- Secangkir Teh Pengubat Letih
- Murabbi Cinta
- U-Turn ke Jalan Lurus
- Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah
- Untukmu Wanita
- Nota Fikir untuk Zikir
- Sinergi
- Kisah-kisah Kekasih Allah
- Aisyah - Keanggunan Sejati
- Jejak Bisnes Rasul
- Urus Harta sebelum Mati
Anak-anak punya (tak berapa ingat tajuk sangat)
- siri Anas dari Ana Muslim (Anak Kucing Anas, Anak Patung Anas, Hari Pertama Anas) - Imran sangat suka siri ini. Terus dia rajin membaca. Sesuai untuk 4-5 tahun yang baru nak belajar membaca.
- siri Kisah Nabi-Nabi (satu set) - simpan dulu. Tak buka lagi.
- beberapa naskah buku cerita English
- Disney's Word Book - imran dan raihana suka buku ni. Tiap hari nak baca dengan mama.
- Disney's Craft Book - humaira, maisara baru survey-survey je buku ni. Kena cari bahan kalau nak buat. Cuma mama belum rajin nak supervise.
- majalah sayang muslim lama-lama
- majalah anis lama-lama
- buku Transport dan Colours untuk Raihana
- buku Alam Semesta
- buku Magical Animals - (oh agak tahyul buku ini tapi Luqman insist nak juga.. so bila baca kena ada parental guidance)
The question now is.. bila nak baca? Selepas mama stop pumping session tahun lalu memang agak kurang masa diperuntukkan untuk membaca. Kalau tidak, insya allah laju je la.. Takpe baca sikit-sikit. Ini kira stok untuk setahun la ni.
Ada orang tak faham kenapa kita perlu baca buku. Pada mama, bergantung kepada jenis buku yang kita baca. Kalau buku cerita yang tak ada faedahnya, mungkin hanya membazir masa. Ataupun majalah-majalah hiburan.. yang ini menambah dosa adalah. Tapi kalau buku-buku ilmiah ataupun catatan pengalaman yang memberi kesedaran atau motivasi, perlukah ditanya lagi kenapa nak baca buku? Kita cukup bertuah kerana pada masa ini banyak buku-buku yang ditulis secara santai dengan bahasa yang mudah dengan jalan cerita yang menarik yang disebalik itu disampaikan mesej-mesej yang baik. Dengan itu pembaca tidak akan rasa boring dan mesej itu akan sampai secara indirect. Satu lagi, dengan buku-buku ini diharap dapat menjadi peringatan (tazkirah) terutamanya kepada kaum ibu yang selalu sibuk di rumah contohnya mama sendiri, agak kurang berkesempatan untuk keluar mendengar kuliah nak dibandingkan dengan ayah yang insya allah selalu ada kuliah kat surau yang boleh diikuti.
Yang bagusnya, tabiat suka membaca buku juga boleh berjangkit. Kalau kita suka membaca, nanti anak-anak kita pun insya allah suka membaca. Pentingnya kita menjadi contoh kepada mereka. Bayangkan kalau kita suruh anak-anak membaca buku tapi kita sendiri tak pernah pegang pun sebiji buku. Cakap tak serupa bikin la namanya. Sekarang bila nenek datang rumah, nenek pun dah mula khatam satu persatu buku.. Travelog Haji, Travelog Dakwah, buku-buku ustaz hasrizal, hari tu Murabbi Cinta pun nenek dah nak habis baca tapi stop kejap sebab nak balik kampung. Mama suruh bawak balik, tapi nenek kata tak apa nanti datang sini balik. Even Mama pun tak start baca lagi. Mak Ima pun tiba-tiba mula berminat nak baca buku. Buku Atiq Wazif dia dah khatam dulu. Mama pun tak start lagi yang tu.. Uhhuhu jelesnya.
No comments:
Post a Comment