August 26, 2009

Ramadhan kami

alhamdulillah... dah masuk hari ke-5 dah kita berpuasa dalam bulan ramadhan. alhamdulillah... Luqman, Humaira n Maisara pun berpuasa... tapi setakat ni yang full marks luqman. Humaira n maisara sudah ada lompong sikit.. heheh... first day anak-anak mama semua dapat habiskan puasa... tapi humaira maisara pulak perut dah masuk angin... tu yang muntah balik lepas buka puasa tu... risau gak kami. Dah la buka puasa kat rumah atuk nenek.. abislah kena lecture.. bukan anak-anak mama yang kena lecture... ayah ngan mama la... hehheh... yelah humaira maisara kan kecik lagi.. tak sekolah pun lagi.. ayah la terkena.. "Hang dulu kecik macam ni pun tak posa lagi... " hehhe..

2nd day puasa, bila diorang nampak tak larat sangat (sebab semalam lepas pose tak boleh nak makan pape), kitorang bagi la minum air... tu yang lompong tu. tapi yang menakjubkan, lepas je minum air terus jadi aktif. Padahal bukan makan apa-apa pun.. cuma minum air je.


Risau juga tengah tengah zaman banyak penyakit ni.. takut kalau badan lemah tak dapat nak lawan penyakit. Semalam pulak humaira start batuk. So hari ni mama dah bekalkan ubat batuk pergi sekolah. Tapi puasa.. tapi mama pesan kat cikgu kalau batuk humaira macam teruk bagilah humaira bukak puasa minum air dan makan ubat.

Berbalik kepada tujuan kita melatih anak kita berpuasa, ianya adalah sebagai persediaan bagi mereka apabila jatuh wajib puasa ke atas mereka.. Memanglah ada orang kata kesian 5 tahun dah disuruh puasa (last year humaira maisara kurang 1-2 hari nak dapat pose penuh).. Tapi tengok diorang ok je. Maybe sebab kawan-kawan kat tadika pun puasa. Terima kasih juga kepada tadika Ad-din yang menyokong latihan berpuasa ini. 5-6 tahun tak disediakan makan.

Tapi mama rasa kena monitor juga. Takut terlebih dehidrated. Macamana nak tau kalau dah terlebih dehidrated? mama bukan doktor so memang tak tau sangat. Bila dah petang tu kalau diorang dah merayu-rayu tu memang la kesian. tapi mengenangkan tinggal sikit je lagi, kalau boleh memang suruh diorang bersabar. Tapi kalau memang nampak tak larat sangat tak payah la paksa. Takut jatuh sakit pulak. Anyway, yang penting malam kena banyak minum air masak untuk gantikan semula air dalam badan.

KPI tambahan untuk luqman sempena ramadhan ini ialah tambah solat isyak untuk cukupkan solat 5 waktu. Alhamdulillah setakat ni berjaya. Hopefully berterusan. Sebenarnya letak juga KPI untuk Humaira Maisara untuk tambah satu lagi waktu solat (sekarang ni solat subuh n maghrib je). Tapi tak ada enforcement. heheh.. (mama la yang tak enforce)..

Mama pun selalu malam flat je.. sekali tu terawikh pun 4 rakaat je konon nak tidur jap pastu sambung balik.. last-last tido sampai pagi.. isk tak perform la.. mama terawikh kat rumah je. ayah kata tunggu minggu kemudian-kemudian sikit. sebab sekarang ni surau memang sesak sampai melimpah keluar. tak sesuai nak bawak budak2.

Tadarus pun baru habis juzuk 3.. huhu.. tapi hari ni mama start join kumpulan tadarus kat opis ni.. baru tau ada.. tapi tak ramai pun campur mama 4 orang je.. 1/2 jam everyday tengahari... oklah bukan berapa juzuk itu yang dikejar.. yang penting istiqamah.. tapi lagi banyak lagi bagus ye dak...

isk panjang pulak cerita ramadhan ni.. tengahari ni biasalah memang mengantuk... tapi tahun ni tak boleh nak relax-relax sangat keje. workload still macam bulan tak puasa. ntah apa la mimpi mereka-mereka ini.. takkan la bulan puasa baru dapat ilham nak buat promo macam-macam before raya? pelik betul la... isk tak baik marah-marah bulan pose... astaghfirullah...

August 21, 2009

Tips Kejutkan Orang Bersahur

dapat tips ni dari idhamlim.blogspot.com... kelakar.. dalam kelakar ada makna tu...

Tips Kejutkan orang bersahur

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan...

2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...

3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...

5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada respon jgak buwat camnih...

1. jerit nama dia kuat kuat...

2. gigit ibu jari kaki dia..cam hantu toyol gigit

3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi gempabumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

still gak tak ada respon buwat camnih...

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin....

tapi kalau still tak ada respon jgak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya.

...kekekkekkke. .jgn mare...
Selamat Berpuasa ye... puasa jgn tak puasa.

August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Satu dua hari lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Salam Ramadhan mama ucapkan. Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan mama agar mama dapat menjalani ramadhan dengan hati yang tenang. Semoga kita dapat melipatgandakan amalan dan ibadah kita dalam bulan yang paling berkat ini. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang celaka yang disebutkan dalam hadis di bawah... Amin...

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu'anhuma:
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, Amin, amin, amin.


Para sahabat bertanya, Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah? Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!, maka aku berkata : Amin.

Kemudian Jibril berkata lagi. Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin! maka kukatakan, Amin.

Kemudian Jibril berkata lagi. Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin! maka kukatakan, Amin.

[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad รข€" no: 644]

nota kaki: sebenarnya tak sure lagi kita dapat berjumpa dengan ramadhan yang tak lama lagi tu kan? apa-apa je boleh berlaku dalam 1-2 hari ni. Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan tahun ini. Amin...

August 17, 2009

cerita bergambar

ada ke maggi sihat? mama claims that mama cooks healthy mee maggi.. hehhe... letak udang, sotong, telur, sayur-sayuran... healthy la tu...

raihana's new passion.. panjat grill... huhu... sesapa yang nak pasang grill dinasihatkan supaya cari corak yang bukan square camni ye...




last weekend humaira maisara pegi ujian kemasukan ABIM. Tak paham lagi ujian tu apa. Bila tanya macamana ujian, humaira kata cikgu tu tak tanya soalan pun. cuma kena buat kerja je. laa... itulah ujiannya... anyway, depa kata boleh jawab semua soalan.. alhamdulillah... insya allah berjaya..

imran... bila dah mengantuk sangat... ginilah jadinya... hehehh

August 12, 2009

Bimbangnya H1N1..

Siapa tak bimbang dengan kadar kematian di Malaysia ni disebabkan H1N1. Terkini seramai 6 orang meniggal hari ini (termasuk 2 orang baby)menjadikan jumlah kesemuanya 44 kematian setakat ini...

Bimbang.. tentulah bimbang.. Apatahlagi the high risk ialah yang ada masalah asthma seperti anak-anak mama.. suspen juga sebab last weekend luqman demam. dah elok tetiba malam tadi suam-suam pulak badan. dah la tengah minggu ujian sekarang ni. Ayah kata sebab mama tak suruh luqman habiskan antibiotik hari tu.. heheh.. This morning pun mama dah set minda kalau luqman demam memang kena urgent leave la.. Tapi alhamdulillah pagi ni Luqman nampak ok. Cuma lambat sikit pegi sekolah sebab tak kejut dia awal macam selalu. So mama la hantar luqman pegi sekolah pagi ni. Sempat lagi belikan face mask kat koperasi sekolah tu. Tengok budak2 lain pun ramai pakai mask.

Bimbang memang lah bimbang. Anak officemate dah positive H1N1. THe whole family tengah kena quarantine sekarang.

Bimbang.. sebab dengar-dengarnya Tmn Sutera mungkin bakal mencatat kes positif yang pertama tapi tak confirm lagi..

Petua... 6 apples a day and a glass of fresh orange. Or kurma campur air kelapa. Or amalkan habbatussawda' (penawar segala penyakit kecuali mati)..

Seboleh mungkin.. usaha untuk menguatkan ketahanan diri(eat healthy, multivitamin, extra supplement, bersenam, petua di atas..)... berdoa supaya diri kita, keluarga kita dan rakan-rakan kita dijauhkan Allah dari terkena penyakit ini.. akhir sekali bertawakkal kepada Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu...

Ya Allah, jauhkanlah H1N1 daripada kami ya Allah...

August 06, 2009

siakap senohong gelama ikan duri

this afternoon...

masa mama nak balik opis dari meeting kat TDI... nak lalu UM..kena tahan lak dengan pak guard.. isk.. selama ni tak pernah pulak kena tahan dengan pak guard kat pintu belakang UM nih.. alamak apa nak jawab ni?... dalam kepala dah mencari-cari alasan nak bagi... nak jawab nak pegi kedai buku ke... nak tengok anak sedara ke.. (alamak Umar lak dah takde kat situ.. dah fly)... errrr.... takut kang nanti dia tak bagi masuk pulak.. kena patah balik pulak...

pak guard: Assalamualaikum puan.. nak ke mana ni..
mama: errr... (rasa macam nak jawab nak jumpa anak sedara)
nak tumpang lalu... (sambil tersengih dan menunjukkan muka kesian.. hehhe)(eh.. ini pulak yang terpacul... dalam kepala nak cakap lain sebenarnya..)
pak guard: nak short cut? oklah, jalan..
mama: (fuh).. terima kasih...

so kesimpulannya... jangan cakap bohong.. cakap benar lebih berkat.. hehhehe...

July 31, 2009

Catatan anak seorang tahanan ISA

Copy and paste from here.

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....


Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....7 tahun telah berlalu.

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.


Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.


Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.

--------------------------------------------------

Sedih... huhuhu...

mama pernah mengikut lawatan ke keluarga mangsa ISA. Siapa tak ingat tentang Almarhumah Aina Mardhiah yang meninggal ketika ayahnya Sharial Sirin, di dalam tahanan ISA. Ibunya bekerja sebagai seorang guru tadika. Tinggal menyewa di sebuah rumah yang agak usang di hulu langat. Alhamdulillah jiran-jiran semua nampak amat memahami keadaan mereka dan sentiasa membantu mereka apabila diperlukan.

Rupa-rupanya adik kepada Aina Mardhiah itu ialah anak murid kepada Cikgu Hani, wife pengerusi surau TS. Hujung tahun lepas, kami sempatlah menziarah mereka sambil berikan sedikit sumbangan. Waktu itu adik yang nak masuk form 1 tengah berkemas-kemas kerana dapat kemasukan ke salah sebuah sekolah tahfiz. Ketika itu sebenarnya ayah mereka telah dibebaskan tapi telah terus dihantar ke Indonesia. Status kerakyatan tidak tahu macamana.

Sedih betul mama. Dah dibebaskan pun tapi tak habis-habis lagi nak menyeksa orang, memisahkan ayah daripada anak-anaknya...

Bila baca coretan adik Suhaib ni pun, mama tak dapat nak bendung air mata ni. Tak terbayangkan penderitaan batin yang dialami oleh mereka ini.

Hanya Allah tempat mengadu. Kepada manusia-manusia yang amat zalim ini, (dan penyokongnya termasuk PEWARIS - mama cannot understand la how can you say ISA can defends Malay rights. Padahal Malay yang banyak masuk dalam tu... rasa tak tercapai akalku) terimalah pembalasannya satu masa nanti. Kalau tidak di dunia... di akhirat sudah pasti.

Mansuhkan ISA. Semarakkan demo 1 Ogos ini. Pakai Merah Hitam.

tapi mama tak dapat join sebab balik kampung kenduri kawin rumah tok atan. hehhe... anyway, my heart goes to you... mama tetap penyokong tegar untuk Mansuhkan ISA...

July 30, 2009

Ikan Kerapu Masak Merah

This is one of our family's favourite...

Bahan-bahan:

Ikan kerapu sekor
Tepung jagung
Garam
Gula
Cili kering
Bawang merah
Bawah putih
Sos tomato
Sos Cili
Daun bawang
Daun Ketumbar

Cara-cara:

Lumur ikan kerapu yang telah dibersihkan dengan sedikit garam. Salutkan ikan kerapu dengan tepung jagung. Gorengkan.

Blend lumat bawang merah, bawang putih dan cili kering. Kalau mama cili kering tu setakat 2-3 tangkai saja sebab tak nak pedas sangat. Nanti budak-budak tak makan pulak.

Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak. Masukkan air, tomato sos dan cili sos secukup rasa. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Bila ikan sudah garing, letakkan di atas pinggan. Tuangkan kuah merah tadi ke atasnya. Hiaskan dengan daun bawang dan daun ketumbar.

Settle..

Senang je kan. Mama rasa ramai je yang tau.. hehheh... saje je mama nak share kepada yang tak tau. Kalau nak hebat lagi, letaklah sekali nenas, timun, carrot... etc etc.... lagi nampak menarik...

July 29, 2009

Koko dan Oren

This is the story of our back alley cats, Koko and Oren. What a name, right.. Mama not sure why luqman named them like that. Oren is because it is orange while koko... hhmmm... his fur is not even a slightest brown in colour.. He is grey!.. Maybe because his mother is Kiki... Actually mama has suggested to name Oren as Kaka... heheh... so that it becomes Kiki, Koko and Kaka... heheh..
But Luqman insists on Oren... Mama gave up...

Actually, they are not belong to us.. They belong to those who shares the same back alley... ehehh... We give them fish, Qiah give them some rice, Berra provide them shelters to sleep at night, Tisha claimed that they are her cats... ahhaa... lucky them, there are many places that they can count on...
But our in-the-house is a no-no to them. One bad experience... one of them poo-poo on the carpet! huhu... that's it! no more playing inside the house.

Anyway, our kidz are all big fan of cats... But see no touch, ok.... Nanti kena lelah pulak...



July 27, 2009

Qadha' puasa

Last Friday mama kena attend 3 meeting..

8.30am - 10am - ICS support issues
9.30am - 12.00pm - RM20, RM30, RM40, RM48, RM58, LT38, LT68
3pm - 5pm - Flat Fee Interbranch

Namun, alhamdulillah dicelah-celah kestressan kerana meeting yang berturut-turut tu, Allah telah beri mama kelapangan untuk menghadiri ceramah Bakit Helwa. Sebenarnya macam dah tak sempat nak pegi sebab kul 1 baru nak gi makan. Tapi lepas makan tu terasa macam nak lupakan sekejap pasal keje nih... nak release tensen sikit... so pegi jugak walaupun dapat 1/2 jam je..

just to share a few points...

- bagi wanita yang meninggalkan puasa ramadhan disebabkan uzur syar'ie, bila nak qadha' puasa ramadhan, better untuk lebihkan sehari sebelum dan sehari selepas. Maknanya lebihkan 2 hari la.. Sebab selalunya awal-awal dan akhir-akhir tu kita tak berapa pasti. Jadi seeloknya kita qadha' lebih sikit. Takut-takut kita tak cukup bayar hutang.

- sekiranya seorang ibu meninggalkan puasa bulan ramadhan kerana risaukan kesihatan anak dalam kandungannya atau bayi yang sedang menyusu, kena fidyah. kalau nak senang ingat, kalau kita tak puasa kerana orang lain, kena bayar fidyah. kalau kerana diri sendiri contoh demam ke sakit perut ke, cuma qadha' puasa...

itu antara point yang mama lekat dalam kepala... ada lagi yang lain-lain tapi boleh la check dalam kitab multa'albadrin ye... hehe

yang penting point no. 1 tu.. yang mama rasa perlu mama timbang-timbangkan.. memanglah bila kita sekarang ni baby (raihana tak baby dah la..) masih menyusu, memang selalunya agak berat nak puasa.. itu yang qadha' puasa pun cukup-cukup je.. memang tak ada langsung nak tambah dengan puasa sunat ke...

fikir-fikirkan... tepuk dada tanya iman...

July 21, 2009

buntu?

sapa tahu apa yang mama buat kalau mama buntu/stress/bengang/boring? anda mesti tak tau punye... hehe.. ini nak menjawab topic perbincangan FBI and fafau la pagi tadi...


jawapannya ialah.... minum ice blended cappuccino... heheh.. ini dulu cu yah la ni yang recommend kat mama... lepas tu terus tersuka.. nasib baik kedai dekat je... dan sekarang memang tengah buntu.. so apa lagi... mai secawan...

kalau ditambah lagi dengan high-fibre cheese cake... fuh memang marvellous... hilang boringku...

nota tambahan: pandai betul diorang ni... cheese cake tu memang la menggemukkan tapi dia buat high fibre so konon jadik seimbang la... anyway.. mama tak kisah pun... yang penting sedap.. hehheh...

July 14, 2009

My New Cubicle...

This is my new cubicle... orange huh... berpinar mato den... selamat bekerja dengan lebih bersemangat lagi, cewah...



And guess who is getting a new cubicle as well? Ayah la.. nanti nak mintak ayah snap gambo new workplace ayah... hehheh... sama tak dengan mama agaknya?
and the song below was forwarded to us by our former boss... lawak je.. macam kena je dengan my ex-boss sebab his new cubicle macam tersorok sikit... sapolah punye koje ubah lirik lagu best nih.. hehheh... tapi kelakor... kalau nak dengar lagu dia cari kat youtube jelah ye... malas nak embedd kat sini....
The lyrics to the song to be sung in the tune of "You're Beautiful" by
James Blunt,

My job is stupid,
My day's a bore,
Inside this office,
From 8 to 5.

Nothing ever happens,
My life is pretty blank,
Pretending that I am working,
Pray I don't get canned.

My cubicle, my cubicle,
It's 1 of 62,
It's my small space,
In a crowded place,
Just a six by six board booth,
And I hate it, that's the truth.

When I give a sigh,
As the boss walks by,
No one ever talks to me,
Or looks me in the eye,
And I really should work,
But instead I just sit here,
And surf the internet.

And my cubicle, my cubicle,
It doesn't have a view,
It's my small space,
In a crowded place,
I sit inside there too,
And sometimes I sit here n*de..

July 13, 2009

Sukan Addin 120709

Alhamdulillah semalam sukan Addin berjalan dengan lancarnya. Mula-mula hari nampak mendung dan mula gerimis tapi nasib baik sekejap je. Cuaca pun redup je. Mama pun datang lambat sikit sebab raihana bangun lambat. Lagipun ada tetamu kat rumah.. Sampai-sampai je dah nak start aerobik...
Senamrobik. "Rumah biru diketuai oleh adik Nur Batrisyia. Rumah kuning diketuai oleh adik Maisara. Rumah Merah diketuai oleh adik Humaira. Jangan tertipu dengan mata tuan-puan ye. Rumah kuning dengan rumah merah memang sama tapi tak serupa."
Apalah nasib imran.. penat berlatih 2 minggu. Tiba hari sukan tak dapat nak join sebab tak sihat.. tak larat.. lelah. Sempat ikut senamrobik je.. tu pun muka monyok. Tu la.. mama dah cakap dah semalam jangan main teruk sangat. Kebetulan pulak sabtu tu nizam nazim datang. Main tak ingat punye. Cikgu pun risau je nak cari pengganti sebab imran masuk banyak acara..
Ayah bagi ucapan sebagai perasmi. Hehe.. kelakar je.. Sorilah dapat ambik gambar belakang je sebab tengah check on imran ni kat khemah peserta.. Tapi yang bestnye dapat hamper buah sebakul.. pastu dapat RM50... heheh... tak sesia jadi perasmi... dapat lah buat order piza tengahari tu... nak masak dah tak sempat.. heheh...

bersedia untuk berlumba? isk.. makin gelap la anak mama nih.. dah la pakai tudung semua pipi terkeluar... tembam sangat sampai tak muat tudung tu... hehehh

Maisara tengah gulung tikar.. kalau tak imran pun masuk jadi penggulung tikar juga.. lepas gulung tikar kena pas kat orang lain untuk ikat pulak... dan seterusnya...

amboi bersemangatnya tarik tali... riuh betul time ni... apa tak nya mak bapak semua dok sebelah anak masing-masing sorak... ni anak ke mak bapak yang tarik tali ni?
Humaira dan rakan sepasukan...

Raihana sempat lagi main kuda...

tak larat tak larat pun.. bila time makan jajan sihat je.. ye imran...

Juara keseluruhan ialah rumah Kuning... tahniah maisara punye rumah.. heheh... anyway semua orang dapat hadiah botol air... yea... dah penat dah.. jom kite balik....

July 09, 2009

PPSMI off

Guess you know, i am one of the many people who is happy with the announcement made by our DPM yesterday.

Alhamdulillah...

Humaira Maisara tak sempat. Imran will be in Standard 1 in 2012.

This morning mama dengar Hot FM topic pasal PPSMI dimansuhkan. Ada yang suka, ada juga yang tak puas hati sampai nangis-nangis... huhu... Mama just want to say, ini bukan bermakna BI tak penting langsung. Still important. So still kena belajar BI betul-betul juga tapi dalam subject BI la ataupun dalam kehidupan harian... banyakkan bercakap dengan anak-anak dalam BI... Yang PPSMI ni, ia telah menjadikan maths dan sains sebagai mangsa untuk kita mahir BI. Tak ke kelakar tu?

Anyway, syukur...

Bila pulak nak mansuhkan ISA???

July 06, 2009

buah apa bila dah masak naik ke atas?

jawapannya: Buah melaka..

Bahan-bahan:

tepung pulut
air
garam
pewarna hijau
gula merah/gula melaka
kelapa parut

Cara-cara:

Uli tepung dengan air garam sehingga boleh di buat doh. Campurkan beberapa titis pewarna hijau. Bentukkan bulat dan lekukkan di tengah. Isikan dengan gula melaka/gula merah. Tutupkan semula sehingga jadi bulat.

Jerangkan air hingga mendidih. Masukkan buah-buah melaka tadi. Apabila buah-buah melaka telah terapung, boleh la diangkat dan digolekkan dalam kelapa parut. Susun dalam pinggan dan hidangkan.
isk... senang betul buat kuih nih.. hehheh... tapi rasanya belum tau.. sedap ke raihana?



Nostalgia Kuih Buah Melaka

Sebenarnya kuih buah melaka ni ada memori tersendiri kepada mama. Dan juga kepada mak eli dan mak A...

Masa tu kami kecik lagi... masing-masing masih di sekolah rendah.. rasanya mak ima pun tak sekolah lagi kot. Hari tu hari jadi nek atau tok (tak ingat). Nek dan tok petang tu ke kebun tinggal kami empat beradik... mama, mek eli, mak A and mak ima kat rumah. Nak buat surprise la untuk hari jadi nih... Mereka kalau ke kebun dalam kul 5 - 6 baru balik so sempat la nak buat project nih.. Kami dengan di ketuai oleh mak A pun memulakan projek kuih buah melaka kami.. Mak A memang terrer memasak.. hehheh...
"eh kita buat warna warni nak tak?" sapa punya idea tah masa tu.. so jadilah kuih buah melaka kami ada warna merah, kuning, hijau... biru je takde.. hhehe...

"apsal tak naik-naik kuih nih? dah lama dah ni... " kuih yang kami masuk dalam air mendidih tu tak nak naik-naik pulak...

" keras semacam je... takpelah dah lama sangat ni.. keluarkan je lah... "

" macam tak masak je kuih nih... nak buat cemana nih? kejap lagi mak balik.."

" cuba kita goreng"
haha... sapa punya idea la gaknya tu... so kami pun goreng la kuih buah melaka tadi.. Tiba-tiba...
"plop... shiuuuuuu.... bum"

oh.. bukan gas meletup tapi buah-buah melaka tu yang meletup dan terbang ke semua arah...

"arrgghhh!!" kami semua mencari perlindungan...

Akhirnya kami berjaya mengutip semua buah-buah melaka yang dah jadi peluru berpandu itu... dan kesemuanya tak boleh di makan sebab keras-keras belaka... hheheh...

Tak lama kemudian, atok dan nenek pun balik. Kami dah sepakat untuk merahsiakan perkara ini tapi belum turun dari motor lagi si adik kecil (sapa lagi mak ima la... ) dah bukak cerita...

Habis la bocor rahsia kami. siasat punya siasat rupa-rupanya kami telah menggunakan tepung beras untuk buat kuih buah melaka... hehheh... pandai betul mak A... kami yang lain ikut je.. hehheheh...

maka tak jadilah nak buat besday surprise hari tu...

Setiap kali nampak kuih buah melaka mesti mama teringatkan peristiwa ini... hehhe... senyum je la...

July 01, 2009

Kebun arwah tok di Parit Bengkok

Last time kami balik kampung, kami telah berkesempatan untuk berkunjung ke kebun arwah tok. Sekarang ni Pak Alim la yang jaga dan mengerjakannya... Memang dah banyak perubahan. Tapi memang tersangat lamanya mama tak pergi kebun. 10 tahun lebih ada kot. Tu yang mama rasa dah lain sangat dah. Dah tak cam dah. Nasib baik bawak nizam nazim diorang la jadi tour guide. Hehhe...
Jalan masuk ke kebun. Titi dah uzur. Cadangnya nak buat projek jambatan concrete. Tapi project tak kickoff lagi. Tengok tu air parit depan tu kering. Tinggal lumpur...
Bahagian depan kebun. Dulu kat sini ada pondok. Tempat letak vespa, tempat persalinan dan tempat pembaringan. Tapi sekarang dah tak ada. Tanya Pak Alim, abis tu kalau nak rehat duduk kat mana? Pak Alim kata carilah bawah pokok mana-mana.... Yelah pak alim pun weekend je baru sempat nak jenguk kebun. Tak sempat la nak buat bende extra-extra...
Hehe.. tetiba terselit gambo vespa kat sini... Inilah vespa tok yang telah diupliftkan.. modelnya ialah pak alim...hehheh... fuh macam baru... dulu vespa ni la bawak guni-guni kopi, kelapa, durian, pisang... Kalau nak ikut ramai-ramai, mama selalu duduk eh berdiri kat depan. Kalau hujan boleh nyorok..

Parit kecil yang lalu di tengah-tengah kebun. Ini kat sebelah 'pondok' dulu. Kat sini lah dulu tempat membersihkan diri, bermain air, bermain dengan ikan. Tapi sekarang setitik air pun dah tak ada. Penuh dengan daun-daun pokok je...
Pokok kelapa sawit yang menggantikan pokok kopi. Dah besar-besar juga. Ini yang kat depan. Kat belakang-belakang lagi dah besar dan hasilnya juga sudah boleh dijual. Alhamdulillah.. Dapatlah tambah pendapatan sikit... Pokok-pokok buah ada la juga... manggis, durian, cempedak, ciku... Manggis tengah musim. Durian memang tengah berbuah tapi belum nak gugur lagi so tak dapat la nak merasa. Merasa kedai punya la...

Ah... di mana-mana saja, pasti nak buat action power rangers/ultraman... Kami duk kat depan-depan je tunggu pak alim keluar bawak manggis... nak masuk ke dalam sangat kang makin banyak nyamuk lak.. hehheh...

Isk banyak betul nostalgia kat kebun ni... terutamanya mestilah teringatkan arwah tok... Betapa beliau sangat suka berbudi kepada tanah... dan betul la orang kata kalau kita berbudi kepada tanah, tanah akan berbudi kepada kita... hasil daripada kebun ini jugalah yang membesarkan kami 11 beradik selain dari gaji guru muzik yang dalam rm2k saja masa tu...
Terima kasih kepada pak alim kerana tolong jaga kebun ni...

June 29, 2009

Wanita Ibarat Rumput Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripadapohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

p/s: thanks to haslina for forwarding this email...

June 26, 2009

luqman dapat nombor berapa?

Tomorrow morning ada Hari Muzakarah kat sekolah Luqman. Jangan sensitip pulak dengan perkataan 'muzakarah' tu ye... heheh... muzakarah dah tak jadi, mukabalah pun jadi berbalah-balah, unity government pulak buat orang semakin tak united.. hehhe... Sebenarnya dalam bahasa lain ialah hari untuk ambil report card anak-anak. Masa ni lah ibubapa dapat bertanya kepada guru-guru tentang anak masing-masing. Macamana dia kat sekolah.. rajin ke malas ke.. suka tidur dalam kelas ke.. suka tolong cikgu ke.. etc etc... hehheh.. mama pun baru first time la nak merasa ni.. tak sabar rasanya...

This morning, when we were having breakfast...

mama: Esok macamana yek, nak angkut semua ke?
ayah: Ye lah. Abis tu nak letak mana budak-budak nih.
mama: kita pegi awal la bang, boleh cepat balik. hari tu hani kata selalunya lama jugak nak tunggu sorang-sorang parents tu habis. yelah selalu banyak orang nak tanya kan. tak ramai orang queue pun jadi lama juga nak menunggu.
ayah: nak awal pukul berapa? boleh ke? tengok la anak kite berapa orang? heheh..

mama pun senyum je sambil terus menjamah nasi dagang malam tadi yang tak cukup panas selepas dipanaskan pagi tadi.. hehe.. (sorry ayah, makan nasi dagang sejuk pagi tadi... kena ada microwave baru senang sikit.. heheh)

mama: ish.. tak sabar nak pegi esok.. luqman dapat nombor berapa la gaknya periksa hari tu..
luqman: (tengah tarik beg nak keluar pegi sekolah) dah tau dah nombor berapa...
mama & ayah: haaa!! dah tau? nombor berapa?
luqman: no 10.. luqman lupa nak bagi tau...
mama: ya allah... sabor je lah... dah lama ke tau?
luqman: dah lama dah.. tapi luqman lupa...
mama: no 10? ok lah tu... sapa no 1?
luqman: abu
ayah: amni no berapa?
luqman: amni no 2
(amni anak jiran sebelah)
mama: azzam?
luqman: no 14, teruk sikit dari luqman
mama: eh ok la tu dekat je dengan luqman...

pin! pin!

mama: alamak cikgu dah sampai... cepat-cepat luqman...
ayah: ambik je kasut tu pakai dalam van..

isk.. tak sempat nak tanya banyak lagi.. isk isk... sabor je la.. rupanya dah lama tau dapat nombor berapa... memang la awal-awal bila semua paper dah dapat result mama ada juga tanya luqman dapat no berapa tapi asyik tak tau lagi je... after some point mama assume cikgu akan bagitau masa hari report card tu la...

isk.. still shock la... bukan sebab luqman dapat no 10 tapi sebab sebenarnya luqman dah lama tau... har har...

anyway, no 10.. hmmm.. not bad for a first timer... still have room for improvement...

To Luqman, tahniah and keep up the good work!

June 24, 2009

Travelog Haji dan dot dot dot

Alhamdulillah, mama dah selesai baca buku travelog haji.. penulisnya Prof Muhd Kamil Ibrahim .
Mama rasa kalau nak baca ulasan tentang buku ini memang berlambak dalam internet. Tinggal search saja.

Sebenarnya dah banyak kali mama came across this book. Especially kat lobi MTM ni. Everytime cari buku, orang jual buku tu mesti recommend buku Travelog Haji ni. Tapi mama macam tak berminat je sebab kononnya belum nak pegi haji lagi. Tapi selepas membaca ulasan dalam blog Ummusaif, terasa macam menarik pula nak tau isi kandungan buku ini. Lalu terus mama beli kat kedai buku bawah nih. Tapi mungkin ada hikmahnya mama beli lambat sikit sebab sekarang dah ada Edisi Jimat, lebih kecil dan soft cover. Mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana. (Sebelum ni saiz buku agak besar dan hardcover). Dari segi harga mama tak sure la lebih murah atau sama sebab tak check pulak dulu harganya berapa.

Pengajaran? Buku ini selain daripada yang tersuratnya iaitu pengalaman professor mengerjakan haji, sebenarnya banyak yang tersirat... mama belajar tentang penggantungan kepada Allah dalam sesuatu perkara, setiap perkara... walaupun perkara tu nampak kecil... Buku ini juga telah mengajar mama untuk berdoa secara spesifik.

Contohnya... kita selalu berdoa supaya dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan sebagainya... memang bagus, memang patut kita doa begitu selalu tetapi ianya bersifat general... yang lebih elok ialah tambahkan dengan yang spesifik. terus terang mama kata, contohnya bila anak-anak mama demam, mama takde pulak spesifik doa, " Ya allah, sembuhkanlah anak-anakku daripada demam.... " Dalam hati kita memang mengharap supaya mereka cepat baik tapi harapan tu tidak begitu mengharap kepada Allah yang Maha Berkuasa itu... Jika ada masalah di office contohnya, kita cuma tahu mengomel, cakap belakang.. Tapi pernah tak kita doa, " Ya Allah, bukakanlah hati bos ku supaya lebih memahami staffnya..." "Ya Allah, mudahkanlah urusan supaya pihak ITPRC meluluskan kertasku ini esok.." Contohnya la....

Sesuatu berlaku kepada mama hari ini. Sejak company mama melaksanakan sistem Broadbanding, every promotion (exec to manager, manager to agm, etc) akan melalui assessment terlebih dahulu. Sekarang ni memang tengah musim assessment. Since April lagi mama tunggu-tunggu tak dapat panggilan. x-bos mama dulu pun dah risau sebab dia dah menjanjikan.. mama makin risau sebab rasanya assessment period ni dah nak habis dah tapi still belum ada panggilan lagi. Dari dulu lagi dalam hati kata, "Kalau ada rezeki, adalah tu..." Tiba-tiba malam tadi mama teringat buku Travelog Haji ini. Malam tadi selepas solat Isha' mama doa kepada Allah supaya mendapat panggilan untuk assessment ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pemurah... Mama rasa betul-betul Allah makbulkan doa mama tu sebab baru sekejap tadi mama terima email panggilan untuk assessment minggu depan... Alhamdulillah Ya Allah... Subhanallah... Allahu Akbar...

Mungkin ada yang kata kebetulan. Mama tak kisah apa yang orang kata. Tapi inilah yang mama rasa.. Semoga Allah memberkati usaha Prof Muhd Kamil dalam penulisan buku beliau untuk berkongsi cerita dan secara tidak langsung mendidik jiwa saudara seagama.

Lepas ni mama rasa kena carik buku beliau yang satu lagi, Travelog Dakwah pula la... anyway mungkin lambat sikit sebab ayah baru belikan mama buku Iskandar Bukan Zulkarnain dan Yakjuj dan Makjuj - Bencana di Sebalik Gunung (isk tebalnya buku nih.. heheh). Have i said thank you to you, Ayah? Thank you Ayah... :) hehe.. Father's Day, mama pulak yang dapat hadiah... terbalik nih...

June 22, 2009

Selamat Hari Bapa... err.. belated

Happy Fathers' Day to Ayah... sorry takde celebration... cuma dapat wish je.. tu la... orang nak belanja hari ni tak moh.. hehheh..

Terima kasih kerana menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kita... :)