March 09, 2011

hmmm...

Dah banyak kali dah saya buka page kosong ni tapi tak siap-siap isinya.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni memang agak bz (errr... bila je tak bz nye ek?). Requirement dari user tiba-tiba datang bertimpa-timpa. Agaknya masing-masing dah panas enjin kot. Masa bulan 1-2 tu slow sikit rasanya. Rasa macam lapang je. Tiba-tiba je bulan ni berderet-deret request from user. Yang peningnya bila nak susun mana satu yang nak masuk dulu? Semua nak cepat, semua dia nak dulu. Itulah cabaran paling besarnya. Memang lah tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Buatlah mana yang termampu.

Anyway, tak lama lagi insya allah GIT akan ada restructure besar-besaran. Dengar-dengar kata memang saya akan buat benda yang totally new. Suspen ada excited pun ada... Tapi ok juga sebab boleh belajar benda baru. Walaupun dah 10 tahun dok GIT tapi alhamdulillah saya berpeluang untuk buat benda yang berbeza - Network, IT Governance, HR, service/account mgmt - SLA, Portal, Product & Billing. So lepas ni dengar-dengarnya kena dok kat Inventory pulak. 'Dengar-dengar' tu sebab tak confirm lagi..

Minggu depan dah start cuti sekolah. Ke mana kita? setakat ni yang nampak confirm balik kampung je la. Ada kemungkinan juga akan ke Kuantan ada kenduri kahwin. Tapi tak sure lagi. Program pun berjalan macam biasa juga walaupun cuti sekolah. Ada AGM PCTS weekend ni, next weekend insya allah usrah pulak (alamak ada tugasan tak buat lagi!).

Oklah, just a minimal updates. Kejap lagi nak berkejar ke KLJ pulak for BRS Walkthru..

No comments: