October 30, 2009

Seruan Haji

Mama baru habiskan buku Haji Muda karya Dr Ridzwan Bakar. Kalau dulu masa mama baca Travelog Haji, mama amat terasa dengan peranan doa dan kesannya terhadap kehidupan seharian kita, tidak spesifik kepada waktu Haji sahaja. Tapi bila baca buku Haji Muda ini, semangat untuk menunaikan haji terasa membara. Berkali-kali diseru untuk kita tunaikan haji semasa kita masih muda, sihat dan banyak tenaga. Selain memudahkan untuk kita beribadat, kita juga boleh membantu orang lain semasa di sana. Almaklumlah yang pergi menunaikan haji itu ada berbagai peringkat usia.

Kami memang pernah berbual-bual tentang haji ini. Ayah kata kita target umur 33 tahun sebab masa kita dibangkitkan di padang masyhar nanti, keadaan kita adalah seperti umur-umur yang begitu. Wallahu a'lam. So kalau ikutkan ada 2 tahun lagi la. Tapi kami baru je daftar tabung haji dan mereka bagi giliran lebih kurang 10 tahun lagi. Tapi sebenarnya kalau kita nak pegi cepat boleh tapi melalui pakej. Kalau muassasah RM10k, pakej mungkin dalam RM15k boleh dapat. Ada ke duit banyak tu? Sekarang ni pun simpanan tabung haji belum cukup lagi (asyik keluar je... hehe).

Namun kalau betul nak pergi dalam masa 2 tahun lagi, perancangan perlu ada dari sekarang. Selain daripada cukupkan simpanan, satu lagi ialah berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah memberikan jemputan kepada kita untuk menjadi tetamunya. Insya allah ruang itu tetap ada, sama ada melalui quota sapa-sapa, buat rayuan, ikut pakej ataupun masuk pertandingan astro oasis (boleh ke ni?)
Satu perkara yang merisaukan bakal-bakal haji muda ialah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Apatah lagi kami baru dapat berita akan kehadiran zuriat kami yang ke-6 insya allah due awal bulan June tahun depan. Siapakah yang akan menjaga mereka bila kami pergi nanti? Mama dah bayangkan mungkin atuk nenek Cheras boleh tolong tengokkan mereka. Cuma bila difikirkan macam tak sampai hati je nak tinggalkan especially yang kecil masa itu baru berusia setahun lebih. (kalau nak pergi umur 33 tahun). Itupun kalau tak ada adik lagi hehe (yang ni memang kena plan betul-betul nih.. jangan asyik 'ter' je.. hhehe) Tapi bila baca buku Haji Muda, beliau meninggalkan anak yang bongsu yang berumur 5 bulan. Isk.. lagi tak sampai hati dalam keadaan masih menyusu lagi... huhuhu...

Haji memerlukan pengorbanan.

Musim haji tahun ini, Mak Nit dan Pak Asri masih standby menunggu panggilan. Segala-galanya sudah disusun atur supaya tidak kelam kabut sekiranya menunaikan haji pada tahun ini menjadi kenyataan.. Ya Allah, berikanlah jemputanMu kepada Mak Nit dan Pak Asri dengan segera Ya Allah... Mereka dah bersedia dah dan tak sabar-sabar nak menjadi tetamuMu, ya Allah..

Mak Wa cerita-cerita hari tu mungkin nak pegi tahun depan. Kalau ikut giliran memang belum sampai lagi tapi Pak Lan ada cable yang ada quota (boleh tumpang?? hehhe) At least kami dah tahu satu saluran yang boleh merealisasikan impian kami.. heheh.. Ya Allah, tetapkan hati Mak Wa dan Pak Lan untuk menunaikan haji pada tahun hadapan Ya Allah..

Ya Allah, jemputlah kami untuk menunaikan haji pada tahun 2011 ya Allah... Berkatilah perancangan kami untuk menuju ke rumahMu ya Allah... Panjangkanlah umur kami sehingga kami sempat menunaikan rukun Islam yang kelima itu ya Allah...

p/s - buku Travelog Haji dan Haji Muda - satu kombinasi yang baik sebagai motivasi untuk kita menjalani kehidupan seharian dalam mencari rahmat dan keredhaanNya. Namun mama masih mencari sebuah buku seperti ini dari kacamata seorang wanita. Kerana tidak dapat dinafikan cabaran dan nature antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Adakah akan lahir sebuah karya daripada kacamata mama sendiri? cewah...

October 27, 2009

Berleter

Cerita ni mama dengar masa pegi usrah hari tu...

Suatu hari seorang sahabat hendak mengadu kepada Khalifar Umar Al-Khattab tentang isterinya yang suka berleter. Apabila sampai di luar rumah Saidina Umar, beliau terdengar isteri Saidina Umar sedang berleter. Lalu beliau terfikir, sedangkan Saidina Umar sendiri isterinya berleter, dirinya sendiri terasa malu pula hendak mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar. Lalu beliau pun tidak jadi untuk meneruskan hajatnya lalu pulang semula ke rumah.

Rupa-rupanya Saidina Umar tahu beliau datang ke rumah. Keesokannya, Saidina Umar pergi ke rumah sahabat tadi untuk bertanyakan hajat sebenar beliau. Lalu sahabat tersebut pun menceritakan segalanya dan bagaimana beliau tidak jadi mengadu apabila mendengar isteri Saidina Umar pun sedang berleter.

Saidina Umar berkata bahawa seorang isteri telah banyak berkorban. Mereka melayan suami, menjaga anak-anak, menjaga harta benda, menjaga rumah dan sebagainya. Maka sabarkanlah sahaja dengan leteran mereka..

So suami-suami sekelian... harap dapat bersabarlah dengan leteran-leteran kami... hehhehe...

p/s - mama mana ada berleter kat ayah pun, kan ayah kan.. heheh... leter kat budak-budak je... jenuh mulut..

October 22, 2009

Masa berjalan begitu pantas..

Pejam celik pejam celik dah nak akhir tahun. Isy... cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam hantar Luqman masuk darjah satu. Tak lama lagi nak masuk darjah 2 dah. Humaira n Maisara pun dah nak masuk sekolah. Yuran pendaftaran dah dibayar. Tengah congak-congak berapa set baju sekolah yang diperlukan? Ayah kata beli 5 terus untuk sorang. So untuk seminggu tu gosok 5-5 baju sekali lepas tu pertengahan minggu tak perlu sibuk-sibuk gosok baju. Hmmm... kalau ada 5 baju pun tak tentu lagi mama larat nak gosok semua masa weekends tu (5x3=15. campur imran punye 2=17.. huhu). 3 sorang cukup lah... Buku teks pula satu set boleh diwarisi dari Luqman. Satu set lagi kenalah beli.. baru atau 2nd hand. Maybe boleh nego dengan Amni. Mesti buku Amni cantik-cantik lagi ni.. hehhe...

Cepatnya masa berlalu. Katanya semakin akhir zaman, masa terasa makin cepat berlalu. Semakin dekatlah kita dengan akhir hayat kita yang kita tak tahu bila dan bila-bila masa je boleh berlaku. Seperti kata dr ridzwan semalam, "Siapa boleh beri jaminan dia akan hidup bila keluar dari dewan ini?"

Sekiranya...
Alamak, hutang puasa mama 2 hari lagi belum settle..
Tak sempurna lagi rukun islam ni belum pergi menunaikan haji lagi..
Tak solat zuhur lagi ni..

better mama stop dulu nak gi solat... :)/:(

Wassalam..

October 19, 2009

Di Penghujung Syawal

Bulan raya ni apa lagi kalau bukan makan.. makan.. makan... Jemputan open house bertalu-talu.. alhamdulillah murah rezeki kami dan semoga dimurahkan rezeki tuan rumah yang sudi menjemput kami. Mama pun dah lama tak masak betul-betul kat rumah. Bila weekdays makan lauk beli. Bila weekends asyik makan kat rumah orang je.. hehheh... Terima kasih kepada tuan-tuan rumah open house. Mama tahun ni tak larat nak buat open house. Cuma hari tu masak sikit untuk orang surau - program ziarah raya. Mama buat sup tulang makan dengan baguette.
pics credit to google.. tak sempat nak ambik gambar.. kelam kabut.. sekelip mata dah habis.. heheh..

Punyalah kelam kabut hari Khamis malam Jumaat lepas. Hari tu kerja macam biasa. So lepas maghrib la baru start kelentang kelentung.. Tapi tulang dah rebus semalamnya dah. Yang bestnya ayah kata dalam 20 orang, tapi masak budget untuk 10 orang je sebab ada banyak rumah satu malam. Rupanya yang datang tu mama rasa adalah dalam 40 orang kot. Huhu... Nasib baik la mama ada buat tambahan mihun goreng sikit. Kira ngam-ngam la makanan tinggal tulang 2 ketul dengan mihun sepinggan. Hehe... cukuplah untuk K Za jiran sebelah anak beranak yang datang selepas tu.. Tapi alhamdulillah takde membazir. Semoga kedatangan tetamu membawa berkat ke rumah kami.

Lain-lain cerita...
Bertandang kat rumah k cuya Jumaat lepas. Ingat nak join usrah sekali. End up jadi penjaga nursery lah kami. Heheh... 5 anak mama, 3 anak k cuya, 3 anak yatt... havoc... Tapi syok la dapat jumpa geng yang dah lama tak jumpa...


Hmm... tengah banyak open house pun dok sibuk lagi kat dapur. Entah kenapa hari ahad lepas terlebih rajin pulak mama. Saja nak try buat lasagnea. Resepi dapat dari k ina jiran sebelah kat office ni. Macam senang je dia cerita. Rupanya memang senang. Kire menjadi jugak. Cuma kena improve on the sukatan. Tak reti nak budget banyak mana kuah merah, banyak mana kuah putih, banyak mana lasagnea sheets. End up tak balance. Satu lagi termasin sikit la.. hehhe.. Tapi budak-budak suka. Humaira siap nak bawak pegi sekolah pagi ni. Sampai dua ketul..

Satu lagi kerajinan mama. Apple pie.. again!!!??? Disebabkan ada apple merah yang dah lama tak termakan-makan dan macam dah nak lebam, mama telah cuba menyelamatkannya dengan menjadikannya apple pie filling.. Oklah kali ni style lain sikit... Cuma filling tu kurang ummpphh sikit sebab pakai red apple. Sepatutnya guna green apple..

Ah.. sebenarnya mama masih kekenyangan sekarang ni dek penangan Jamuan Raya Group IT tadi. Biasalah kami selalu buat last day raya. Hehe.. Nampak juga kelibat ayah tadi. Tapi kejap dah hilang. Awat tak tinggalkan nombor cabutan bertuah tu.. kot kot mengena.. hehhe...

Looking back, what have we accomplished during this Syawal month? Puasa enam? Makan, makan, makan? Weight gain? Settle our fasting debt? Do we continue our good deeds from Ramadhan? Istiqamah, we once said.. but...
Semoga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan/Syawal yang akan datang...

October 16, 2009

Bila nak baca buku?

Baru tadi mama beli buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok karangan siapa lagi kalau bukan Prof Muhd Kamil Ibrahim. Isk, dah lama betul mama tak membaca buku. Sejak-sejak tak mengepam di office ni memang tak ada masa untuk membaca. Sebenarnya ada 2 lagi buku yang tak terhabis.. Iskandar Bukan Zulkarnain dengan Yakjuj dan Makjuj. Kononnya kena habiskan dua buku ni dulu barulah boleh beli buku baru lagi.. Tapi sebab tadi ikut geng-geng singgah kat booth Kak Zaini, terus terbeli buku Travelog Dakwah ni. Sebenarnya nak cari satu lagi buku Haji Muda tapi kak zaini tak jumpa pulak kat mana. Toke buku tengah solat jumaat. Haji Muda ni pulak karangan Dr Ridzwan Bakar. Tengok review macam best. Tak sangka pulak rupanya beliau staff TM. Next week Group IT KSS jemput beliau untuk bagi talk pasal Personal Financial Fitness. Musti mau dengar...

Next week ada MPH buat cam promotion kat TM ni.. ada discount 20% kalau tak silap. Ulat-ulat buku mesti rambang mata nih.. hehhe..

Hmm... bilalah masa mama nak membaca ye... hehhe... Ya Allah, berilah kelapangan masa untuk mama baca buku-buku yang dah dibeli nih.. amin..

nota kaki: Selamat berangkat ke Tanah Suci kepada K Zaini dan suami. Semoga mendapat haji mabrur... amin..

October 13, 2009

Luqman nak final exam

Tidak lama lagi Luqman akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dah sedia ke? Tak tau lah. Sekarang ni macam tak termonitor la luqman punye pembelajaran. Tak sempat mama nak check buku dia, dia belajar apa. Yang penting bila tanya ada homework tak hari ni? Jawapannya mesti tak ada.

"Luqman ada homework tak hari ni?"
"Tak ada! Luqman dah habiskan semua homework kat sekolah.."
"Betul ke ni?"
"Betul..."

Itulah dialog rutin kami boleh dikatakan setiap hari. Musykil juga mama. Tapi sebenarnya elok juga Luqman habiskan homework dia awal-awal sebab bila malam tu memang dia selalu mengantuk awal. Cumanya tak dapat check kerja yang dia buat tu betul ke tidak. Kadang-kadang tu pukul 9 dah tidur. Kalau suruh ulangkaji sikit pun dah 'monyok'. Penat sangat ke ek? Habisnya weekend la kena suruh dia ulangkaji sikit.

Next week sebenarnya dah start exam - 22/10 next Thursday. Start dengan subject agama dulu - Al-quran, Pendidikan Teras Islam, Bahasa Arab dan Jawi. Subjects ni selalu Luqman boleh dapat excellent. So kena maintain. Lepas tu break for weekends then sambung semula subject-subject lain - BM, BI, Maths and Science. Ok juga buat macam ni. At least ada break tengah-tengah tu untuk extra study time.

isk.. ini betul-betul last minute study ni.. macam mama dulu... hihihi...

October 09, 2009

Falsampah di petang Jumaat

Kita selalu rasa kita menjadi mangsa dalam sesuatu keadaan. Lalu kita menyalahkan orang lain atas keadaaan yang menimpa kita itu. Kita kata mereka tak berhati perut, kita kata mereka kejam, kita kata mereka tidak faham masalah kita... dan sebagainya..

Pernahkah kita terfikir untuk melihat kepada diri kita dahulu? Mungkin penyebabnya adalah atas kelemahan atau kesilapan kita sendiri? Mungkinkah ianya sebenarnya atas ke'kurang prihatin'an kita sendiri?

Ah, itu sebenarnya lumrah hidup manusia... Yang buruk hanya pada orang lain.. terlupa nak lihat kekurangan diri sendiri...

Muhasabah diri...

-------------------------------

Perlukah disukat-sukat sekiranya hendak membuat kebaikan? Perlukah ditimbang-timbang dulu sebanyak mana hendak buat kebaikan?

"Jangan baik sangat, nanti orang pijak kepala.."

"Buat baik berpada-pada..."

Salahkah buat baik pada orang yang 'tak baik'? Salahkah jika terus berbuat baik kepada orang yang tak menghargai kebaikan kita? Salahkah berbuat baik kepada orang yang asyik meminta bantuan kita?

Yang penting ikhlas... Asalkan kita tak kisah jika tidak dihargai... Asalkan kita mampu untuk membantu..

Yang penting kita yakin janji Allah.

Yang baik dibalas baik... yang jahat dibalas jahat..

Pokok pangkalnya.. hati...

Semoga Allah ikhlaskan hati kita semua...
Semoga Allah hilangkan penyakit dalam hati kita semua...

----------------------------------

Terlalu sukarkah untuk meluahkan perkataan 'Saya minta maaf'?

"It's really hard to say I'm sorry" kata Chicago.

Memang sukar. Ketika itu segala keegoan diri terpaksa dimusnahkan. Air muka terasa jatuh berderai ke tanah saat melafazkan kalimah azimat itu sambil mengakui kesilapan diri. Saat itu, diri ini pasrah atas segala hukuman daripada penerima kalimah itu...

Ah sukarnya...

Namun hakikatnya, itulah kata-kata azimat yang dapat mengubati hati yang luka. Walaupun lukanya masih belum kering, namun terasa reda sikit selepas disapu ubat.

"You can forgive, but you can never forget"

Ah, satu lagi falsafah yang membingungkan kepala si pesalah. Sampai bila?

Hanya kepada Allah kita mengharap...

October 08, 2009

Dilema bersama ena

du du du... ena tidur..
du du du du... ena tidur...
la ilaaha illallah....
muhammadurrasulullah...

Sudah 1/2 jam mama mendodoi ena dalam buai. Matanya sudah layu tanda mengantuk namun tidak juga terpejam lena. Apakah yang merunsingkan fikiranmu wahai anakku?

Sungguh sensitif ena sekarang. Tersilap sedikit sudah berguling-guling atas lantai.

" Ena nak apa? Nak ini?"

" Tak nak!"

" Nak itu?"

" Tak nak!"

Sudahnya mama biarkan sahaja dia meraung-raung sendiri.

Kenapa anakku? Adakah ena tak sedap badan? Atau ena lapar? Atau ena sakit perut? Atau ena tak selesa sebab selsema?

Atau adakah ena merajuk sebab mama nak weankan dia?

October 07, 2009

Trifle

Bahan-bahan

Sponge cake
Tepung castard
Susu cair/Fresh milk
Gula
Jelly - selalu mama guna Ladies Choice
Fruit cocktail
Whipped cream

Cara-cara

1. Hiris sponge cake dan susunkan dalam bekas.
2. Siramkan kuah fruit cocktail pada spongecake tersebut.

3. Sediakan custard: Campurkan tepung custard dengan air (nisbah 1:5). Kalau guna susu cair, masukkan 2-3 sudu besar susu cair. Atau kalau gunakan fresh milk, air yang nisbah 5 tu, 1 bahagian ialah fresh milk. Campurkan 3-4 sudu gula. Panaskan dengan api perlahan hingga pekat dan likat. Tuangkan atas sponge cake dalam bekas tadi. Taburkan isi fruit cocktail tadi di atasnya.

4. Sediakan jelly mengikut arahan pada kotak jelly tersebut. Tuangkan atas lapisan custard tadi. Selalunya mama guna jelly perisa strawberry.
5. Sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk, letak whipped cream di atasnya. Boleh guna yang instant atau whipped cream untuk cake. Better whipped cream untuk cake sebab tak cepat cair. Kalau yang instant ni cepat sangat cair.

Inilah hasilnya.. yummyy....

p/s - sorrylah mak ima, oja n sarah hari tu tak sempat merasa. sapa datang petang dapatlah merasa sebab tengahari tu baru buat.. heheh..


October 06, 2009

Happy Birthday Imran Haziq

Today is Imran's birthday.. yang ke berapa? ke-4.. isk.. rupanya imran sebelum ni masih 3 tahun.. patutlah lasak dan banyak kerenah... cepat merajuk pulak tu.. heheh...

Semoga imran menjadi anak yang soleh.. amin...


October 01, 2009

Apakah juadah yang simple tapi sesuai dengan hari raya?

Penyakit orang bandar zaman sekarang, kalau tak di ajak datang rumah beraya tak datang. (kecuali la sedara mara selalu kite redah aja..) Kalau kita kata, nanti datang la beraya rumah bile-bile... selalunya memang tak datang.. tapi kalau kata jemput datang beraya pada hari sekian jam sekian hingga sekian.. baru la orang datang beraya. (cakap orang diri sendiri pun sama je.. hehehh) Nak cuba tak kita buat macam tu tapi hidang kuih raya je... hehheh... tak best la pulak kan.. bila dah ajak macam tu mestilah kena masak something...

Apakah hidangan yang best untuk buat open/semi-open house?

mihun sup
spaghetti
nasi impit kuah kacang (dulu masa kat uk je buat nih..)
mi jawa
nasi tomato (k wa suka sangat masak ni senang sangat ke? nanti nak berguru la..)
laksa - mama tak pandai.. eh bukan tak pandai cuma belum belajar.. dari dulu nak belajar dari azlina buat laksa johor tapi belum kesampaian lagi...
shepherd pie - terlalu cliche untuk mama
nasi ayam - ni pun dah synonim sangat
sate - ini paling simple order saja...

sapa ada idea lain? yang penting simple dan tak renyah.. heheh..

selalu kami buat takdelah open house betul.. just ajak adik beradik dan jiran dekat-dekat... tapi takdelah kata orang lain tak boleh datang pulak... datang le datang le bila-bila... hehhe... kalau tepon dulu before datang insya allah boleh la buat pape sikit... kalau tak kuih raya pun ada... no problemo...