September 05, 2011

Raya 2011

Habis sudah cuti seminggu. Memang liat nak mula kerja semula pagi-pagi Isnin ini. Lebih-lebih lagi office masih kosong. Ramai yang masih menyambung cuti tak tahu sampai bila. Mungkin esok mula penuh kot office ni. Yang hari ni mula datang office pun tak semestinya mula bekerja. Mood raya masih menebal. Lagipun nak mula email beremail pun sure tak berrespond punya sebab orang lain pun sama ada masih cuti atau pun masih mood raya (macam saya) hehhehe...

Kami tahun ni beraya di Batu Pahat. Meriah juga, walaupun ramai yang kena giliran belah mak mentua tapi sebab ada family abg azim dan family k lin, jadi meriah la juga. Tambah lagi dengan rumah baru.. wah... cantik cantik cantik.. Yang specialnya ialah ada kolam untuk budak2 berkubang. Isk.. penat juga nak memantau budak-budak nih. Asyik nak terjun kolam aje. Namun alhamdulillah setelah 4 bulan buat rumah dengan pelbagai halangan dan dugaan, akhirnya siap juga rumah mak ni.

Menu hari raya seperti biasa lontong, rendang, lodeh, ayam masak kicap, sambal kacang. Tambah lagi bakso. Dah jadi trademark kat sini untuk hari raya pertama ada bakso. Tahun ni ada dodol.. Huhuhu rindu dodol bak. Memang itu dah jadi warisan sejak dulu kala. Orang datang rumah mesti tanya dodol. Tengok keadaan, kalau ada kudrat kami buat, kalau takde kudrat kami tak buat. Macam tahun ni alhamdulillah abg azim balik kampung awal so boleh lah buat. Kalau harap abg alim sorang yang buat memang tak terbuat le...

Seminggu beraya di kampung.. puas ke tak puas? hehheh... 










August 26, 2011

Selamat Menyambut Syawal..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.
Ampun maaf dipinta atas segala kekhilafan...


July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Cepat betul masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai ke Ramadhan berikutnya... Selalu bila Ramadhan nak berakhir kita akan berdoa supaya Allah panjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan seterusnya.. Alhamdulillah sampai juga kita di sini (tapi sebenarnya ada 2 hari lagi macam-macam boleh berlaku).. Semoga Allah sampaikan kita ke Ramadhan kali ini..

Insya allah weekend ini akan balik kampung.. (rasa macam dah lama pulak tak balik). Nak tengok rumah baru lalala.. Nak tolong kemas-kemas la mana yang patut. Mak pun nak buat kenduri sikit.. kecil-kecilan.. anak beranak je dengan jiran sebelah... sempena nak sambut puasa dan juga sempena rumah baru.. Alhamdulillah siap juga rumah tu. Dalam masa nak buat rumah tu memang macam-macam juga lah dugaan dan cabarannya.. yang tak cukup, yang terkasar bahasa, yang terguris hati, yang memendam rasa, dan bermacam-macam yang lagilah... diharap ianya akan memperkukuhkan lagi ikatan sesama kami adik-beradik. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Apa persiapan puasa? Gembirakan kita dengan kedatangan bulan ramadhan.. Rasanya kita pun dah diingatkan banyak kali.. bulan ramadhan ialah bulan SALE.. jadi kita mesti bersiap sedia untuk merebut peluang mendapatkan ganjaran yang terbanyak... Jangan salah paham SALE bukan kat jusco je ye (walaupun itu pun memang sale juga heheh) Tapi yang dimaksudkan di sini ialah SALE yang Allah sediakan.. buat sikit, pahalanya dilipatgandakan.. yang tak ada dalam bulan lain... marilah kita sama-sama rebut peluang yang datang nya setahun sekali ini...

Dah abis shopping raya ke belum? kalau belum, pi lah shopping sakan weekends ni. jadi nanti masa bulan puasa kita dah tak perlu pikir pasal shopping raya dah (boleh ka??)...

Anak-anak? Insya allah Luqman, Humaira Maisara takde masalah lah sebelum-sebelum ni pun dah boleh puasa penuh.. So tahun ni cabaran untuk Imran lah... Alamak jadual puasa kita mama tak buat lagi lah.. tak sempat..

Ikutkan tak sempat, sekarang ni memang tengah sibuk dengan project. Dan nampaknya bulan ramadhan nanti pun akan tetap sibuk juga. Project kick off pun dalam bulan pose.. apa ke hei nyerr... hehhehe... tapi sebab nak kejar RFS date punya pasal... takpe minta vendor qadha' buat jamuan raya la nanti... So bulan pose kali ni nampaknya tetap kena bekerja dengan penuh berdedikasi (selalunya relax-relax je meeting pun tak banyak)

Ramadhan ialah bulan latihan. Mari kita set apa yang kita nak start latih diri kita?

contoh
- bangun malam solat tahajud
- baca al-quran setiap hari
- solat dhuha setiap hari
- latih anak-anak cukupkan solat 5 waktu
- banyak bersedekah
- solat qabliah & ba'diah untuk setiap waktu solat
- solat berjemaah

boleh pilih mana berkenan atau select all. cuba niatkan ini adalah permulaan/latihan. Minta allah bantu kita untuk terus istiqamah sehingga selepas bulan ramadhan. memang bukan mudah. Saya pun pernah gagal. Mari sama-sama kita berazam.

Salam Ramadhan....

July 07, 2011

Percutian di Impiana Cherating

Dah lama dah nak cerita tentang cuti-cuti malaysia yang lepas tapi tak terbuat-buat. Busy sangat la gamaknye....

-----------------------------

Musim cuti sekolah yang lepas, kami telah berpeluang untuk bercuti ke Cherating. Sebelum tu balik kampung dulu. Dari Batu Pahat terus ke Pahang melalui Yong Peng, Chaah, Labis, Segamat, Pekan, Muadzam, Gambang, Kuantan dan akhirnya sampailah ke Cherating. Agak 4-5 jam jugaklah.

Kami duduk di Impiana Cherating Resort. Kedudukannya betul-betul di tepi pantai. Yang syoknya boleh mandi kat pantai dan mandi kat kolam. Boring main kat pantai, terjun kolam. Boring mandi kat kolam, main air kat pantai pulak.

Nak dijadikan cerita, masa nilah jugak camera nak buat hal. Camera memang la biasa-biasa je takdelah DSLR gitu.. Aduhai.. terpaksalah snap gambar guna phone je... huhuhu..

Malas nak karang panjang-panjang.. Enjoy the pics!

 Raihana buat istana pasir. Tak bawak perkakas so istana dah jadi macam town plan pulak..

 Walaupun cuma guna phone camera, tapi gambar yang terhasil amat memberangsangkan juga.. cewah..







 sunrise at pantai cherating


 view from our chalet
Warung Aziz Satar.. terkenal di Kuala Kemaman..

June 29, 2011

UMi bersiaran lagi.. FIQH PUASA

Pejam celik pejam celik... sebulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.
Apa persediaan kita? Kalau ikutkan sebenarnya dari sekarang kita dah kena warm up dah ni.. Puasa sunatnya.. bertadarusnya... bersedekahnya... bersihkan hatinya... (mama sendiri tak warm up lagi huhuhu...)

Tajuk UMi kali ini sangat bertepatan dengan masanya... Mari kita sama-sama ambil peluang untuk mengulangkaji Fiqh Puasa...

June 28, 2011

June 17, 2011

OCIEN yang tak bertepi

Serba salah sebenarnya.
Terkejar-kejar dengan project. Almaklumlah first time buat projek. Agak terkontang kanting sebab bos sangat sibuk dengan project yang lebih BESAR.

Dan semenjak dua menjak ni, anak-anak macam terlebih lovey dovey.. nak cium mama, nak peluk mama, nak tidur dengan mama..

Adakah mereka terasa kehilangan mama sejak akhir-akhir ni? Mama asyik balik lambat. Malam pun kadang-kadang mama sambung buat kerja lagi kat rumah..

Stress jangan cakap. Rasanya kalau tak kuat semangat memang boleh migrain di buatnya. Orang system pun ada yang dah MC sebab migrain. stress nak siapkan BRS dan RFQ ni. Memang dalam keadaan sekarang ni mama betul-betul minta tolong kepada Allah supaya tenangkan fikiran, sihatkan tubuh badan, permudahkan urusan dan lancarkan perjalanan projek. Terasa permintaan itu terjawab bila meeting infra tadi system people kata we all untung kali ni sebab semua orang infra boleh tolong dan boleh bagi free.. server, storage, database, license dan segala macam lagi... diorang kata selalunya bukan senang diorang nak bagi. Yang HSBB punya pun macam tak banyak soal pun nak bagi padahal kitorang mintak 9 virtual server tu. Allah Maha Menolong... Thank you Allah...

Perjalanan masih jauh.. Mama minta maaf ye anak-anak dan kepada suami juga kalau ada kekurangan perhatian sejak akhir-akhir ni..

OCIEN memang telah mengharukan hidupku...
Semoga Allah permudahkan segalanya...

May 31, 2011

Peperiksaan

Anak-anak baru sahaja selesai peperiksaan pertengahan tahun. Tidak ketinggalan juga Imran. Pertama kali imran menduduki peperiksaan. Setiap hari balik rumah kata Imran nombor 1.

" Imran matematik nombor 1."
" Imran bahasa melayu nombor 1"

Awok tahu ke no 1 tu apa nyer? Biasalah dia dengar kakak abang dia sembang-sembang nombor dalam kelas.

Semalam tanya Muallimah Rabunah tentang peperiksaan PASTI. Dia kata ok je. Cuma yang 5 tahun macam tak reti sangat. Yelah rasanya masing-masing first time nak tahu apa itu peperiksaan. Insya Allah semua oklah tu..

Luqman Humaira Maisara.. peperiksaan kali ini overall ok lah nampaknya markah-markah tu. Tapi ada juga yang menurun contohnya Humaira subjek Jawi dapat 60 lebih. Dia kata tak sempat habiskan. Hmmm.. tak tau kenapa. Sebelum ni ok je. Maisara pulak Pendidikan Seni tak buat sebab masa tu dia sakit perut. So cikgu dah cakap kat dia siang-siang dah dia akan dapat D warna merah. Sedih pulak mendengarnya tapi takpelah nasib baik subjek seni je. Dan sekarang ni nampak Maisara macam sedih sikit sebab belum ada subjek dia dapat 100. Kedudukan dalam kelas tak tau lagi. Lepas cuti la nampaknya.

Memang periksa kali ni banyak bergantung kepada usaha mereka sendiri. Kalau sebelum ini memang mama sendiri pastikan mereka belajar dan bukan setakat pastikan sahaja tapi belajar sekali bersama mereka. Tapi kali ni memang tak dapat nak belajar bersama-sama sangat sebab mama sendiri tengah sibuk dengan project baru. Tak pernah-pernah bawa kerja balik rumah tapi masa tu terpaksa juga buat kat rumah. Jadi memang tak dapat tengok sangat apa yang mereka study. Mungkin ianya satu pengalaman yang bagus juga untuk mereka untuk belajar berdikari. Apa-apa pun yang penting semua dah berusaha. Selebihnya berserah lah kepada Allah.

Cuti sekolah dah mula! Seronoknya... tak perlu gosok baju yang bertimbun-timbun. Jalan pun tak jem sangat... Ke mana kita cuti sekolah ni?

Tunggu.......

May 20, 2011

Bila dengar radio

Dua tiga hari ni bila bawa kereta sendiri agak boring mendengar radio. Bila buka CD pun macam dah boring dah asyik ulang cd yang sama je. balik-balik sami yusuf, maher zain dan yang terbaru mesut kurtis tapi imran dah ambik dah cd mesut kurtis ni suka sangat dia dengan lagu every nite and every day tu (errr... tak tau tajuk dia apa hehheheh).

Bila buka radio pun boring juga.. hotfm banyak iklan, sinarfm boring dengan saleh yaakob ngan kak engku, khairil ok lagi, suria fm boring dengan semua dj, ikim fm tengah belajar bahasa arab pulak.. ikim fm kalau time balik keje selalu tengan slot tajaan, boring nya dengar pasal product. bila tukar ke band 3, jumpa salam fm. ok gak layan.. tapi sampai pukul 8 je. lepas tu dah jadi asyik fm. ok gak sebenarnya sebab ada kuliah. tapi bila dengar betul-betul macam tak paham pulak. diorang ni cakap apa agaknya ye? sabah ke serawak tah...

Kemudian terjumpa selangor fm pulak. hmmm.. not bad.. walaupun deejaynya, En Zainal banyak bercakap je, tapi berisi dan tak mengarut. pastu tak ada atau tak banyak iklan. sesekali ada lagu .. lagu baru, lagu lama, lagu hindustan pun ada.. eh.. mama dah suka la channel ni. Bila buka topic untuk pendengar pun topik yang bermanfaat. semalam topic hormat. pagi ni topik bergurau. dia kata bergurau biar berpada, menyakiti orang jangan sekali-kali.. Topik-topik macam ni yang memberi manfaat. Dan pagi ni baru tahu tagline diorang" Menghiburkan tapi tidak melalaikan.."

Eh sukalah... oh frequency nye? 100.9 Hz..

May 17, 2011

UMi datang lagi...

Selalunya program UMi (Untuk Mu Wanita) diadakan pada minggu keempat setiap bulan. Tapi pada bulan ini memandangkan minggu keempat bulan May sudah mula cuti sekolah, maka program ini diawalkan ke minggu ketiga untuk memberi peluang kepada kita semua untuk menghadiri UMi bulan ini. Maklumlah bila cuti sekolah ramai antara kita yang akan berterbangan ke sana sini. Tajuk kali ini amat 'mengancam' gitu dan akan dibawakan oleh panel yang terkenal (Ustaz Ahmad Husni ialah antara panel Tanyalah Ustaz).

Jadi jangan lepaskan peluang ini.. Jom turun ramai-ramai.. Orang bukan Tmn Sutera pun dialu-alukan...

May 09, 2011

A week full of celebration

Seperti entry sebelum ini, minggu lepas kami telah sambut early besday dah kat kampung... Jamuan kek dan sate simpang lima.

Minggu ini, celebrate lagi. Bermula dengan birthday dearest hubby.

Happy Birthday to Him

Sebenarnya tak ada plan apa-apa sangat, kad pun homemade (ingat nak gi cari kat midvaley hari jumaat lepas tapi penuh sangat tak boleh nak masuk parking pun.) Hadiah apa tahun ni? Masih on the way tak sampai lagi. Itu pun suami sendiri yang order hehheheh... insya allah 2 minggu lagi sampai lah..

