am i going to lose all my blog's comments???
and i just realised what is happening...
haloscan was bought over by Echo...
which is not free..
they already granted me free trial
and it's just expired last 3 days!!!...
The Echo subscription for this domain has expired.
Renew your subscription now and enjoy a smooth continuation of the service.
You are getting this notice because your subscription or your free trial period has expired.
Domain: eiza.blogspot.com
Subscription type: Echo Live
First date of service: February 25, 2010
Expiration date: March 27, 2010
what am i going to do??
pay them?
or leave them? and leave all the comments?
ideal options is to transfer all the comments to the default blogger commenting features.
need to korek-korek lagi how...
hopefully it can be done..
i need time...
March 31, 2010
March 29, 2010
Membeli dan Membaca
Buku yang berjaya dibeli semasa Pesta Buku 2010:
- Secangkir Teh Pengubat Letih
- Murabbi Cinta
- U-Turn ke Jalan Lurus
- Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah
- Untukmu Wanita
- Nota Fikir untuk Zikir
- Sinergi
- Kisah-kisah Kekasih Allah
- Aisyah - Keanggunan Sejati
- Jejak Bisnes Rasul
- Urus Harta sebelum Mati
Anak-anak punya (tak berapa ingat tajuk sangat)
- siri Anas dari Ana Muslim (Anak Kucing Anas, Anak Patung Anas, Hari Pertama Anas) - Imran sangat suka siri ini. Terus dia rajin membaca. Sesuai untuk 4-5 tahun yang baru nak belajar membaca.
- siri Kisah Nabi-Nabi (satu set) - simpan dulu. Tak buka lagi.
- beberapa naskah buku cerita English
- Disney's Word Book - imran dan raihana suka buku ni. Tiap hari nak baca dengan mama.
- Disney's Craft Book - humaira, maisara baru survey-survey je buku ni. Kena cari bahan kalau nak buat. Cuma mama belum rajin nak supervise.
- majalah sayang muslim lama-lama
- majalah anis lama-lama
- buku Transport dan Colours untuk Raihana
- buku Alam Semesta
- buku Magical Animals - (oh agak tahyul buku ini tapi Luqman insist nak juga.. so bila baca kena ada parental guidance)
The question now is.. bila nak baca? Selepas mama stop pumping session tahun lalu memang agak kurang masa diperuntukkan untuk membaca. Kalau tidak, insya allah laju je la.. Takpe baca sikit-sikit. Ini kira stok untuk setahun la ni.
Ada orang tak faham kenapa kita perlu baca buku. Pada mama, bergantung kepada jenis buku yang kita baca. Kalau buku cerita yang tak ada faedahnya, mungkin hanya membazir masa. Ataupun majalah-majalah hiburan.. yang ini menambah dosa adalah. Tapi kalau buku-buku ilmiah ataupun catatan pengalaman yang memberi kesedaran atau motivasi, perlukah ditanya lagi kenapa nak baca buku? Kita cukup bertuah kerana pada masa ini banyak buku-buku yang ditulis secara santai dengan bahasa yang mudah dengan jalan cerita yang menarik yang disebalik itu disampaikan mesej-mesej yang baik. Dengan itu pembaca tidak akan rasa boring dan mesej itu akan sampai secara indirect. Satu lagi, dengan buku-buku ini diharap dapat menjadi peringatan (tazkirah) terutamanya kepada kaum ibu yang selalu sibuk di rumah contohnya mama sendiri, agak kurang berkesempatan untuk keluar mendengar kuliah nak dibandingkan dengan ayah yang insya allah selalu ada kuliah kat surau yang boleh diikuti.
Yang bagusnya, tabiat suka membaca buku juga boleh berjangkit. Kalau kita suka membaca, nanti anak-anak kita pun insya allah suka membaca. Pentingnya kita menjadi contoh kepada mereka. Bayangkan kalau kita suruh anak-anak membaca buku tapi kita sendiri tak pernah pegang pun sebiji buku. Cakap tak serupa bikin la namanya. Sekarang bila nenek datang rumah, nenek pun dah mula khatam satu persatu buku.. Travelog Haji, Travelog Dakwah, buku-buku ustaz hasrizal, hari tu Murabbi Cinta pun nenek dah nak habis baca tapi stop kejap sebab nak balik kampung. Mama suruh bawak balik, tapi nenek kata tak apa nanti datang sini balik. Even Mama pun tak start baca lagi. Mak Ima pun tiba-tiba mula berminat nak baca buku. Buku Atiq Wazif dia dah khatam dulu. Mama pun tak start lagi yang tu.. Uhhuhu jelesnya.
Semoga Allah berikan kelapangan masa untuk kita membaca, mendapat ilmu dan beramal dengannya..

