March 21, 2007

cerita pasal ni lagi...

ha ha.. sorrylah lately ni asyik cerita pasal pregnant la.. bersalin la... hehehe... tengah mood macam tu.. nak buat cemana... alkisah mek eli tak bersalin-bersalin lagi.. dah lewat 5 hari dah ni tapi relax lagi.. isk isk... mesti dah tak sabor... mama pun tak sabor gak... saban waktu asyik tengok henpon kot kot ada msg from mek eli kata dah sakit ke dah bersalin ke... ye le.. malas pulak nak tanya tiap-tiap hari kot makin tensen pulak dia... mek eli kata baru check doktor hari isnin lepas kata suruh tunggu sampai lepas 9 hari kalau tak nak keluar jugak kena lah menyerah diri untuk di induce ke apa ke.. sabor la ye... baby belum nak kuar lagi sedap sangat dok dalam perut tu kot... yang penting baby and maknye ok.. doa la banyak-banyak...

Amalan semasa hamil

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an. Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah al-Ikhlas.


Terus terang mama kata sekarang ni terasa macam susah je nak cari kelapangan masa untuk mengamalkan amalan di atas.. terasa banyak masa digunakan untuk melayan anak-anak mama yang bila semakin besar demandnya semakin tinggi.. balik keje berehat kejap.. penatlah kononnya kan.. lepas solat maghrib sibuk melayan budak-budak makan.. lepas isyak sibuk nak siapkan pape yang patut untuk hari esok.. lepas tu melayan budak-budak main ke belajar ke.. pukul 10 dah nak tidurkan diorang.. selalunya bila tidurkan tu tertidur sekali la.. cuma lepas subuh pagi la yang mama cuba untuk peruntukkan masa sikit.. itupun kalau dah terbangun lambat tu memang tak sempat juga...

ataupun mungkin itu cuma alasan je kot.. bak kata orang, hendak seribu daya.. tak nak seribu dalih..

mama, anda mampu mengubahnya...


No comments: