Sejuknya office ni!
Petang ini sepatutnya saya ada meeting di Kelana Jaya. Tapi meeting cancel pulak. Pagi tadi saya dah janji dengan pakcik parking tu saya nak letak kereta separuh hari je. Kalau tidak macam tak nak bagi masuk saja. Balik nanti nak kena explain pulak lah nampaknya. Takut dia ingat kita menipu pulak.
Semenjak dua menjak ni asyik sampai lambat je ke office. Susah bebenor nak kejut dan siapkan raihana pagi-pagi. Mesti ada sessi nangis menangis dulu lah. Rasanya sejak lepas naik sekolah ni kot. Dulu takde lah macam ni sangat. Mungkin masa cuti sekolah tu kakak-kakak dia pun ikut ke PASTI sekali. Lepas tu bercuti balik kampung pulak. Jadi bila nak mula balik tu ambil masa sikit lah. Hmmm... segan juga asyik sampai lambat je. Email INTAN tu pun tak tau dah nak jawab apa....
Tahun depan Imran dah nak masuk darjah satu?? Cepatnya masa berlalu. Semalam baru ambil borang SERI ABIM. Yelah nak hantar mana lagi kan.. sama je lah dengan abang dan kakaknya. Luqman yang tolong ambilkan borang. Hari ni dah minta Luqman hantarkan borang kat pejabat. Alhamdulillah ada Luqman yang boleh tolong, wakil ayah mama. Humaira Maisara sekarang pun balik sekolah kena tolong lipat baju. Sikit-sikit anak-anak yang dah besar ni kena bagi tanggungjawab sikit. Mudah-mudahan bila kita latih dari sekarang bila dah semakin besar nanti ringanlah tulang mereka nak tolong kita tanpa disuruh. Sebenarnya mama nak start ajar diorang ni iron baju sekolah sendiri tapi tak dapat greenlight dari ayah lagi. hehhe... so tunggu umur berapa yek baru boleh bagi diorang iron baju sendiri?
Ujian bulanan baru lepas. Humaira dapat no. 1. Maisara dapat no. 3. Luqman tak tau lagi. Ye ke luqman tak tau lagi ni? dah lama dah ni takkan tak tau lagi??? Makin naik darjah ni pelajaran pun semakin mencabar. Kalau tak constant study memang payah juga nak catchup time exam nanti.. Harapkan ayah selalu bagi 'tuisyen' kat diorang masa time lepas maghrib. Mama masa tu selalunya dok sibuk kat dapur.
Ahad ni ada UMi. Insya allah tajuknya 'Aku Musafir Lalu'. Akan membincangkan topik solat jamak dan qasar. Bagi sesiapa yang biasa travel jauh-jauh dan ada kemusykilan jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama-sama. Yang takde kemusykilan pun datang je lah dengar tambah ilmu pengetahuan... Potluck seperti biasa. Tapi kali ni kita tak buat pertandingan mewarna. Tapi aktiviti mewarna tu insya allah ada bagi budak-budak tak bising sangat cuma kita tak buat pertandingan.
Jadi marilah datang beramai-ramai ye...
No comments:
Post a Comment