July 14, 2010

Countdown to Ramadhan

Dah buat persiapan untuk menyambut Ramadhan??

eh awal lagi... lagi sebulan...
aah... sebulan tu cepat je masa berlalu..
pejam celik pejam celik dah sebulan..
rasa baru semalam masuk tahun baru 2010..
hari ni dah bulan Julai...

Demi masa..
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh
Dan berpesan-pesan dengan kebenaran
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran...

hmmm... muhasabah diri...

Berbalik kepada persiapan menyambut Ramadhan... sudahkah bersedia? mentally and physically??

- latih diri untuk kurangkan tidur (mama rasa sekarang ni makin banyak tidur.. tolonggg!)
- mulakan tadarus dari sekarang kalau nak khatam al-quran ramadhan ini terutama kepada wanita.
- mulakan awareness kepada anak-anak untuk menyediakan mental mereka atas perubahan jadual hidup mereka, ingatkan semula niat puasa, kelebihan berpuasa, etc etc. Imran pun boleh start puasa tahun ni.
- rancang perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja (satu keta atau dua keta, nak ambik kat mana, tunggu kat mana)
- rancang urusan juadah buka puasa, sahur (beli ke masak, beli kat mana)
- rancang urusan solat terawikh (untuk mama- dirumah/di surau/angkut semua anak-anak/etc etc)
- rancang urusan anak-anak balik sekolah.. mungkin untuk bulan pose nanti luqman, humaira, maisara kena duduk transit kat addin sebab balik sekolah awal.
- mana yang boleh uruskan sekarang, uruskanlah sekarang... beli baju raya, buat baju raya, beli perabot baru, jahit langsir baru, tempah kuih raya, etc etc... supaya ramadhan nanti kita boleh lebih focus kepada beribadah...

hmmm... apa lagi?

dan satu lagi ramai juga orang dah start berpuasa pada bulan syaaban nih... puasa ganti hehhehe... Cuba tanamkan niat dalam hati, puasa tahun ni kalau kena ganti nak ganti cepat-cepat. Bukan apa.. takut tak sempat qadha'. Peringatan kepada diri sendiri juga....

Insya allah semoga bermanfaat...

No comments: