July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Cepat betul masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai ke Ramadhan berikutnya... Selalu bila Ramadhan nak berakhir kita akan berdoa supaya Allah panjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan seterusnya.. Alhamdulillah sampai juga kita di sini (tapi sebenarnya ada 2 hari lagi macam-macam boleh berlaku).. Semoga Allah sampaikan kita ke Ramadhan kali ini..

Insya allah weekend ini akan balik kampung.. (rasa macam dah lama pulak tak balik). Nak tengok rumah baru lalala.. Nak tolong kemas-kemas la mana yang patut. Mak pun nak buat kenduri sikit.. kecil-kecilan.. anak beranak je dengan jiran sebelah... sempena nak sambut puasa dan juga sempena rumah baru.. Alhamdulillah siap juga rumah tu. Dalam masa nak buat rumah tu memang macam-macam juga lah dugaan dan cabarannya.. yang tak cukup, yang terkasar bahasa, yang terguris hati, yang memendam rasa, dan bermacam-macam yang lagilah... diharap ianya akan memperkukuhkan lagi ikatan sesama kami adik-beradik. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Apa persiapan puasa? Gembirakan kita dengan kedatangan bulan ramadhan.. Rasanya kita pun dah diingatkan banyak kali.. bulan ramadhan ialah bulan SALE.. jadi kita mesti bersiap sedia untuk merebut peluang mendapatkan ganjaran yang terbanyak... Jangan salah paham SALE bukan kat jusco je ye (walaupun itu pun memang sale juga heheh) Tapi yang dimaksudkan di sini ialah SALE yang Allah sediakan.. buat sikit, pahalanya dilipatgandakan.. yang tak ada dalam bulan lain... marilah kita sama-sama rebut peluang yang datang nya setahun sekali ini...

Dah abis shopping raya ke belum? kalau belum, pi lah shopping sakan weekends ni. jadi nanti masa bulan puasa kita dah tak perlu pikir pasal shopping raya dah (boleh ka??)...

Anak-anak? Insya allah Luqman, Humaira Maisara takde masalah lah sebelum-sebelum ni pun dah boleh puasa penuh.. So tahun ni cabaran untuk Imran lah... Alamak jadual puasa kita mama tak buat lagi lah.. tak sempat..

Ikutkan tak sempat, sekarang ni memang tengah sibuk dengan project. Dan nampaknya bulan ramadhan nanti pun akan tetap sibuk juga. Project kick off pun dalam bulan pose.. apa ke hei nyerr... hehhehe... tapi sebab nak kejar RFS date punya pasal... takpe minta vendor qadha' buat jamuan raya la nanti... So bulan pose kali ni nampaknya tetap kena bekerja dengan penuh berdedikasi (selalunya relax-relax je meeting pun tak banyak)

Ramadhan ialah bulan latihan. Mari kita set apa yang kita nak start latih diri kita?

contoh
- bangun malam solat tahajud
- baca al-quran setiap hari
- solat dhuha setiap hari
- latih anak-anak cukupkan solat 5 waktu
- banyak bersedekah
- solat qabliah & ba'diah untuk setiap waktu solat
- solat berjemaah

boleh pilih mana berkenan atau select all. cuba niatkan ini adalah permulaan/latihan. Minta allah bantu kita untuk terus istiqamah sehingga selepas bulan ramadhan. memang bukan mudah. Saya pun pernah gagal. Mari sama-sama kita berazam.

Salam Ramadhan....

No comments: