January 22, 2014

Cuti-cuti Zoo Melaka dan Bayou Lagoon Park Resort

It was a last minute plan.

Satu hari tu, saya rasa macam dah lama tak berjalan-jalan. Almaklumlah pada cuti sekolah hujung tahun yang lepas, kami berganti-ganti tak sihat. Mula-mula saya, lepas tu Aqil chicken pox, lepas tu jangkit kat Aqlan pulak. Last-last tengok cuti pun dah habis.

Lalu saya pun survey-survey la kat internet. Jumpa tempat yang agak menarik di Melaka. Hotel baru, ada apartment, ada waterpark, harga pun macam murah je. Terus tanya suami. Suami kata ok, terus book hotel. Settle.

So hujung minggu lepas kami telah bercuti-cuti ke Melaka... hehehe dekat je pun...

Zoo Melaka

Macam bawak rombongan budak sekolah hehe
Dah lama dah nak bawak Aqil Aqlan jalan ke zoo. Yelah diorang pun masih kecil so rasanya zoo lah yang paling diorang dah boleh appreciate. Kalau bawak pergi kidzania ke, legoland ke, petrosains ke macam tak boleh nak enjoy sangat la kan. Memang la diorang seronok sangat. Tapi pagi tu Aqlan macam sakit perut pulak. 2 kali muntah. Alahai kesian anak mama, apalah salah makan agaknya. Pagi tadi semasa bersarapan di warung makan nasi lemak berselera sekali (kami semua lah). Nasib baik mama pun bawak sling. so selesa lah sikit dia tidur dalam tu.

Zoo? macam biasalah macam zoo. Sampai-sampai dekat pukul 11 terus kami tuju ke ampitheathre nak tengok birdshow. Lepas tengok birdshow berkejar pulak ke Elephant feeding. Lepas tu baru kami round zoo tu. Aqlan masa birdshow dengan elephant feeding dia ok lagi. Lepas tu dah tertidur dah di dalam kendongan mama hehhe.. Aqil hebat gak dia macam tak ngantuk je steady je walaupun dah tengahari. Tapi masa dah nak habis round tu baru dia tidur.. di dalam kendongan bibik pulak.

Burung merpati hinggap kat tangan Maisara





Tekunnya Aqil tengok apa tu..


Selesai round zoo dalam pukul 2. Belum boleh check in hotel lagi ni. Kami pun round nak cari makan. Cuma masa tu kesian kat Aqlan macam tak berapa larat dia. Jumpa tempat makan just kat belakang Bayou Lagoon. Order Nasi Goreng Pattaya bungkus nanti makan kat bilik je.

Bayou Lagoon Park Resort

Pukul 3 kami check in, receptionist kata bilik tak ready lagi. Sabor je lah. Kan dah pukul 3. Dia kata tunggu dalam setengah jam. Hmmm... nasib baik la tak sesak nak checkin macam masa kat Morib Gold Coast hari tu. Dalam pukul 3.20 gitu kami redah je bilik. Eh tengok elok je dah bersih. Kalau tau terus masuk je tadi. Budak-budak dah tak sabar dah nak terjun kolam.. isk isk...

Kami ambik apartment 3 bilik. Saya rasa memang selesa dengan living area yang sangat luas. Yelah family kami pun dah besar, ada bibik lagi, memang kalau nak cari tempat nak menginap kalau boleh memang saya cari yang ada apartment. Harganya sangat lah berpatutan. Kami dapat rate RM350++ satu malam untuk apartment 3 bilik yang luas ini. Saya book melalui Agoda. Mungkin juga sebab masa kami pergi tu bukan peak season. Saya tengok kalau book untuk raya cina minggu depan mau naik sampai RM500++ untuk apartment 3 bilik ni.

Luaskan? boleh main bola. memang budak2 main bola pun.
Aqil Aqlan keletihan melawat zoo
View waterpark dari balcony apartment kami
Nice... Teringin nak cuba slide tu tapi takuuuutt...



Syok main air. Tak sangka raihana pun dah terrer berenang

Angin pun sangat kuat. Memang betul-betul ditiup bayu lah.
Saya rasa memang puas hati duduk kat sini. Bilik apartment yang besar dan selesa, waterpark yang nice... Cuma slacknya satu breakfast tak best. Tak variety dan tak berapa sedap. Pastry bun pun tak ada. Selalunya itulah yang saya tapau bawak balik bilik hehe. But other than that memang berbaloi lah for the stay. Lain kali boleh ke sini lagi bawak mak ke. Tapi timing kena betul juga. Kalau tak kena masa, harga boleh melambung-lambung dan takut crowded pulak macam masa pergi Gold Coast Morib hari tu yang saya tak sempat nak bercerita lagi sebab tak de ambik gambar sangat sebab tak berapa sihat masa tu.

Ikan Bakar Umbai

Petang tu kami dah plan dah pukul 5.30 budak2 kena naik siap-siap kita nak pekena ikan bakar Umbai. Selalu dengar je orang cerita, first la ni nak rasa. Apa tu kedai nama Parameswara? hehhe... Tapi Aqlan masih tidur pulak. Kesian dia. Luqman pulak tak nak pergi sebab dia baru habiskan nasi goreng tadi sebungkus. So terpaksalah tinggalkan diorang dengan bibik.

Lebih kurang 20 minit jugalah perjalanan dari Bayou Lagoon ni ke Perkampungan Ikan Bakar Umbai ni. Kami sampai dalam pukul 6.30. Dari jauh dah nampak Parameswara tapi dia gerai yang paling hujung kat tepi laut sana. Sampai sana mak ai ramainya orang. Kami ni pulak ramai budak-budak. Meja pun dah penuh. Rasanya macam tak sanggup je nak menunggu. Jadi kami berjalan patah balik ke deret gerai-gerai ikan bakar yang banyak lagi kat sebelah sini. Tak tau mana yang sedap, kami redah masuk Gerai Anda, gerai nombor 10.
Tempat ikan naik
Pilih sendiri ikan mana mau dimasak
Sementara tunggu lauk sampai,
kita makan Aqil dulu hehheh
 Saya pilih ikan siakap bagi dua - sebelah masak 3 rasa, sebelah lagi bakar biasa, ikan pari bakar sambal, sotong goreng tepung, udang butter, kerang bakar dan sayur campur. Makan lauk je tak oder nasi pun. Imran je makan nasi lemak. Favourite dia. Alhamdulillah memang kenyang dan sedap dan terasa manisnya ikan fresh dan  sotong goreng tepung dia memang sedap dan hmm.... makan je lah. Cuma kerang dia macam tak berapa masak sangat kot macam masih berair tapi sedap je makan hehhehehe.... Kami makan tak abis so tapau bawak balik untuk bibik dan luqman dan Aqlan. Tambah lagi order udang goreng tepung. Bil kami RM110 tak silap termasuk air buah/horlick 6 gelas. Saya tanya suami, "Murah ke?". Suami jawab, "Murahlah!" Heheh... mana saya tau... Yeay, akhirnya dapat merasa juga ikan bakar Umbai yang famous tu. Lain kali boleh datang lagi lah. Bila la gaknya ye. Cuma kalau dia buka tengahari kan bagus. Memang boleh singgah selalu tu. Ini buka pukul 6 so ada masalah logistik sikit lah kalau nak menyinggah-nyinggah ni.
Kenyang alhamdulillah

Esok paginya kami sambung main air lagi. Sempat jugalah saya berendam juga dalam kolam tu. Memang sejuk tak tahan punya. Aqil Aqlan pun semalam tak dapat mandi sebab tidur. Pagi ni baru dapat merasa. Oh ye, sebab kami ambik apartment 3 bilik so kami dapat tiket free utk 6 orang so saya tambah tiket utk 2 orang kids berharga RM15 sorang. Dewasa tak tanya pulak. Anyway, Aqlan mula-mula excited main air kat kolam cetek tu tiba-tiba dia terjatuh. Terkena air sikit la muka dia. Lepas tu terus tak nak main. Kesian dia. Satu lagi keajaiban, cewah, Aqil Aqlan sebelum pergi tu dok selsema. Bila selsema hidung diorang selalu berdarah. Tapi lepas mandi kolam tu hilang terus selsema. Ajaib tu hehhe..
Air kat sini sejuk gilerr!!
Kolam untuk baby. Air paras buku lali je. 
Kami checkout pukul 12 tgahari. Budak-budak request nak makan nasi pattaya semalam sedap sangat katanya. Easy meh.. gerai belakang hotel ni je. Saya pun teringat-ingat ABC kat gerai sebelah tu masa order bungkus semalam macam best je. So kami terus menuju ke gerai tersebut. Namanya Nurin Maz Station. Ianya terletak di medan selera di taman perumahan betul-betul belakang Bayou ni. Tapi memang tak banyak gerai buka pun kat medan selera tu ada 3-4 je. Luqman, Imran, Raihana dan bibik order pattaya, maisara order mihun sup, saya dengan humaira makan nasi campur. Saya sebab nak rasa asam pedas dia. Suami pula share habiskan pattaya raihana makan tak habis. Nak dijadikan cerita semalam kan sedap sangat nasi goreng pattaya dia. Hari ni nasi dia ada mentah sikitlah. Spoil je. Tu yang ramai tak habis tu.

Order ABC kat gerai sebelah sorang satu. Hmmm... sedapnya. Semangkuk RM1.50 saja... Alhamdulillah kenyang...




Selesai menjamu selera, kami pun bertolak balik ke KL.

Sebenarnya ada satu lagi impian tak tercapai untuk percutian kali ni, Coconut Shake Pantai Kelebang. Kalau ikutkan katanya tak jauh pun. Suami kata 11 minit je (ikut kat Waze). Tapi sebab dah kenyang makan ABC maka ditangguhkanlah dulu ke satu masa yang tak tau lagi bila heheh..

Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat dariNya.

1 comment:

Daniel said...

Boleh rekomen hotel2 yang best dan berpatutan di Melaka?

Terima Kasih