Beberapa minit sebelum azan dilaungkan, keadaan di surau amat penuh. Hingga ke belakang. Masing-masing sudah bersedia dengan telekungnya menunggu azan. Rasa kagum dan bersemangat melihat keadaan tersebut.
Saya yang baru sampai terus mengambil wudhu' dan kemudian menyusup sasap antara celah-celah mereka untuk ke tempat telekung saya disimpan, kemudiannya dapat menyusup sasap ke bahagian depan saf untuk bersedia menunaikan solat berjemaah.
Azan pun dilaungkan. Solat berjemaah didirikan.
Namun ketika imam memberi salam, saf belakang semua dah kosong. Tinggal satu saf sahaja yang masih kekal bersama imam. Ke mana mereka semua pergi? Adakah tadi hanya ilusi semata-mata?
Rupa-rupanya majoriti yang bersedia tadi hanyalah menunggu masuknya waktu solat. Bila azan dilaungkan mereka terus sahaja solat solat sendiri, bukan untuk solat berjamaah...
Hmm... alangkah ruginya terasa.. Semoga kita semua mendapat hidayah daripadaNya...
1 comment:
amiin... mereka masih belaja...
Post a Comment