Seringkali itulah ungkapan yang mama terima bila mama kata ada anak kembar. Alhamdulillah, rezeki Allah itu memang tidak dijangka. Namun mama rasa bukan semua orang mampu untuk menjaga anak kembar yang mana kerenahnya terutama semasa bayi adalah kali dua daripada biasa! Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya...
Teringat lagi dulu, balik balik dari kerja, kedua-duanya berebut untuk menyusu. Mama terpaksalah berlatih untuk menyusukan mereka secara serentak. Tapi kalau waktu malam tu jarang jugalah dua-dua nak menyusu serentak. Tapi bila sorang bangun sorang tidur, bila yang ni tidur, sorang lagi pulak bangun. Akhirnya mama juga lah yang tak tidur.. Kalau ayah bangun pun sekadar tengok je la, bukan boleh buat apa pun.. sekadar meneman eloklah ayah tidur saja...
Kalau nak balik kampung, macamana agaknya kedudukan dalam kereta? Siapa nak tolong pegang baby ni? Maid mana ada? Apa yang kami buat, Luqman (masa tu baru setahun lebih sikit) akan duduk di depan. Mama and the twins duduk belakang. Sorang baby mama pangku, sorang lagi dalam bakul baby. Cabaran yang paling besar, seperti biasa, ialah bila tiba waktu nak menyusu. Bila sorang dah selesai, kena la swap pulak. Macamana nak tukar tempat ni? ah.. sebenarnya mama pun dah tak ingat dah. Tapi bila berhadapan dengan keadaan seperti itu, insya allah apa saja boleh buat..