June 29, 2007

10 Panduan Jauhi Tabarruj


summarized from Anis keluaran July 2007...

1. Menahan pandangan - tanda sifat malu, jangan memandang lelaki bukan muhrim dengan mata galak.

2. Jaga pergaulan - elakkan bercampur gaul, bersentuh-sentuh dan bertepuk tampar dengan bukan muhrim. Bahayanya jika sudah sekali ringan tangan untuk bertepuk tampar, akan jadi kebiasaan.

3. Memakai pakaian yang sopan, sesuai dengan syariat Islam - sayang sekali kalau membeli belah pakaian mahal tapi tak menepati syariat, sebaliknya mendapat laknat Allah.
- tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
- longgar, tidak nipis, tidak jarang, tidak singkat (trend sekarang ramai yang bertudung tapi baju lengan pendek ataupun pakai t-shirt ketat)
- tidak jarang - ada juga yang pakai tudung tapi jarang sehingga nampak tengkuk.

4. Tegap berjalan - Jaga cara berjalan. jangan mendada bagai itik pulang petang. sebaik cara berjalan ialah tundukkan sedikit kepala dan berjalan dengan langkah agak cepat (tegap). Cara begini dapat mengawal pergerakan badan dan mengelakkan tudung melekat di dada apabila ditiup angin. Bukan jalan meliuk lintuk.

5. Jangan menyerupai pakaian lelaki hingga sukar membezakan jantina. - Bagi wanita yang berseluar panjang, dianjurkan longgar dan blaus longgar dan melepasi paras pinggul.

6. Tidak menyerupai pakaian orang kafir dari kaum Yahudi dan Nasrani. Sabda Rasulullah "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka akan dibangkitkan nanti bersama dengan kaum itum " Riwayat Tabrani.

7. Jaga tutur kata dalam berbicara. Dengan suami digalakkan bercakap lemah lembut tetapi di tempat kerja, bercakap dalam telefon dengan muhrim, bercakaplah dengan nada sederhana, bukan dengan nada manja.

8. Jangan memakai minyak wangi terlalu harum dengan niat memikat lelaki. Gunakan wangian yang sederhana baunya sekadar untuk menyegarkan bau badan dan orang selesa berinteraksi dengan kita. haruman yang wangi hanyalah untuk suami sahaja.

9. Jangan memakai aksesori tambahan yang berloceng seperti gelang tangan, gelang kaki yang boleh menarik perhatian lelaki.

10. Memakai solekan sederhana. gunakanlah warna-warna yang lembut seperti warna-warna natural sekadar untuk tampak kemas dan meyakinkan. solekan terang hanya untuk suami.

Kesimpulannya, islam tidak menghalang wanita bercantik-cantik dan berhias untuk bergerak aktif di luar rumah mengikut bidang yang diharuskan syarak. Begitupun, dalam apa jua keadaan, kita wajib melaksanakan hukum Allah. Mari kita sama-sama tegakkan syariat Allah supaya maruah wanita Islam dipandang mulia, hebat dan beroleh berkat di sisi Allah SWT.

No comments: