October 24, 2008

dilema berhari raya.. err.. dah nak abis raya pun...

Taati agama ketika menyambut raya - Dr Haron Din

Ada pun berjabat tangan sememangnya digalakkan antara lelaki sama lelaki, perempuan sesama perempuan dan sesama mahram (yang diharamkan berkahwin).
Apa yang berlaku sekarang dalam hiburan sebagai contoh, yang mengambil bahagian sama ada lelaki dan perempuan, termasuk pengunjung-pengunjung rumah terbuka bebas bersalam-salaman antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Ini adalah sesuatu yang jelas dilarang.


Jika itulah yang diamalkan tatkala menyambut hari raya, maka jelas ianya bertentangan dengan kehendak syarak.

Oleh itu perlu diperbetulkan semua amalan ini demi mendapat redha Allah. Wallahua'lam.

mama: dalam kita sibuk beraya, ingatlah batas-batasnya... sebenarnye mama dilema jugak... especially masa beraya kat kampung.. dengan cousin2 lelaki tu memang paham la tak boleh walaupun ada gak tu yang tak paham nak hulur tangan gak.. isk isk... cuma yang mama dilema sikit dengan orang-orang tua... e.g. suami mak sedara kita, suami nenek sedara kita... nak salam.. tak salam... nak salam...

Muhrim
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Muhrim disebut juga mahram, ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang(diharamkan) berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu larangan muabbad dan larangan muaqqat.

Larangan muabbad
Larangan muabbad ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.

Larangan muaqqat
Larangan muaqqat ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Siapa muhrim muaqqat?
Antaranya adik ipar atau kakak ipar. Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya(iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim muaqqat sama seperti hukum dengan bukan muhrim. Termasuk bukan muhrim ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuh atau bersalaman. Isteri kepada bapa saudara(emak saudara "sabit") juga termasuk dalam kategori muhrim muaqqat.

No comments: