jungle tracking ulu kenas tahun 2000 - MTP 14Anak-anak kita sekarang, berkhemah dalam rumah pun jadilah... hehehhe... Mama tak kisah.. Yang penting lepas main kena kemas balik, jangan lupa....

jungle tracking ulu kenas tahun 2000 - MTP 14Anak-anak kita sekarang, berkhemah dalam rumah pun jadilah... hehehhe... Mama tak kisah.. Yang penting lepas main kena kemas balik, jangan lupa....

nasib baik la dia behave je dok atas kerusi tu...
nak tergelak pun ada tengok dia ...
the aftermath... oh sungguh boyish nampaknya raihana... takpe.. rambut boleh tumbuh balik...
luqman baru botak kepala... barulah sepesen dengan imran.. hehhe
raihana dengan 'computer'nye... actually calculator je tu.. tapi dia suka eksyen macam tengah main komputer.. hehhe.. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. hehhe..
last weekend pegi hari jadi aqilah, anak kawan ayah.. wah bestnya ada bubuclown! dapatlah belon bermacam-macam bentuk (pistol, topi, bunga..).. pastu ada game.. seronotnya...
Satu perkara yang merisaukan bakal-bakal haji muda ialah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Apatah lagi kami baru dapat berita akan kehadiran zuriat kami yang ke-6 insya allah due awal bulan June tahun depan. Siapakah yang akan menjaga mereka bila kami pergi nanti? Mama dah bayangkan mungkin atuk nenek Cheras boleh tolong tengokkan mereka. Cuma bila difikirkan macam tak sampai hati je nak tinggalkan especially yang kecil masa itu baru berusia setahun lebih. (kalau nak pergi umur 33 tahun). Itupun kalau tak ada adik lagi hehe (yang ni memang kena plan betul-betul nih.. jangan asyik 'ter' je.. hhehe) Tapi bila baca buku Haji Muda, beliau meninggalkan anak yang bongsu yang berumur 5 bulan. Isk.. lagi tak sampai hati dalam keadaan masih menyusu lagi... huhuhu...
pics credit to google.. tak sempat nak ambik gambar.. kelam kabut.. sekelip mata dah habis.. heheh..
Bertandang kat rumah k cuya Jumaat lepas. Ingat nak join usrah sekali. End up jadi penjaga nursery lah kami. Heheh... 5 anak mama, 3 anak k cuya, 3 anak yatt... havoc... Tapi syok la dapat jumpa geng yang dah lama tak jumpa...
Hmm... tengah banyak open house pun dok sibuk lagi kat dapur. Entah kenapa hari ahad lepas terlebih rajin pulak mama. Saja nak try buat lasagnea. Resepi dapat dari k ina jiran sebelah kat office ni. Macam senang je dia cerita. Rupanya memang senang. Kire menjadi jugak. Cuma kena improve on the sukatan. Tak reti nak budget banyak mana kuah merah, banyak mana kuah putih, banyak mana lasagnea sheets. End up tak balance. Satu lagi termasin sikit la.. hehhe.. Tapi budak-budak suka. Humaira siap nak bawak pegi sekolah pagi ni. Sampai dua ketul..
Satu lagi kerajinan mama. Apple pie.. again!!!??? Disebabkan ada apple merah yang dah lama tak termakan-makan dan macam dah nak lebam, mama telah cuba menyelamatkannya dengan menjadikannya apple pie filling.. Oklah kali ni style lain sikit... Cuma filling tu kurang ummpphh sikit sebab pakai red apple. Sepatutnya guna green apple..
3. Sediakan custard: Campurkan tepung custard dengan air (nisbah 1:5). Kalau guna susu cair, masukkan 2-3 sudu besar susu cair. Atau kalau gunakan fresh milk, air yang nisbah 5 tu, 1 bahagian ialah fresh milk. Campurkan 3-4 sudu gula. Panaskan dengan api perlahan hingga pekat dan likat. Tuangkan atas sponge cake dalam bekas tadi. Taburkan isi fruit cocktail tadi di atasnya.
5. Sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk, letak whipped cream di atasnya. Boleh guna yang instant atau whipped cream untuk cake. Better whipped cream untuk cake sebab tak cepat cair. Kalau yang instant ni cepat sangat cair.
p/s - sorrylah mak ima, oja n sarah hari tu tak sempat merasa. sapa datang petang dapatlah merasa sebab tengahari tu baru buat.. heheh..



isk.. sejak bila la si kecik ni pandai posing 1malaysia...
anak-anak yang sudah bersedia untuk menyerbu duit raya... tahun ni yang beraya kat kampung raya pertama cuma kami, pak alim, pak azim, makzun n mak ima. Budak-budaknya semua range bawah 11 tahun... meriah betul dengan budak-budak yang tengah aktif berlari-lari ni... bingit betul telinga...
gambo dengan nek... ala nek ni orang tengah nak ambik gambo sempat lagi bersembang ngan orang.. kan jadi muka tak ready.. nasib baik mama maintain.. hehheheh
beraya naik trak... glamer gitu... si kakak2 pun sampai nangis-nangis nak ikut... isk.. pakai kain macamana nak naik tu... tak sesuai...
lagi 1 malaysia
raya kedua kat muar.. gambar dengan atuk nenek..
buat family reunion kat muar... inilah gambar bin dan binti hj yusuf... gambo the whole family tunggu cameraman punye gambo la...

p/s - eh hari tu bukan dah wish ke.. hehheh.. saja nak tunjuk gambo family raya... hehhe...
Happy Birthday Raihana 16/09/09
Hari ni birthday raihana. Hmm.. terpaksalah menyambut besday dengan mata sepet sebelah ye raihana. cian dia.. allergic tak baik-baik lagi.. insya allah nanti mama beli kek kecik lagi untuk raihana pulak pastu kita sambut kat rumah nenek lagi ye... meriah sikit ramai orang...
updated..


ala... sapa la yang amik strawberry birthday girl ni...Hari-hari terakhir ramadhan..
Lipatgandakan amalan.. cepat-cepat sale pahala dah nak habis... Satu lagi... sapa yang mampu, jangan lupa hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya adik beradik kita sendiri yang kurang berkemampuan... Mereka pun nak sambut raya dengan baju baru juga kan... Kan tak best kalau kita beraya sakan tapi anak2 saudara kita tak dapat baju baru pun... hmm... mama pun baru teringat hari ni... dok hulur-hulur kat orang tapi yang lebih dekat dengan kita tu yang lebih penting sebenarnya...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Insya allah kami akan balik kampung hari Jumaat nanti.. Subuh-subuh lagi kami akan bertolak.. hehhe... insya allah... Kepada semua pembaca blog mama yang terang atau yang senyap, mama ucapkan selamat hari raya dan mohon ampun dan maaf atas segala salah silap di alam maya mahupun di alam nyata.. semoga semua dapat menyambut raya dengan gembira.. dan berhati-hati lah di jalan raya..
Selamat Hari Raya...!!!
dari mama, ayah, luqman, humaira, maisara, imran & raihana....
Dah besar dah luqman, dah 7 tahun dah.. semoga terus jadi anak yang soleh.
So today is our 8th anniversary! Semoga cinta kita berkekalan sampai ke syurga... amin...