October 31, 2008

penangan playhouse disney channel

sekarang ni.. mana ada chance nak nengok tv... lebih2 lagi sekarang ni the kids dok kat nursery tak dapat nengok tv.. balik2 je tercongok la depan tv dari lepas maghrib sampai ke 10.30 mlm... apa taknya.. cerita berderet-deret.. daripada mickey mouse, ke tigger and pooh, sambung little einstein dan last sekali handy manny... lepas tu baru la boleh tidur...

Mickey Mouse Clubhouse.. oo... toodles..



Handy Manny.. imran kata dah besar nanti dia nak jadi tukang kayu.,.. sabor je la...

Little Einstein.. mari mengembara dengan kapal angkasa... tepuk-tepuk-tepuk... adagio... presto.. ini raihana pun suka.. ikut tepuk tangan..


Tigger and Pooh... ini masa berfikir.. supersleuth menyelesaikan masalah...


October 28, 2008

dilema lagi..?

alhamdulillah.. kenyangnye peruttt..... mee jawa semangkuk, nasik beriani sepinggan, kambing masak kuzi 3 ketul, lemang 2 ketul dan abc 2 mangkuk... isk isk isk... makan tak ingat punye...


hehehe.. baru lepas jamuan raya group IT... banyaknya makanan lebih... sebab budget 500 orang.. yang datang dalam 300 gitu kot... so terpaksalah kami bungkus membungkus.. tu pun nasik beriani ada lebih lagi tu setengah tong.. tak taulah tu...

inilah satu lagi dilema di hari raya... bila banyak sangat jamuan raya orang pun dah tak terlarat dah nak makan.. lebih2 lagi kalau menu lebih kurang sama je... yelah dah nama pun jamuan raya mestilah ada ketupat rendang, lemang.. nasi beriani pun biasa juga... asal niatnya nak jamu orang tapi dah jadi pembaziran pulak... samalah macam mama semalam.. masak memang budget untuk adik beradik, jiran kiri kanan depan rumah.. ngan kawan 2-3 orang... tapi banyak pulak lebihnya.. silap strategy lah.. lain kali kena ingat la kalau raya ni budgetting kena kira cara lain sebab orang tak makan banyak sangat... nak bawak gi surau pun ayah kata takde orang nak makan dah.. semua dah kenyang pegi open house... the rest is history...

anyway thanks to gee n aini yang datang rumah semalam... isk... lamanya kita tak berjumpa... just imagine sejak kuar stf memang tak pernah jumpa aini.. hehheh... tu dah 13 tahun dah tu... gee adalah jumpa jugak sebelum ni.. itupun last sekali sebelum kawin... sekarang anak dah nak masuk 2 dah... actually dok tak jauh pun... and actually ramai gak geng2 stf dulu yang dok dekat2... rizerque, saf, ajie, hanim, alim campur gee n aini... kire ramai la tu.. boleh buat gathering nanti... mama boleh offer rumah tapi kena buat potluck la... tak larat beb... semalam pun sehabis kudrat dah tu.. menu 5 pun dah jadi 3 je... heheh...

aini ngan kids.. alia, afifa n alif... gee and nadhirah...


Dilema berhari raya... II

Boleh rujuk artikel Dr Qaradawi pasal bersalaman dengan bukan mahram ni.kat ineternet dah banyak dah. dakpun tengok buku halal dan haram karya beliau.abuamiir Homepage 10.24.08 - 4:44 pm #

First of all, thanks to abuamiir for pointing out... mama have done some research on this and here is some excerpts from the eminent muslim scholar, Sheikh Yusof Qardawi regarding this matter...

Firstly, shaking hands between males and females who are not mahrams is only permissible when there is no desire or fear of fitnah. But if there is fear of fitnah, desire, or enjoyment, then handshaking is no doubt haram (unlawful). In contrast, if either of these two conditions (that there is no desire or fear of fitnah) is lacking between a male and any of his female mahrams, such as his aunt or foster sister or the like, then handshaking will be haram (although it is originally permissible).

