March 23, 2010

Skill dah hilang...

Kisah 1:

Hari tu mama buat pizza. Entah macamana doh untuk base pizza tu tak naik-naik dah 2 jam. Salah apa ye? Macamana ni? Bahan untuk topping semua dah siap dah! Mak Ima offer diri untuk pergi Jusco cari instant pizza base.

" Takpe nanti dulu. Kita cuba bakar je dulu mana tau naik."

So mama bakarlah pizza base tu.

"Wah naik lah... so oklah tak payah la pergi jusco.. nasib baik..."

Tapi bila dimakan...

"Alamak, apasal manis sangat ni??? Silap sukatan ke??"

Aha ni mesti kes mama selalu kutuk mak ima sebab mak ima kalau masak pape selalu tersilap sukatan. Kan dah kena kat batang hidung sendiri .. hehhe...

Maka makanlah kami hari tu pizza yang manis. Mula-mula makan ok. Tapi setakat sepotong je la. Bila nak makan 2nd slice dah terasa semacam.. huhu..

Kisah 2:

Last weekends mama nak buat hotdog bun. Oh kali ini pun sama kes juga doh tak naik-naik! Hmmm... musykil betullah.. kenapa jadi macam tu ye? dah 2 kali kena dah ni..

Namun disebabkan pengalaman lepas, mama pun bakar sajalah doh yang tak naik tu. Hasilnya memang naiklah bila letak dalam oven. Tapi hasilnya agak tidak memberangsangkan. Teksturnya jadi kering dan bila dah sejuk jadi keras.

Kesimpulan:

Hmmm.... adakah mama telah kehilangan skill menguli/membuat roti? atau adakah bahan yang mama gunakan dah expired? (tapi mama dah check dah.. tak expired lagi...) Atau adakah mata mama telah kero dan asyik tersilap baca resepi? Huhuhu...

Oh sungguh musykil....

No comments: