January 27, 2010

Berdoa

Berapa ramai antara kita yang selalu berdoa kepada Allah untuk memudahkan urusan kerja kita di tempat kerja?

"Ya Allah, mudahkan aku buat FRS ni dan siap sebelum deadline esok.."
"Ya Allah, mudahkanlah perjalanan pergi dan balik kerja, hindarkan lah aku daripada jem.."
"Ya Allah, simpankanlah satu parking untukku di -2 hari ini sebab duit gajiku dah habis tak dapat nak bayar parking kat luar"
"Ya Allah, lembutkanlah hati bos ku supaya mudah menerima pandangan anak buahnya.." (untuk orang-orang yang bosnya bersikap diktator.. heheh)

Apa yang kita selalu buat ialah... komplen.. komplen.. komplen... Komplen pada siapa? Pada kawan-kawan, pada pasangan kita, dalam blog, dalam facebook.

Tapi kita selalu lupa untuk mengadu kepada Allah yang Maha Berkuasa..

"Ya Allah, permudahkanlah UAT Flexidestina Value untuk multiple files same BP yang kami akan buat hari ni. Berjayakanlah UAT kami. Permudahkan urusan UAT kami yang seterusnya sehingga kami dapat completekan project ini mengikut target date yang telah kami commit. Amin Ya Allah..."

Huhu... sebenarnya mama tengah risau UAT project sekarang ni yang dah overrun hampir sebulan. Kritikalnya ialah test case hari ni. Kalau tak berjaya, perlu ada program change. Ini boleh menyebabkan project yang seterusnya terpaksa di'shift' lagi. Tak sanggup nak bagitau customer.

Mungkin mama lupa nak doakan kejayaan project ni sejak mula lagi. Biasalah manusia, bila dah kritikal baru nak teringat untuk memohon pada Yang Satu.

Muhasabah diri...

January 25, 2010

Pusat Komuniti Putrajaya Precint 9

Kolam lagi?

Sebenarnya mengambil kesempatan sementara ayah bermesyuarat AGM Alumni pada hari Ahad lepas. Sepatutnya mama pun join sekali meeting tu tapi biasalah bila bersama kanak-kanak riang ni tak dapat lah nak concentrate sangat. Terpaksalah salah seorang 'berkorban' untuk tidak berada dalam meeting tu.. hehhe..

Sebenarnya kami memang aim tempat ni dah lama dah.. sejak alumni buat jamuan raya di sini.. masa tu baru tau kewujudan tempat ni.. Yang bestnya, kolam mandinya berkonsepkan taman tema air. Dan yang paling menarik, masuk adalah PERCUMA! Cuma mungkin tempat agak limited tapi tak kisahlah. Yang penting anak-anak enjoy.. tak nak naik walaupun dah pukul 12 tengahari... Hasilnya semua orang muka jadi gelap.. sun tanned.. hehheh... Macam pegi pantai pulak..

Bersebelahan dengan 'taman tema air' ni ada playground pula. Agak luas juga. Mudah la budak-budak kalau boring dalam air main kat playground pulak. Dah boring kat playground, masuk dalam air pulak. Manalah tak jadi lama kat situ.

Bila anak-anak dah puas main air barulah mama dapat join meeting tu.... Tu pun sekejap je.. bila budak-budak semakin tak terkawal (ada ke main baling selipar kat dinding dewan tu.. malu mama malu...) terpaksa mama ajak diorang keluar balik gi main playground balik... ish ish... Bila meeting dah adjourned baru kami masuk balik untuk makan... (hehhe.. aci tak...)

Apa-apapun petang tu memang semua kepenatan especially mama hehheh... mungkin sebab baru baik demam hari tu kesan-kesan tu ada lagi.. dok temankan budak-budak ni tengah panas terasa macam letih sangat... anyway.. syok... (budak-budak lah..) boleh pegi lagi...


raihana tak nak masuk air.. sejuk katanya... eleh.. mula-mula aje...


January 21, 2010

The Mayonnaise Jar

got this email from a friend this morning... inspiring...

The Mayonnaise Jar

When things in your life seem almost too much to handle,
When 24 hours in a day is not enough;
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
And start to fill it with golf balls.

He then asked the students if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
It into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.

He then asked the students again
If the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand
And poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded
With an unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table
And poured the entire contents into the jar, effectively
Filling the empty space between the sand.
The students laughed.

'Now,' said the professor, as the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls are the important things - God, family,
Children, health, friends, and favorite passions
Things that if everything else was lost
And only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything else --
The small stuff.

'If you put the sand into the jar first,' he continued,
'there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are
Important to you.

So...

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play with your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time
To clean the house and fix the dripping tap.

'Take care of the golf balls first --
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand
And inquired what the coffee represented.

The professor smiled.

'I'm glad ! You asked'.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

January 19, 2010

Bubur Asyura Wak Wok

Bila nenek duduk kat KL ni ni memang banyak perubahan di rumah kami. Contohnya pokok-pokok di belakang rumah semakin rimbun. Ada pokok baru juga... daun sup, serai 'reinvented'.. hehhe. Cerek masak air bersih berkilat, tak ada minyak-minyak melekat. Periuk nasi bebas dari keruping-keruping bekas lelehan air beras. Tempat ting roti pun tak berhabuk. Mesin basuh kat belakang pun sudah bebas dari habuk dan kotoran yang melekat.. Bekas minyak gorengan pun tak ada lagi jelantah (yang dah berapa lama agaknya tak buang.. hihi).. Thank you very much nenek...

Bila nenek duduk kat KL ni, banyak pulak la kena 'dera' dengan anak-anak mintak mak masakkan itu ini... karipap, kasui, bubur asyura... Minta maaf nenek kalau menyusahkan tapi karipap nenek memang tiada tandingannya... hehhehh...

Last weekend kami buat bubur asyura. Memang selalunya nenek buat bubur asyura sempena hari asyura. Tapi sebenarnya dah terlepas hari asyura. Tapi nak juga makan bubur asyura nenek...

Bubur asyura ni ada macam-macam version. Kalau style Johor, lebih kurang macam bubur lambuk tapi lauk-lauk (hiasan) tabur tu yang penting tu especially bawang goreng. Kalau kat tempat lain ada yang masuk segala jenis macam kacang dalam tu. Ada juga nama bubur asyura tapi macam kuih talam rupanya boleh dipotong-potong. Mama tak sure mana satu utara punya mana satu timur punya.

Yang penting kami suka Bubur Asyura Wak Wok.. yeayy!

Bahan-bahannya

Bubur:

Beras
Daging direbus, dan dihiris nipis (simpan air rebusannya)
Santan
Bawang besar (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Halia (diketuk)
Udang Kering
(sukatan agak-agak la ye... )

Untuk tabur atas bubur:

Bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur - goreng dadar nipis-nipis dan hiris
Daun sup
Bawang goreng
Ayam goreng diracik-racik

Cara Membuatnya:

Masak bubur macam biasa.
Masukkan daging, halia, bawang besar, bawang putih, halia dan garam ke dalam bubur tadi.
Bila sudah lembut, masukkan santan.
Siap untuk dihidang.. Taburkan hiasan atas bubur tadi..

mak wa pun datang rewang buat bubur asyura
bubur tengah menggelegak
beginilah rupanya

close up

Dan kami pun makan ramai-ramai... nyum..nyum... sedapnya...

January 14, 2010

Imran yang cerdik

Dua tiga hari ni Imran asyik kata nak balik tengahari je. Memang la nenek ada kat rumah tapi kesian pulak nanti nenek nak kena layan imran pulak. Lagipun nanti nenek kena torture pulak tengok Power Rangers Operation Overdrive tu.

Baru sekejap tadi mama call rumah just to check budak-budak dah balik ke. Rupa-rupanya Imran pun dah ada kat rumah. Balik tengahari.

"What!"
"Kenapa imran balik tengahari? Imran balik sendiri ke?"

"Imran tak bawak baju.. Cikgu hantar imran balik"

"Eh, kan mama dah masukkan baju dalam beg Imran pagi tadi. Oooo.. ni mesti Imran keluarkan balik baju dalam beg imran ni ye..."

Mama teringat pagi tadi masa nangis-nangis nak balik tengahari tiba-tiba Imran berhenti menangis dan masuk dalam bilik lepas tu tutup pintu. Lepas tu dia keluar bilik dengan muka berseri-seri dan ceria nak pergi sekolah. Sampai sekolah pun bersemangat je nak masuk sekolah. Tak macam selalu...

Hmmm.. rupanya Imran ada rancangannya yang tersendiri...

Dan rancangannya memang berjaya!!

Bijak.. bijak...

January 05, 2010

Humaira dan Maisara - Tahun 1 di SERI Abim

Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam hantar Luqman ke darjah 1. Tiba-tiba Humaira Maisara pula dah nak masuk darjah 1.

Hari Sabtu lepas hari orientasi. Ayah yang hantar. Tak dapat mama nak hantar sama sebab malas nak angkut yang lain-lain terutamanya imran dan raihana yang selalu bangun lambat. Nampak ceria.. Balik pun masih ceria... Seronok katanya sebab dapat kawan baru.

bersiap sedia untuk melangkah ke alam baru

Humaira kelas 1 Omar. Maisara kelas 1 Ali. Bukan kami minta nak sama kelas atau nak asing kelas. Tak kisah. Tapi rasanya ada baiknya juga mereka lain-lain kelas. Boleh belajar berdikari sebab sejak dalam perut lagi asyik berdua je ke mana-mana. Barulah masing-masing boleh keluarkan potensi diri masing-masing.


Luqman kena tolong tengok-tengokkan adik-adik tau..

Hari pertama sekolah ayah hantar. Petang naik bas tapi ayah ajar macamana nak naik bas. Alhamdulillah so far ok. Pagi ni naik bas. Apalah bas sampai pukul 8. Itulah masalahnya kalau bas dari taman lain. Dia round taman lain dulu lepas tu kalau sangkut kat sana sangkut la kat sini. Dulu Luqman naik van Cikgu Niza pukul 7 dah pegi.. Tapi sebab dah ada bas ni ingatkan bagilah budak2 selesa sikit sebab van cikgu niza tu bersesak sangat dalam tu. Anyway takpe maybe sebab first day ni masing-masing tak biasa lagi. Hopefully lepas ni ok la kata 7.30 sampai...

Guess who's crying in the first day of school? Imran la... Sekarang dah takde kakak kat Tadika Addin. Terpaksa berdikari sendiri. Ramai pulak muka-muka baru kat tadika addin. Penuh sungguh. Rasanya cikgu niza kena expand business ni.. bukak cawangan (rumah) baru kat sini. Memang sambutan sangat menggalakkan...
Hmm... dah besar dah anak-anak mama... Mama doakan semuanya berjaya dengan cemerlang..

January 04, 2010

Cuti-cuti Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya (and JB)

Oh.. banyaknya benda nak update...

Tapi semenjak dua menjak ni memang agak malas berblog. Lebih banyak ber-fb-ing. Sebab fb thru mobile saja..it's in your hands.. cewah.. Tapi tak dapat lah cerita panjang lebar kan...
Anyway, tetap nak cerita juga kat sini juga..
Cyberview Lodge here we comes...

Last week kami telah pergi bercuti. Setelah menimbangkan beberapa lokasi pilihan dan peluang, akhirnya kami telah memilih tempat yang perjalanannya dari rumah cuma memakan masa 1/2 jam sahaja. Ke mana? Cyberjaya.. hehhehe....

Matlamat percutian kali ini untuk relax dan bagi anak-anak mandi kolam puas-puas. Sebab tu tak cari tempat yang banyak lokasi berjalan-jalan.

Kami bermalam di Cyberview Lodge Resort and Spa. Rate satu malam memang mahalll... Untuk bilik paling minimum je (Deluxe Chalet) RM900++. Tapi bila book thru online dapat discount 60% so dapat la dalam Rm380++ (++ tu untuk tax).. Tapi bilik dia memang best.. Besar dan luas.. Boleh pilih nak yang 1 King bed atau 2 queen bed... (kami pilih 2 queen bed tapi bilik tak ready lagi masa kami sampai. Malas nak tunggu so ambil je la yang King bed. Anyway ok sebab ada sofa'bed' yang tak reti camne nak bukak hehhe). Ada balcony with very nice view nampak pool and garden... hijau dan tenang... Ada plasma TV, dvd player.. Siap ada PC ready with free internet access.. Dapat welcome gift, a cute little teddy bear, 2 pieces of mint choc and couple of apples..

konon nak bergambar macam pengantin baru.. tapi ada je yang nak enterprem.. heheh

Breakfast was included.. nice range of food.. nasi lemak, mi goreng, roti canai, me rebus, dim sum, bubur, baked beans, hotdog, pastries and bun, waffles, etc etc... tak rasa semua pun sebab tak terlarat.. tapi mi rebus memang sedap.. pastries dia pun sedap-sedap semuanya.. nak tapau tapi terlupa nak bawak beg.. heheh...


and the highlight of the vacation is... swimming pool! Very the best one.... The swimming pool concept is very interesting... Bertingkat-tingkat... The highest part is for kids.. (Wading Pool) konsep macam kat pantai.. agak luas juga jadi puaslah budak-budak bermain dan menjelajah... 2nd part for the adults (Swimming Pool).. siap ada air terjun lagi.. kami tak pergi sini sebab airnya dalam.. And the lowest part is macam kolam tapi tak dalam dan agak tersorok sikit (Lower Pool).. Kalau untuk orang yang malu-malu sikit sesuai la kat sini sebab yang 2 tadi tu agak open.


Tapi memang syok!!... budak-budak la... Lagipun tak berapa ada orang sangat so memang satu pool tu kami yang punya.. hehhe.. (apa taknya.. kul 8.30 pagi dah terjun kolam) Mak budak main-main air je.. Pimpin raihana.. (raihana takut air la..) Teringin gak nak terjun tapi takde proper costume.. hehheh..

wading pool... ada orang kata nampak macam banjir kat kampung-kampung.. iye ker..

ayah tengah berfikir pasal presentation esok untuk workshop kat JB.. cian..

swimming pool... err.. sorry la tak berapa nampak.. nampak air terjun je...

Lower Pool

Sebenarnya banyak lagi tempat/aktiviti lain yang kami tak sempat discover.. contohnya boleh memancing, naik basikal, main basketball, main tennis, spa (this is actually the specialities of this resort... tapi mama tak try..) and actually ada satu lagi yang sepatutnya kitorang menjelajah.. Kid's club... kat situ katanya ada macam-macam game... tapi tak sempat nak check out la.. habis tu, asyik kat kolam je...

nice garden next to Sembunyi Spa..

All in all.. memang kami suka.. Berbaloi-baloi... Tambahan pula kami takde travelling cost yang lain... driver pun tak penat travel jauh-jauh... Next time memang nak datang sini lagi...

Visit to JB

Alkisahnya balik dari Cyberview, petang tu juga kami kena bertolak ke JB sebab ayah ada workshop hari esoknya. Bawa nek sekali, bermalam di rumah Pak Zan. Mandi kolam lagi? Haruss.... Dengan intensive training selama 4 hari hasilnya Luqman, Humaira dan Maisara dah boleh berenang sikit-sikit.. cewah... caiyok.. caiyok...