July 09, 2010

Mari Berforum Isra' Mikraj

Sesiapa berkelapangan Ahad ini, dijemput ke Forum Perdana Isra' Mikraj di Taman Sutera Kajang.

Ibuk-ibuk Taman Sutera yang berkelapangan pada hari Sabtu petang, dijemput datang ke khemah forum untuk bersama-sama bergotong royong menghias khemah forum ye. Berkumpul selepas asar di situ. Siapa tak sure Jln 2/1B yang mana ialah yang dekat dengan padang (dekat dengan playground). Kalau tak sure tunggulah kat playground tu..

Alhamdulillah Taman Sutera ni memang segar dengan program ilmunya. Jadi rugi kalau kita tak memeriahkannya dan mengambil manfaat daripadanya. Dan semenjak dua menjak ni program-program ini telah didekatkan lagi dengan masyarakat dengan cara program yang datang ke rumah. Contohnya sebelum ni kita buat Sambutan Maulidurrasul di Jalan 2/5. Kali ni untuk Isra' Mikraj pula di buat di Jalan 2/1B. Jadi dengan harapan yang mungkin rumahnya agak jauh dari surau, kini lebih mudah untuk hadir ke program-program seperti ini. Semoga semua dapat barakahnya.

Dan seperti biasa kumpulan nasyid Tadiak Addin akan memeriahkan lagi acara kita. Imran dah siap sedia ke belum??


bersedia untuk nasyid ahad ini?? posing macho..
ek eleh.. tergelak pulak..
Takbir!! Allahu akbar!

Peace!!

No comments: