Mama tengah basuh pinggan...
Mama: Imran tak solat isyak lagi, pergi solat.
Imran: Nak solat dengan mama..
Mama: Mama dah solat la...
Imran: Kenapa tak ajak kita?
Mama: Abis tadi Imran tengah tengok citer tarzan tu..
Imran: Ala ajak je la...
Mama: (rasa bersalah..huhu) Yelah, lain kali mama ajak.. Tu abang Luqman tengah nak solat tu, ikut abang..
Mama teruskan basuh pinggan...
Seketika kemudian..
Mama: Imran, apa lagi main kejar-kejar tu? Bila nak solat ni..
Imran: Yelah.. yelah.. kejap la...
Mama: Kejap.. kejap... nak tunggu pukul berapa nak solat?
Senyap..
Selesai basuh pinggan.. Bila jenguk dalam bilik rupanya Imran tengah solat jemaah dengan raihana.. tak dengar pulak raihana sibuk-sibuk tadi..
Latihan solat
Nabi SAW sarankan untuk melatih anak solat sejak usia 7 tahun. Dan kalau dah sampai umur 10 tahun tak solat lagi boleh rotan. Memanglah melentur buluh biar dari rebungnya. Mungkin ramai yang dah baca Nota Wardina Saffiya macamana beliau latih anak beliau solat 5 waktu. Kami juga nak share usaha kami dalam melatih anak-anak solat 5 waktu..
1. Seawal 2-4 tahun perlu diberi pendedahan tentang solat. Caranya? Jika kita nak solat, jangan sembunyi dalam bilik. Kononnya tak nak anak kecil kita kacau kita solat. Kita pun solat dalam bilik tutup pintu tak bagi anak masuk. Sebenarnya, biar anak kita nampak kita solat. Untuk mulakan solat, letakkan dia di sebelah kita. Anak-anak kecil ini memang suka ikut gaya orang, tentunya dia kan ikut pergerakan kita. Memanglah dia tak akan ikut sampai habis, selebihnya dia akan kacau kita - duduk depan kitalah, naik belakang kita la, main celup ba dalam telekung kitalah. Bagi kami ianya tidak menjadi gangguan. Mungkin sebab dah terbiasa. Nabi sendiri sewaktu sedang sujud, cucunya (Hasan atau Husin ye?) naik atas belakang baginda. Baginda pun tunggu sampai cucunya turun barulah bangkit dari sujud. Tak jadi masalah....
2. Lebih efektif kalau kita selalu solat berjemaah. Bila si kecil tengok abang, kakak, mama, ayah semuanya solat ramai-ramai, dia pun tak nak ketinggalan untuk ikut serta..
3. Beri galakan, dorongan dan tarikan - belikan sejadah yang cantik, telekung yang ada gambar kartun-kartun. Contohnya seronok betul Raihana bila mama belikan telekung comel yang ada gambar strawberry la, buah-buahan.. siap ada beg lagi. Sekarang memang ada banyak di pasaran. Sapa nak untuk 4-6 tahun, mama ada dalam stok tinggal 2 je lagi.. yang lain opismate dah borong. comel sangat telekung dia.. satu berharga RM33. sapa nak, cepat bagitau sebelum habis.. tinggal 2 je lagi...
4. Mahirkan anak dengan bacaan dalam solat. Alhamdulillah tadika di taman sutera amat membantu dalam hal ini. Sebelum ni di Tadika Addin memang setiap petang ada latihan solat untuk seawal 4 tahun. Solat ramai-ramai baca kuat-kuat. Jadi lama-lama anak-anak ni memang boleh menghafal. Di Tadika Pasti, Imran kata tiap-tiap hari dia solat asar. Alhamdulillah. Pendidikan amali solat memang ada dalam sillibus. Tapi satu penemuan malam tadi bila lepas solat Imran kata..
Imran: Mama, tadi lepas sujud kite baca Rabbighfirli warhamni... mmm.. apa? macamana?..
Mama: La.. Imran tak ingat ke bacaan dalam solat? Kan dah pandai..Kat sekolah tak baca ke?