March 23, 2010
Skill dah hilang...
Kisah 1:
Hari tu mama buat pizza. Entah macamana doh untuk base pizza tu tak naik-naik dah 2 jam. Salah apa ye? Macamana ni? Bahan untuk topping semua dah siap dah! Mak Ima offer diri untuk pergi Jusco cari instant pizza base.
" Takpe nanti dulu. Kita cuba bakar je dulu mana tau naik."
So mama bakarlah pizza base tu.
"Wah naik lah... so oklah tak payah la pergi jusco.. nasib baik..."
Tapi bila dimakan...
"Alamak, apasal manis sangat ni??? Silap sukatan ke??"
Aha ni mesti kes mama selalu kutuk mak ima sebab mak ima kalau masak pape selalu tersilap sukatan. Kan dah kena kat batang hidung sendiri .. hehhe...
Maka makanlah kami hari tu pizza yang manis. Mula-mula makan ok. Tapi setakat sepotong je la. Bila nak makan 2nd slice dah terasa semacam.. huhu..
Kisah 2:
Last weekends mama nak buat hotdog bun. Oh kali ini pun sama kes juga doh tak naik-naik! Hmmm... musykil betullah.. kenapa jadi macam tu ye? dah 2 kali kena dah ni..
Namun disebabkan pengalaman lepas, mama pun bakar sajalah doh yang tak naik tu. Hasilnya memang naiklah bila letak dalam oven. Tapi hasilnya agak tidak memberangsangkan. Teksturnya jadi kering dan bila dah sejuk jadi keras.
Kesimpulan:
Hmmm.... adakah mama telah kehilangan skill menguli/membuat roti? atau adakah bahan yang mama gunakan dah expired? (tapi mama dah check dah.. tak expired lagi...) Atau adakah mata mama telah kero dan asyik tersilap baca resepi? Huhuhu...
Oh sungguh musykil....

March 16, 2010
Beberapa kemusykilan
1. Baru perasan comment saya telah bertukar wajah. Tapi amat slow nak keluar. Perlukah saya revert semula ke blogspot punya comment features? Akibatnya nanti saya akan kehilangan comment-comment terdahulu seperti yang telah berlaku kepada abuamiir. Walaupun masih boleh retain comment-comment itu melalui haloscan tapi tidak akan ada linkage antara entry dengan comment tersebut.
2. Bagaimana nak buang iklan popup pada blog saya yang kadang-kadang keluar kadang-kadang tak keluar. Adakalanya menyakitkan mata. Sebenarnya sejak azali dah ada tapi setiap kali keluar saya close je. Mula-mula saya ingat semua orang memang akan keluar popup tu. Tapi bila ada orang tegur hari tu baru perasan. So saya pun cuba geledah setting dan coding tapi tak jumpa di mana. Aha.. buat malu je orang IT tanya soalan macam ni.. hheheh..
Cemana ek?

March 12, 2010
Blueberry cheesecake
Ini percubaan kali kedua mama buat cheesecake. Yang ini jenis no-bake cheesecake. Maknanya sejukbekukan sahaja tanpa perlu dibakar dalam oven. Percubaan kali pertama ok juga.. menjadi.. cuma tak sempat nak snap gambar.
Sebenarnya lama dulu memang pernah try buat tapi masa tu susah nak dapat gelatin so tak dapat buat yang boleh berdiri dengan sendirinya. Kena betul-betul beku macam air batu. Imagine la macamana nak memotongnya. Resepi pun cari kat internet je.
Sehinggalah baru-baru ni mak wa cerita dia buat cheesecake. Terus menaikkan semangat untuk mencuba semula. Sekarang pun dah ada halagel gelatin yang mudah didapati di mana-mana supermarket. So resepi ni dapat daripada Mak Wa.
Resepi
(huhu sorry tak ingat sukatan, akan update semula dengan sukatan yang betul)
Base
Biskut digestive dihancurkan menjadi crumbs
Butter dicairkan
Cake
Philadelphia Cream Cheese
Whipped Cream
Condensed Milk
Cold Fresh Milk
Gelatin + water (panaskan hingga larut atau rendam dalam air panas)
Blueberry filling
Caranya:
Blend kering biskut digestive. Campurkan dengan butter yang telah dicairkan. Gaulkan hingga rata. Masukkan dalam loyang dan tekan-tekan sehingga padat. Masukkan dalam fridge supaya keras.
Putarkan whipped cream menggunakan mixer sehingga kembang. Ketepikan.
Putarkan Cream Cheese sehingga lembut. Masukkan condensed milk. Masukkan cold fresh milk. Masukkan whipped cream tadi. Mix sehingga sebati. Masukkan gelatin yang telah direndam dengan air panas tadi. Mix well.
