May 17, 2007

Hari-hari yang dah terlepas

Hari ibu... 13/05/07

Selamat hari ibu to nenek di kampung...
Selamat hari ibu to mama.. last friday mama dapat hadiah 'surprise' from luqman, humaira n maisara... kotaknya berhias cantik.. ada tampal-tampal bulan bintang.. comel je.. dalamnya rupanya ada rantai leher... wah.. mama dapat 3 utas rantai baru.. hehehe... cikgu diorang tolong buat sama-sama kat sekolah.. rantai tu sebenarnya diorang buat guna benang kait tu dengan straw yang dah dipotong-potong... pastu kat hujung tu diorang letakkan loket guna ribbon comel je... terima kasih anak-anak mama... sebenarnya mama dah tau dah diorang nak bagi hadiah hari ibu... diorang jugak yang bocor rahsia.. hehehhe.. dari hari tu lagi diorang dah cerita... "mama kat sekolah kan buat lantai (rantai?) nak bagi mama... " hehhehe... macih.. macih...


Hari guru... 16/05/07

Selamat hari guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar mama dari sekolah tadika hinggalah ke university... semalam dengar la kan kat radio dok sembang pasal hari guru... cerita pasal guru yang paling kita ingat... mama pun cuba jugak nak pick mana satu cikgu mama yang paling best.. tapi mama tak boleh nak pick one la... mama memang jenis tak ada favourite teacher.. takde cikgu yang rapat... maybe sebab mama ni penyegan sikit.. isk isk.. hehheh... anyway insya allah mama rasa mama hormat mereka semua sama saja sebagai seorang guru tak kisah la subjek apa yang mereka ajar... subjek yang mama suka ke tak suka... insya allah semua suka la kot... insya allah segala ilmu yang dicurah itulah yang membentuk sedikit sebanyak diri kita pada hari ini selain daripada didikan ibu bapa kita sendiri... terima kasih cikgu-cikgu...

Tahu tak sebenarnya banyak benor hari-hari lain yang kita pun tak tau bila... hari jururawat, hari keluarga, hari tentera, hari wanita, hari telekomunikasi, hari belia, hari kanak-kanak, hari polis.... kalau nak ingat semua memang la lost track... tapi kadang mama terpikir jugak mana la datang asal-usul hari hari ni kan... kalau hari guru tu memang la dari kecik lagi ada kot.. tapi macam hari-hari lain tu tetiba je bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan...

anyway for me, you don't need to wait until these specific days to cherish your love with your loved ones... everyday is a lovely day.. so keep on cherish it...

No comments: