April 12, 2007

banyak sangat cuti??



Cuepacs minta kaji semula cuti umum

KUALA LUMPUR 11 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili lebih sejuta kakitangan hari ini meminta kerajaan mengkaji semula peruntukan cuti umum yang semakin banyak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan daya pengeluaran negara.

Presidennya, Omar Osman berkata, keadaan itu akan menjadi lebih kritikal ketika berlakunya pertindihan cuti kelepasan am, yang akan dibawa keesokan harinya.

Katanya, cuti tahunan yang diperuntukkan kepada kumpulan itu pun sudah mencukupi hingga ada yang terpaksa membawa cuti lebihan tahunan mereka ke tahun berikutnya.

“Sebagai contoh, 1 Mei ini berlaku pertindihan cuti Hari Wesak dan Hari Pekerja di seluruh negara lalu digantikan pada 2 Mei.

“Bagi saya, kalau tak ganti pun tidak mengapa sebab dah banyak sangat cuti, lagipun bukan selalu terjadinya pertindihan cuti seperti ini,” katanya di sini.

Setiap tahun, kakitangan awam mendapat cuti umum lebih 15 hari dan jika dicampur dengan cuti tahunan, ia menjangkau lebih 40 hari mengikut gred jawatan masing-masing.

Omar berkata, beliau khuatir produktiviti negara akan terjejas apabila terlalu banyak cuti diberikan kepada kakitangan awam.

Bahkan menurutnya, cuti yang banyak mampu mengganggu kesihatan mereka dan melemahkan ekonomi keluarga dan negara.

Kata beliau, Perdana Menteri sendiri pun sentiasa mengingatkan kakitangan awam agar produktif supaya Malaysia maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Cuepacs rasa tak payah fikir asyik nak cuti ganti sahaja kerana kita tidak mahu orang fikir yang negatif sahaja terhadap kakitangan awam,” tambahnya.

------------------------------------------------------------

wah.. mama memang tak setuju la...

Bahkan menurutnya, cuti yang banyak mampu mengganggu kesihatan mereka dan melemahkan ekonomi keluarga dan negara.

ye ker... cuti yang banyak boleh mengganggu kesihatan? tak pernah pulak mama dengar.. mama takdelah nak banyak sangat cuti sampai menjejaskan operasi syarikat.. tapi kalau setakat cuti ganti tu kire fair la.. sebabnya kalau tak jatuh pada hari yang sama still kita dapat cuti banyak tu juga.. so kire compensate la kan...

so ayah jadik ke outstation KK? orang lain nak cuti panjang, dia sorang nak keje pulak.. hehhehe...


No comments: