kami dapat berita atuk muar meninggal hari selasa malam yang lepas.. innalillahi wainna ilaihi rajiun... arwah meninggal dalam usianya 90 lebih kerana sakit tua.. malangnya ayah baru je bertolak ke kk petang selasa so tak dapat kami terus balik... insya allah malam ni baru nak balik muar lepas ayah sampai... agak ralat juga sebab dah tiga hari dah.. yang lain semua dah berkumpul kat sana..
sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk allahyarhamah.. semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin....
April 27, 2007
April 16, 2007
sayang si kecik..
selepas kejadian itu, mama memang rasa menyesal tak sudah.. bila tengok imran mesti rasa sedih.. kalau teringat balik rasa 'lemes' je badan... what if.. what if...
weekend yang lepas kami balik kampung ada kenduri doa selamat... imran memang tak berapa sihat sangat. sejak hari khamis lepas batuk-batuk dan hari jumaat tu dah start lelah.. sempat la ambik gas pagi jumaat tu kemudian petang bertolak balik kampung. badan panas bila malam.. bila siang sejuk pulak.. macam demam urat.. kalau ikut bibik memang ada rasa salah urat pada belakang imran tapi keras katanya tak berani nak urut lebih-lebih... so pagi sabtu kami bawa imran pegi berurut dengan yut (buyut - kalau ikut orang melayu panggil moyang).. alhamdulillah lepas tu memang nampak dia lebih ceria.. badan dah sedap la katakan..
petang tu kenduri.. kenduri yassin untuk orang perempuan sekali dengan potong jambul anak mek eli, Izzat Azfar. ayah ke muar ziarah atuk yang sedang sakit.. bibik pulak dari pagi dah ke rumah sedaranya di tongkang pecah. dlm pukul 3 tu kakak2 dan abang semua dah tidur tapi imran jugak tak tidur-tidur walaupun nampak macam dah ngantuk.. tak taulah.. mungkin seronok kot tengok ramai-ramai.. ubat batuk, ubat demam tu pun tak cukup membuatkan imran tidur.. bila dah petang lepas mama siap-siapkan pakai baju malam sambung lagi main.. mama memang perhati je imran sebab tengah tak sihat takut jatuh-jatuh lagi baru je servis pagi tadi..
selesai kenduri mama dok dapur sambil makan-makan kuih sambil borak-borak sambil perati imran kat depan tv tu.. tengok imran dok main-main ngan kakak abang ngan sepupu sepapat... oklah.. tak lama tu tengok imran takde.. mama pun naik atas.. tengok imran kat depan rumah depan tangga.. depan tu nampak basah sikit sebab baru lepas hujan...
"imran.. elok-elok basah tu.."
mama memang nak gi ambil imran tapi nak tutup pintu bilik dulu sebab terbukak nanti budak-budak tengah main ni masuk takut main kat bilik... masa tu la dengar imran nangis..
"laa.. jatuh.. tula.. mama suruh tidur dari tadi tak nak.. dah ngantuk la tu... "sambil mama nak pegi amik imran..
memang mama dah biasa dah diorang ni jatuh-jatuh.. main lasak sangat.. tapi bila tengok mulut imran berdarah terkejut la mama.. darah menitik-nitik kat tangga.. ingatkan bibir berdarah... tengok-tengok gigi depan imran sompek sikit sebelah.. tapi yang ketara gigi sebelah lagi dah tak ada! mama terus lari ke dapur..
"mak! tolong!!"
check punya check rupanya gigi sebelah imran tertolak masuk ke dalam gusi...
"nak buat macamana ni??"
"gi klinik! gi klinik!"
nasib baik pak zan ada, boleh tolong hantar ke klinik sri sulong.. dlm kereta imran tertidur.. mama tau dia tidur, bukan pengsan sebab dia berdengkur... takpelah memang dia dah ngantuk sangat dah tu.. sampai ke klinik nasib baik tak ada orang.. terus jumpa doktor... baru cakap pasal gigi je.. tak tengok lagi.. doktor dah suruh ke klinik gigi.. lebih arif katanya.. klinik gigi cuma ada kat bandar batu pahat je.. yang risaunya kalau dah tutup sebab dah pukul 6.30 petang sabtu pulak tu..
kami pun balik rumah kejap.. tanya direction sikit-sikit kat pak alim location klinik gigi.. kak chik dan muaz pun ikut sekali.. terus ke bandar... ayah pulak baru bertolak balik dari muar.. plan kami kalau takde klinik gigi yang buka terpaksa la ke hospital batu pahat.. masuk emergency...
imran terus tidur dalam pangkuan mama.. darah pekat dah berenti mengalir tapi kering kat sekeliling bibir.. mama takut nak lap takut imran sakit... dalam fikiran dah terbayang dah macamana doktor nak cabut keluarkan gigi imran, maybe kena buat surgery sikit.. nak kena pegang imran kuat-kuat tu nanti ... mesti dia meronta-ronta.. balik nanti mesti bertampal dengan kapas je mulut imran... mama cuba kuatkan semangat.. tak tau nak baca apa.. baca subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah wallahu akbar.. baca ayatusyifaa'..
kalau la mama terus amik imran tadi.. kan tak jatuh... what if.. what if..
kami round bandar batu pahat tu.. klinik gigi nur.. tutup.. klinik-klinik biasa yang lain semua dah tutup... carik klinik australia pulak... terlepas.. kena buat satu round lagi... alhamdulillah bukak lagi... ramai juga tengah tunggu... mostly chinese.. dental surgery australia.. klinik gigi milik Dr Chua Soi Lek.. menteri kesihatan malaysia..
sabar menanti.. imran masih tidur.. ayah tak sampai lagi..
tiba giliran.. doktor check mulut imran.. bersihkan darah-darah beku.. masa tu la imran bangun menangis..mama kena pegang imran kuat-kuat sebab doktor nak tengok gigi dia... mulut imran pun dah start bengkak dah... bila selesai check, doktor kata,
"boleh biarkan gigi tu sebab gigi susu memang gusi lembut lagi.. lama-lama nanti dia akan turun tapi mungkin senget-senget sikit itu tak apa.. tengok nanti lepas 3-4 hari bila bengkak dah surut dia boleh tak minum susu dalam botol... kalau bengkak dah surut tapi dia tak boleh makan tak boleh minum susu, mengadu sakit.. barulah kita terpaksa cabut gigi dia.. buat masa sekarang kalau dia susah nak minum susu bagi dia minum guna straw.. nanti saya bagi ubat bengkak bagi bengkak dia surut"
relax je doktor... alhamdulillah tak ada pape.. lega hati mama... keluar dari bilik doktor ayah pun sampai...
balik tu imran hisap jari.. tengok ok je... itu satu petanda baik..
malam tu imran dah ceria balik.. main.. lari-lari.. macam takde pape.. tapi bila tersengih... alamak.. nampak gigi imran yang rongak... kesiannya.. bila nak makan pun boleh tapi kelakar sikit.. jadi macam tupai pulak.. laju je kunyah dengan gusi... tak bagi kang marah...
ayah kata sebab bibik takde la nih.. tapi mama rasa bukan kerana bibik.. tah la benda nak jadi... takkan la kita nak ngekor je dia pegi mana... budak setahun lebih... tapi mama memang rasa kesal sebab mama dah nampak tapi tak terus ambik imran...
bila teringat balik mesti rasa lemes (lemah rasa badan)... itu baru sikit.. mama tak boleh nak imagine orang yang anak-anaknya accident ke.. sakit yang teruk dok kat hospital.. anak hilang.. yang macam-macam lagi dugaan yang lebih hebat lagi... sebak rasa kat dada...
alhamdulillah imran tak pape... cuma tak best la tengok imran rongak... insya allah ianya jadi pengajaran untuk mama dan juga abang dan kakak2.. jangan main teruk-teruk sangat ye...
April 12, 2007
banyak sangat cuti??
Cuepacs minta kaji semula cuti umum
KUALA LUMPUR 11 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili lebih sejuta kakitangan hari ini meminta kerajaan mengkaji semula peruntukan cuti umum yang semakin banyak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan daya pengeluaran negara.
Presidennya, Omar Osman berkata, keadaan itu akan menjadi lebih kritikal ketika berlakunya pertindihan cuti kelepasan am, yang akan dibawa keesokan harinya.
Katanya, cuti tahunan yang diperuntukkan kepada kumpulan itu pun sudah mencukupi hingga ada yang terpaksa membawa cuti lebihan tahunan mereka ke tahun berikutnya.
“Sebagai contoh, 1 Mei ini berlaku pertindihan cuti Hari Wesak dan Hari Pekerja di seluruh negara lalu digantikan pada 2 Mei.
“Bagi saya, kalau tak ganti pun tidak mengapa sebab dah banyak sangat cuti, lagipun bukan selalu terjadinya pertindihan cuti seperti ini,” katanya di sini.
Setiap tahun, kakitangan awam mendapat cuti umum lebih 15 hari dan jika dicampur dengan cuti tahunan, ia menjangkau lebih 40 hari mengikut gred jawatan masing-masing.
Omar berkata, beliau khuatir produktiviti negara akan terjejas apabila terlalu banyak cuti diberikan kepada kakitangan awam.
Bahkan menurutnya, cuti yang banyak mampu mengganggu kesihatan mereka dan melemahkan ekonomi keluarga dan negara.
Kata beliau, Perdana Menteri sendiri pun sentiasa mengingatkan kakitangan awam agar produktif supaya Malaysia maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
“Cuepacs rasa tak payah fikir asyik nak cuti ganti sahaja kerana kita tidak mahu orang fikir yang negatif sahaja terhadap kakitangan awam,” tambahnya.
------------------------------------------------------------
wah.. mama memang tak setuju la...
Bahkan menurutnya, cuti yang banyak mampu mengganggu kesihatan mereka dan melemahkan ekonomi keluarga dan negara.
ye ker... cuti yang banyak boleh mengganggu kesihatan? tak pernah pulak mama dengar.. mama takdelah nak banyak sangat cuti sampai menjejaskan operasi syarikat.. tapi kalau setakat cuti ganti tu kire fair la.. sebabnya kalau tak jatuh pada hari yang sama still kita dapat cuti banyak tu juga.. so kire compensate la kan...
so ayah jadik ke outstation KK? orang lain nak cuti panjang, dia sorang nak keje pulak.. hehhehe...
April 11, 2007
cerita ceriti...
Cerita 1
last week (ker last 2 weeks yek..) ayah pegi sale barang mainan kat PJ.. amboi mentang-mentang baru dapat bonus masa tu semua diborongnya... abis penuh bonet innova tu sampai tak nampak belakang... (hehhe.. innova punya 'bonet' memang la tak besor).. tapi memang murah... just imagina barbie set yang biasanya kat supermarket dalam rm100 lebih tu tinggal rm30 je.. sapa tak nak beli... ada le dalam 5-6 kotak ayah borong... seronok la budak-budak...

barbie set... guess sapa yang rajin sangat main ni... IMRAN... oo.. tidaak...!

Cerita 2
satu hari kami balik dari keje...

Ya Allah... ni darah sapa nih kat dinding tepi tangga ni??? mama terus teringat scene-scene dalam cerita CSI... rupa-rupanya budak-budak ni main gincu bibik... calet-calet kat tangan pastu tekap tangan tu kat dinding... aduhai.. sakit jantung mama... terkejut satu.. geram pun satu la... abih dah dinding jadi tak lawa... yang bibik pun simpan la lipstick tu elok-elok.. bila masa je la dia ni pakai lipstick... isk.. isk.. sekarang ni nampak macam makin banyak la grafitti kat dinding kat rumah tu.. ni pun mama dah lap sikit-sikit.. kalau tak lagi merah menyala.... waduh... kreatif sungguh anak-anak mama nih...
Cerita 3
Satu petang yang lain kami baru balik keje.. "Aaaaa.. apa jadik ngan buku mama nih???"

wah.. imran pun semakin hebat sekarang....
Cerita 4
Inilah dia anak-anak bertuah ayah dan mama...

siap-siap nak pegi sekolah

sempat lagi buat aksi power rangers... imran pun nak join..
April 06, 2007
jawapan kepada teka teki teka tekok
hehh heeh kalau anak saya kuih yang makan tepi2 tu kuih karipap sebab dia tak makan intinya pedas
kopisuam Homepage 04.05.07 - 2:38 pm #
mula-mula mama pun ingatkan jawapannya karipap jugak sebab budak2 selalu memang makan tepi-tepinya aje.. jawapan sebenarnya ialah... DONUT.. heheh
ye la.. donut kan tengah dia berlubang.. so kita makan tepi-tepinye je la...

April 04, 2007
6 pesanan untuk kaum wanita
just sharing ... got this from tmn sutera yahoogroup.
-----------------------------
Nota dari penyusun :
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah SWT akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita.
6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam 2X setahun. Kalau kita tidak menunaikan hak Al Quran, macam mana kita nak mendapat syafaat Al-Quran semasa di dalam alam kubur dan akhirat kelak? Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X danberistighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah.
Waallahu'alam. Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain. Insya Allah.
April 03, 2007
March 30, 2007
bonos oo bonos
bonos..bonos... alhamdulillah tahun ni TM bagi bonus tinggi sikit daripada tahun-tahun sebelum ni.. tapi tinggi-tinggi pun takde lah sampai 4 ke 6 bulan gaji cam kat petronas... (isk.. jeles ngan kengkawan petronas.. hehheh).. anyway still bersyukur banyak-banyak... rezeki masing-masing la kan... mungkin rezeki kite lebih kat tempat lain pulak..
semalam mama gi visit Maybank2u.. zup sana.. zup sini... tinggallah ciput jugak.. hehhehe.. tak boleh nak enjoy sangat pun.. azam kami tahun ni nak abihkan utang je.. alhamdulillah rasa ringan la jugak sekarang.. hutang rumah ngan keta tu lain la.. tu payah la sikit kan.. tapi hutang yang sana sikit sini sikit situ banyak tu insya allah settle... so balance tu la nak buat pape sikit..
tapi sebenornya banyak jugak dah mama berbelanja nih.. hari rabu hari tu ada training kat SAGE Training Center depan KLCC.. training kul 3 dah abis.. apa lagi berjalan-jalan la mama kat KLCC tu.. hehhehe... so dengan tak sengaja terbeli belah la jugak.. padahal masa tu bonus pun tak kuar lagi.. hehhe... bak kata puan rahmah la.. "Esok bonus so hari ni kena habiskan duit gaji..." hahha... isk tapi takdelah sampai abih duit gaji... mama beli buku cerita.. 2 bijik lagi... sydney sheldon ngan judith mcnaught.. ol time feveret... ada la a few buku baru diorang yang mama tak baca lagi.. memang dah lama tak mengikuti perkembangan diorang.. the last time mama baca buku citer pun tah bile gaknya mama pun tak ingat... kalau dulu semua buku diorang tu mama dah khatam..
tapinya.. bila la gaknye nak baca buku-buku nih... hheheh...
semalam ada jualan bakit kat bawah.. pandai pulak la diorang ni timing.. macam-macam ada... baju, buku, tikar, barang perhiasan, cadar, tudung, jubah (minat kat satu nih), makanan... fuh memang penuh orang... mama pun join sekali la... berenti kat kedai buku.. carik buku iqra' untuk budak-budak... kat sekolah memang dah ada.. tapi kat rumah tu kadang dengar la diorang menghafal2 tu bagus juga kalau ada satu copy kat rumah kan.. bila-bila diorang nak refer boleh la... setakat ni memang mama tak berapa galakkan diorang bawak balik buku sebab sempai kat rumah buku ke mana beg ke mana dengan renyuk je dengan koyak nye.. so biarlah yang kat sekolah kat sekolah yang kat rumah kat rumah.. pastu mama nampak buku La Tahzan.. dah lama dah dengar pasal buku nih tapi tak pernah pulak nak terjumpa atau nak mencari.. it's a motivational book.. nantilah kalau mama dah baca mama cerita sikit la... pastu nampak pulak k nieta beli buku amalan semasa mengandung.. sebenarnya dulu dah ada dah tapi carik punya cari kat rumah tak jumpa plak... tah simpan kat mana gaknya tak jumpa.. tengok RM10 je.. boleh la beli... waahhh.. borong buku lagi...
hmmm.. bila la nak baca ye..
bila balik rumah ayah kata.. "haa lepas ni nak kena carik rak buku IKEA pulak la.." ala yah.. sekali tak sekala.. bukan selalu ada duit lebih.. so terasa la nak belanja diri sendiri... hehheh...
errr.. ingat hari ni nak gi survey baju ngan tudung pulak la.. hehheh..
p/s - mek eli dah selamat bersalin hari selasa lepas 27/03/07.. at last ceaser jugak.. dah induce 2 kali jalan tak nak bukak jugak... tahniah.. baby boy 3.25 kg.

March 27, 2007
mereka buat lagi!!!!!
"buk, luqman tu dalam bilik. biliknya dikunci.. tak nak bukak... tadi yang lain masih tidur.." kata bibik dalam corong telefon pagi tadi..
alamak... adakah sejarah kan berulang kembali.. ????
"tiba-tiba mak nampak air mengalir dari tingkat atas.. mak tengah tengok tv kat bawah.. terus mak lari naik atas dengar budak2 riuh dalam bilik.. mak suruh bukak pintu tak bukak-bukak... cakap nak panggil polis baru luqman bukak... tengok-tengok dalam bilik abis semua tilam-tilam basah kecuali tilam yang atas katil tu.. semua tengah boleng kat dalam bilik air main air termasuklah imran..." cerita nek..
aduuuhhh... kenapa la perkara ini berlaku lagi??? adakah penangan rainbow semalam???
cerita selanjutnya.. esok atau lusa.. balik ni nak tengok dulu keadaan taufan durian yang kedua...
isk.. isk.. isk...

March 21, 2007
cerita pasal ni lagi...
ha ha.. sorrylah lately ni asyik cerita pasal pregnant la.. bersalin la... hehehe... tengah mood macam tu.. nak buat cemana... alkisah mek eli tak bersalin-bersalin lagi.. dah lewat 5 hari dah ni tapi relax lagi.. isk isk... mesti dah tak sabor... mama pun tak sabor gak... saban waktu asyik tengok henpon kot kot ada msg from mek eli kata dah sakit ke dah bersalin ke... ye le.. malas pulak nak tanya tiap-tiap hari kot makin tensen pulak dia... mek eli kata baru check doktor hari isnin lepas kata suruh tunggu sampai lepas 9 hari kalau tak nak keluar jugak kena lah menyerah diri untuk di induce ke apa ke.. sabor la ye... baby belum nak kuar lagi sedap sangat dok dalam perut tu kot... yang penting baby and maknye ok.. doa la banyak-banyak...
Amalan semasa hamil
Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an. Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:
a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah al-Ikhlas.
Terus terang mama kata sekarang ni terasa macam susah je nak cari kelapangan masa untuk mengamalkan amalan di atas.. terasa banyak masa digunakan untuk melayan anak-anak mama yang bila semakin besar demandnya semakin tinggi.. balik keje berehat kejap.. penatlah kononnya kan.. lepas solat maghrib sibuk melayan budak-budak makan.. lepas isyak sibuk nak siapkan pape yang patut untuk hari esok.. lepas tu melayan budak-budak main ke belajar ke.. pukul 10 dah nak tidurkan diorang.. selalunya bila tidurkan tu tertidur sekali la.. cuma lepas subuh pagi la yang mama cuba untuk peruntukkan masa sikit.. itupun kalau dah terbangun lambat tu memang tak sempat juga...
ataupun mungkin itu cuma alasan je kot.. bak kata orang, hendak seribu daya.. tak nak seribu dalih..
mama, anda mampu mengubahnya...

March 19, 2007
errr...
wah.. boring tahap gaban punye la hari nih.. tak produktif sungguh! orang keliling pun takde... tengok depan nampak pc.. tengok tepi nampak dinding, tengok belakang nampak dinding.. tengok 45 degree nampak bilik CIO.. mana semua orang? takkan bercuti lagi kot? bukan cuti sekolah dah habis ke?
semalam merajuk ngan ayah.. isk.. sedih.. sedih.... pasal nak betulkan dapur... merajuk senyap-senyap je la.. nasib baik malam tu ayah kata sorry.. sejuk sikit hati... :) eh perasan jugak ye ayah.. ingatkan tak perasan... :P.. tah semenjak dua menjak ni mama rasa macam sensitif sikit.. ada je bende nak terasa.. walaupun tak terluah dengan kata-kata.. simpan dalam je la.. insya allah dia baik sendiri...
Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.
Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:
- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah

March 16, 2007
Hutang kad kredit RM20b -- Rakyat bayar kadar minimum punca tunggakan meningkat tahun lalu
aaa tidak... beberapa percent daripada 20 billion tu adalah kami punya... isk.. isk.. isk... tapi memang kami tengah cuba sedaya upaya untuk clearkan semuanya.. insya allah dapat duit saham ni ayah boleh clearkan ayah punya.. pastu mama tunggu bonus la nak clearkan mama punya.. dengar-dengar bonus tahun ni agak tinggi jugak berbanding tahun sebelum-sebelum ni... hopefully betul la.. amiinn.... bila nak announce ni??? orang lain dapat bonus hujung tahun.. kami dapat bonus tengah tahun... lain dari yang lain pulak ye.. takpe.. yang penting dapat juga..
sebenarnya hidup kita ni memang penuh dengan hutang je.. hutang loan rumah, hutang loan kereta, hutang card credit, hutang dengan sedara mara.. jangan hutang ngan ah long sudah.. kalau dengan kak long ke bang long ke pak long ke takpe lagi... kadang tu mama rasa macam tak aci je bila tengok loan rumah.. kita pinjam 180k tapi kena bayar balik 450k dlm masa 30 tahun contohnya.. memang la dia amik kira value rumah tu akan naik setiap tahun, gitu, gini... pada mama kalau pinjam banyak tu kena bayar balik banyak tu la... tapi maybe sebab tak belajor finance kot so agak tak paham macamana boleh jadik macam tu... terasa bagusnya kalau boleh beli cash.. tapi berjanggutlah nak tunggu simpan sampai banyak tu kecualilah dapat menang peraduan pape yang bagi hadiah lumayan... tapi nak tunggu menang peraduan pape pun cemana nak menang.. borang amik tapi isinya tidak.. hehheh... (tunggu ayah punya Wish la.. heheh.. bile nak announce pemenang?)
yang penting nak manage hutang ni kena disiplin especially credit card... jangan la bayar miminum je.. sampai bila tak akan abis kalau every month guna banyak tu tapi bayornya ciput je... lama-lama makin banyak... bila dah banyak lagi rasa liat nak bayor... tapi sebenornya kalau takde credit card lagi bagus... bila ada tu mula la nak guna selalu... kepada sesapa yang takde lagi credit card, takyah la mandai-mandai nak try... belanja dengan apa yang kite ada... lebih berkat.. tapi kadang perlu juga kalau dah desperate-desparate tu kan... tapi kalau dah banyak-banyak sangat hutang pun hidup tak senang...
amalkan doa ini...
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dgn Mu dr kerungsingan dan dukacita,aku berlindung dgn Mu dr kelemahan dan kemalasan,aku berlindung dengan Mu dari perasaan penakut dan bakhil,dan aku berlindung dgn Mu dr belenggu hutang dan kekasaran orang.
March 15, 2007
imran yang meragam...
semalam dengan hari sebelumnya mama amik urgent leave sebab imran haziq tak sihat. malam isnin tu dah start suam-suam dah. demam urat kot sebab last sunday imran terjatuh kat tangga rumah aunty yatt... tangga sikit je 3 anak tangga.. so takde pemegang.. imran eksyen la kot turun tu tak pegang abih la tergolek.. kalau naik tangga kat rumah pun bukan nak panjat anak tangga tu satu-satu... tunjuk terrer la pegang railing tepi tu naik macam orang besar.. isk isk isk...
kesian pulak nak tinggal pergi keje sebab malam tu panas balik pastu meragam kan... lagipun tengah musim cuti sekolah ni budak2 balik awal dari tadika sebab ada ngaji je... kul 10.30 - 11.00 dah balik.. jadik kesian pulak takut bibik tak terhandle dalam keadaan imran yang tengah meragam.. lagipun kat opis bukan ada keje sangat pun time cuti sekolah nih.. ramai orang cuti.. opis pun lengang je... baik mama cuti jaga imran..
ingat lepas bibik urut tu ok la kurang sikit.. memang kurang pun tapi bila malam panas balik campur selsema lagi.. malam pun tak boleh tidur... menangis je.. tak tau nak apa... nak susu, bila bagi minum sikit pastu campak.. tokleh nak hisap gaknye sebab hidung tersumbat.. nak hisap jari pun tak boleh jugak... so dia rasa macam tak tentu arah kot tu yang tak boleh tidur tu.. lama-lama dah penat sangat gaknye baru la tidur... tu pun tengah malam bangun-bangun jugak nangis tapi nasib baik tepuk-tepuk tu nak tidur balik...
siang pun tak boleh salah sikit... mesti nak mengamuk.. bibik kata sekali dengan pembawaan budak.. dia jeles dengan yang kat dalam perut.. ye je... tapi memang lately ni imran macam manja sikit.. pastu banyak kerenah sikit la... cakap pun dah banyak.. agaknya dia ingat bila dia sebut satu bende tu orang sepatutnya paham la.. bila kita tak paham tu yang jadik mengamuk tu... cemana nak paham.. amik hujung perkataan je... pah, kak, pai, tuh.. mama dah biasa dengar tu paham la tapi kalau dia ada perkataan baru tu memang tak paham... satu je perkataan penuh yang imran pandai cakap.. ayah.. ayah... dengan irama tersendirinya...
tapi kadang tu pandai jugak susun ayat...
bik... kak... rak.. bok.. (sambil ketuk bilik bibik)
(bibik.. bukak.. berak.. cebok..)
bijak.. bijak..
lagi satu yang imran suka sebut.. a awoh... ( Ya Allah)....
sedap je dia sebut...
pagi tadi before mama pegi keje imran macam dah ok.. hopefully hari ni imran dah sihat betul la..

March 07, 2007
The 100th
Wah macam tajuk film pulak la.. actually this is my 100th entry in this blog... wah tak sangkanya.. banyak jugak ye... tah pape je la yang mama tulis selama ni... more towards my own satisfaction, to share my opinion, to luahkan perasaan, to share a bit of my life story... tapi hopefully ada la jugak kebaikan kepada orang yang membacanya...
kalau awal-awal dulu mama rajin buat homepage.. since kat IC lagi... tak masuk pun dlm subjek... siap surf internet nak belajar sendiri tu.. tu yang kadang dok kat comp lab sampai kul 11 malam tu.. almaklumlah masa tu rasanya memang baru nak glamer la personal-personal homepage ni... orang buat kite pun nak buat juga... first-first buat tu memang bodoh je la.. pakai template yang tripod bagi tu tinggal customize sikit2.. pastu lama-lama tu dah pandai la pulak baca html pastu masuk la javascript sikit.. senang je sebenornya sebab semua kat internet dah ada.. cuma kena paham concept je la... baru la dapat buat yang canggih sikit... the last one ada kat sini... http://eiza.tripod.com which was last updated rasanya tahun 2003 kot... hahha.. pastu dah malas dah... sekarang ni kire hidup segan mati tak mahu... tah navigation bar dia keluar lagi ke tidak gaknyer..
masa study dulu siap buat part time lagi dengan lecturer untuk manage website dia.. bukanlah personal website dia.. ada le bisnes dia... lumayan gak oo... pastu dia recommend plak kat kawan dia untuk buat kawan dia punye website... rasa mama ada le dapat dlm dekat 1000 pounds keja part time untuk website tu masa summer holiday yang mama tak balik tu... dengan duit tu la mama dapat beli PC masa 3rd year dulu... alhamdulillah... balik mesia pun dia suruh sambung lagi... dapat la buat sikit.. tu pun kena pegi CC tu sebab kat rumah kat kg takde internet masa tu... dapat la extra 200-300 pounds after balik mesia.. pastu dah kena gi kursus la apa la masuk telekom terpaksalah berenti jadik admin website dia... tapi sekarang ni kalau ada offer pun mana nak ada masa... keje-keje la.. pastu kalau balik rumah pun nak sambung keje lain memang tak kuasa la.. hari tu K lin nak mintak tolong buatkan website putri ledang dia pun tak terbuat2.. last-last k lin kena jugak upah orang luar.. err.. sorry k lin... lagipun mama sekarang ni dah agak ketinggalan la jugak.. tengok website2 sekarang lagi canggih2.. tak terkejar dengan teknologi...
start 2004 kot... dengar pasal blog-blog ni pulak... nak try gak... ok la.. tak payah nak maintain sangat macam website.. lagipun blog ni dynamic sikit... kalau website biasa tu macam static je... yang best senang nak update selalu.. ada orang guna untuk commercial.. jual tu, jual ni... ada yang guna untuk share knowledge, ada gak yang guna untuk tulis diary... tapi cuma masing-masing kena ingatlah bila nak menulis kat domain yang public ni nak kena tapis-tapis la sikit.. kalau mama, tak nak la tulis yang personal2 sangat... sebab sapa-sapa je boleh baca kan.. biarlah certain thing tu kita simpan sendiri... kalau yang kite tulis tu membawa kebaikan kepada orang lain.. alhamdulillah.. itu lagi bagus... takdelah syok sendiri kan... (hmm.. mama pun kadang syok sendiri gak.. hehhe..).. tapi semua tu bergantung kepada kite sendiri atas niat apa kita menulis...
itu saja la kesimpulan untuk hari ini... hmm.. lama gak dah tak update blog nih.. sekarang ni rate kire seminggu sekali la... takde idea la...

February 27, 2007
kisah nak bersalin
tetiba mama rasa nak share cerita pasal pengalaman nak bersalin sebelum ni... bukan apa, kelakar pulak tengok mek eli tadi cam kelam kabut je dalam telefon bila mama kata nek 11hb ni baru nak datang sini. due date mek eli 15/03.. takut tercepat la kan.. takut 11hb tu dah terlambat la... hari tu masa balik kampung, nek yang kata mek eli takdelah kritikal sangat.. kalau terawal pun mak mentua ada kat sini boleh tengokkan dulu... lagipun baru first baby bukan nak kena jaga anak yang lain pun...
teringat dulu masa mama nak deliver luqman.. terawal 9 hari.. nek memang la dah plan nak datang tapi memang tak sempat la... nak dijadikan cerita nenek ngan atuk cheras pun tengah takde gi balik kampung kedah.. alhamdulillah semua ok cuma ayah la kesian sikit sebab bab nak uruskan uri tu.. harapkan pak ngah la yang dah ada pengalaman sikit... dah la luqman lahir maghrib.. gitu gini tengah malam jugak la ayah selesai uruskan uri tu... dah la masa tu cuti hari merdeka.. kedai banyak tutup.. nak carik pape pun susah.. balik dari hospital, mak wa yang tolong pegang baby, nak ikat perut cemana, tolong masak lauk, etc, sikit2 la yang mana perlu ditolong.. almaklumlah first baby... itulah untungnya dok dekat ngan sedara... insya allah backup each other.. petang mama balik dari hospital tu barulah nek sampai... nasib baik mak ima pun tengah cuti boleh teman nek naik bas..
masa mama nak deliver twins, awal gak 2 minggu... nek kampung memang la tak sampai lagi.. tapi nasib baik nenek atuk cheras ada.. so luqman dok la kejap kat rumah nenek sini.. after mama selamat deliver, esoknya ayah pecut balik kampung ambik nek.. siap kena tahan polis lagi.. tapi bagi reason baru dapat anak kembar nak amik mak mentua gitu gini gitu gini .. dapat la lepas... nasib baik tak kena saman... seminggu lepas tu mak wa pulak bersalin kat hospital yang sama... pak lan tak ada masa tu memang keje kat sudan.. so memang mintak tolong ayah untuk hantar hospital dan sebagainya... tapi dengan nek sekali la... ayah gi hantar mak wa tu nurse pandang semacam je... mesti dalam hati dia orang ni baru minggu lepas dapat baby hari ni nak dapat baby lagi??? hahha.. mesti dia ingat ada dua bini ke.. kelakar jugak mama dengar cerita.. diorang extra ingat la sebab kan dapat twins.. tapi lepas tu mak wa explain la kat nurse kat situ yang ayah tu adik ipar dia... uri aneesa pun ayah tolong tanamkan.. kire jadi godfather aneesa la tu...
eh dah termasuk cerita lain pulak... ok sambung lagi...
cerita pasal nak deliver imran pulak.. nek kampung dah plan dah 2 minggu before due date nak datang dah sebab memandangkan historynya memang selalu awal.. rupa-rupanya tak sempat jugak... hehhe... awal 3 minggu... nak dijadikan cerita, nenek ngan atuk cheras pun tengah kat kedah... semua ingatkan awal lagi... jadi yang jadi mangsa masa tu mek eli la.. sebab mak wa pun masa tu dah ikut pak lan dok sudan... kesian gak kat mek eli sebab kena jaga 3 orang... imran lahir asar.. so mek eli tolong amik bebudak kat nursery pastu kena jaga sampai malam la jugak sebab ayah nak uruskan uri, etc.. mek eli siap kena basuh yak-yak lagi.. tiga-tiga orang plak tu... hehhehe.. kelakar pulak bila ingat balik... dah le masa tu bulan pose... takpelah mek eli.. mesti jadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan... kesian gak kat ayah masa tu.. penat la... nasib baik masa tu kebetulan tok atan pun nak datang kl so nek ikut je la.. tak perlu la ayah balik kg masa tu...
kalau nak ikutkan masa nak deliver ni, yang paling sibuk sebenarnya ayah la.. mama cuma kena tahan sakit kejap (err... lama gak) pastu relax je kat wad... ayah kena uruskan yang kat spital.. nak uruskan yang kat rumah lagi especially bila dah ramai2 ni kan.. pastu nak uruskan uri... memang kena ulang-alik je la.. orang jawa kata riwa riwi... (ke sana ke mari..). Tapi maybe next time ni tak sibuk sangat la kot sebab kat rumah ada bibik boleh tengokkan yang kat rumah... yang penting dari sekarang lagi kena doa banyak-banyak supaya dipermudahkan segala urusan masa nak bersalin nanti... insya allah...
pengalaman.....
February 22, 2007
Berapa anak yang cukup?
Biasanya tajuk berapa anak yang cukup ini hanya disembangkan secara bisik-bisik sahaja antara suami dan isteri...
Namun bisik-bisik ini masih boleh diperkatakan secara ilmu dan realitinya. Maka kita cuba utarakan untuk menjadi buah fikiran kita bersama.
Sekali lalu melihat tajuk ini, ia berkait rapat dengan persoalan merancang atau menghadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga. Adapun menghadkan jumlah anak kerana adanya ‘keperluan-keperluan’ tertentu di antara suami isteri, maka Islam melihat itu tidak mengapa. Ada keharusannya.
Perkara ini diserahkan kepada kebijaksanaan suami dan isteri. Yang penting keharusan ini tidak boleh diambil mudah yakni tidak dianjurkan kepada sembarangan pasangan yang akhirnya merebak menjadi budaya ikutan seluruh masyarakat Islam hingga ke tahap timbulnya anggapan bahawa amalan menghadkan bilangan anak itu sebagai satu kemestian pula. Dalam soal merancang bilangan anak, kita dapat melihat wujudnya pasangan yang sama ada:
1. merancang menambah atau membanyakkan anak (zuriat) ATAU
2. merancang menjarakkan kelahiran anak (zuriat) kerana maslahah tertentu dan ‘darurat’ yang tidak dapat dielakkan.
Yang nyata, hampir tidak ada pasangan yang telah dan akan berkahwin merancang untuk tidak mahu mempunyai anak. Sebab perasaan ingin memiliki anak adalah fitrah nurani kita. Atau ada yang merancang tidak mahu beranak awal atas sebab-sebab tertentu, tapi tetap inginkan kehadiran anak. Kalau ada juga yang memang langsung tidak mahu anak, bermakna suami isteri itu mesti ada masalah kejiwaan. Pendek kata, semua pasangan mahukan anak (cahaya mata) sendiri dan kalau tidak dapat melahirkan anak sendiri pun, mereka akan mendapatkan anak angkat.
Sebelum pergi lebih jauh, baik bagi golongan ibu bapa yang merancang menambah anak atau menjarakkan kelahiran anak, masing-masing pastinya sudah pun sepakat di dalam soal-soal dasar berikut:
a. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah.
Mereka sudah tidak ragu dan risau langsung pasal soal ini. Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa hal jua termasuk dalam soal rezeki. Yang tinggal bagi seorang ketua keluarga (bapa) ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Ertinya kalau ada suami isteri atau ibu bapa yang merancang mengurangkan anak kerana takut tiada jaminan rezeki anak-anak, maka pegangan dan kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Itu adalah satu pandangan yang jahil, sesat dan menyeleweng. Macam orang-orang kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan kerana takut sial atau takut ditimpa kemiskinan.
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan.
b. Anak adalah penyambung keturunan.
Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani)
c. Doa anak soleh itu tidak terputus.
Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah (amal) jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu. Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah sekitar bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Dan perancangan mereka itu bertujuan memelihara dan menjaga maslahah-maslahah tertentu.
Jadi, sudah tentu, setiap suami isteri dan ibu bapa yang mewakili dua golongan tadi mempunyai sebab dan hujah masing-masing. (Koleksi ANIS / Oleh: Amaluddin Mohd Nafiah)
---------------------------------------------
pengalaman mama, setiap kali tambah sorang, naik satu gred.. alhamdulillah rezeki anak...
tapi kepada yang belum dapat anak, harap dapat bersabar dan jangan penat berdoa... semoga satu hari nanti Allah makbulkan doa kita.. ameen...
February 12, 2007
demam-batuk-selsema-ubat-antibiotik
mama memang malas pun makan ubat.. tu yang tak baik-baik lagi ni batuk selsema dah seminggu lebih dah rasanya... jumaat lepas baru jumpa doktor.. doktor pun marah... "dah seminggu???" ala.. mama ingatkan batuk selsema biasa je.. rupanya ada demam sikit... pastu mama gi jumpa doktor pun sebab start hari jumaat tu rasa sakit kat bahagian pipi ngan gusi... isy.. sampai camtu sekali... doktor pun kata kalau biarkan boleh jadi resdung... weekend lepas pun hidung mama bengkak tokleh pegang sakit... dah macam badut la pulak.. nasib baik time cuti.. heheh...
pastu hari ni terlupa lak nak bawak ubat gi opis.. memang tak sihat lagi nih.. rasa macam nak berehat tidur je... tapi banyak pulak keje especially nak prepare for this afternoon punya BP2007 briefing session. balik lambat plak tu petang ni sebab briefing dijangka akan habis 5.45 ptg..itu kalau ikut jadual... kalau meleret-leret tu tak tau la... sekarang ni gigi pun rasa sakit jugak.. campur pening kepala lagi.. mama pun tak tau dah mana satu sakit sebab batuk selsema mana satu sakit sebab pembawaan... campur dua-dua tu yang makin tak larat tu...
doktor bagi mama antibiotik sampai 2 keping... isk.. bila la nak abis.. dah le bau dia sedap semacam.. kalau sendawa pun boleh bau lagi antibiotik tu.. uwek.. kenapa kite kena habiskan antibiotik yek??? sebenarnya dari dulu lagi mama ada kemusykilan pasal antibiotik...sebabnya pada mama kalau dah baik tu memang dah tak makan ubat la jawabnya.. ayah pun marah.. hehheh... kalau budak2 pun selalu tak abis antibiotik sebab mama dah tak bagi ubat bila dah baik.. hehheh... di sini ada jawapan tadi mama search sikit pasal kenapa kena habiskan antibiotik..
Pastikan anda menghabiskan semua antibiotik yang diberi. Selalunya anda akan diberi stok untuk 3 hingga 5 hari. Habiskan kesemuanya. Ini kerana tidak semua kuman itu mati setelah mengambilnya selama, contohnya 2 hari, walaupun tanda-tanda sakit anda telah hilang. Anda perlu menghabiskannya supaya semua kuman itu mati. Ini penting untuk mengelakkan daripada resistance (iaitu antibiotik tersebut tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, jadi pengambilannya tidak lagi dapat menghilangkan penyakit tersebut).
full article boleh baca di sini...
nampaknya mama kena jugak la habiskan antibiotik yang tak sedap tu...
February 07, 2007
tak tau..
hmm.. sibuk sangat ke sekarang nih? dah semakin jarang dapat menulis... tak tau la nak kata... sibuk tu sibuk jugak... tapi kan sebenarnya semenjak office ni direnovate so position pun dah berubah-ubah.. mama punya tempat ni membelakangkan orang yang lalu lalang.. so orang yang lalu lalang tu senang sangat la nampak pc screen mama.. hehhehe... agaknya sebab tu kot mama jarang tulis kat blog sekarang... har har har... kang tetiba tak perasan kena tangkap ngan bos kang.. heheh..
takde idea pun ye jugak.. tah le sejak dua menjak ni otak cam beku semacam... isk. isk... agaknya mama ni kurang bersenam kot.. err.. ada kaitan tak??
tangan ke atas
tangan ke samping
tangan ke depan
kita lipat tangan
tegakkan badan
luruskan kaki
ayunkan kan tangan
berulang kali
lompat ke atas
...............
menjaga badan
juga fikiran..
haa. inilah lagu favourite humaira... tapi mama pun tak hafal sangat la.. ntah apa ada serangkap lagi tengah-tengah tu mama tertinggal kot... tu la dia... kalau kite bersenam boleh la sihat badan dan fikiran... yelah.. time-time sekarang ni manalah mama nak bersenamnya.. tapi kengkadang tu teringin gak nak pi main netball ke.. main basketball ke.. main badminton ke.. pegi jogging ke.. yelah dah biasa aktif dolu-dolu... hehhehe... dulu la... tapi jogging tu mama tak berapa minat la.. suka lagi main-main... sebab seronok.. rasanya last sekali mama main netball masa MTP dulu kot... gila lama.. dah 6 tahun dah... bersukan, bersenam? isk.. memang dah lama la... hmmm.. patutla otak ni makin beku... tapi sebenarnya tiap2 hari bersenam jugak.. turun naik tangga tu...
haii.. tengok tu apa la merapu.. takde idea.. takde idea... korang takyah la baca entry ni ye... merapu je lebih nih... :)
January 29, 2007
yang hilang.. belum berganti..

handphone mama kena curik last friday.. kat surau plak tu... mama pun tak sangka pulak kat surau KLJ tu pun ada pencurik handphone.. nak dijadikan cerita ada sorang lagi staff kat situ yang kena jugak at the same time.. masa tu waktu asar memang tengah ramai la sebab baru masuk asar and solat jemaah sekali.. mama memang ingat handphone tak tertinggal kat mana-mana tempat lain sebab before start solat tu mama baru je silentkan.. agaknya masa tu la orang tu nampak kot mama pegang handphone pastu masukkan dlm bag.. so masa orang start solat dia pun buat operasi la kot.. yang sorang lagi hilang tu dia letak handphone dia dalam beg telekong...
anyway, mama pun mengaku yang mama memang la share a bit of the blame sebab tak hati-hati.. handbag tinggal je kat belakang.. cuma tutup dengan tudung je... yelah.. tak sangka kat surau TM pun ada orang nak ambil... kalau surau public cam kat shopping complex ke highway punye R&R ke memang mama selalu letak handbag kat tepi sejadah... lain kali memang tak boleh take for granted la bende-bende macam nih...
hmm.. bende dah nak jadi.. nak buat cemana... kena muhasabah la sikit... mana tau ada bende yang tak betul mama terbuat ke.. astaghfirullahal azim...
Subject: How to disable a STOLEN mobile phone?
To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phone: * # 0 6 #
A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe. When your phone gets stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it can't use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.
... too late now.. huhu...
-mamasherry-
January 22, 2007
sketsa sebuah kehidupan seorang mama
entah mengapa..
sejak akhir-akhir ini...
lidah kelu untuk berkata-kata..
otak beku untuk berfikir..
badan tidak bermaya..
makan pun tak selera..
tidur... err.. lena je...
mandi.. err.. basah je..
kenapa gaknye ye...
blog pun sepi je...
sebab takde idea...
penangan apakah yang telah melanda diriku ini???
adakah aku telah terkena buatan orang??
buatan suamiku sendiri???
aaaahhh tidaaaakkk...!
ceh dramatik macam drama swasta plak... hehheh...
alhamdulillah...
insya allah.. imran nak dapat adik lagi... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)