Anak-anak pun dah pandai buat kad dan bagi hadiah.. Yang bestnya bila diorang buat kad sendiri dan tulis macam-macam dalam tu. Geli hati ada, terharu pun ada...

Hari Sabtu mak cheras ajak makan nasi lemak. Kami bawalah sekali kek, sekali dengan mother's day.. Hajat di hati nak order kek red velvet k hani , tapi kebetulan k hani tak sihat pula. So just settled with Choc Strawberry from Secret Recipe.



Malam tu celebrate kat Papa John Pizza pulak. Pizza nya memang marvellous. Mama suke...  semua suka especially imran siap esoknya nak pegi lagi sini... Pizza sauce nya rasa macam guna fresh tomatoes. Papa John's Pizza boleh dijumpai di Jusco Mahkota Cheras. Tempat lain ada kat Jusco Klang. Selain tu mungkin kat IOI Mall ada, boleh search.





Happy Birthday to Me

An orange rose to start the day.. and lovely cards from hubby and kids with beautiful words... double celebration both birthday and mother's day. So sorang bagi 2 cards.


Satu yang menyentuh perasaan ialah kad dari Luqman,

"Mama lah yang memujukku ketika aku merajuk..." huhuhu sedih pulak sebab malam sebelumnya baru je lepas dia merajuk kena marah dan mama yang pujuk. Memang diakui sebagai anak sulung luqman selalu ditekankan dengan tanggungjawab. Mungkin adakalanya kami terlupa bahawa luqman itu sebenarnya masih kecil dan masih perlukan belaian manja seperti adik-adiknya yang lain...

Satu lagi kad dari Maisara:

"I love you because you are a beautiful girl!" wahh.... hahaha...

"Ayah ialah ayah yang terbaik dan paling kacak dalam dunia" hehhe... errr.. yang ni kad untuk ayah dari Maisara.

" Mama dan ayah selalu marah tapi saya tahu mama dan ayah marah sebab sayangkan saya" tulis humaira. (alamak, mama dan ayah selalu marah ke??)

Hmm... where did they get all those words yek..

Raihana pun dah pandai tulis sekarang.. tulis nama dialah.. Imran tulis Selamat Hari Jadik..

Oh our kids... dah besar-besar rupanya mereka..

Tengahari tu, mama ingat nak masak special sikit, sikit je.. Ikan kerapu masak merah, sotong goreng tepung dan tomyam.. macam makan kat restoran masakan thai hehheh.. Baru nak masak nasi, tiba-tiba ayah cakap,

" Mama nak masak ke? hari ni kan hari ibu, tak payah masaklah.."
"Oh ye ke?" sebab mama pikir macam asyik makan luar je, dah lama tak masak kat rumah..

Mama ok je, boleh rehat-rehat.. hehheh...

Kalau malam tadi makan western, hari ni makan masakan jowo pulak. Ke mana kita? Wong Solo di Bangi. Makan ayam penyet. Ambil set untuk 3 orang, makan 7 orang ngam-ngam soi.. Ayam penyet wong solo ini memang kesukaan mama. Tak jumpa lagi ayam penyet yang best macam kat sini (macamlah dah rasa ayam penyet kat banyak tempat hehehh). Oklah budak-budak pun suka.. Yang bestnya air buah-buah dia memang unik - Jus avocado, Jus gembira, Jus jeruk, Jus semangka, Jus poligami pun ada!! sapa ambik tu mesti kena jeling dengan isteri hehheh.. nasib baik ayah ambik jus avocado heheheh...


And the celebration ends with a slice of red velvet cake from Little White Cafe, just a few shops away from Wong Solo. Rasanya hampir sesedap red velvet k hani, so terubat jugalah keinginan tu.. hehhehe.


Selamat Hari Ibu

Tak lupa juga ucapan Selamat Hari Ibu buat bonda di kampung. Semoga sentiasa sihat dan sejahtera di bawah limpahan rahmat Allah SWT.


Wah memang syok sambut birthday bila lepas-lepas keluar bon** nih.. hheheh.. Anyway, so much to celebrate..  so what is there to celebrate? It was actually nothing less than a step closer to our finishing line..

May Allah bless us all.

May 05, 2011

Ceritalah lagi...

Alhamdulillah selesai sudah urusan ITPRC untuk project OCIEN itu. Namun sebenarnya boleh menarik nafas lega sekejap sahaja sebab selepas ini kena buat business requirement, RFQ, evaluation process, then nak manage project... huhu... lebih mencabar lagi tu. Lagipun tak pernah buat so banyak juga lah terkial-kial. Nasib baik bos pun baik banyak bagi tunjuk ajar. So sepatutnya hari ni dah kena start buat business requirement tapi punya lah tak datang mood.. huhu...

Ni tengah nak cari mood lah ni.... so kita citer lain dulu la.. cer citer.. cer citer...

 Wah, rasa awal lagi dah dapat besday cake ke? dok aih... ini baru pre-besday hehhe.. Ini disebabkan terliur dengan promo oleh http://ninazcakes.blogspot.com/ la ni.. Dalam satu box ada macam-macam... Choc cake, Red velvet, carrot cheese and marble cheese... Apa lagi sambar la satu minibox nih..
 Hmmm... susah betul nak suruh ambil gambar betul-betul.. suka buat muka..

Cerita pasal Pesta Buku.. Tahun ni tak sempat nak bawak anak-anak berpesta buku. Sebab weekends semua full. First weekend sibuk dengan bowling dan bolasepak PASTI. Weekend lepas tu pulak balik kampung. Jadi kami terpaksa lah pergi pesta buku time weekdays tanpa anak-anak... Hasilnya adalah seperti di atas. Ya.. walaupun anak-anak tak ikut tapi buku diorang lah yang banyak. Mak bapak punya yang last line tu je.. Itu pun satu tu nak bagi hadiah kahwin kat orang. Satu lagi pulak ayah dapat hadiah sebab jawab soalan sapa tah tengah bagi talk masa kat gerai PTS. Sebenarnya memang azam tak nak beli banyak sebab tahun lepas punya banyak tak khatam lagi.. hehhheheh...

Budak-budak pun dah start pandai baca buku cerita novel-novel pendek.. Maknya yang seronok nak beli... Tapi banyak kisah pengembaraan lah.. Pengembaraan Akif, Dunia Sains Aiman, Kia dan Mia, ada komik Misi 8A (yang ni mama pun dah khatam baca.. best), Misi 10A... Untuk Imran dan Raihana pula banyak siri Ana Muslim - cerita-cerita ringkas. Tidak lupa juga buku latihan subjek2 BM, BI, Sains, Maths...

Last weekend kami balik kampung. Menjenguk rumah yang tengah renovate. Hari Ahad ke Melaka ke kenduri kawan ayah di MITC. Selepas tu kami singgah di Taman Buaya. Enjoy the pics below...
 Ayah posing cekci pulak... opss...
 Nak jugak enterprem..
 cantiknya burung-burung ni...

Mana gambar buaya? Kata pergi taman buaya? hehhehe... inilah nak ceritanya...

Raihana: Mama, kenapa buaya tak gerak?
Imran: Mama, buaya tu memang berlakon jadi patung ye?

Heheh... bosannya tengok buaya... hidup tapi tak bergerak. Tak ada action langsung (tengok show pulak dah last part itu pun buaya ternganga je tak bergerak). Memang macam tu ke? Ada orang kata sebab pergi time lepas makan semua buaya tengah tidur kekenyangan. Oleh itu tiadalah saya mengambil gambar mereka kerana tak ada apa yang menarik.. hehhehe...

Petang tu balik ke Batu Pahat balik sambut pre-besday (lagi??).. Kali ni biasalah 3 dalam satu tambah satu. Besday mama, ayah and mak ima. dan tambah satu lagi mothers day. Punyelah susah nak cari kek semua dah habis orang tempah. Kalau tau susah macam ni baik buat sendiri.. hehheh..


 Sate simpang lima, the best in the world!
 Malam itu kami tidur macam pelarian ada, macam mangsa banjir pun kat pusat pemindahan banjir pun ada.. hehhe.. Malam sebelum tu pak alim gi Melaka so lapang lagi. Tapi malam ni Pak Alim dah balik, Pak Zan pun baru sampai. Asalnya plan ada yang kena dok kat 'homestay' kat darat. Dah book dah pun. Tapi akhirnya semua tak nak gi sana, lecehlah... Tapi takpe, bila disusun-susun muat jugalah 3 keluarga ++ kat ruang yang limited ini...
 Ini hidangan big breakfast pagi ahad sebelum balik ke KL... Isk... teringat-ingat karipap dan kerang dan asam pedas (pak zan baru balik mancing bawak ikan dukang fresh!)

 Dan beginilah rupa rumah kampungku tengah renovate. Hopefully semua berjalan lancar dan tak banyak masalah. Insya allah akan siap dalam bulan June. So tahun ni kita raya rumah baru lah ye... Yeaaa....

Sekian untuk kali ini.

Osama vs Obama

Betul ke telah ditembak mati?
Betul ke yang telah ditembak mati itu Osama Laden?
Betul ke beliau mastermind 9-11?
Setahu saya beliau tidak pernah disabitkan kesalahan tersebut di mana-mana mahkamah...
Tapi sejak berita kematiannya tiba-tiba semua pihak bagaikan telah memutuskan begitu..
Termasuk media di Malaysia..

The Sun - AlQaeda mastermind Osama bin Laden, the icon of terrorism, is dead.
HotFM - Osama bin Laden, perancang serang 9-11 telah mati ditembak.
The Star - Al Qaeda leader Osama bin Laden was killed in a firefight with U.S. forces in Pakistan on Sunday, ending a nearly 10-year worldwide hunt for the mastermind of the Sept. 11 attacks.



Ada pula yang mengatakan bahawa pembunuhan Osama ini hanyalah satu konspirasi. Dikatakan Osama bin Laden sebenarnya sudah lama meninggal dunia tapi karektor itu dicipta untuk membolehkan serangan Amerika ke atas Afghanistan satu ketika dulu selepas tragedi 9-11.

Dan bermacam-macam persoalan itu akan tetap berlegar-legar di minda...
Ada aku kisah?
Perlu aku kisah?

Kepada Allah kita berserah. Allah yang Maha Mengetahui. Semoga Allah lindungi kita dari segala kejahatan di dunia...

April 26, 2011

Sukan PASTI Kawasan Serdang 2010

Kali ni laporan tidak bergambar sebab mama tak dapat pergi sebab Raihana demam. Tunggu laporan bergambar yang official tak keluar lagi. (Professional cameraman ada tak hari tu?)

Hari Ahad yang lepas berlangsunglah Sukan PASTI Kawasan Serdang di Kompleks Sukan PKNS, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. PASTI Sutera telah menghantar pasukan bolasepak. Sebenarnya ada 2 acara sukan yang dipertandingkan iaitu bolasepak dan bola jaring. Tapi PASTI Sutera untuk tahun ini tidak dapat menghantar pasukan bola jaring kerana tak cukup quorum. (6 tahun hanya ada sorang perempuan, yang ramai 4 tahun, rasa macam kecil sangat lagi nak train main netball yang banyak sangat rules itu)

Salah seorang pemain bolasepaknya ialah Imran. Sejak dua minggu lepas dah start training setiap hari Sabtu. Bersemangat! Mak bapak pun semangat! Yelah ini first time la anak-anak nak main bola betul-betul. Comel je. Hari Jumaat lepas, Imran demam. Alamak, hari ahad dah nak tournament, sempat ke baik? Alhamdulillah hari petang sabtu tu dah boleh main bowling dah (sempat lagi tu..).

Hari perlawanan, hmmm... tak dapat nak cerita sangatlah sebab tuan punya badan ni tak ada di tempat kejadian. Tapi katanya first game dapat pasukan Pasti Sutera dapat sumbat 3 gol!!! hebat!! Tapi yang tak hebatnya ialah 3 gol tu gol sendiri.. huhuhu... hehe.. lawak pun ada bila mendengar live telecast dari encik suami. Masa tu kat klinik tengah bawak raihana gi jumpa doktor. Kesudahannya 4 game - 2 seri, 2 kalah... Oklah.. not bad for a first timer. Imran mula-mula dicanangkan sebagai striker namun bertindak lebih cemerlang sebagai defender.. Imran kata semua orang berebut bola, dia malas nak berebut, dia tengok je. Hmm.. kalau macam tu memang tak dapat bola memang la tak boleh nak score goal.

Anyway, syabas to team bolasepak PASTI Sutera! Berbekalkan training sebanyak 3 kali sahaja, sebenarnya sangat mengagumkan bila mereka boleh bekerjasama dalam satu team. Inilah sebenarnya yang mahu diterapkan dalam diri anak-anak kecil kita. Sejak kecil lagi perlu dididik dengan semangat berjemaah/bekerjasama/teamwork. Sebenarnya mama pun baru sedar tentang ini. Masa mula-mula tahu pasal acara sukan bolasepak ini, dalam hati tertanya kenapalah tak buat sukaneka ke kan senang sikit budak-budak nak main. Rupa-rupanya ada rahsia di sebalik semua ini. Syabas PASTI!

Ok sukan dah habis. Imran dapat hadiah tabung - semua orang dapat. Insya allah tahun depan raihana pulak boleh main bola jaring. cewah! sure cute kan? hehehe..



gambar semasa latihan (ambil dari facebook Pasti Sutera)

April 17, 2011

My new job

Apa dia? mama dah tukar kerja? Jangan panik (hheheh... tak pasal-pasal pulak kata orang panik.. takde kena mengena pun)... Sebenarnya Group IT restructure secara besar-besaran. Disebabkan ITSD telah dibubarkan maka tercampaklah kami ke mana-mana je yang diorang nak campak.. Secebis masuk group ni, secebis lagi masuk group nun...

Mama gi mana? Mama telah tercampak ke group Network Application Services. Ini adalah satu pengalaman baru! Jadi solution management pulak tu.. Berdebar? Excited? Suspen? semua ada.. Nampak banyak sistem kena manage.. ada lah dalam 10-15 gitu... nasib baik ada anak buah 4 orang... Ini pun satu pengalaman baru juga... sebelum ni jaga anak buah sorang je..  Next Tuesday boss baru (boss lama juga sebenornya) dah panggil first unit meeting...

Hmm... Suspen.... 

April 13, 2011

Mari Kita Tunaikan Solat

Mama tengah basuh pinggan...

