Alhamdulillah... selamat juga mama bercuti dan kembali bekerja hari ni... 2 minggu setengah cuti raya.. hehehhe... pagi ni saja dok keje mengclearkan mailbox.. hehheh...
humaira n maisara tolong nek buat rempeyek..
Berpuasa kat kampung memang sangat banyak cabarannya (bagi luqman, humaira, maisara..). Apa taknya... dah le dari pagi sampai petang asyik main je.. pastu panas semacam lak tu kat kampung... tambah pulak kembar lagi duorang tu (nizam nazim) tak pose... isk.. isk... mama ni pun penat la nak memujuk bebudak ni... selalunya bising bila dah petang.. sayanglah kalau nak bagi diorang bukak pose...
alhamdulillah... dapat jugak diorang habiskan pose... juaranya humaira n luqman la dengan tak cukup satu hari.. maisara dia tak cukup 3 hari.. humaira memang banyak songel tapi bila dia terasa tak tahan tu dia tanya kita dulu.. abihla dia merajuk ke apa ke kita cuba la pujuk... tapi maisara ni tak aci betul.. 2 kali dia makan sembunyik-sembunyik.. tapi pastu dia mengaku.. alahai setakat nak merasa jajan sebijik.. isk isk.. tapi tabik spring jugak la kat diorang nih.. memang tersangat banyak godaan.. especially dah dekat raya tu.. dengan bau biskut raya.. dengan kengkawan yang lain ni tak pose... syabas mama ucapkan.. insya allah tahun depan boleh pose penuh la semua...
main bunga api
Kat kampung, tiap malam main bunga api... banyak pulak la stok pak alim.. balik kl sambung lagi main bunga api..
pagi raya solat raya kat surau taman sutera
tahun ni raya kat kl.. pagi raya solat kat surau taman sutera.. seronok gak.. kite satu famili pegi solat raya kat situ.. memula masa nak pegi surau tu ingatkan mesti tak ramai ni... tengok-tengok penuh jugak... melimpah lagi sampai ke luar surau.. lelaki la ramai... siap tempat pompuan pun kena tutup separuh bagi orang lelaki duduk... pelik jugak.. ramai pulak la orang taman sutera ni tak balik kampung yek... tapi rupa-rupanya bila dah sampai... tengok-tengok ramai bangla je... yelah.. taman sutera ni kat dekat gak ngan kilang2 kat spg balak tu.. isk.. surau taman sutera ni dah jadik cam surau bangla pulak.. siap announcement pun ada translation ke bahasa urdu.. isk isk.. nasib baik tak buat khutbah bahasa urdu... hehheh... anyway.. takpelah kita meraikan saudara semuslim kita di pagi raya...
sesi bergambar di rumah atuk Cheras..
pagi raya dipenuhi dengan agenda makan-makan je kat rumah atuk Cheras... tah berapa kali round tah gaknye... ketupat palas, rendang, nasik himpit ngan lodeh... petang tu gi beraya kat rumah maksu pekena mihun sup utara... plan asalnya petang tu nak balik batu pahat dah.. tapi balik rumah je dah dekat maghrib.. penat la pulak... last-last tunggu next day baru bertolak... tak sempat nak jumpa k nit..
ni masa beraya kat rumah arwah tok wang.. semua dok syok tengok orang main mercun.. cik jaman spend kat mercun sampai ribuan ringgit tu.. isk isk... orang bujang..
sempat lagi bergambar dengan yut.. alhamdulillah sihat lagi... cuma tak kuat nak jalan je..
gambo posing raya dari kami sekeluarga....
No comments:
Post a Comment