarang ramai yang berkerjaya... lagi satu macam tak rela pulak nak bagi orang susukan anak kita... kalau nak cari pun mesti nak tengok jugak background bakal ibu susuan tu sebab ianya akan jadi sebahagian daripada darah daging anak kita.. tapi kalau nak bandingkan dengan susu lembu?? hmmm.. frankly speaking mama pun dilema juga... lagi satu cam rasa jeles pulak kalau tengok anak kita menyusu ngan orang lain.. but then again kalau nak bandingkan dengan susu lembu?
anyway.. bukan takde cara sekarang nih.. perah susu la as an alternative... dulu masa luqman mama tak cerdik lagi... luqman cuma minum susu ibu hingga 3 bulan je.. bukan takde susu tapi dia yang tak nak... isk.. masa tu memang rasa sedih... paksa-paksa pun tak nak.. makin dia nangis palingkan muka ade le... so lepas tu memang on susu formula je.. sebab tu kot luqman ni sampai sekarang ada cam payah sikit banding ngan adik-adik dia... masa twins pulak.. alhamdulillah dapat la sampai nearly 1 year.. tapi tu pun bila dah start keje balik memang dah campur dah.. bila hantar nursery bagi susu formula.. malam je susu badan... sampailah masa mengandungkan imran mama bertemu dengan seorang lactation councellor, rita .. ceh cam apa je... my x opismate.. memang rita banyak bagi awareness on how we can fully give breastmilk to our baby eventhough we are a busy working career woman... jawapannya ialah pump.. so alhamdulillah imran dapat minum susu ibu (takde campur-campur punya) sampai setahun lebih... so insya allah... this time pun mama berazam untuk bagi susu ibu sampai 2 tahun la at least.. yang penting kena buat stock banyak-banyak masa dalam pantang lagi.. percaya tak, ada mothers yang boleh simpan stok sampai 100 botol dalam fridge before dia masuk keje balik? fuh.. kagum mama mendengarnya...
nak mengepam pun bukanlah semudah yang kita dengar... first nak kena disiplin.. 2 kali sehari kena 2 kali sehari la.. jangan ponteng-ponteng.. nanti milk supply drop kita pun makin malas nak pump... lama-lama takde susu.. 2ndly tengok jenis pump.. ada orang tak perlu pump pun.. pakai manual je.. tak reti la mama.. ada manual pump.. ada battery pump.. ada electrical pump.. semuanya depends... yang penting pada mama yang convenient.. mudah cepat senang.. sebab kita ni bekerja kengkadang ada meeting la apa la.. so nak cepat.. 3rd kena ada fridge yang sesuai kat rumah... kalau boleh yang 2 pintu so that susu boleh tahan lebih lama.. susu dalam fridge yang bahagian atas (yang beku tu) boleh tahan 3 bulan.. (eh betul ke ek.. ke 6 bulan? nanti check ngan rita).. kalau letak kat bahagian yang bawah tahan satu hari je.. so before tidur malam turunkan la beberapa botol untuk tomorrow's consumption so that takdelah lama sangat nak bagi susu tu cair semula esok hari.. untuk cairkan susu, rendam dalam air suam suam panas.. jangan letak dalam microwave pulak.. hehehe..
so preparation cemana? tak lama dah nih.. kire menghitung hari je nih... preparation sebenornya belum siap lagi... barang-barang baby belum beli lagi.. tunggu ayah balik outstation.. takdelah nak beli apa sangat sebab baju turun temurun pun ada lagi.. cuma nak tambah sikit-sikit la yang baru... set bersalin putri ledang pun tak order ngan k lin lagi.. ok hari ni kena order.. pastu hari tu order parts untuk pump from rita pun tak dapat lagi... arrangement untuk nek datang sini pun tak settle lagi.. handover keje opis tak prepare lagi.. relax je mama nih.. kalau ikutkan due date memang la lama lagi cuma takut tercepat je.. last one masa imran awal 3 minggu... so patut dah kena siap preparation dah nih..
hopefully everything goes well... semoga Allah permudahkan segala urusan..
August 07, 2007
Tips no. 16 - salam sayang peluk cium sebelum tidur..
sebenarnya takdelah kata kita tak pernah peluk cium anak kita kan.. tapi selalunya peluk kalau diorang nangis nak pujuk gitu-gitu.. tak pernah pulak nak peluk sesaja... selalu kalau malam before tidur memang baca doa pastu salam-salam... pastu lama-lama tinggal baca doa je takde salam-salam... so lepas nih kena continue la... insya allah ada kesan positif kat anak-anak.. supaya anak-anak rasa peaceful before nak tidur.. mama pun sedar kadang-kadang memang mama marah-marah sebelum diorang tidur sebab ada le hal yang dibuatnya... so diorang tidur dengan rasa sedih/merajuk sebab kena marah.. astaghfirullahal 'azim... lepas nih insya allah mama pun kena jaga juga jangan sampai jadi macam tu lagi... cian kat anak-anak mama...
August 06, 2007
Tips untuk ibu bapa..
Somebody forwarded this to me this morning... which is at the right time.. mama is having some emotional imbalance over the kidz' kerenah for the past few days... huhu... Ya Allah.. berilah kesabaran kepadaku dalam membesarkan dan mendidik anak-anakku.. amin...
----------------------------------------------------------------------
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan
halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert
D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam
menjadikan anak2 kita antara yang outstanding
berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama
yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak
gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi
malu dan rendah diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang
baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian
yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp
seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia
akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia
akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang
berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la
ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah
sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung.
Kesian kat budak. Namanya pun budak…
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita
appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak
buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang
itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya
mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan
yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah
kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu.
Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde
masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana
mereka sedang membesar dan proses ini akan terus
berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri
kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan
menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau
sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia
muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok
sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam
kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap
rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya
umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm
tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak
tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab
Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang
takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah
gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.
Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi,
kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa
sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita
kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita
sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita
tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah
yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada
penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali
ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan
tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak
saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia
tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat
telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu
pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak
ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar
mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut
anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah
pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun
apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari
mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan
takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka
juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah
rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita
sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita
omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n
selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa
yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi
ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu
sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too
perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka
juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita
mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan
tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri
bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia
belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar
lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada
betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga
menghargai dan memahami perasaan kita
Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata
dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia
dan akhirat kelak.
Semoga bermenfaat!
August 02, 2007
Mata, Hati, Jiwa..