Imran: Dah lupa, kat sekolah tak baca kuat-kuat.
Mama: Ooo.. Imran dah lupa la yang belajar kat Addin tu..
Imran: Haah la.. Kite nak pergi sekolah addin la...
Mama: Oppsss..
Mana AJK Pasti? (huhuhu..) Harap ambil perhatian dalam perkara ini.. TOP PRIORITY!!!
5. Selepas anak dah mahir bacaan dalam solat, bolehlah melangkah stage seterusnya. Biasanya anak umur 6 even 5 tahun pun dah boleh start. MESTIkan anak solat, kami mulakan dengan Solat Subuh dan Maghrib. Motivasinya? Solat subuh pendek 2 rakaat je. Solat maghrib ni given la mesti solat punya. Solat subuh? mencabarnya ialah nak kejut bangun pagi. hehhehe... memang mencabar. Tapi jangan putus asa. Teruskan usaha untuk kejut anak bangun awal. Kalau terlajak pun, mestikan juga untuk solat subuh walaupun terlewat. Sebenarnya mama pun tak terfikir untuk mulakan dengan subuh. Kalau dulu masa mama kecik, solat subuh la yang last sekali cukupkan solat 5 waktu.. hasilnya entah umur berapa agaknya baru cukup 5 waktu. Tapi rupanya sebenarnya bila anak kita dah istiqamah setiap hari bangun solat subuh, insya allah solat-solat yang lain senang je diorang nak istiqamah. Terima kasih ayah yang sangat tegaskan anak-anak bangun solat subuh. Tipsnya, janganlah kesian kat anak-anak nak tidur lagi.. Pujuk diorang kalau ngantuk nanti lepas solat boleh tidur balik..
6. Masuk 7 tahun, full swing solat 5 waktu sehari. Maknanya dari anak kita 5-6 tahun tu tambah la sikit-sikit dari 2 waktu sehari, ke 3, ke 4 ke 5 waktu. Hinggalah masuk 7 tahun dah bersedia untuk sempurna solatnya. Alhamdulillah setakat ni Luqman, Humaira, Maisara sudah cukup solatnya. Kalau liat tu pun sebab nak lewat-lewatkan solat... nak tengok tv dulu lah... etc etc..
7. Doa - sekarang ni Imran punya turn pulak untuk berlatih solat. Raihana masih ikut-ikut saja. Kalau anak-anak solat jemaah dengan mama, bila doa lepas solat, mama selalu doa kuat-kuat," Ya Allah.. jadikanlah kami rajin solat, jadikanlah Imran rajin solat," Diorang ni suka sebenarnya bila kita berdoa kita sebut nama diorang... "Ya Allah, kurniakan kepada Luqman, Humaira, Maisara no. 1 dalam peperiksaan kali ini".. contohnya la... So janganlah lupa untuk doa. Memang ada doa Rabbana hablana min azwajina... dan seterusnya... untuk doakan pasangan, anak keturunan kita.. tapi sejauh mana kita hayati maknanya.. kengkadang baca doa pun sambil lalu je... jadi seeloknya baca doa ini dan tambah lagi doa yang specific.. bila doa yang specific selalunya kita akan berada dalam keadaan sedar apa yang kita mahu..
Fuh panjang pulak.. ini tips ke apa ni? actually just sharing experience. How wardina's sharing on her FB inspires people, that is how i hope this can inspire people. Walaubagaimanapun mama rasa masih banyak lagi loopholes atau kelemahan diri di sana-sini.. tapi harapnya kita sama-sama belajar untuk jadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak kita. Dan yang paling penting ialah doa kepada Allah... kerana hati kita ini semua milikNya...
5 comments:
alamak, sekarang tgh balik lambat, tak sempat nak monitor budak2
cian budak2... dengan mak budak.. hehhehe..bile nak abisnye evaluation nye...
hari ni n besok clarification dengan vendor
blog kak ya ni mcm xrmai je yg bc..hehe..tmbh la butang like fb..nk like..hehe
oo boleh yek.. nk kena godek2 x smpt..
Post a Comment