Beberapa hari lepas terima sms dari Mak Lin..
.. nak gtau bln 11 nk wat knduri sara. cuti sek. nikah dulu kot. Xde bajet nak terus kenduri. Harap leh plan awal2....
Wah sarah dah nak kawin dah! hehe.. semakin pressure la mak ima. Makcik yang sorang tu masih lagi menunggu prince charmingnya tak muncul-muncul. heheh.. Memang dah lama dengar ura-ura sarah nak kawin. Makcik-makciknya la yang kepoh. Bukannya apa, sarah tak habis belajar lagi. Sekarang di Tahun 2 (atau 3 ye?) UIA. Makcik-makcik ni sangat concern sebabnya mak ayahnya bukan lah orang senang sangat. Sedikit-sedikit masih perlukan bantuan. Jadi makcik-makcik ni rasa Sarahlah yang boleh bantu mak ayah dia. Makcik-makcik ni rasa biarlah sarah tunggu sampai kerja dulu bantu mak ayah dulu. Kalau kawin sekarang, maklumlah bila dah kahwin tu nanti duit banyak nak guna untuk keluarga sendiri. Lagipun bakal suami pun masih belajar juga (sama universiti). Kalau dah kerja mungkin lain cerita.
Itulah yang makcik-makcik ni risaukan...
Tapi kalau hati dah bulat untuk meneruskan niat tu, Insya allah tiada apa yang dapat dikatakan kecuali doa supaya semuanya dipermudahkan Allah dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Mama pun rasa Sarah dah fikir masak-masak selepas diasak dengan pelbagai-bagai buah fikiran, cadangan, ugutan, pendapat yang semuanya mungkin menambah serabut dan memeningkan kepala. Insya allah kalau keputusan itu dibuat berlandaskan iman dan taqwa, Insya Allah itulah yang terbaik.
Semoga Allah permudahkan segalanya...
No comments:
Post a Comment