March 25, 2011

cer citer.. cer citer...

Sejuknya office ni!

Petang ini sepatutnya saya ada meeting di Kelana Jaya. Tapi meeting cancel pulak. Pagi tadi saya dah janji dengan pakcik parking tu saya nak letak kereta separuh hari je. Kalau tidak macam tak nak bagi masuk saja. Balik nanti nak kena explain pulak lah nampaknya. Takut dia ingat kita menipu pulak.

Semenjak dua menjak ni asyik sampai lambat je ke office. Susah bebenor nak kejut dan siapkan raihana pagi-pagi. Mesti ada sessi nangis menangis dulu lah. Rasanya sejak lepas naik sekolah ni kot. Dulu takde lah macam ni sangat. Mungkin masa cuti sekolah tu kakak-kakak dia pun ikut ke PASTI sekali. Lepas tu bercuti balik kampung pulak. Jadi bila nak mula balik tu ambil masa sikit lah. Hmmm... segan juga asyik sampai lambat je. Email INTAN tu pun tak tau dah nak jawab apa....

Tahun depan Imran dah nak masuk darjah satu?? Cepatnya masa berlalu. Semalam baru ambil borang SERI ABIM. Yelah nak hantar mana lagi kan.. sama je lah dengan abang dan kakaknya. Luqman yang tolong ambilkan borang. Hari ni dah minta Luqman hantarkan borang kat pejabat. Alhamdulillah ada Luqman yang boleh tolong, wakil ayah mama. Humaira Maisara sekarang pun balik sekolah kena tolong lipat baju. Sikit-sikit anak-anak yang dah besar ni kena bagi tanggungjawab sikit. Mudah-mudahan bila kita latih dari sekarang bila dah semakin besar nanti ringanlah tulang mereka nak tolong kita tanpa disuruh. Sebenarnya mama nak start ajar diorang ni iron baju sekolah sendiri tapi tak dapat greenlight dari ayah lagi. hehhe... so tunggu umur berapa yek baru boleh bagi diorang iron baju sendiri?

Ujian bulanan baru lepas. Humaira dapat no. 1. Maisara dapat no. 3. Luqman tak tau lagi. Ye ke luqman tak tau lagi ni? dah lama dah ni takkan tak tau lagi??? Makin naik darjah ni pelajaran pun semakin mencabar. Kalau tak constant study memang payah juga nak catchup time exam nanti.. Harapkan ayah selalu bagi 'tuisyen' kat diorang masa time lepas maghrib. Mama masa tu selalunya dok sibuk kat dapur.

Ahad ni ada UMi. Insya allah tajuknya 'Aku Musafir Lalu'. Akan membincangkan topik solat jamak dan qasar. Bagi sesiapa yang biasa travel jauh-jauh dan ada kemusykilan jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama-sama. Yang takde kemusykilan pun datang je lah dengar tambah ilmu pengetahuan... Potluck seperti biasa. Tapi kali ni kita tak buat pertandingan mewarna. Tapi aktiviti mewarna tu insya allah ada bagi budak-budak tak bising sangat cuma kita tak buat pertandingan.

Jadi marilah datang beramai-ramai ye...

March 22, 2011

Mat'amun Al-Barada, Bdr Tun Hussein Onn

Sepatutnya hari Isnin semalam kami masih berada di Kuantan. Tapi disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan dan tak dapat diputuskan, maka petang/malam Ahad tu kami dah balik ke KL.

Namun cuti telah diambil. Luqman Humaira Maisara pergi sekolah macam biasa. Tapi Imran dan Raihana bila nampak mama dan ayah cuti, mereka pun tak nak lah pergi sekolah (ingatkan boleh dating dengan ayah hari tu ehhehehe).

Tengahari tu selepas membeli-belah barang keperluan di Carrefour BTHO, kami singgah di Al Barada, Restoran arab yang baru di buka di BTHO. Lokasinya di shoplot bersebelahan dengan Carrefour tapi di bahagian belakang.

Enjoy the pic!


 Semangat!
 Nasi Mandi with Half Chicken. The chicken is marvellous! Tak lembut sangat, tak keras sangat. Rempah dia berasa. Nasi pun lembut, tak macam kat Saba' hari tu..
 Ayah ordered Lamb with Egg. Makan dengan roti. Sodaaaapp!
 Satu lagi dish kita order - Humous. Cicah roti. Sedap juga!
Wah sampai tertidur-tidur makan... Imran makan sampai kembung perut.. heehehe...

Sebenarnya kami nak order kebab tapi all type of kebabs and sandwiches (cth kebab, shawarma, etc) tak available during daytime. Malam baru ada. But it's ok. The lamb with egg and humous which actually falls under category appetizer is more than enough. So all in all - Mandi Rice + lamb with egg + humous + ice lemon tea + lemon tea = RM35. Makan untuk 4 orang, tapau lagi Nasi Mandi tu tak habis dimakan. Kat rumah boleh makan sampai dinner. So kesimpulannya... sedap dan berbaloi-baloi.... hehhehe... Lain kali kena datang malam lah nak pekena kebab pulak.

March 09, 2011

hmmm...

Dah banyak kali dah saya buka page kosong ni tapi tak siap-siap isinya.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni memang agak bz (errr... bila je tak bz nye ek?). Requirement dari user tiba-tiba datang bertimpa-timpa. Agaknya masing-masing dah panas enjin kot. Masa bulan 1-2 tu slow sikit rasanya. Rasa macam lapang je. Tiba-tiba je bulan ni berderet-deret request from user. Yang peningnya bila nak susun mana satu yang nak masuk dulu? Semua nak cepat, semua dia nak dulu. Itulah cabaran paling besarnya. Memang lah tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Buatlah mana yang termampu.

Anyway, tak lama lagi insya allah GIT akan ada restructure besar-besaran. Dengar-dengar kata memang saya akan buat benda yang totally new. Suspen ada excited pun ada... Tapi ok juga sebab boleh belajar benda baru. Walaupun dah 10 tahun dok GIT tapi alhamdulillah saya berpeluang untuk buat benda yang berbeza - Network, IT Governance, HR, service/account mgmt - SLA, Portal, Product & Billing. So lepas ni dengar-dengarnya kena dok kat Inventory pulak. 'Dengar-dengar' tu sebab tak confirm lagi..

Minggu depan dah start cuti sekolah. Ke mana kita? setakat ni yang nampak confirm balik kampung je la. Ada kemungkinan juga akan ke Kuantan ada kenduri kahwin. Tapi tak sure lagi. Program pun berjalan macam biasa juga walaupun cuti sekolah. Ada AGM PCTS weekend ni, next weekend insya allah usrah pulak (alamak ada tugasan tak buat lagi!).

Oklah, just a minimal updates. Kejap lagi nak berkejar ke KLJ pulak for BRS Walkthru..