Bagaimana mendidik dan melatih anak-anak dengan konsep berdoa? Sekadar berkongsi, ini yang kami cuba lakukan di rumah.
Selepas solat berjemaah, sekali sekala kami akan suruh anak-anak yang baca doa. Bersedia sajalah siapa yang kena point. Dari segi mukaddimah bacaan doa - pujian kepada Allah, selawat ke atas Rasulullah, sebab dah biasa dengar, mudah saja anak-anak ini melafazkannya. Cuba kadang-kadang perlu dibetulkan kalau ada tersilap sebutan. Untuk doa, mulakan dengan yang mudah-mudah - doa ibu bapa, doa penerang hati, etc yang selalu baca di sekolah. Bila dah semakin besar macam Luqman, Humaira, Maisara.. dah boleh tambah dengan doa-doa yang lain.
Itu menghafal doa. Macamana pula dengan berdoa? Apa beza membaca doa dengan berdoa? Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang leka. Cuma baca doa saja tapi tak berdoa. Baca doa tu maksudnya baca je la, tapi hati entah ke mana. Berdoa tu betul-betul meminta dan memohon kepada Allah dengan penuh kesedaran dan penghayatan.
Begini yang saya cuba lakukan. Sekali sekala saya akan minta semua orang bersedia dengan doa masing-masing. Fikirkanlah apa yang kita nak mohon kepada Allah. Dalam bahasa melayu je.. Awal-awal dulu kena tunggu lama untuk masing-masing fikir apa nak minta pada Allah. Tapi lama kelamaan, sekecil-kecil benda pun mereka boleh doa. Di situlah nak dilatih tentang pergantungan kepada Allah, hendak melatih mereka bahawa Allah itu Maha Berkuasa, tempat kita memohon pertolongan..
Doa-doa anak-anak:
Yang biasa-
Ya Allah,
Bagilah saya dapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Mudahkanlah kami jawab soalan peperiksaan
Jadikanlah kami anak soleh dan solehah
Jadikanlah kami dengar cakap ayah dan mama
Rajinkanlah kami tolong mama dan ayah
Mudahkanlah kami faham apa yang kami pelajari
adakalanya mereka tolong doakan yang lain... contohnya -
Bagilah imran mudah bangun pagi
Janganlah bagi luqman lawan cakap mama
kalau sekarang ni -
Selamatkanlah mama dan baby kembar ketika bersalin
Janganlah bagi mama penat semasa mengandung
Raihana pun dah pandai..
Ya Allah, bagilah ayah belikan basikal baru untuk saya...
Alhamdulillah dan insya allah, diharap anak-anak sudah dan semakin faham dengan konsep berdoa ini.
No comments:
Post a Comment