August 30, 2012

Presenting.. Muhammad Aqil and Muhammad Aqlan

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan dua orang putera comel pada 9 Julai 2012 yang lalu. Cepat sungguh masa berlalu. Sudah hampir 2 bulan rupanya usia si kembar ini.

Mengenang kembali.. kandungan dan kelahiran kali ini adalah yang paling mencabar. Mungkin disebabkan faktor umur dan juga kandungan yang ke 6. Di saat-saat akhir mengandung memang sangat tak larat. Setiap waktu berdoa minta dipercepatkan bersalin. Alhamdulillah Allah makbulkan doa - bersalin 2 minggu awal daripada due date.

Kembar pertama keluar pada 1.16 tengahari. Kembar kedua pula keluar 20 minit kemudian. Lama kan? Entah kenapa rasa macam tak cukup tenaga untuk keluarkan yang kedua. Push-push tak keluar.. tunggu contraction lagi.. push push tak keluar.. adalah dalam 5-6 kali kot macam tu.. semakin lama rasa semakin tak larat nak push. Sehinggalah dibantu oleh bidan untuk tolak baby keluar. Akhirnya alhamdulillah lega rasanya bila dah keluar dua-dua. First twin 2.8kg, 2nd twin 3.0kg. Nama diberi Muhammad Aqil dan Muhammad Aqlan.
fresh from oven

Balik dari hospital.. Home sweet home!

posing

One month old

One and a half month old.. semakin tembam!

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

Pada awal pantang hari tu pun ada masalah kekurangan susu badan. Terpaksa topup dengan susu formula.. Sedih... huhuhu... Tapi lama kelamaan alhamdulillah semakin kurung bergantung pada susu formula. Akhir-akhir ni boleh je 100% susu badan.. alhamdulillah boleh buat stok lagi. Sekarang ni pula ada misi 5x6oz - mengumpul susu untuk Ammar (anak angkat kakak) untuk dijadikan anak susuan. Ammar pula dah 7 bulan minum susu dah banyak. So amount susu tu memang 2x ganda susu baby untuk nak bagi kenyang.

Cabaran seterusnya ialah menjaga baby kembar... tak tidur malam dibuatnya!

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Masih belum terlambat rasanya nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua. Sekarang kami bersembilan.. wah! Bersyukur atas rezeki dan nikmat daripada-Nya.





June 21, 2012

35 weeks and counting

Alhamdulillah sihat... kandungan pun setakat checkup last week sihat.. masih active dalam perut mama especially kalau malam lepas maghrib. Memang perut tu berombak-ombak je. Entah buat apa la gaknya baby mama tu ye..

Alhamdulillah sihat.. Namun tak berapa larat nak jalan banyak... Oleh itu saya telah mengisytiharkan cuti sebelum doctor bagi cuti MC lagi.. hehheh... Tak larat lah... So minggu ni dah start cuti (ambik annual leave la). Hopefully next week doctor dah boleh start bagi MC sampai bersalin (doc dah janji hari tu sebab kena tunggu 36 weeks baru dia boleh bagi MC panjang).

Namun on and off buka juga laptop kat rumah. Masih jawab-jawab email, masih tengok-tengok report and follow up mana yang perlu. Boring juga duduk rumah kalau tak buat apa-apa kan. Setakat ni dapatlah kemaskan/siapkan baju-baju baby dalam tong toyogo tu, baju-baju mama yang nak guna masa pantang pun dah siapkan - senang nanti ayah tinggal bawak turun tong tu je... Semalam pergi office kejap settlekan urusan apply unpaid leave. Balik tu sempat singgah jusco cari buku-buku nak baca masa cuti. Lepas tu balik lenguh kaki tak boleh buat apa.. hehehhehe...

Hari ni? Dah selesai satu email nak kena hantar kat orang. Lepas ni ingat nak memvaccum sikitlah.. hehheh larat ke? tengok dah berabuk sangat rumah ni. Takpe kot pelan-pelan. Tak tahan tengok bulu kucing yang bertaburan. Hai.. Fixie.. Fixie... Kami dah blok tingkap tu pun masih boleh menyelit masuk lagi. Pagi ni mama ikat kayu tu kat tingkap. Mula-mula pakai tali rafia biasa, boleh putus dikerjakannya! Lepas tu teringat pengikat yang ayah punya yang plastik tebal tu.. Hah.. setakat ni percubaan dah berapa kali dah dia nak masuk tak berjaya... muahahahhahah... biar dia...

Hmm... Perut sangat besar (itu pun doctor kata boleh besar lagi sebab lapang lagi?? aduhaiii...), pipi semakin tembam (asyik tergigit je.. huhuhu) dan kaki sangat bengkak... dari saiz 7 ke saiz 8 semalam cari saiz 9 tapi selipar tu takde pulak saiz 9. so ok jugalah saiz 8 tu ngam-ngam.. tapi memang kaki bengkak macam kena sakit untut... huhuhu...

Kalau ikut due date, sebulan lagi kena bertahan... Lately ni tidur pun tak berapa nyenyak. Selain daripada ketidakselesaan posisi dan kekerapan rasa nak buang air kecil, fikiran pun asyik membayangkan saat-saat nak bersalin... dok cuba recall dulu-dulu... rasa berdebar-debar kalau diingatkan. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi... isk isk... Nama pulak dok belek-belek buku nama tu tak jumpa-jumpa lagi nama sesuai... tapi itu biasalah tengok baby dulu nanti baru boleh carikan nama yang sepadan dengan orangnya...

Anyway, kali ni memang rasa agak mencabar. Mungkin disebabkan faktor umur, faktor kembar dan jarak kelahiran yang agak lama daripada sebelumnya..

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, sejahterakanlah kandunganku, berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam minggu-minggu terakhir mengandung ini, mudahkanlah aku bersalin, selamatkanlah aku dan kandunganku.. Amin...

June 11, 2012

Cuti-cuti Pullman Putrajaya

ohohoho...frustnya tak dapat bersama keluarga yang lain ke Kuala Terengganu menghantar pengantin ke majlis belah lelaki. Bukannya apa... tak berani nak jalan jauh takut terbersalin tengah jalan.. hehhe... Kalau single pregnancy maybe ok lagi. Tapi sebab twins ni banyak risikonya.. risiko bersalin awal, risiko semasa bersalin lain pulak.. isk tak nak la tetiba kena bersalin kat KT pulak hehheh...

Oleh itu, kami pun ciptalah percutian kami sendiri di saat yang lain-lain pergi tengganu. Kebetulan pulak dapat email TM staff boleh dapat corporate rate untuk bermalam di Pullman Hotel Putrajaya. So sambar je lah.. last minute plan.

Kami dok semalam je. Tujuannya memang hanya nak lepak-lepak dan mandi kolam je.. Kali ni saya book 2 bilik deluxe. Memang agak kecik bilik ni. Kalau ambik executive room mungkin besar sikit kot. Mula-mula memang nak ambik Executive room. Tapi terbagitau orang tu 2 adults 5 children. Memang tak bagi la dia ambik satu bilik huhuhu... Anyway takpelah untuk kali ni. Nasib baik satu malam je..

1st room King bed
2nd room 2 single bed
Bathroom - ada tingkap looking out the bedroom. kalau mandi jangan lupa kunci noo...

Aktiviti kami apalagi mandi kolam je la... Nice swimming pool with nice view...

On the way ke swimming pool. sempat lagi posing. tapi  bangunan2 kat sini memang cantik2.
Cantik kan view? nampak PICC
Pool 3feet, 4 feet.. Memang just nice untuk imran and above. Seronok diorang berenang.


Pool 2 feet untuk raihana.. boring je.. hehhehe
Malam tu kami cari makan kat dengkil... Hajat di hati mula-mula nak ke bagan lalang cari seafood. Tapi terasa jauh la pulak. Budak2 pun letih berenang petang tadi. Jadinya singgah je la tepi jalan. Not bad. Makan kire sodap la juga... dan yang penting murah! Air buahnya cuma RM2 je.. Total kami makan RM47. Makan nasi order lauk ayam merah, tomyam seafood, udang goreng kunyit, telur dadar beafsteak, sup sayur cendawan, nasi goreng cina satu... Yelah makan 7 orang selalunya mana nak dapat harga tu...

Aktiviti malam, tengok tv je la... HBO ada Karate Kid. Ayah tidur... kul 12 baru bangun balik tengok bola... yang lain dah selamat belayar...

Paginya kami breakfast di The B's. Breakfast included in the package. Yang bagusnya kat sini all kids under 12 dapat free breakfast. Takdelah berkira macam kat hotel lain... Anyway choice of breakfast tak berapa menarik la... quite limited.. Tapi untuk budak2 ok je. Kalau bawak pergi tempat yang variety sangat pun diorang ni ambik sosej, cereal, yogurt... hmm.. kalau bayar mahal memang tak berbaloi...

Suasana dlm restoran the b's

Sebelum ke swimming pool for the 2nd round, kami jelajah games room pulak. Katanya ada wii kat situ. Tapi takde battery pulak so tak dapat la main. Last2 budak2 main babyfoot je. Tak ada gambar sebab mama tak ikut. Mama berehat dalam bilik sambil tidur.. hheheh...

Aktiviti terakhir swimming pool lagilah... sampai dah nak checkout.

Sebenarnya ada banyak lagi activity boleh buat especially water activity seperti kayak dan sebagainya. Cuma untuk kami yang anak kecik2 lagi ni kira belum sampai masanya la nak buat aktiviti2 macam tu...

Overall, nice place to have a holiday eventhough i prefer cyberview lodge lagi. Bolehlah untuk nak berehat-rehat di waktu cuti dan tak risau travelling cost dan tak risau penat nak travel...

Wedding Ima

Alhamdulillah, adik saya yang bongsu telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya pada 2 Jun yang lepas.

Alhamdulillah, mak pun rasa lega dah lepas yang sorang ni. Bayangkanlah kali terakhir kami adakan kenduri kahwin masa Elly dulu (anak yang 2nd last) ialah pada lebih kurang 7 tahun lepas. Mana la mak tak risaunya menunggu.

Tapi kali ni memang grand habislah majlis.. Almaklumlah yang last kan.. Rumah pun dah baru... Tema kaler purple.. Layan lah gambar sikit.. Gambar takdelah cantik sangat.. pakai henpon je.. budget untuk beli camera (dslr?) tak approve-approve lagi.. hehhehe...

Bertunang

Selamat diijabkabulkan

peluk mak... scene yang syahdu
Dengan belah sana dan belah sini.
Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa ~ Ima & Ramdan



May 25, 2012

Cabaran solat dhuha kepada si wanita

Pagi-pagi kita bersiap untuk ke tempat kerja. Kita sapukan cream muka, tepek bedak sikit, colet lipstick sikit sekadar tak nak nampak pucat. Bukan niat nak bertabarruj, tapi ini untuk penjagaan dan kesihatan muka. Almaklumlah sekarang ni udara dan cuaca dah semakin tak sihat. Sinaran UV, udara kotor berdebu dan sebagainya. Jadi kena pandai cari krim muka, bedak dan lipstik yang ada UV protection. SPF 15.. kalau nak hebat lagi cari yang SPF50 (sunblock ada kot.. kalau kena berjemur tengah panas).

Dah siap semuanya, kita pun pergi kerja.. Sampai di tempat kerja dalam pukul 8.30pagi, niat nak solat Dhuha.. Cabarannya ialah kena ambik wudhuk. Habislah krim muka, bedak dan lipstik tadi.. Baru pakai sejam... Apa kata lepas ni dari rumah kita simpan wudhuk siap-siap, jadi sampai opis boleh terus je solat tak perlulah korbankan bedak dan lipstik yang dah terpalit cantik itu. Tapi kena jagalah wudhuk tu. Tak boleh gi buang air, jgn sampai tersentuh dengan adik si penjual sarapan kat cafe tu bila nak ambil duit baki. Ataupun lain kali tak perlu bersiap dari rumah. Dari rumah biasa-biasa saja.. nanti lepas solat dhuha barulah tepek-tepek. Ataupun solat dhuha lambat sikit pukul 11 ke gitu... At least takdelah rasa ralat sangat nak basuh mekap tu dah lama pakai..

Itu cabarannya.. Sehebat mana kita nak mengutamakan solat dhuha dengan bedak muka kita? Maka sesiapa yang dapat mengharungi dilema ini semoga Allah ganjarkan dengan ganjaran yang amat besar..

Peringatan ini terutamanya kepada diri saya sendiri..

May 11, 2012

Pesta Buku 2012

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun ini kami tak berkesempatan untuk ke Pesta Buku.

Alasannya...
1. Weekend yang penuh dengan program - Balik kampung, meeting (AGM, etc), Sukan Pasti + preparation, Usrah.
2. Weekdays yang sibuk tak sempat nak ambik cuti
3. Kalau nak ambik cuti pun sayang cuti, kena simpan cuti untuk bersalin nanti.
4. Mak Buyung yang dah tak larat.

Sedih juga sebenarnya. Budak-budak hari tu pun dok tanya bila nak pergi. Takde rezeki la tahun ni nampaknya...

Teringin buku-buku ni...

- Bersyukur Saat Diuji - Prof Kamil
- Di Hamparan Shamrock - Ust Hasrizal
- Travelog Impian Abadi - Roza Roslan
- Travelog Masakan: Bukan Sekadar Resepi - Roza Roslan

Takpe, sikit masa lagi ada la buku-buku ni kat kedai buku..


May 09, 2012

Sukan Pasti 2012 & Birthday

Hmmm.... Sukan Pasti Gabungan tahun ini diadakan di Padang Tmn Sutera pada Ahad lepas 6/5/12. Sebagai tuan rumah, kami memang sibuk terutama guru-guru dan AJK kecuali mama.. hheheh... Almaklumlah mak buyung.. hheheh...

Raihana patutnya masuk 4 acara. Tapi baru 1 acara habis lepas tu dia buat hal pulak. Ngantuk lah.. nak belon la... Bila nak start acara kedua Lari Bawa Bola dia menangis pulak... Alamak hai... Last-last setakat itu sajalah penglibatan Raihana dalam sukan tahun ni. Tak dapat la bawak balik pingat langsung. Hmmm.. macam-macam..

Untuk team Pasti Sutera, syabas! Cuma team kita ni lambat nak panas la.. Bila dah pertengahan sukan tu baru menyerlah.. Dan kemuncaknya bila team kita menang acara Tarik Tali! Hebat tu! Tapi masa tu mama dah balik rumah dah tak larat hehheh... Syabas kepada semua yang menjayakannya Sukan Pasti Gabungan tahun ini.

Layan gambar...













---------------------------------------------------
07/05/12 - Happy Birthday to Abang!
08/05/12 - Happy Birthday to me!
Kebetulan my birthday TM bagi cuti kat semua staff Menara TM. Hehheh.... so ambil peluang untuk jalan-jalan kat jusco. Sebenarnya nak cari hadiah birthday hubby (belated) hehhe... So sempat la lunch treat my birthday kat secret recipe sorang-sorang.. huhu... sadis tak... hahhaha...

Balik rumah baru celebrate ngan family...



April 20, 2012

Melatih anak berdoa

Bagaimana mendidik dan melatih anak-anak dengan konsep berdoa? Sekadar berkongsi, ini yang kami cuba lakukan di rumah.

Selepas solat berjemaah, sekali sekala kami akan suruh anak-anak yang baca doa. Bersedia sajalah siapa yang kena point. Dari segi mukaddimah bacaan doa - pujian kepada Allah, selawat ke atas Rasulullah, sebab dah biasa dengar, mudah saja anak-anak ini melafazkannya. Cuba kadang-kadang  perlu dibetulkan kalau ada tersilap sebutan. Untuk doa, mulakan dengan yang mudah-mudah - doa ibu bapa, doa penerang hati, etc yang selalu baca di sekolah. Bila dah semakin besar macam Luqman, Humaira, Maisara.. dah boleh tambah dengan doa-doa yang lain.

Itu menghafal doa. Macamana pula dengan berdoa? Apa beza membaca doa dengan berdoa? Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang leka. Cuma baca doa saja tapi tak berdoa. Baca doa tu maksudnya baca je la, tapi hati entah ke mana. Berdoa tu betul-betul meminta dan memohon kepada Allah dengan penuh kesedaran dan penghayatan.

Begini yang saya cuba lakukan. Sekali sekala saya akan minta semua orang bersedia dengan doa masing-masing. Fikirkanlah apa yang kita nak mohon kepada Allah. Dalam bahasa melayu je.. Awal-awal dulu kena tunggu lama untuk masing-masing fikir apa nak minta pada Allah. Tapi lama kelamaan, sekecil-kecil benda pun mereka boleh doa. Di situlah nak dilatih tentang pergantungan kepada Allah, hendak melatih mereka bahawa Allah itu Maha Berkuasa, tempat kita memohon pertolongan..

Doa-doa anak-anak:

Yang biasa-

Ya Allah, 
Bagilah saya dapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Mudahkanlah kami jawab soalan peperiksaan
Jadikanlah kami anak soleh dan solehah
Jadikanlah kami dengar cakap ayah dan mama
Rajinkanlah kami tolong mama dan ayah
Mudahkanlah kami faham apa yang kami pelajari

adakalanya mereka tolong doakan yang lain... contohnya -

Bagilah imran mudah bangun pagi
Janganlah bagi luqman lawan cakap mama

kalau sekarang ni -

Selamatkanlah mama dan baby kembar ketika bersalin
Janganlah bagi mama penat semasa mengandung

Raihana pun dah pandai..

Ya Allah, bagilah ayah belikan basikal baru untuk saya...

Alhamdulillah dan insya allah, diharap anak-anak sudah dan semakin faham dengan konsep berdoa ini.

April 09, 2012

Solat Berjamaah

Beberapa minit sebelum azan dilaungkan, keadaan di surau amat penuh. Hingga ke belakang. Masing-masing sudah bersedia dengan telekungnya menunggu azan. Rasa kagum dan bersemangat melihat keadaan tersebut.

Saya yang baru sampai terus mengambil wudhu' dan kemudian menyusup sasap antara celah-celah mereka untuk ke tempat telekung saya disimpan, kemudiannya dapat menyusup sasap ke bahagian depan saf untuk bersedia menunaikan solat berjemaah.

Azan pun dilaungkan. Solat berjemaah didirikan.

Namun ketika imam memberi salam, saf belakang semua dah kosong. Tinggal satu saf sahaja yang masih kekal bersama imam. Ke mana mereka semua pergi? Adakah tadi hanya ilusi semata-mata?

Rupa-rupanya majoriti yang bersedia tadi hanyalah menunggu masuknya waktu solat. Bila azan dilaungkan mereka terus sahaja solat solat sendiri, bukan untuk solat berjamaah...

Hmm... alangkah ruginya terasa.. Semoga kita semua mendapat hidayah daripadaNya...

March 20, 2012

Mengandung kali ni

Mengandung kali ni...

- suka makan lauk kampung-kampung, tak berapa teringin nak makan western. Kalau dulu-dulu mengandung memang suka makan western selalu.
- suka makan lauk ikan. tak suka makan lauk ayam..
- suka minum ice blended cappucino.. seminggu sekali dua kali mesti pekena.. nasib baik SR bawah ni je..
- suka makan dark chocolate - nasib baik van houtan ada baru keluar dark coklat bulat-bulat (roasted almond). sedap sangat..
- suka makan nanas potong-potong kat food court tkt 3 yang berharga seringgit yang sangat manis itu... hmmm... sedaaap... Tapi awal-awal hari tu tak berani sangat.. tapi sekarang kandungan dah agak besar so ada berani jugalah makan banyak sikit.. hehheh...

apa lagi?

I am now at 22 weeks. Tapi semua orang dah sibuk tanya bila due. Sebab? sebab perut dah besar la... macam 7-8 bulan sudah... well what do you expect, dah ada duorang kat dalam ni. hehehh.. Cuma doakanlah semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh lagi  4 bulan lebih ni... (by that time tak tau la perut besar mana)

Choice of hospital, kami buat keputusan untuk kekal bersama Dr Khamsiah Hospital Annur Bangi setelah menimbang pro and cons dengan beberapa shortlisted hospital.. Cuma kena bertahanlah nanti bila appointment tu kena queue panjang selalunya.. itu je lah yang tak tahan tu.. Insya allah next month start check up kat sana.

Barang baby? sedikit sebanyak dah start buat list.. hmm.... rasa macam anak pertama pulak. sebabnya banyak benda yang dah tak ada kena beli baru.. hehheh... Satu lagi rasanya tak boleh tunggu dah dekat due baru nak beli barang baby ni sebab sekarang pun dah tak berapa larat. So bila ye boleh start shopping?

Bulan 6 ni kenduri kahwin Ima. Masa tu dah 8 bulan. Jadi mandur je la jawabnya.. hehhehe

Doakan semoga dipermudahkan segalanya...

February 17, 2012

Sukan SERI Abim Sg Ramal 2012

Tahun ni tinggal Raihana sorang je jadi supporter (tak termasuk mama dan ayah lah) heheh..

Tahun ni Luqman dan Maisara rumah kuning, Humaira rumah biru manakala Imran pulak rumah hijau. Humaira dan Imran dapat masuk lumba lari 80m. Yang lain masuk sukaneka. Humaira pun masuk sukaneka juga. Imran mula-mula kata masuk juga sukaneka bawa bola pingpong dalam sudu tapi last minute tak jadi sebab cikgu kata clash dengan lumba lari. Alamak.. payah sikit la imran nak dapat pingat ni. Memang la kalau dapat masuk lumba lari tu macam hebat la tapi kebarangkalian nak dapat pingat tu agak rendah sikit, unless kalau memang betul-betul hebat la.. Kalau masuk sukaneka tu kebarangkalian nak menang tempat no 1, 2 atau 3 tu agak tinggi jugalah...

Perbarisan semua masuklah. Humaira n Maisara masuk persembahan aerobik kumpulan sorak.. Luqman mula-mula kata dia masuk kawad kaki pasukan beruniform (PBSM) tapi seminggu sebelum sukan hari tu dia tak sihat. Lama jugak dia demam masa tu dekat seminggu jugak tak pergi sekolah. So tak jadi lah masuk. Nasib baik tak jadi masuk la Luqman hehhe... sebab mama dengan ayah ni banyak sangat komennya pada persembahan pasukan beruniform tu.. huhuhu... So Imran dan Luqman ikutlah perbarisan rumah masing-masing..

Layan gambar dulu..

 Humaira dengan group pom-pomnya
 Maisara pulak (dengan Raihana)
 Imran pulak
 Luqman pulak
 Perbarisan
 Imran bersedia nak lumba lari
 Ke garisan.. Imran kat lane hujung sekali belah kanan gambar
 Priitt... Imran bermula dengan baik
 Sebenarnya dari jauh tak berapa sure betul ke tu Maisara (baju kuning).. hehheh.. agak2 je.
 Humaira pulak bersedia .. lane hujung belah kiri gambar pakai baju biru..
 Ha.. kantoi dok tengok orang sampai nak masuk lane orang.. nasib baik sempat catch up balik
 Humaira berjaya mengekalkan kejuaraannya.. tahniah!
 Maisara dan BFFnya, emm... hanis ke nama dia bagitau hari tu... Raihana tu apasal la pulak
Dah penat-penat kita jamu selera di JM Bariani...

Gambar luqman in action tak ada sebab acara dia dah buat sebelum hari sukan. Hadiah pun dah dapat dah. So hari sukan tu luqman ada perbarisan ajelah. pastu relax...

Alhamdulillah selesai semua. Luqman dapat no 1 sukaneka bowling padang. Maisara dapat dpt no 2 kasut gergasi, yang bawak bola pingpong dalam sudu tu dapat no 4 pulak so tak dapatlah pingat. Humaira no 1 80m dengan no 2 bawak bola pingpong dalam sudu. Imran dapat no 4 lumba lari tak dapatlah bawak balik pingat. Takpe imran cuba lagi tahun depan. Tapi bila balik rumah rupa-rupanya sebab apa tau, Imran kata dia tahan sakit perut dari masa perbarisan lagi... laaaaaa... patut la muka kelat je sepanjang hari dan mungkin itu jadi salah satu faktor ketidakmenangan imran.. huhuhu... imran ni pun...Anyway, tahniah kepada semua atas segala usaha yang ditunjukkan.

Ok dah selesai dah sukan.  Rasanya sejak naik sekolah hari tu apa je lah yang budak2 ni belajar sebab dok sibuk persiapan sukan je. Minggu depan minggu ujian pulak... Good luck semua!