Kami memang pernah berbual-bual tentang haji ini. Ayah kata kita target umur 33 tahun sebab masa kita dibangkitkan di padang masyhar nanti, keadaan kita adalah seperti umur-umur yang begitu. Wallahu a'lam. So kalau ikutkan ada 2 tahun lagi la. Tapi kami baru je daftar tabung haji dan mereka bagi giliran lebih kurang 10 tahun lagi. Tapi sebenarnya kalau kita nak pegi cepat boleh tapi melalui pakej. Kalau muassasah RM10k, pakej mungkin dalam RM15k boleh dapat. Ada ke duit banyak tu? Sekarang ni pun simpanan tabung haji belum cukup lagi (asyik keluar je... hehe).
Namun kalau betul nak pergi dalam masa 2 tahun lagi, perancangan perlu ada dari sekarang. Selain daripada cukupkan simpanan, satu lagi ialah berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah memberikan jemputan kepada kita untuk menjadi tetamunya. Insya allah ruang itu tetap ada, sama ada melalui quota sapa-sapa, buat rayuan, ikut pakej ataupun masuk pertandingan astro oasis (boleh ke ni?)

Haji memerlukan pengorbanan.
Musim haji tahun ini, Mak Nit dan Pak Asri masih standby menunggu panggilan. Segala-galanya sudah disusun atur supaya tidak kelam kabut sekiranya menunaikan haji pada tahun ini menjadi kenyataan.. Ya Allah, berikanlah jemputanMu kepada Mak Nit dan Pak Asri dengan segera Ya Allah... Mereka dah bersedia dah dan tak sabar-sabar nak menjadi tetamuMu, ya Allah..
Mak Wa cerita-cerita hari tu mungkin nak pegi tahun depan. Kalau ikut giliran memang belum sampai lagi tapi Pak Lan ada cable yang ada quota (boleh tumpang?? hehhe) At least kami dah tahu satu saluran yang boleh merealisasikan impian kami.. heheh.. Ya Allah, tetapkan hati Mak Wa dan Pak Lan untuk menunaikan haji pada tahun hadapan Ya Allah..
Ya Allah, jemputlah kami untuk menunaikan haji pada tahun 2011 ya Allah... Berkatilah perancangan kami untuk menuju ke rumahMu ya Allah... Panjangkanlah umur kami sehingga kami sempat menunaikan rukun Islam yang kelima itu ya Allah...
p/s - buku Travelog Haji dan Haji Muda - satu kombinasi yang baik sebagai motivasi untuk kita menjalani kehidupan seharian dalam mencari rahmat dan keredhaanNya. Namun mama masih mencari sebuah buku seperti ini dari kacamata seorang wanita. Kerana tidak dapat dinafikan cabaran dan nature antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Adakah akan lahir sebuah karya daripada kacamata mama sendiri? cewah...
No comments:
Post a Comment