Mama: Imran tak solat isyak lagi, pergi solat.
Imran: Nak solat dengan mama..
Mama: Mama dah solat la...
Imran: Kenapa tak ajak kita?
Mama: Abis tadi Imran tengah tengok citer tarzan tu..
Imran: Ala ajak je la...
Mama: (rasa bersalah..huhu) Yelah, lain kali mama ajak.. Tu abang Luqman tengah nak solat tu, ikut abang..
Mama teruskan basuh pinggan...

Seketika kemudian..
Mama: Imran, apa lagi main kejar-kejar tu? Bila nak solat ni..
Imran: Yelah.. yelah.. kejap la...
Mama: Kejap.. kejap... nak tunggu pukul berapa nak solat?

Senyap..

Selesai basuh pinggan.. Bila jenguk dalam bilik rupanya Imran tengah solat jemaah dengan raihana.. tak dengar pulak raihana sibuk-sibuk tadi..

Latihan solat

Nabi SAW sarankan untuk melatih anak solat sejak usia 7 tahun. Dan kalau dah sampai umur 10 tahun tak solat lagi boleh rotan. Memanglah melentur buluh biar dari rebungnya. Mungkin ramai yang dah baca Nota Wardina Saffiya macamana beliau latih anak beliau solat 5 waktu. Kami juga nak share usaha kami dalam melatih anak-anak solat 5 waktu..

1. Seawal 2-4 tahun perlu diberi pendedahan tentang solat. Caranya? Jika kita nak solat, jangan sembunyi dalam bilik. Kononnya tak nak anak kecil kita kacau kita solat. Kita pun solat dalam bilik tutup pintu tak bagi anak masuk. Sebenarnya, biar anak kita nampak kita solat. Untuk mulakan solat, letakkan dia di sebelah kita. Anak-anak kecil ini memang suka ikut gaya orang, tentunya dia kan ikut pergerakan kita. Memanglah dia tak akan ikut sampai habis, selebihnya dia akan kacau kita - duduk depan kitalah, naik belakang kita la, main celup ba dalam telekung kitalah. Bagi kami ianya tidak menjadi gangguan. Mungkin sebab dah terbiasa. Nabi sendiri sewaktu sedang sujud, cucunya (Hasan atau Husin ye?) naik atas belakang baginda. Baginda pun tunggu sampai cucunya turun barulah bangkit dari sujud. Tak jadi masalah....

2. Lebih efektif kalau kita selalu solat berjemaah. Bila si kecil tengok abang, kakak, mama, ayah semuanya solat ramai-ramai, dia pun tak nak ketinggalan untuk ikut serta..

3. Beri galakan, dorongan dan tarikan - belikan sejadah yang cantik, telekung yang ada gambar kartun-kartun. Contohnya seronok betul Raihana bila mama belikan telekung comel yang ada gambar strawberry la, buah-buahan.. siap ada beg lagi. Sekarang memang ada banyak di pasaran. Sapa nak untuk 4-6 tahun, mama ada dalam stok tinggal 2 je lagi..  yang lain opismate dah borong. comel sangat telekung dia.. satu berharga RM33. sapa nak, cepat bagitau sebelum habis.. tinggal 2 je lagi...

4. Mahirkan anak dengan bacaan dalam solat. Alhamdulillah tadika di taman sutera amat membantu dalam hal ini. Sebelum ni di Tadika Addin memang setiap petang ada latihan solat untuk seawal 4 tahun. Solat ramai-ramai baca kuat-kuat. Jadi lama-lama anak-anak ni memang boleh menghafal. Di Tadika Pasti, Imran kata tiap-tiap hari dia solat asar. Alhamdulillah. Pendidikan amali solat memang ada dalam sillibus. Tapi satu penemuan malam tadi bila lepas solat Imran kata..

Imran: Mama, tadi lepas sujud kite baca Rabbighfirli warhamni... mmm.. apa? macamana?..
Mama: La.. Imran tak ingat ke bacaan dalam solat? Kan dah pandai..Kat sekolah tak baca ke?
Imran: Dah lupa, kat sekolah tak baca kuat-kuat.
Mama: Ooo.. Imran dah lupa la yang belajar kat Addin tu..
Imran: Haah la.. Kite nak pergi sekolah addin la...
Mama: Oppsss..

Mana AJK Pasti? (huhuhu..) Harap ambil perhatian dalam perkara ini.. TOP PRIORITY!!!

5. Selepas anak dah mahir bacaan dalam solat, bolehlah melangkah stage seterusnya. Biasanya anak umur 6 even 5 tahun pun dah boleh start. MESTIkan anak solat, kami mulakan dengan Solat Subuh dan Maghrib. Motivasinya? Solat subuh pendek 2 rakaat je. Solat maghrib ni given la mesti solat punya. Solat subuh? mencabarnya ialah nak kejut bangun pagi. hehhehe... memang mencabar. Tapi jangan putus asa. Teruskan usaha untuk kejut anak bangun awal. Kalau terlajak pun, mestikan juga untuk solat subuh walaupun terlewat. Sebenarnya mama pun tak terfikir untuk mulakan dengan subuh. Kalau dulu masa mama kecik, solat subuh la yang last sekali cukupkan solat 5 waktu.. hasilnya entah umur berapa agaknya baru cukup 5 waktu. Tapi rupanya sebenarnya bila anak kita dah istiqamah setiap hari bangun solat subuh, insya allah solat-solat yang lain senang je diorang nak istiqamah. Terima kasih ayah yang sangat tegaskan anak-anak bangun solat subuh. Tipsnya, janganlah kesian kat anak-anak nak tidur lagi.. Pujuk diorang kalau ngantuk nanti lepas solat boleh tidur balik..

6. Masuk 7 tahun, full swing solat 5 waktu sehari. Maknanya dari anak kita 5-6 tahun tu tambah la sikit-sikit dari 2 waktu sehari, ke 3, ke 4 ke 5 waktu. Hinggalah masuk 7 tahun dah bersedia untuk sempurna solatnya. Alhamdulillah setakat ni Luqman, Humaira, Maisara sudah cukup solatnya. Kalau liat tu pun sebab nak lewat-lewatkan solat... nak tengok tv dulu lah... etc etc..

7. Doa - sekarang ni Imran punya turn pulak untuk berlatih solat. Raihana masih ikut-ikut saja. Kalau anak-anak solat jemaah dengan mama, bila doa lepas solat, mama selalu doa kuat-kuat," Ya Allah.. jadikanlah kami rajin solat, jadikanlah Imran rajin solat," Diorang ni suka sebenarnya bila kita berdoa kita sebut nama diorang... "Ya Allah, kurniakan kepada Luqman, Humaira, Maisara no. 1 dalam peperiksaan kali ini".. contohnya la... So janganlah lupa untuk doa. Memang ada doa Rabbana hablana min azwajina... dan seterusnya... untuk doakan pasangan, anak keturunan kita.. tapi sejauh mana kita hayati maknanya.. kengkadang baca doa pun sambil lalu je... jadi seeloknya baca doa ini dan tambah lagi doa yang specific.. bila doa yang specific selalunya kita akan berada dalam keadaan sedar apa yang kita mahu..

Fuh panjang pulak.. ini tips ke apa ni? actually just sharing experience. How wardina's sharing on her FB inspires people, that is how i hope this can inspire people. Walaubagaimanapun mama rasa masih banyak lagi loopholes atau kelemahan diri di sana-sini.. tapi harapnya kita sama-sama belajar untuk jadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak kita. Dan yang paling penting ialah doa kepada Allah... kerana hati kita ini semua milikNya...

April 06, 2011

My Craving for Red Velvet Cake

I was introduced to red velvet cake by my officemate, K Hani. K Hani baru buka outlet kat bangi. So walaupun sebelum ni memang dia ada online business, tapi sekarang sebab dah ada outlet, semakin kerap la dibawanya kek/quiche/pie ke office untuk dijual.

Cerita pasal red velvet, mula-mula k hani bawa sikit sebagai sample. Sapa nak beli ada juga dia bawa pek kecik-kecik satu berharga rm10. Bila rasa sepotong, terus jatuh cinta huhu... Terus sambar RM10 makan sorang hehehhe.... Makan sikit-sikit. Kalau makan terus banyak-banyak akan rasa muak sebab atas dia cheese. So hari ni makan sikit, simpan dalam peti ais, esok sambung makan lagi... isk isk.. sayang betul kat cake ni hehhe..

Last monday order red velvet cup cake kat k hani for return bill 'closing' meeting. Order 2 kotak. Sekotak untuk meeting, sekotak bawak balik rumah. The kids pun suka especially Luqman. Bawak balik tapi bila malam dah macam malas nak makan so tak sempat la makan. Tapi dah  pesan kat budak2 tinggal satu untuk mama.

Sampai kat office, teringat-ingat RV kat rumah. isk horrornya. Kebetulan pulak k hani bawak lagi apalagi sambar la lagi satu untuk makan kat office. Itu cerita semalam.. hari ni sambung makan lagi.. nampak macam boleh tahan sampai esok ada lagi sikit ni boleh simpan dalam peti ais... hehheehe

Wah, wah, wah... habislah kami kat office ni.. konon masing-masing masuk Just Lose IT.. tapi sejak ada tokei cake kat office ni macamana nak lose it? Mama pun sejak dua menjak ni dah naik 1-2 kilo.. hheheh.. which is good.. aiming for my ideal weight...

K Ina, my neighbour sebelah kat office ni suruh buat sendiri.. suruh minta resepi kat k hani.. Hmmm... kek coklatku pun dah berkurun tak buat.. Bila lah semangat mau datang kembali....


Hmmm... sedap, sedap, sedap!

p/s - isk.. tengah sibuk buat ITPRC paper pon sempat lagi update blog.... hehhehe