- london project - follow up BRS to charge dect phone
- follow up UAT VX
- ITPRC - semak paper previous paper
- ITPRC - assist paper for budget release for new ACC
- MOM return bills
- Verify report return bills
- iVerify?
- update call plan queue
- escalate charms
- consolidate themes and chase
- follow up paper micropayment
- call plan cleanup
- unifi call plan
- 3+8 revisit
- low ecp + infoblast fax - concurrent
arrgghhhhh.... serabut... :(
July 29, 2010
July 26, 2010
Laporan UMi 3
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Surau amatlah penuhnya. Dalam surau penuh dengan mak-mak (campur ayah-ayah sikit), luar surau pula penuh dengan anak-anak. Laporan lanjut ada di blog taman sutera . Tak sangka pulak imran jadi ketua nasyid tadika addin. hehehe..
Kali ni mama bertugas di luar dewan. Jaga pendaftaran dan jaga anak-anak mewarna dan melukis. Hmmm... tak dapat nak concentrate dengar kuliah dari Dr Zulkifli. Terasa cam rugi pulak. Semua orang kata best. Memang boleh dengar kat luar tapi bila dah sibuk melayan kerenah anak-anak tu paham-paham je la. Sekejap yang itu nak itu sekejap yang ini nak ini... mama hanya harapkan ganjaran Allah sahajalah sebab tolong tengokkan anak-anak semua supaya mak ayah mereka dapat concentrate dengar kuliah.. insya allah..
Hari tu mama terlebih rajin. Buat potluck spaghetti bolognaise dan pagi tu setengah jam sebelum nak pegi surau sempat lagi goreng nugget. Cover balik la last UMi mama tak buat pape sebab nervous nak jadi MC.. heheh.. Nugget tu pun last minute terpikir sebab nak bagi kat artis jemputan dan anak-anak yang mewarna tu kalau tunggu sampai kul 12 tu kan lapar pulak. kalau lapar kang bising pulak... Tapi potluck memang sedap-sedap.. dan semuanya habis licin alhamdulillah...
UMi seterusnya bulan puasa. Tak sure lagi macamana tapi macam nak gabung dengan program umum. Jadi tungguuuuu.............

July 22, 2010
UMi-3: Anakku Hebat Anakku Soleh
July 20, 2010
mama mummy ibu
pelik tapi benar...
Asal-asalnya memang anak-anak panggil mama. Lepas tu entah bila entah mulanya, maisara panggil mummy. Mulanya macam saja-saja main-main tapi macam dah lekat pulak. Lepas tu yang bestnya raihana pun kadang-kadang panggil mummy..
Mummy.. nak susu.. (dengan iramanya yang tersendiri)
Lepas tu dua tiga hari ni kadang-kadang raihana panggil ibu pulak..
hmm... apa-apa jelah...

July 14, 2010
Countdown to Ramadhan
Dah buat persiapan untuk menyambut Ramadhan??
eh awal lagi... lagi sebulan...
aah... sebulan tu cepat je masa berlalu..
pejam celik pejam celik dah sebulan..
rasa baru semalam masuk tahun baru 2010..
hari ni dah bulan Julai...
Demi masa..
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh
Dan berpesan-pesan dengan kebenaran
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran...
hmmm... muhasabah diri...
Berbalik kepada persiapan menyambut Ramadhan... sudahkah bersedia? mentally and physically??
- latih diri untuk kurangkan tidur (mama rasa sekarang ni makin banyak tidur.. tolonggg!)
- mulakan tadarus dari sekarang kalau nak khatam al-quran ramadhan ini terutama kepada wanita.
- mulakan awareness kepada anak-anak untuk menyediakan mental mereka atas perubahan jadual hidup mereka, ingatkan semula niat puasa, kelebihan berpuasa, etc etc. Imran pun boleh start puasa tahun ni.
- rancang perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja (satu keta atau dua keta, nak ambik kat mana, tunggu kat mana)
- rancang urusan juadah buka puasa, sahur (beli ke masak, beli kat mana)
- rancang urusan solat terawikh (untuk mama- dirumah/di surau/angkut semua anak-anak/etc etc)
- rancang urusan anak-anak balik sekolah.. mungkin untuk bulan pose nanti luqman, humaira, maisara kena duduk transit kat addin sebab balik sekolah awal.
- mana yang boleh uruskan sekarang, uruskanlah sekarang... beli baju raya, buat baju raya, beli perabot baru, jahit langsir baru, tempah kuih raya, etc etc... supaya ramadhan nanti kita boleh lebih focus kepada beribadah...
hmmm... apa lagi?
dan satu lagi ramai juga orang dah start berpuasa pada bulan syaaban nih... puasa ganti hehhehe... Cuba tanamkan niat dalam hati, puasa tahun ni kalau kena ganti nak ganti cepat-cepat. Bukan apa.. takut tak sempat qadha'. Peringatan kepada diri sendiri juga....
Insya allah semoga bermanfaat...

July 13, 2010
nak dapat menantu... sedara
Beberapa hari lepas terima sms dari Mak Lin..
.. nak gtau bln 11 nk wat knduri sara. cuti sek. nikah dulu kot. Xde bajet nak terus kenduri. Harap leh plan awal2....
Wah sarah dah nak kawin dah! hehe.. semakin pressure la mak ima. Makcik yang sorang tu masih lagi menunggu prince charmingnya tak muncul-muncul. heheh.. Memang dah lama dengar ura-ura sarah nak kawin. Makcik-makciknya la yang kepoh. Bukannya apa, sarah tak habis belajar lagi. Sekarang di Tahun 2 (atau 3 ye?) UIA. Makcik-makcik ni sangat concern sebabnya mak ayahnya bukan lah orang senang sangat. Sedikit-sedikit masih perlukan bantuan. Jadi makcik-makcik ni rasa Sarahlah yang boleh bantu mak ayah dia. Makcik-makcik ni rasa biarlah sarah tunggu sampai kerja dulu bantu mak ayah dulu. Kalau kawin sekarang, maklumlah bila dah kahwin tu nanti duit banyak nak guna untuk keluarga sendiri. Lagipun bakal suami pun masih belajar juga (sama universiti). Kalau dah kerja mungkin lain cerita.
Itulah yang makcik-makcik ni risaukan...
Tapi kalau hati dah bulat untuk meneruskan niat tu, Insya allah tiada apa yang dapat dikatakan kecuali doa supaya semuanya dipermudahkan Allah dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Mama pun rasa Sarah dah fikir masak-masak selepas diasak dengan pelbagai-bagai buah fikiran, cadangan, ugutan, pendapat yang semuanya mungkin menambah serabut dan memeningkan kepala. Insya allah kalau keputusan itu dibuat berlandaskan iman dan taqwa, Insya Allah itulah yang terbaik.
Semoga Allah permudahkan segalanya...

July 12, 2010
internet... facebook...
Humaira: Mama, mama ada febuk tak?
Mama: Febuk apa tu?
Humaira: Febuk yang kat komputer tu..
Mama: Ooo facebook ke? Mana humaira tau pasal facebook ni?
Humaira: Kawan kita, batrisyia, dia ada facebook. Mak dia pun ada facebook. Mama ada ke?
---------------------------
Luqman: Mama buat apa tu? mama tengah tengok internet ke?
Mama: Luqman tau ke internet tu apa?
Luqman: Tau la.. kat sekolah belajar..
---------------------------
Mama rasa belum bersedia untuk mendedahkan anak-anak tentang internet dan segala macam isinya. Sebab mama rasa, untuk memperkenalkan internet kepada mereka ianya perlu datang dengan segala macam 'Rules & Regulations' yang masih belum digubal lagi...
Atau adakah masanya sudah tiba???

July 09, 2010
Mari Berforum Isra' Mikraj
Sesiapa berkelapangan Ahad ini, dijemput ke Forum Perdana Isra' Mikraj di Taman Sutera Kajang.
Ibuk-ibuk Taman Sutera yang berkelapangan pada hari Sabtu petang, dijemput datang ke khemah forum untuk bersama-sama bergotong royong menghias khemah forum ye. Berkumpul selepas asar di situ. Siapa tak sure Jln 2/1B yang mana ialah yang dekat dengan padang (dekat dengan playground). Kalau tak sure tunggulah kat playground tu..
Alhamdulillah Taman Sutera ni memang segar dengan program ilmunya. Jadi rugi kalau kita tak memeriahkannya dan mengambil manfaat daripadanya. Dan semenjak dua menjak ni program-program ini telah didekatkan lagi dengan masyarakat dengan cara program yang datang ke rumah. Contohnya sebelum ni kita buat Sambutan Maulidurrasul di Jalan 2/5. Kali ni untuk Isra' Mikraj pula di buat di Jalan 2/1B. Jadi dengan harapan yang mungkin rumahnya agak jauh dari surau, kini lebih mudah untuk hadir ke program-program seperti ini. Semoga semua dapat barakahnya.
Dan seperti biasa kumpulan nasyid Tadiak Addin akan memeriahkan lagi acara kita. Imran dah siap sedia ke belum??
bersedia untuk nasyid ahad ini?? posing macho..
ek eleh.. tergelak pulak..
Takbir!! Allahu akbar!
Peace!!
July 07, 2010
Luqman Cedera
Semalam Luqman jatuh kat sekolah. Mama tak tau pun. Masa nak balik baru ayah cerita tadi cikgu sekolah telefon bagitau. Teruk ke?
Bila sampai rumah, Masya Allah... teruk juga. Pipi belah kanan, tangan, tapak tangan habis semua bergarit-garit. Apa taknya jatuh kat jalan. Mesti terseret ni. Luqman kata dia tengah lari lepas tu bertembung dengan sorang budak baru turun tangga. Wah ni memang impak maksima la nih. Tapi nasib baik kawan lagi sorang tu takde pape. Tapi luqman la yang teruk.
Hmmm... Habislah dah kurang hensem la luqman. hehhe... Nasib baik external injury saja. Lain kali jangan lari-lari. Kalau nak lari-lari kat padang...
Semoga Allah sembuhkan dengan segera... Amin...

July 06, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)