Keluarkan semula base yang telah keras tadi.
Tuangkan adunan cheesecake tadi ke atas base.
Masukkan semula dalam freezer. Biarkan selama 4 jam.
Setelah keras, boleh simpan dalam refrigerator bahagian bawah saja.
Sebelum di hidang, tuangkan blueberry filling di atas kek tersebut. Kalau tak ada blueberry, guna cherry atau strawberry pun sedap juga.
Kek ini boleh dipelbagaikan. Contohnya semasa mixing, boleh dicampur dengan coklat atau strawberry jelly atau lemon zest untuk dipelbagaikan rasanya mengikut citarasa sendiri.
menyediakan basenya
adunan cheesecake
sebelum masuk fridge.
yang menjadi model di sebelah kek itu ialah pembantu setia mama.
siap untuk dihidangkan
luqman yang paling suka cheesecake, diikuti dengan raihana dan humaira....
March 08, 2010
Ujian Bulanan
Anak-anak mama baru habis ujian minggu lepas. Ini dikira kali pertamalah buat Humaira dan Maisara. Agaknya memang berbeza lelaki dan perempuan. Perempuan ni pandai saja bila disuruh ulangkaji. Ambil kertas, pensel... tulis. Ambil buku.. baca. Kalau luqman, masa mula-mula dulu memang kita yang kena belajar bersama-sama. Actually sampai sekarang pun. Kalau tidak tak ke mana. Itu pun mama agak busy minggu lepas dengan product nak launch dan sebagainya so tak dapat nak all out sangat untuk bantu diorang mengulangkaji.
Sikit-sikit dah dapat keputusan. Alhamdulillah so far nampak semua ok. Maisara tengah mengumpul 100%. Mama risau sikit Humaira ni hari tu masa subject AlQuran dia tertidur. Humaira kata ada belakang-belakang tu dia tak jawab sebab tertidur.. Masya Allah.. letih sangat la tu buat ujian pulak pukul 1 lebih. Memang mencabar. Harapnya tak banyak sangat la soalan yang dia tertinggal tu.
Apa-apapun mama doakan semua anak mama dapat markah yang bagus dalam ujian kali ni.
Minggu depan dah start cuti sekolah. Ke mana kita ye?

March 05, 2010
Sukan SERI ABIM Sg Ramal 2010
Sambung balik cerita hari tu....
Seawal jam 7.30 pagi kami dah bertolak dari Port Dickson untuk berkejar ke temasya sukan. Liat juga kekanak semua nak bergerak nak meninggalkan kolam-kolam mandi tu. Tak puas main katanya. Ah, sebenarnya kalau sampai bila-bila pun tak puas main.
Kami sampai Stadium Bangi Seksyen 15 pada pukul 8.30am. Masa tu semua pasukan dah masuk padang. Kesian budak-budak terlepas perbarisan. Sebelum tu dalam kereta, maisara dah bising dah sebab lambat nanti rumah dia kena tolak markah. Ayah kata tak apa semua kena tolak markah sebab Humaira rumah merah, Maisara rumah hijau, Luqman rumah biru. So rumah kuning la menang, kata maisara. Errr.... tak tau nak jawab apa lah.. Habis tu tadi kita juga yang tak nak balik awal. Tapi ada hikmahnya juga. Dapatlah Humaira Maisara simpan tenaga sikit untuk acara yang lebih penting nanti. Dah la panas betul hari tu. Pagi-pagi lagi pun dah panas. Sampai ada yang pengsan juga masa beratur tengah panas tu.
Teringatlah zaman dulu-dulu masa sekolah. Eh setiap entry mesti nak enterprem jugak 'sejarahnya' gitu yek hehe. Dulu mama memang aktif sejak sekolah rendah lagi. Bila tiba waktu nak sukan, muka mama la paling gelap sekali kekeke. Kalau masa sekolah rendah dulu semua acara disapunya. Daripada lumba lari 100m, 200m, relay sampai ke lompat jauh lompat tinggi. Masa sekolah menengah pula mama lari long distance 400m dengan 1500m sebab nak lari short distance asyik kalah je hehhe... lepas tu tambah pulak dengan STFBand yang glamer itu memang kena buat persembahan padang setiap kali sukan sekolah. Tambah lagi dengan sukan sekolah orang lain pun kena perform juga. Pendek kata mama dengan sukan ni memang amatlah closenya. cewah.
Sebab tu bila kata clash antara sukan sekolah dengan family day hari tu mama rasa kesian nak let go hari sukan tu. Lagipun sebab memang diorang ada acara kena masuk. Tu yang terpaksa bergegas juga.
Anyway, Humaira masuk acara 80m. Maisara masuk acara sukaneka (berkumpulan) adik comel - pakaikan baju sekolah (agak tak menarik gak concept sukaneka ni tapi takpelah terima aje lah). Luqman je lah masuk perbarisan je (yang dah terlepas). Tanya jugak kenapa luqman tak masuk lumba lari. Dia kata dia nak masuk tapi cikgu tak bagi. Tak cukup laju kot. Tahun lepas memang luqman masuk lumba lari tapi tak menang la.
So keputusannya, Humaira dapat no 2! bravo, bravo!. Maisara pun dapat no. 2! hoyea hoyeaa... Tahniah semua!

March 03, 2010
Kau dan aku
Ini bukan tajuk cerita Kau dan Aku Astro Ria tu yang Mila, Akim dan Aril berlakon tu...
Ini adalah berkisarkan anak-anak mama..
Should I or should I not allow them to bahasakan diri 'aku'? not to me but occasionally i heard them saying 'aku' to their friends...
Kalau dengan mama ayah dan adik beradik memang la tak guna 'aku'.
Luqman bahasakan diri 'Luqman' atau kadang-kadang bahasakan diri dengan adik-adik dia 'abang luqman'.
Humaira, maisara, imran bahasakan diri 'kite'.. Ni menurun dari mama la ni.
Raihana bahasakan diri Ana/Ena tapi semenjak dua menjak ni kadang-kadang dia bahasakan diri dia 'kite' jugak... cutekan budak 2 tahun lebih yang masih pelat-pelat bahasakan diri dia 'kite' heheh..
Sejarahnya
"Aiyoo, tak tau, cakap 'aku' nanti jadi hantu paku"
"Ooo cakap 'aku' ye, nanti bagitau mak.."
Kenapa agaknya kita tak boleh cakap 'aku'? Sebenarnya bergantung kepada dengan siapa kita bercakap. Kalau dengan orang yang lebih tua memang tidak manis untuk bahasakan diri 'aku'. Tapi itu pun ikut budaya setempat juga. Tak silap mama ada sesetengah tempat yang memang bahasakan dirinya 'aku' walaupun dengan ibu bapa sendiri dan tidaklah dikatakan tidak cukup ajaran.
Mama dulu masa kecik-kecik memang cukup pantang cakap aku. Tapi masa tu rasanya memang kawan-kawan semua takde yang cakap 'aku'. Tu yang jadi cakap 'kite' tu. Dari segi tatabahasanya memang la confirm salah tapi bila tulis karangan, jawab soalan ke pandai je bezakan saya dan kita.Tak confius pun.
Sehinggalah mama masuk Form 1. Mama masih utuh dengan ke'kite'an itu walaupun kadang-kadang orang gelak.. hehhee.. Yelah masuk asrama kawan-kawan semua dari seluruh pelusuk alam jadi bila ada orang cakap 'kite tu.. kite ni..' abih kena gelak. Sampai Form 5 tu.. jangan tak tau.
Tapi bila lepas SPM, mula berkawan mix kat college, uni..(dulu masa form semua pompuan). Takkan nak cakap kite-kite kan dengan kawan-kawan berlainan jantina ni. Confirm kena gelak.. hehheh. (Kecuali dengan sorang la masa tu.. konon nak manja-manja.. kekeke.. ). Ketika itulah mama terpaksa memecahkan benteng ke'kita'an.
Sekarang
Bila masuk kerja, sungguh tak sure nak bahasakan diri apa kerana kita berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Lagipun masa mula-mula masuk tu kita lah yang paling junior. So I - you lah gamaknya. Namun kadang ikut orang juga. Bila jumpa geng Johor (Nazirah), kami memang cakap kite-kite. hehhe.. Kalau dengan adik beradik pun maintain kite-kite.
Yang paling bestnya bila jumpa Ninie and Wan sama-sama. They were my collegemate during A-Level. Just imagine, mama and Ninie bahasakan diri 'nama' dengan Wan, tapi 'aku' antara mama dengan Ninie. So bila kami bertiga (ish dah lamanya tak kumpul bertiga!), memang asyik tersasul-sasul je.. thinking of that, why not standardise ek? Rasanya sebab Wan memang tak pernah cakap 'aku'2 ni. so dia cakap dengan orang I you tapi masa tu kami 'geli' sikit nak cakap I you I you ni.. heheh.. so itulah sebabnya...
So kesimpulannya, cemana? Pada mama ok cuma kena tahu dengan siapa mereka bercakap. Kalau dengan kawan-kawan ok lah.
Hmm.. kenapa kita tak ajar mereka cakap 'saya'????

Subscribe to:
Posts (Atom)