Maafkan aku mengganggumu
Cuma ku ingin kau tahu
Ruangan dihatiku hanyalah untukmu
Hari hari ku yang berlalu
Riang ceria kernamu
Mana adanya aku pasti ada kamu
Andainya engkau tahu perasan hatiku
Pastinya kau kan tersenyum di waktu manis harimu
Biarkan, biarlah tahu teguh auranya cintaku kerana kamu
Kau sentiasa berada di mataku, hati dan jiwa
Maafkan aku mengganggumu
Dilewat malam malam mu
Inginku temanimu sebelum lenamu
Izinkan aku dekatimu
Inginku tawan cintamu
Agar dapat ku jadi dewata hatimu
July 30, 2007
today is monday.. and it's wet... and it's so much to complaint about..
today is monday.. today it rains heavily.. today is wet... mama was late to work... mama had to sent the kids to the school first because it rains heavily.. how can mama leave them to go to school using payung only? the traffic were horrible.. mama reached Menara TM at 9am... mama cannot get into LG2 parking because the pak guard has closed it... LG4 also closed.. mama was swearing inside... mama had to park the car outside.. mama didn't have any payung because mama left it at home... we only have one payung.. the other one has just broken down... anyway.. mama has to wait until the rain stops to get out from the car... at last at 9.30am the rain started to slow down.. only then mama can get out of the car and get to the office safe and sound....
hmmm.. itulah pengalaman hari ni... rasa tensen je kat pak guard tu.. dah le penat menempuh jem.. dah la sampai lambat.. pastu tak bagi masuk parking plak.. satu hal nak pusing-pusing carik parking.. pastu takde payung lak tu.. terpaksa la mama melanguk dalam keta tu tunggu hujan reda.. laptop ada.. try masuk wireless... signal low sangat serupa takde... dah la hari isnin... esok pulak audit.. banyak tak study lagi haslina punya stuff... file pun berterabur lagi... keje pun banyak.. SLA addendum nak cepat... ASCR for RM tak abih compile lagi.. next week dah start report lak.. isk.. isk... complaint day... rasa macam nak amik cuti je...
nyanyi lagu imran lagi best...
saya ayam
tok tok tok tok tok...
saya itik
wek wek wek wek wek..
saya burung
cit cit cit cit cit..
kami bunyi
tok tok tok tok tok....
wek wek wek wek wek....
cit cit cit cit cit....
hobi imran lately ni menyanyi... tah pape je la dia menyanyi... kadang lagu afi dan abah... tapi selalunya tak dapat tangkap pun lagu apa dia nyanyi... layan je la....
July 25, 2007
flu attack
imran kat swimming pool vistana, penang...

kakak dan abang kat swimming pool, pusat kejiranan putrajaya
so kesimpulannya... sudah-sudah la tu gi swimming pool... hehhehe...
July 23, 2007
Luqman's first school 'trip'
malam tadi luqman tidur awal.. pukul 8 dah tidur... lagipun sebab petang tu tak tidur ikut ayah ngan mama gi usrah alumni kat Pusat Kejiranan Putrajaya.. sempat la terjun kolam sekejap.. tu je sebenornya yang nak ikut sangat... so malam tadi memang no objection la bila ayah kata lepas mandi ni terus tidur sebab esok (pagi ni) kul 7 dah kena kumpul kat sekolah... so pagi tadi kul 6.30 luqman dah bangun.. bersemangat... sabun wangi-wangi... sambil lap2kan luqman mama pun pesan-pesan la sikit... "Luqman nanti dengar cakap cikgu tau.. jangan pegi sukati-sukati.. mama ngan ayah takde nanti takut hilang pulak... bla bla bla...." dari hari tu cam risau gak sebab keramat tu cam jauh gak.. kalau pape payah gak tu.. ayah lak nak gi outstation tengahari nih... tiba-tiba luqman kata tak nak pegi pulak... alamak, mama ada tersilap cakap ke??? errrr.... pulak dah... bukan tak nak bagi pegi... nak pesan-pesan je...
luqman terus mengamuk.. baling-baling bantal.. puas la memujuk... tunjuk kasut baru... ayah kata kalau tak nak pegi kasut ni bagi kat orang la... pastu nanti kawan semua pegi.. daniel, nova,.. pastu tanya kenapa luqman tak nak pegi.. dia kata takut dia hilang... laaa... ayah kata ni bukan pegi supermarket... pujuk punya pujuk last-last baru la ok balik... pakai baju cantik-cantik.. breakfast... pastu ayah je anto gi sekolah.. mama nak siap-siap gi keje...
bila ayah balik ayah kata nanti cikgu dia nak bawak gi KLCC sekali... errr... biar benor cikgu nih.. takde bagitau pun.. siap suruh bawak baju biasa sekali.. nak komplen gak la kat cikgu nih... memang dia ada bagi surat nak pegi bergambar.. tapi tak bagitau pun ada extra aktiviti nak ke mana apa bende semua.. isk isk isk... tapi dah last minute ni takkan tetiba tak bagi pegi pulak... isk... mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan selamat pegi dan balik... risau gak sebab luqman memang pernah hilang sekejap kat supermarket sebenornya... tawakkalnaa 'alallah... nanti kul 12 kena tepon check luqman dah balik ke belum...
July 20, 2007
cerita-ceriti
orang sekarang nih senang aje bila mengidam... especially kalau dok kat kl nih.. semua ada.. apa yang takde? nak durian siam.. ada.. nak keropok lekor tengganu.. ada... nak makan mee bandung muor.. ada...beriani gam batu pahat.. ada... nak yang western... melambak... pendek kata nak makan apa semua boleh carik la... cakap je nak makan apa... kalau mama alhamdulillah setakat ni kalau teringin pun takdelah yang pelik2.. itupun bila ternampak baru teringin.. so dah memang ada tu terus je la boleh beli.. tak pernah pulak teringat nak makan bende yang pelik2... teringat plak mak long dok kat alor setar mengidam nak makan kenny rogers.. hehheh.. kat sana takde.. so bila nenek balik alor setar kena la bawakkan kenny rogers ke sana... isk sedapnya kenny rogers.. hheheh...
sekarang ni pulak mama asyik rasa nak tidur je.. tengahari kalau ada masa memang tidur la.. kalau tak sempat tidur tu yang rasa berat je mata dan kepala.. nak bangun pagi pun liat je.. kena extra effort... padahal malam kul 10 dah tidur dah.. apa lagi kalau tidur lambat... ni pun tadi tengahari dah tidur dah tapi still rasa cam letih je... biasalah kot perut pun makin besor... penat nak bawak.. hehhehe... rasa macam nak baring melepek je.. hehhehe.. tapi mana kan mungkin... kat opis keje melambak.. kat rumah melayan budak-budak.. nasib baik la kat rumah tu most of the house chores bibik dah settle.. so memang la concentrate kat budak2 je.. melayan makan... melayan main.. melayan mengaler... tapi diorang pun dah paham jugak.. kalau kata mama penat ade la yang nak tolong picit kaki... especially luqman ngan imran.. boleh jadik tukang urut la.. hehhehe...
haa.. dah 5.30 dah pun.. tapi hari ni tunggu ayah amik so lambat sikit la kot.. sebenarnya sama je kalau bawak keta sendiri pun gedebak gedebuk paling awal pun kul 5.45 gak boleh kuar parking tu.. parking tu sekarang masya allah... teruk betul la diorang ni.. selamba je letak kereta merata-rata... nak lalu pun tokleh.. kalau nak blok keta orang blok la betul2... ni konon tak nak blok keta orang tapi orang tak bleh nak lalu.. kalau setakat size kancil ke viva ke boleh la lalu.. kena keta yang besor sikit.. dah hari tu mama kena pusing sana pusing sini nak carik jalan kuar.. dah macam dok dalam maze pulak.. isk isk isk.. horror horror...
oklah... mata pun dah penat tengok pc nih... yea esok weekends.. nak tidur puas-puas.. kalau la boleh....
July 14, 2007
di keheningan malam
dah dua minggu gak mama tak update blog nih... sibuk.. banyak cuti.. sebab pak su uki kawin... minggu lepas ngantor kat belah pompuan kat penang... pastu baru tadi pulak kenduri belah sini... pastu kat opis pulak awal bulan memang la sibuk ngan report... pastu sorang manager mama nak gi unpaid leave starting next week so lately ni sikit-sikit dia dah handover la keje account management kat mama... isk.. tak menang tangan.. sebenornya mama dah hint hint dah kat bos kalau boleh handover la kat orang lain sebab handover kat mama pun sebulan dua lagi mama kena handover kat orang lain pulak.. dah kena dua kali keje pulak.. tapi memang la kitorang nih berapa kerat je la ada kat dalam service management nih.. dari dulu kata nak tambah orang nak tambah orang tapi tak tambah-tambah.. dari tahun lepas lagi dah budget untuk fillup all the vacancies tapi orang nyer tak nampak-nampak.. sekarang nih makin berkurang lagi ade le... sat lagi mama pulak nak coti panjang... hehhe.. tak sabornya.. tapi kesian la depa yang tinggal.. kena pulun abih la ye...
mama update blog memalam? isk.. tak pernah dibuat mama.. hehhe.. sebenornya bukan apa... bebudak nih tadi kul 8.30 semua dah tumbang dah penat sangat main ngan sepupu sepapat masa kenduri siang tadi tak sempat berehat pun.. balik rumah dah dekat maghrib.. siap-siap makan pastu terus siap-siap tidur.. si humaira lagi la tak sempat apa... kitorang abih solat maghrib tadi turun bawah tengok dia dah tertidur dah.. nasib baik petang tadi before balik dia dah makan nasik kat rumah nenek dah... so boring-boring ni mama pun rajinkan la bukak notebook nih.. heheh.. notebook dlcm baru dapat last week.. bersemangat la... kalau pakai notebook lama tu kalau terdesak je la baru mama bukak... lagipun mama memang nak tengok email yang berlambak nih.. hari tu hari khamis je dah banyak mama kumpul tak sempat nak baca sebab pagi petang dok meeting.. nak menyambil gak masa meeting tu tapi jadik "kerusi" tokleh la nak menyambil sangat... jumaat pulak cuti lagi rewang kenduri... so abih dah nengok email nih.. and delete memana yang patut.. asyik full je mailbox.. kang ada email penting tak masuk lak... ayah pulak ada taklimat khairat kematian kat surau.. balik lambat le tu..
aduuuhhh.. banyaknye keje... to do list mama dah berjela-jela dah... kononnya sambil nak buat minutes la malam nih so that bila monday nanti boleh concentrate on other things especially nak study bende2 yang baru di handover nih.. tapi macam malas pulak... dah dekat pukul 11 dah pun...
Allah takkan bebankan kita dengan benda yang kita tak boleh buat.. so... YOU CAN DO IT MAMA!!
Insya Allah...
June 29, 2007
10 Panduan Jauhi Tabarruj
summarized from Anis keluaran July 2007...
1. Menahan pandangan - tanda sifat malu, jangan memandang lelaki bukan muhrim dengan mata galak.
2. Jaga pergaulan - elakkan bercampur gaul, bersentuh-sentuh dan bertepuk tampar dengan bukan muhrim. Bahayanya jika sudah sekali ringan tangan untuk bertepuk tampar, akan jadi kebiasaan.
3. Memakai pakaian yang sopan, sesuai dengan syariat Islam - sayang sekali kalau membeli belah pakaian mahal tapi tak menepati syariat, sebaliknya mendapat laknat Allah.
- tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
- longgar, tidak nipis, tidak jarang, tidak singkat (trend sekarang ramai yang bertudung tapi baju lengan pendek ataupun pakai t-shirt ketat)
- tidak jarang - ada juga yang pakai tudung tapi jarang sehingga nampak tengkuk.
4. Tegap berjalan - Jaga cara berjalan. jangan mendada bagai itik pulang petang. sebaik cara berjalan ialah tundukkan sedikit kepala dan berjalan dengan langkah agak cepat (tegap). Cara begini dapat mengawal pergerakan badan dan mengelakkan tudung melekat di dada apabila ditiup angin. Bukan jalan meliuk lintuk.
5. Jangan menyerupai pakaian lelaki hingga sukar membezakan jantina. - Bagi wanita yang berseluar panjang, dianjurkan longgar dan blaus longgar dan melepasi paras pinggul.
6. Tidak menyerupai pakaian orang kafir dari kaum Yahudi dan Nasrani. Sabda Rasulullah "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka akan dibangkitkan nanti bersama dengan kaum itum " Riwayat Tabrani.
7. Jaga tutur kata dalam berbicara. Dengan suami digalakkan bercakap lemah lembut tetapi di tempat kerja, bercakap dalam telefon dengan muhrim, bercakaplah dengan nada sederhana, bukan dengan nada manja.
8. Jangan memakai minyak wangi terlalu harum dengan niat memikat lelaki. Gunakan wangian yang sederhana baunya sekadar untuk menyegarkan bau badan dan orang selesa berinteraksi dengan kita. haruman yang wangi hanyalah untuk suami sahaja.
9. Jangan memakai aksesori tambahan yang berloceng seperti gelang tangan, gelang kaki yang boleh menarik perhatian lelaki.
10. Memakai solekan sederhana. gunakanlah warna-warna yang lembut seperti warna-warna natural sekadar untuk tampak kemas dan meyakinkan. solekan terang hanya untuk suami.
Kesimpulannya, islam tidak menghalang wanita bercantik-cantik dan berhias untuk bergerak aktif di luar rumah mengikut bidang yang diharuskan syarak. Begitupun, dalam apa jua keadaan, kita wajib melaksanakan hukum Allah. Mari kita sama-sama tegakkan syariat Allah supaya maruah wanita Islam dipandang mulia, hebat dan beroleh berkat di sisi Allah SWT.
June 25, 2007
Cuti-cuti.. Tiara Beach Resort, Port Dickson
Weekends yang memenatkan tapi best...
Starting from Friday nite, barbeque rumah Mak Zun... Mak Ima belanja first gaji keje baru... hheheh... malang tak berbau jiran sebelah baru eksiden petang tu... so lepas maghrib kami gi bawak familynya nak lawat ayah diorang kat hospital pantai.. petang nak maghrib tu baru tau... ingat mama pun nak ikut sekali la tapi kalau mama ikut, semua mesti nak ikut tak berapa muat pulak innova tu... last-last ayah ngan luqman je pegi spital.. mama and the rest ayah drop kat rumah mak zun la on the way.. sempat la menyardinkan innova tu kejap... ada la dlm 14 org kot masuk dlm tu termasuk bibik, sarah... 6 orang besar, 8 orang kecik.. orang besar tu pulak memang agak besar-besar jugak,.. hheheeh.. nasib baik la rumah mak zun dekat je... nway, barbeque was good.. ayam, udang, sotong, ikan, baked potato.. etc..etc... thanks mak ima.. lain kali boleh belanja lagi.. gambo tunggu mak ima email la...
Hari sabtu pagi kami bertolak ke Port Dickson.. ayah ada Family Day kat Tiara Beach Resort... sampai tengahari makan-makan pastu ada Coloring competition... seronok la the kids.. tapi maisara tak abih kaler sebab dia kata nak sambung kat rumah.. apa-apa je la.. tapi semua orang dapat hadiah.. kaler magic...iskk... nightmare betul... abih kat bilik apartment tu diorang buat decoration kat lantai, kat bedsheet.. kat tangan.. ingatkan tak nak bawak balik kl tapi mencarik pulak diorang tu.. tawakkal je la...
ni anak ke bapak yang mengaler nih..
ayah tengah baling plastik berisi air..
aktiviti main pasir
masa untuk main air!!
malam tu ada dinner.. tapi budak-budak ni memang dah penat dah ni.. dapat makan kejap je pastu mama n the kids balik bilik la.. tinggal la ayah sebab ayah ada persembahan kena buat.. tu aaa.. tak dapat tengok ayah berlakon.. ye ye je... kekkeke...
esoknya lepas breakfast satu round lagi kat kolam... tapi maybe sebab pagi-pagi sejuk.. lepas hujan plak tu.. imran pun tak berapa nak 'berenang' sangat... dia dok kat tepi je main air pancut tu.. yang lain cam biasa la belasah je sejuk tak sejuk.. sementara tu ayah ada volleyball game...
kul 11 lebih gitu kami pun bertolak balik KL... sampai KL siap-siap petang tu ada usrah alumni plak kat PJ.. bawak imran sorang je.. tu pun humaira n maisara mengamuk nak ikut.. tapi sebab diorang tu mesti penat nak tidur tu...
malam tadi memang flat je... luqman ajak main bola tanah liat... padahal dia pun dah penat gak.. kitorang main sambil baring.. hahhaa... apa la luqman nih.. tak layan kang marah.. last-last kul 9.30 semua masuk tidur dah.. imran lepas maghrib awal-awal lagi dah tertidur... mama pun ingat nak bangun balik sebab tak iron baju lagi.. pastu sedor-sedor dah pagi dah... so pagi-pagi ni baru la nak terkocoh kacah mengiron baju... nasib baik hari ni ayah cuti so kurang la sikit baju yang nak di iron...
sesekali pergi bercuti.. seronok la... penat tu biasa la.. lagilah dengan keadaan mama yang dah semakin sarat nih.. pastu bibik tak ikut pulak tu... nway budak-budak pun dah besar.. banyak benda dah boleh buat sendiri cumanya penat nak supervise je la... next two weeks trip ke penang pulak.. pak su ki nak kawin.. yang tu nanti citer lain ok..
June 11, 2007
Makan-makan.. Nasi Daging
mama buat nasi daging. lauknya beriani daging, ayam masak merah, dalca ngan acar timun... isk macam lauk kenduri pulak.. resepi mintak kat mak mentua... first time buat (kecuali ayam masak merah la) terus nak buat big scale pulak tu... perasan terrer la nih.. hehhe... malam ahad tu dah start masak dah apa-apa yang patut... rebus daging.. lama ooo nak bagi dia empuk.. buat acar, potong-potong bawang, buat dessert (apa lagi kalau bukan coklat kek.. hheeh)... so pagi ahad tu memang tinggal masak je..
menu nasi daging dan lauk pauk - beriani daging, dalca, acar timun nenas dan ayam masak merah..
untuk dessert, as you know mama buat kek coklat, pastu semalamnya mama try buat kuih tako.. saja je untuk makan-makan sendiri.. kuih tako ni yang selalu orang letak dalam bekas daun pandan kecik-kecik tu yang bawah hijau atas putih... tapi mama malas nak carik bekas.. tuang je la dalam bekas besar.. sebenarnya nak try je sebab tengok resepi macam senang sangat.. ended up sukatannya tu jadi banyak pulak.. pastu yang bahagian putih tu terkeras pulak.. petang sabtu tu makan memang tak abih.. ayah suggest carry forward je la untuk makan2 tu.. so jadiklah dua dessert mama.. esoknya kuih tako siap boleh potong-potong plak macam kuih loyang.. hehhehe.. sepatutnya dia kena lembut yang tak boleh potong punya.. anyway orang kata sedap je... pastu k wa bawak buah pelam la, buah epal la, swiss roll, k nit bawak honeydew... banyak la pulak.. terpaksa keluarkan satu lagi meja untuk dessert...
dessert.. honeydew, pelam, kuih tako, epal, swiss roll, choc cake..
all in all ok la semua... hopefully semua balik dengan perut yang kenyang.. mak ima kata,"ingatkan buat nasi ayam.." iskk.. ingatkan mama ni muka nasi ayam ke? for info sebelum ni speciality mama memang nasik ayam.. hehehe.. kali ni lain la sikit... ada satu lagi request from Mak A nak makan sheperds pie.. sebab selama ni dia dok dengar je orang cerita tapi tak pernah rasa... tapi memandangkan menu pun dah heavy mama postpone la next week ke ek mak A.. lama lagi kan kat kl.. tak terlarat la nak buat semua.. bahan dah beli dah sebenornya..
lepas makan semua lepak-lepak..
petang tu bila last sekali mak zun balik dah start hujan pastu makin hujan lebat semua pakat tidur... mama bila baring tu baru la terasa penatnya.. dari pagi tak duduk.. malam pun terasa lenguh je kaki... adeh.. adeh... tapi puashati la sebab masak semua menjadi (atau hampir menjadi) especially nasi dia tu... pastu kira ngam-ngam la jugak tak berlebih banyak sangat kecuali dalca.. tu pun semalam ayah bawak gi surau buat makan cicah roti...
pagi ni budak-budak dah start sekolah dah... ayah pulak start outstation ke kuching for 2 weeks... tu yang terpaksa tolak order opis untuk choc cake 2 bijik untuk IT Council meeting esok.. takut tak sempat nak buat malam nih.. nway mama bawak hari ni la untuk mkn2 kat opis je.. takdelah opismate kempunan nak makan kan...
June 06, 2007
suami, isteri dan dot dot dot
semalam mama beli majalah anis.. tengah boring-boring ni kan.. dah start sibuk buat reports tapi tak cukup data lagi sebab data provider ada yang masih cuti kot... bila la diorang nak masuk keje balik nih.. dah la report crims pulak ada error tak settle-settle lagi.. anyway apa yang ada mama dah siapkan lah.. so tinggal nanti buat untuk yang the rest la... hopefully by this friday boleh settle semua...
so bila boring-boring buat reports tu, mama baca majalah anis ni.. tak abih pun lagi.. tapi mama rasa banyak bende menarik la kali ni... pasal suami, isteri, rumahtangga, anak-anak..
'Kebanyakan suami biasanya tidak menyebut secara berterus-terang tentang kemahuannya, tapi suami cukup gembira jika isteri melakukan sesuatu yang membuatkan dia rasa dihargai. Contohnya sesekali belikan baju, kain pelikat, kopiah atau benda-benda murah seperti suratkhabar pun suami dah suka.'
'Ada kes suami yang rasa tidak selesa kerana isterinya "terlalu rajin" hingga dia rasa tidak mendapat perhatian sewaktu di rumah.'
'Naluri seseorang itu kalau dia pemimpin, dia mahu ditaati oleh pengikut. Dia juga mahu pengikut hormat dan sedia berkhidmat kepadanya. Tidak ada pemimpin yang suka dibangkang, diperlekeh dan dibuat tidak peduli oleh pengikut. Begitu juga suami, secara nalurinya dia mahukan tiga perkara ini daripada isteri - taat, hormat dan khidmat.'
'Suami mahukan personal touch dari isteri untuk layan dia makan, buatkan air, sediakan pakaian, cantikkan bilik tidur dan lain-lain bentuk khidmat dalam memenuhi keperluan dan memudahkan urusan kehidupan suami sehari-hari. Sesetengah urusan rumah tangga boleh diserah kepada pembantu rumah tapi khidmat yang bersifat peribadi biasanya suami mahu isteri sendiri yang buat.'
'Tak rugi meraikan kemahuan suami kita dengan sebaiknya kerana harga kebahagiaan yang Allah akan beri kepada isteri yang sangat memuliakan suami ialah jaminan syurga. Sesungguhnya senjata izin dan redha suamilah yang melayakkan kita bergelar isteri solehah kebanggaan suami.'
'Beringatlah-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru marilah kita dengar dahulu apa suara hari isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi sementara isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya..'
"Apa bezanya hidup dan kehidupan?"
"Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih sayang, cinta dan kemesraan"
"Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?"
"Err.. teman hidup dalam kehidupan"
"Tahu pun..."
'Sukarnya memenuhi segala kemahuan kerana kita sentiasa dibatasi kemampuan. Mungkin juga kita mampu tapi tidak mahu. Ini lebih sukar.'
"Senyum bila berdepan dengan suami.." pesan para ulama untuk isteri. Mampu? Siapa yang tidak mampu kalau sekadar tersenyum. Tapi berapa ramai isteri yang mahu tersenyum di depan suami.
"Peluk isteri sekurang-kurangnya tujuh kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya semata-mata melahirkan kasih sayang," kata pakar motivasi untuk suami. Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai suami? Tak banyak. Tapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya?'
'Wanita hatinya di mulut. Lelaki mulutnya sering di hati.'
'Terimalah pasangan kita seadanya.'
'Ibu bapa sering kehairanan, mengapa anak mereka degil dan enggan patuh. Makin bertambah umur, makin berani anak-anak ini mengabaikan do's and don'ts ibu bapa mereka. Ibu bapa ini terlupa, bahawa kepatuhan adalah buah kasih sayang. Berilah cinta, berilah kasih, nescaya patuhlah mereka yang sedang menikmati cinta dan kasih itu.'
Itulah antara rangkap-rangkap kata yang mama rasa boleh dijadikan panduan kita. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila la beli sendiri itu majalah Anis ye.. ehhehhe...
opss.. ada breaking news la... paklah nak kawin? paklah nak kawin!! wohoo.. paklah nak kawin la this saturday... hari tu kata.. "khabar angin.. khabar angin.. khabar angin.." anyway.. tahniah paklah.. semoga bahagia hingga akhir hayat... semoga selepas ni boleh lebih focus untuk manage our beloved country... :)
http://www.jeffooi.com/2007/06/selamat_pengantin_baru_pak_lah.php
June 05, 2007
errrrrr
aduuh... mama sakit leher ni.. salah bantal hari tu.. dah beberapa hari dah sebenarnye... dah mintak bibik urut pun belum baik betul.. tapi kurang sikit la.. ada orang kata kalau salah bantal suruh jemur bantalnya.. baru baik... sapa pernah try? mujarab ke?
semalam kan mama cuti.. tapi budak2 sekolah macam biasa.. ayah pun keje half day je.. malam tadi sebelum tidur luqman kata..
"bestlah kalau mama cuti.."
"kenapa?" mama tanya.
"kalau mama takde, bibik masak lambat je, dah petang baru nak masak"
isk.. ye ker.. selalu takde complain pulak.. selalu kalau tanya bibik pun dia kata budak2 makan... tapi semalam pun takde la awal sangat suap budak2 tu.. kul 1 jugak.. agaknya tak terasa lapar kot sebab asyik mengunyah daripada balik dari sekolah kul 10.30 tu.. almaklumlah baru balik dari kampung.. dok borong kerepek seguni.. hehhe...
petang tu pulak k za tepon citer pasal bibik-bibik.. isk.. kalau cerita pasal bibik-bibik ni memang macam-macam boleh keluar.. har har.. mana la nak carik bibik yang perfect.. kalau dapat tu memang bertuah la.. memang mama sedar bibik kat rumah tu pun ada kekurangannya.. ada je jiran2 yang tolong report.. selalu keluar, suka marah2.. pernah juga mama sound.. harap dia berubah la... tapi mama compromise juga la... takpe kalau nak keluar tapi keje kena beres... marah-marah takpe sebab mama tahu anak mama memang lasak-lasak tapi janganlah samapi keluar perkataan yang tah pape and jangan sampai angkat tangan sudah... tapi memang mama tengok anak-anak mama tak rapat ngan bibik kecuali imran.. maybe sebab dia jaga dari baby... lagipun memang bibik ni bukan jenis rajin melayan budak-budak.. pendek kata kalau bibik balik pun takde la sampai tanya-tanya atau demam rindu kot.. hehhehe... sebab tu agaknya luqman seronok bila mama cuti kot... ada la orang nak melayan dia.. kalau tak asyik kena marah je..
k za kata sebenornya satu je petua diorang ni.. jangan bagi campur sangat dengan geng-geng diorang nih.. kominiti maid kat tmn sutera tu memang hebat.. boleh buat satu lagi kelab maid la.. nak lawan kelab wanita.. heheh.. kalau petang2 weekends tu penuh kat playground tu buat mesyuarat.. kononnya sambil tengok anak2 majikan masing-masing la... bila dah berkumpul tu memang macam-macam la diorang nih... dok compare majikan tu macam tu.. majikan tu macam nih... dok compare gaji, cuti.. etc.. etc... tu yang tetiba nak beli henpon la.. nak digi la.. nak beli emas la.. nak cuti la.. itu la.. ini la...
tapi ye la.. takkan la nak larang terus diorang ni daripada jumpa kawan-kawan kan... diorang pun manusia biasa jugak... takkan nak kurung je dalam rumah ye dak.. kang lagi tensen kang nanti dibuatnya apa-apa kat budak-budak tu lagi la naya..
anyway takdelah semua buruk kat bibik tu.. ada juga boleh harapnya... setakat buat keje rutin seharian tu ok la.. cuma kalau nak suruh extra sikit memang kena suruh baru dibuat... pandai masak... tapi lately nih dia dah makin malas plak menunjukkan skill memasaknya.. kalau dulu ada je kuih apa-apa yang dia buat... pandai mengurut.. kalau bebudak jatuh ke apa memang servis kat dia je..
takpelah sekarang nih mama tunggu je la sampai bibik abih contract.. memang rasanya tak sambung la contract dia.. pernah jugak tanya dia tapi seloroh-seloroh je la.. dia kata tak nak sambung sebab anak dia tak berapa sihat.. tapi semalam k za cerita lain pulak.. dia borak-borak ngan bibik weekends lepas tanya sambung ke tak.. dia kata dia macam nak sambung lagi tapi ibuk (mama la) macam tak percaya kat dia.. isk.. nak tergelak pun ada bila dengar cerita... ni mesti kes sebab kena sound masa buat hal kat kampung hari tu.. (gi rumah 'sedara' dia..pastu kata nak balik petang.. sampai malam tak balik2.. rupanya tidur sana.. pastu pagi esok orang dah nak tolak balik kl tapi dia tak sampai-sampai lagi..)
hajatnya dulu memang after 2 years tak perlu la ada bibik lagi sebab imran pun dah besor.. boleh hantar nursery je.. tapi sebab coming sorang lagi kan.. hehhe.. so nak kena carik lagi la nampaknya.. kadang tu teringin juga berenti keje.. hehhe.. tapi sapa lak nak cover lagi beberapa K expenses per month kan.. lain la kalau ayah dapat keje gaji 10K..
hhmmm.. kan betul tadi kata kalau cerita pasal maid ni memang tak abih-abih.. ada je lagi.. tapi tak larat nak cerita semua... insya allah semua ni jadi pengajaran and boleh dijadikan panduan untuk handle maid yang seterusnya nanti.. kalau ada...
oklah.. back to work.. malas betul nak start keje hari nih.. tapi tak boleh malas sebab time for reports!!
May 31, 2007
errr...
hari ni mama puasa.. hmm.. kalau habis hari ni ada lagi 5 hari nak ganti.. itulah.. tak nak ganti awal-awal.. bila dah dekat baru la kelam kabut.. kena jugak habiskan time-time ni sebab makin lama perut makin besor nanti lagi tak larat nak pose.. lagipun ambik peluang time cuti sekolah ni tengah tak banyak meeting.. tak banyak keje.. so kalau terasa letih boleh la lari jap ke surau untuk tido.. hehheh...
tahun ni nampaknya mama berpantang dalam bulan pose jugak.. due date 9/9/07 kurang seminggu lagi nak pose.. so nampak gayanya sejarah berulang kembali la.. sebulan la kena ganti pose.. sama macam masa lahirkan imran dulu.. imran lahir 2nd day pose... jenuh mama nak abihkan ganti pose 28 hari... nasib baik dapat habis jugak... "berani buat berani la tanggung" isk... mama pulak yang terkena bila cerita kat kengkawan.. hehhehe... sabor je la... tapi memang kurang best sikit la berpantang masa pose nih.. apa taknya selalunya kan juadah berbuka pose tu kan yang paling sedap kan.. macam-macam ada... boleh tengok je la... kadang kecek-kecek jugak la kat nek.. nanti kalau nek kesian tengok mama, nek pun kata, "boleh la rasa sikit je... bersalin normal tak apa.. kalau operate kena pantang betul-betul.. " hopefully kali ni pun mama bersalin normal la macam sebelum-sebelum nih.. insya allah.. awal-awal lagi dah doa banyak-banyak minta Allah mudahkan kita bersalin.. amin..
insya allah tahun ni masa raya tu mama dah abih pantang kot.. so tak yah la risau tak dapat makan juadah raya.. yeay... isk... dah terpikir sampai ke raya dah.. hehheh... sabor-sabor.. yang penting abihkan dulu pose ganti nih.. hehhe..
hmm.. tak sabornya esok nak cuti... boring la kat opis nih time cuti sekolah.. takde aktiviti... memula tu seronok la boleh buat apa saja.. tapi abih-abih pun dok surf internet je la... lama-lama boring jugak... mata pun berpinar.. baik pi tidoq.. hhaha.. tak abih-abih nak tido... zzzzzzzzzzzzzzzz
May 30, 2007
Federal Court Dismisses Lina Joy's Appeal To Drop Islam In IC
http://bernama.com.my/bernama/v3/printable.php?id=264797
PUTRAJAYA, May 30 (Bernama) -- Azlina Jailani, the woman who converted to Christianity, today failed in her appeal to get the Federal Court to compel the National Registration Department (NRD) to drop the word "Islam" from her identity card.
In a 2-1 majority decision, the court ruled that Azlina, 42, who changed her name to Lina Joy, should obtain a Syariah Court order confirming her apostasy before the department could delete the word.
Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim said the NRD had the right to require Lina Joy to produce an order from the Syariah Court to confirm that she had renounced the Islamic religion if she wanted to delete the word "Islam" in her identity card.
Justice Ahmad Fairuz and Federal Court Judge Datuk Alauddin Mohd Sheriff rejected the appeal while the Chief Judge of Sabah and Sarawak Datuk Richard Malanjum gave a dissenting judgment.
Lina had appealed to the Federal Court after the Court ot Appeal in a 2-1 majority decision on Sept 19, 2005, prevented her from deleting the word "Islam" from her identity card on the grounds that her renounciation of Islam had not been validated by the Syariah Court or any other lawful Islamic authorities.
She made the appeal to the Appeals Court after the High Court in April 2001 ruled that as a Muslim she could not renounce Islam and that the matter of renounciation must be decided by the Syariah Court.
Lina named the Federal Territory Islamic Affairs Council, the government of Malaysia and NRD director-general Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad as the respondents in her appeal.
On Feb 2, 1997, she applied to the NRD to change her name to Lina Joy on the grounds that she had converted to Christianity but it was rejected on Aug 11, 1997.
Her second application to the NRD to change her name in Nov 1999, however, was approved but the new identity card issued listed her as a Muslim.
-- BERNAMA
-----------------------------------------------------------------
keputusan yang melegakan kita..
namun keputusan ini bukan bermakna kita boleh meraikan kemenangan..
hakikatnya Lina Joy telah murtad dan meninggalkan agama Islam...
cemana yek?
May 28, 2007
nak cerita apa yek...
Jualan Amal
again? cam tau-tau je diorang nih orang baru masuk gaji... hmmm.. terpaksalah mama 'korbankan' duit rm50 tadi.. hehhehe... tapi insya allah bende yang dibeli tu ada la pekdahnya... jangan beli je tapi tak guna.. (alamak.. buku yang beli hari tu pun tak sentuh lagi... isk isk..)..
Bangunan Kerajaan tak perlukan CF?
Ooo.. macam tu rupanya... yang kite nih rumah dah dok tapi punye la susah nak dapat CF betul (masuk hari tu guna Temporary CF).. tak settle-settle sampai sekarang... hari tu siap kena bayar seratus lebih sebab ada buat 'renovation'.. isy.. pasang awning kat dapur tu pun kira renovation... memula tu ayah cam nak protes tak nak bayar la... tapi yelah protes-protes pun bukan boleh buat apa.. CF nak kena dapat gak... susah takde CF ni.. sekarang ni mungkin takde pape tapi nanti kalau tetiba ada pape... insurance tak cover, nak jual tokleh.. etc.. etc.. pemaju pulak hampeh.. dia yang patutnya bertanggungjawab untuk dapat CF tapi sebab kitorang dah dok rumah tu kire diorang pun cam nak tak nak je dapatkan CF untuk rumah kami... cam nak lepas tangan la..
last saturday our Persatuan Penduduk siap buat piket lagi depan site office... "Penipu!" "Pemaju Lembab" "Mana lampu jalan".. apa tah lagi sepanduk yang direntang kat pagar surau tu.. mama tak pegi la... ayah je yang join.. ayah kata ada le sorang dua potential buyer masa tu terus cabut.. ahli parlimen serdang, Yap Pian Hoon pun join sekali... perggh.. dasat gak ek... tapi Modal Ehsan tak kuar pun... dok diam-diam je dalam opis diorang tu... takut le tu.. tak tau le lepas nih, harap-harap ada la perubahan... jangan le dok nak jual rumah je tapi tak berkualiti dan prasarana diabaikan.. jalan masuk tu rasanya macam dah lama dah siap tapi tah bila la boleh guna gaknya.. apa lagi la masalahnya... lampu jalan kitorang rupanya salah design, bila satu rosak, satu jalan tu lampu mati sebab diorang pasang sesiri (dulu kan kite ada belajar circuit pasang mentol selari, sesiri).. bile dengar tu rasa cam tah pape la diorang nih... buat rumah tak belajar ke?
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070528130217/Article/indexm_html
Coming to the third trimester
rasa macam tak caye je dah masuk 3rd trimester... tak terasa... tapi lately ni dah terasa cam lenguh-lenguh pinggang and kaki.. tak tau lagi lelaki ke pompuan.. hari tu scan baby kepala kat atas so doktor kata susah sikit dia nak carik angle nak nengok.. hheheh... so still a surprise.. kalau tanya luqman dia nak baby pompuan sebab imran dah lelaki.. nanti baby dah kuar nanti dia nak tolong jaga, tolong tepuk-tepuk.. ye je luqman nih.. hehhe... kalau tanya bibik dia kata macam lelaki sebab tak nampak mama suka solek-solek (aik.. ada pulak macam tu...).. ye ler.. kan ada orang kata kalau baby pompuan mamanya suka berhias-hias masa pregnant.. tapi seingat mama masa twins hari tu biasa je.. maybe sebab twins so petanda dia lain sikit, hari tu k nor kata cam lelaki sebab perut cam tajam... kalau tanya mama...mmm.. tak tau la.. kalau ikutkan hati mama nak pompuan..hehhe... tapi yang pastinya pregnant kali ni mama suka beli baju.. haha.. kalau tak beli pun belek-belek baju kat kedai baju.. tu yang mama suka bila ada jualan amal nih.. tapi tak semestinya beli sebab susah la nak carik yang bersesuaian.. ada je yang berkenan tapi tak bersesuaian... tu yang frust tu...
Minggu ni minggu cuti sekolah.. so mama punya outlook calendar pun kosong je.. selalunya penuh dengan meeting tu meeting nih.. relax sikit la... jumaat sampai isnin nanti mama cuti... balik kampung muar dulu sebab ada buat kenduri arwah 40 hari... pastu baru balik BP. budak-budak pun sebenarnya takde kelas sangat cuma ada kelas ngaji dari kul 9 sampai kul 10.30pagi.. so bibik pun sibuk sikit la 2 minggu nih..
apa lagi nak citer yek? itu je la kot setakat nih...
May 22, 2007
wow.. naik banyak tu...
jauh di sudut hati mama berharap jugak kalau-kalau tekom nak ikut jejak langkah gomen nih... almaklumlah tekom kan separa gomen.. so hopefully ade le tempias sikit-sikit... hehhehehhe.... boleh la kita angkat rainbow satu.. kan ayah kan.. hehhehe...
ataupun adakah ada agenda di sebalik kenaikan gaji ini? haha... my pro pembangkang mind is working now... almaklumlah pilihanraya dah dekat... so timing tu memang cantik lah...
cumanya harap-harap lepas ni jangan la banyak pulak pihak yang ambil kesempatan untuk naikkan harga itu naikkan harga ini... kalau bende2 lain pun ikut naik serupa la macam gaji tak naik... pi mai pi mai tang tu jugak la... dan juga hopefully kakitangan perkhidmatan awam kita pun semakin bersemangat untuk bekerja... takdelah balik kul 5 kul 4.45 dah tak angkat tepon... hhehe... and harapnya mama punya claim LHDN hari tu beres la cepat-cepat.. dah berapa bulan dah nih.. isk.. isk...
May 17, 2007
Hari-hari yang dah terlepas
Selamat hari ibu to nenek di kampung...
Selamat hari ibu to mama.. last friday mama dapat hadiah 'surprise' from luqman, humaira n maisara... kotaknya berhias cantik.. ada tampal-tampal bulan bintang.. comel je.. dalamnya rupanya ada rantai leher... wah.. mama dapat 3 utas rantai baru.. hehehe... cikgu diorang tolong buat sama-sama kat sekolah.. rantai tu sebenarnya diorang buat guna benang kait tu dengan straw yang dah dipotong-potong... pastu kat hujung tu diorang letakkan loket guna ribbon comel je... terima kasih anak-anak mama... sebenarnya mama dah tau dah diorang nak bagi hadiah hari ibu... diorang jugak yang bocor rahsia.. hehehhe.. dari hari tu lagi diorang dah cerita... "mama kat sekolah kan buat lantai (rantai?) nak bagi mama... " hehhehe... macih.. macih...
Hari guru... 16/05/07
Selamat hari guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar mama dari sekolah tadika hinggalah ke university... semalam dengar la kan kat radio dok sembang pasal hari guru... cerita pasal guru yang paling kita ingat... mama pun cuba jugak nak pick mana satu cikgu mama yang paling best.. tapi mama tak boleh nak pick one la... mama memang jenis tak ada favourite teacher.. takde cikgu yang rapat... maybe sebab mama ni penyegan sikit.. isk isk.. hehheh... anyway insya allah mama rasa mama hormat mereka semua sama saja sebagai seorang guru tak kisah la subjek apa yang mereka ajar... subjek yang mama suka ke tak suka... insya allah semua suka la kot... insya allah segala ilmu yang dicurah itulah yang membentuk sedikit sebanyak diri kita pada hari ini selain daripada didikan ibu bapa kita sendiri... terima kasih cikgu-cikgu...
Tahu tak sebenarnya banyak benor hari-hari lain yang kita pun tak tau bila... hari jururawat, hari keluarga, hari tentera, hari wanita, hari telekomunikasi, hari belia, hari kanak-kanak, hari polis.... kalau nak ingat semua memang la lost track... tapi kadang mama terpikir jugak mana la datang asal-usul hari hari ni kan... kalau hari guru tu memang la dari kecik lagi ada kot.. tapi macam hari-hari lain tu tetiba je bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan...
anyway for me, you don't need to wait until these specific days to cherish your love with your loved ones... everyday is a lovely day.. so keep on cherish it...
May 09, 2007
Bonne anniversaire!
terasa dah lama tak update blog nih.. what happeng? been quite busy...
070507
Happy Birthday Ayah!!!
masa birthday ayah, ayah kat KK lagi.. wish dari jauh je la...
080507
Happy Birthday Mama!!
buat jamuan birthday kat opis.. hihi.. kelakar la pulak dah tua-tua ni siap tiup lilin lagi.. hahaha... tapi bukan buat jamuan untuk mama je.. kumpul baby2 kat opis dari bulan Jan sampai May and kebetulan buat masa besday mama... so i was actually the real birthday girl hari tu.. orang lain tumpang je.. hahhah.. perasan...

anyway balik rumah ayah dah sampai dari kk... celebrate lagi ngan the kids.. semalam lagi mama dah siapkan kek dah.. apa lagi kalau bukan kek coklat.. hehhehe... mama mana pandai buat kek lain.. cumanya sempat la beli bunga-bungaan sikit plus lilin dua batang beli kat secret recipe untuk hias atas kek.. nampak la canggih sikit.. nasib baik orang kat secret recipe bagi mama beli.. kalau ikutkan mana dia jual bende tu.. heheh... so petang tu kire celebrate ngan besday ayah sekali la... ayah bagi mama henpon.. yea yea... macih macih.... 3G lagi... mama bagi ayah baju Canterbury... (memang ayah yang pesan pun.. hehheh... jenuh nak carik tu) dengan birthday card yang penuh puitis... cewah.. ye je.. ayah tak kata apa pun.. perasan la mama nih... :)


anyway camtu la kami selalunya.. sebab birthday selang sehari je kan so memang selalu double celebration la... seronok...
hmm... meningkat setahun lagi usia kita... tengok ke depan, makin dekat la kita dengan akhir umur kita.. tengok belakang, berapa banyak je la bekalan yang telah terkumpul... tepuk dada tanya iman...
lusa ayah nak gi Kuching pulak.. mmm.. kena tinggal lagi... :(