Secondly, handshaking between males and females who are not mahrams should be restricted to necessary situations such as between relatives or those whose relationships are established by marriage. It is preferable not to expand the field of permissibility in order to block the means to evil and to be far away from doubt and to take the Prophet (peace and blessings be upon him) as a model when there is no proof that he shook hands with a non-mahram woman. Also, it is preferable for the pious Muslim, male or female, not to stretch out his/her hand to shake the hand of anyone of the opposite sex who is not mahram. But if he/she is put in a situation that someone stretches out his/her hand to shake hands with him/her, then he/she can do that.

That is the conclusion. The full and comprehensive explanation can be found here Shaking Hands with Women: An Islamic Perspective

Ianya juga telah dikupas dengan baik oleh Moderator soal jawab agama iluvislam.com. boleh refer di sini.

alhamdulillah... hati jadi tenang...

October 24, 2008

dilema berhari raya.. err.. dah nak abis raya pun...

Taati agama ketika menyambut raya - Dr Haron Din

Ada pun berjabat tangan sememangnya digalakkan antara lelaki sama lelaki, perempuan sesama perempuan dan sesama mahram (yang diharamkan berkahwin).
Apa yang berlaku sekarang dalam hiburan sebagai contoh, yang mengambil bahagian sama ada lelaki dan perempuan, termasuk pengunjung-pengunjung rumah terbuka bebas bersalam-salaman antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Ini adalah sesuatu yang jelas dilarang.


Jika itulah yang diamalkan tatkala menyambut hari raya, maka jelas ianya bertentangan dengan kehendak syarak.

Oleh itu perlu diperbetulkan semua amalan ini demi mendapat redha Allah. Wallahua'lam.

mama: dalam kita sibuk beraya, ingatlah batas-batasnya... sebenarnye mama dilema jugak... especially masa beraya kat kampung.. dengan cousin2 lelaki tu memang paham la tak boleh walaupun ada gak tu yang tak paham nak hulur tangan gak.. isk isk... cuma yang mama dilema sikit dengan orang-orang tua... e.g. suami mak sedara kita, suami nenek sedara kita... nak salam.. tak salam... nak salam...

Muhrim
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Muhrim disebut juga mahram, ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang(diharamkan) berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu larangan muabbad dan larangan muaqqat.

Larangan muabbad
Larangan muabbad ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.

Larangan muaqqat
Larangan muaqqat ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Siapa muhrim muaqqat?
Antaranya adik ipar atau kakak ipar. Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya(iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim muaqqat sama seperti hukum dengan bukan muhrim. Termasuk bukan muhrim ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuh atau bersalaman. Isteri kepada bapa saudara(emak saudara "sabit") juga termasuk dalam kategori muhrim muaqqat.

October 13, 2008

Maidless in Seattle... eh.. Taman Sutera..

wah... macam tak percaya... we have 5 kids ranging from 1yo to 6 yo with no bibik... this is what we call 'cool mum super dad'! hehhe...

oh how our routine changes drasticly..

morning..
4.30am - start washing machine (nasib baik ada timer)
5.30am - bangun, mandi, solat etc etc
6 am - ayah sidai baju, mama prepare simple breakfast.. buat air milo, sediakan roti ke cocoa crunch ke..
6.30am - time to wake the kids up - solat subuh, mandi, siap-siap nak ke tadika
7.30am - hantar the kids to tadika and nursery... luqman, humaira, maisara pegi tadika addin. imran n raihana pegi taska sutera bestari.

evening..
6.45pm - baru sampai, baru nak amik the kids..
7pm - masak nasi, mandi, solat, etc.. nasib baik the kids semua dah siap mandi n makan..
8pm - dinner (so far lauk memang dah beli siap2.. tinggal hidang je.. heheh.. tengah survey mangkuktingkat.com)
9pm onwards - prepare baju/barang the kidz for tomorrow, iron baju while ayah n the kidz tolong lipat baju... tu yang jadiknya baju tu tak tau nak kata berlipat ke bergulung.. atau orang jawa kata kuel-kuel.. apa taknya.. imran pun rajin nak nolong.. hehheh..
11pm - tidur... eh, before tido kalau larat lagi sapu and kemas rumah..

notes: the timing varies depends on selingan untuk melayan bebudak (nak itu nak ini... gaduh lagi.. berebut barang, berebut tv, etc...)

fuh... memang la looking forward to weekends...

October 09, 2008

besday imran.. actually dah lepas dah..

last monday 06/10/08 was imran's 3rd birthday... isk... baru 3 tahun rupanya.. selalu rasa imran macam dah besar... macam baya kakak abang je... sebab yelah dah main ke apa ke semua sama-sama je.. tapi imran memang tengah hyperactive sekarang nih.. isk.. sabor je la nak melayan kerenah dia...


anyway, hepi besday imran... semoga jadi anak yang soleh..

October 08, 2008

Raya 2008

Alhamdulillah... selamat juga mama bercuti dan kembali bekerja hari ni... 2 minggu setengah cuti raya.. hehehhe... pagi ni saja dok keje mengclearkan mailbox.. hehheh...
humaira n maisara tolong nek buat rempeyek..

Berpuasa kat kampung memang sangat banyak cabarannya (bagi luqman, humaira, maisara..). Apa taknya... dah le dari pagi sampai petang asyik main je.. pastu panas semacam lak tu kat kampung... tambah pulak kembar lagi duorang tu (nizam nazim) tak pose... isk.. isk... mama ni pun penat la nak memujuk bebudak ni... selalunya bising bila dah petang.. sayanglah kalau nak bagi diorang bukak pose...

alhamdulillah... dapat jugak diorang habiskan pose... juaranya humaira n luqman la dengan tak cukup satu hari.. maisara dia tak cukup 3 hari.. humaira memang banyak songel tapi bila dia terasa tak tahan tu dia tanya kita dulu.. abihla dia merajuk ke apa ke kita cuba la pujuk... tapi maisara ni tak aci betul.. 2 kali dia makan sembunyik-sembunyik.. tapi pastu dia mengaku.. alahai setakat nak merasa jajan sebijik.. isk isk.. tapi tabik spring jugak la kat diorang nih.. memang tersangat banyak godaan.. especially dah dekat raya tu.. dengan bau biskut raya.. dengan kengkawan yang lain ni tak pose... syabas mama ucapkan.. insya allah tahun depan boleh pose penuh la semua...

main bunga api

Kat kampung, tiap malam main bunga api... banyak pulak la stok pak alim.. balik kl sambung lagi main bunga api..

pagi raya solat raya kat surau taman sutera

tahun ni raya kat kl.. pagi raya solat kat surau taman sutera.. seronok gak.. kite satu famili pegi solat raya kat situ.. memula masa nak pegi surau tu ingatkan mesti tak ramai ni... tengok-tengok penuh jugak... melimpah lagi sampai ke luar surau.. lelaki la ramai... siap tempat pompuan pun kena tutup separuh bagi orang lelaki duduk... pelik jugak.. ramai pulak la orang taman sutera ni tak balik kampung yek... tapi rupa-rupanya bila dah sampai... tengok-tengok ramai bangla je... yelah.. taman sutera ni kat dekat gak ngan kilang2 kat spg balak tu.. isk.. surau taman sutera ni dah jadik cam surau bangla pulak.. siap announcement pun ada translation ke bahasa urdu.. isk isk.. nasib baik tak buat khutbah bahasa urdu... hehheh... anyway.. takpelah kita meraikan saudara semuslim kita di pagi raya...

sesi bergambar di rumah atuk Cheras..

pagi raya dipenuhi dengan agenda makan-makan je kat rumah atuk Cheras... tah berapa kali round tah gaknye... ketupat palas, rendang, nasik himpit ngan lodeh... petang tu gi beraya kat rumah maksu pekena mihun sup utara... plan asalnya petang tu nak balik batu pahat dah.. tapi balik rumah je dah dekat maghrib.. penat la pulak... last-last tunggu next day baru bertolak... tak sempat nak jumpa k nit..
kembar 3?

ni masa beraya kat rumah arwah tok wang.. semua dok syok tengok orang main mercun.. cik jaman spend kat mercun sampai ribuan ringgit tu.. isk isk... orang bujang..


sempat lagi bergambar dengan yut.. alhamdulillah sihat lagi... cuma tak kuat nak jalan je..

gambo posing raya dari kami sekeluarga....