June 06, 2007

suami, isteri dan dot dot dot


semalam mama beli majalah anis.. tengah boring-boring ni kan.. dah start sibuk buat reports tapi tak cukup data lagi sebab data provider ada yang masih cuti kot... bila la diorang nak masuk keje balik nih.. dah la report crims pulak ada error tak settle-settle lagi.. anyway apa yang ada mama dah siapkan lah.. so tinggal nanti buat untuk yang the rest la... hopefully by this friday boleh settle semua...

so bila boring-boring buat reports tu, mama baca majalah anis ni.. tak abih pun lagi.. tapi mama rasa banyak bende menarik la kali ni... pasal suami, isteri, rumahtangga, anak-anak..

'Kebanyakan suami biasanya tidak menyebut secara berterus-terang tentang kemahuannya, tapi suami cukup gembira jika isteri melakukan sesuatu yang membuatkan dia rasa dihargai. Contohnya sesekali belikan baju, kain pelikat, kopiah atau benda-benda murah seperti suratkhabar pun suami dah suka.'

'Ada kes suami yang rasa tidak selesa kerana isterinya "terlalu rajin" hingga dia rasa tidak mendapat perhatian sewaktu di rumah.'

'Naluri seseorang itu kalau dia pemimpin, dia mahu ditaati oleh pengikut. Dia juga mahu pengikut hormat dan sedia berkhidmat kepadanya. Tidak ada pemimpin yang suka dibangkang, diperlekeh dan dibuat tidak peduli oleh pengikut. Begitu juga suami, secara nalurinya dia mahukan tiga perkara ini daripada isteri - taat, hormat dan khidmat.'

'Suami mahukan personal touch dari isteri untuk layan dia makan, buatkan air, sediakan pakaian, cantikkan bilik tidur dan lain-lain bentuk khidmat dalam memenuhi keperluan dan memudahkan urusan kehidupan suami sehari-hari. Sesetengah urusan rumah tangga boleh diserah kepada pembantu rumah tapi khidmat yang bersifat peribadi biasanya suami mahu isteri sendiri yang buat.'

'Tak rugi meraikan kemahuan suami kita dengan sebaiknya kerana harga kebahagiaan yang Allah akan beri kepada isteri yang sangat memuliakan suami ialah jaminan syurga. Sesungguhnya senjata izin dan redha suamilah yang melayakkan kita bergelar isteri solehah kebanggaan suami.'

'Beringatlah-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru marilah kita dengar dahulu apa suara hari isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi sementara isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya..'

"Apa bezanya hidup dan kehidupan?"
"Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih sayang, cinta dan kemesraan"
"Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?"
"Err.. teman hidup dalam kehidupan"
"Tahu pun..."

'Sukarnya memenuhi segala kemahuan kerana kita sentiasa dibatasi kemampuan. Mungkin juga kita mampu tapi tidak mahu. Ini lebih sukar.'
"Senyum bila berdepan dengan suami.." pesan para ulama untuk isteri. Mampu? Siapa yang tidak mampu kalau sekadar tersenyum. Tapi berapa ramai isteri yang mahu tersenyum di depan suami.
"Peluk isteri sekurang-kurangnya tujuh kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya semata-mata melahirkan kasih sayang," kata pakar motivasi untuk suami. Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai suami? Tak banyak. Tapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya?'

'Wanita hatinya di mulut. Lelaki mulutnya sering di hati.'

'Terimalah pasangan kita seadanya.'

'Ibu bapa sering kehairanan, mengapa anak mereka degil dan enggan patuh. Makin bertambah umur, makin berani anak-anak ini mengabaikan do's and don'ts ibu bapa mereka. Ibu bapa ini terlupa, bahawa kepatuhan adalah buah kasih sayang. Berilah cinta, berilah kasih, nescaya patuhlah mereka yang sedang menikmati cinta dan kasih itu.'

Itulah antara rangkap-rangkap kata yang mama rasa boleh dijadikan panduan kita. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila la beli sendiri itu majalah Anis ye.. ehhehhe...

opss.. ada breaking news la... paklah nak kawin? paklah nak kawin!! wohoo.. paklah nak kawin la this saturday... hari tu kata.. "khabar angin.. khabar angin.. khabar angin.." anyway.. tahniah paklah.. semoga bahagia hingga akhir hayat... semoga selepas ni boleh lebih focus untuk manage our beloved country... :)

http://www.jeffooi.com/2007/06/selamat_pengantin_baru_pak_lah.php


No comments: