June 29, 2007

10 Panduan Jauhi Tabarruj


summarized from Anis keluaran July 2007...

1. Menahan pandangan - tanda sifat malu, jangan memandang lelaki bukan muhrim dengan mata galak.

2. Jaga pergaulan - elakkan bercampur gaul, bersentuh-sentuh dan bertepuk tampar dengan bukan muhrim. Bahayanya jika sudah sekali ringan tangan untuk bertepuk tampar, akan jadi kebiasaan.

3. Memakai pakaian yang sopan, sesuai dengan syariat Islam - sayang sekali kalau membeli belah pakaian mahal tapi tak menepati syariat, sebaliknya mendapat laknat Allah.
- tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
- longgar, tidak nipis, tidak jarang, tidak singkat (trend sekarang ramai yang bertudung tapi baju lengan pendek ataupun pakai t-shirt ketat)
- tidak jarang - ada juga yang pakai tudung tapi jarang sehingga nampak tengkuk.

4. Tegap berjalan - Jaga cara berjalan. jangan mendada bagai itik pulang petang. sebaik cara berjalan ialah tundukkan sedikit kepala dan berjalan dengan langkah agak cepat (tegap). Cara begini dapat mengawal pergerakan badan dan mengelakkan tudung melekat di dada apabila ditiup angin. Bukan jalan meliuk lintuk.

5. Jangan menyerupai pakaian lelaki hingga sukar membezakan jantina. - Bagi wanita yang berseluar panjang, dianjurkan longgar dan blaus longgar dan melepasi paras pinggul.

6. Tidak menyerupai pakaian orang kafir dari kaum Yahudi dan Nasrani. Sabda Rasulullah "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka akan dibangkitkan nanti bersama dengan kaum itum " Riwayat Tabrani.

7. Jaga tutur kata dalam berbicara. Dengan suami digalakkan bercakap lemah lembut tetapi di tempat kerja, bercakap dalam telefon dengan muhrim, bercakaplah dengan nada sederhana, bukan dengan nada manja.

8. Jangan memakai minyak wangi terlalu harum dengan niat memikat lelaki. Gunakan wangian yang sederhana baunya sekadar untuk menyegarkan bau badan dan orang selesa berinteraksi dengan kita. haruman yang wangi hanyalah untuk suami sahaja.

9. Jangan memakai aksesori tambahan yang berloceng seperti gelang tangan, gelang kaki yang boleh menarik perhatian lelaki.

10. Memakai solekan sederhana. gunakanlah warna-warna yang lembut seperti warna-warna natural sekadar untuk tampak kemas dan meyakinkan. solekan terang hanya untuk suami.

Kesimpulannya, islam tidak menghalang wanita bercantik-cantik dan berhias untuk bergerak aktif di luar rumah mengikut bidang yang diharuskan syarak. Begitupun, dalam apa jua keadaan, kita wajib melaksanakan hukum Allah. Mari kita sama-sama tegakkan syariat Allah supaya maruah wanita Islam dipandang mulia, hebat dan beroleh berkat di sisi Allah SWT.

June 25, 2007

Cuti-cuti.. Tiara Beach Resort, Port Dickson


Weekends yang memenatkan tapi best...

Starting from Friday nite, barbeque rumah Mak Zun... Mak Ima belanja first gaji keje baru... hheheh... malang tak berbau jiran sebelah baru eksiden petang tu... so lepas maghrib kami gi bawak familynya nak lawat ayah diorang kat hospital pantai.. petang nak maghrib tu baru tau... ingat mama pun nak ikut sekali la tapi kalau mama ikut, semua mesti nak ikut tak berapa muat pulak innova tu... last-last ayah ngan luqman je pegi spital.. mama and the rest ayah drop kat rumah mak zun la on the way.. sempat la menyardinkan innova tu kejap... ada la dlm 14 org kot masuk dlm tu termasuk bibik, sarah... 6 orang besar, 8 orang kecik.. orang besar tu pulak memang agak besar-besar jugak,.. hheheeh.. nasib baik la rumah mak zun dekat je... nway, barbeque was good.. ayam, udang, sotong, ikan, baked potato.. etc..etc... thanks mak ima.. lain kali boleh belanja lagi.. gambo tunggu mak ima email la...

Hari sabtu pagi kami bertolak ke Port Dickson.. ayah ada Family Day kat Tiara Beach Resort... sampai tengahari makan-makan pastu ada Coloring competition... seronok la the kids.. tapi maisara tak abih kaler sebab dia kata nak sambung kat rumah.. apa-apa je la.. tapi semua orang dapat hadiah.. kaler magic...iskk... nightmare betul... abih kat bilik apartment tu diorang buat decoration kat lantai, kat bedsheet.. kat tangan.. ingatkan tak nak bawak balik kl tapi mencarik pulak diorang tu.. tawakkal je la...

ni anak ke bapak yang mengaler nih..

maisara dengan lukisan tak siapnya

luqman punya dah siap..

colourfulnya itik humaira..

imran tunjuk apa tu? orang tunjuk lukisan masing-masing, dia pun nak posing camtu..
-
lepas tu ayah ada sukaneka.. bebudak boring la tunggu ayah.. apa lagi.. main pasir la... tapi ok gak kat sini.. sebenarnya tiara beach resort ni bukan dekat dengan pantai pun tapi dioang buat artificial punya pantai... kolam pun banyak.. kira memang macam waterpark la.. tu yang budak-budak ni tak sabor nak main air... last-last kitorang tak tunggu ayah punya sukaneka tu abih.. terus gi main air.. isk seronoknya.. imran pun main tak ingat punye...

ayah tengah baling plastik berisi air..

aktiviti main pasir

masa untuk main air!!


malam tu ada dinner.. tapi budak-budak ni memang dah penat dah ni.. dapat makan kejap je pastu mama n the kids balik bilik la.. tinggal la ayah sebab ayah ada persembahan kena buat.. tu aaa.. tak dapat tengok ayah berlakon.. ye ye je... kekkeke...

esoknya lepas breakfast satu round lagi kat kolam... tapi maybe sebab pagi-pagi sejuk.. lepas hujan plak tu.. imran pun tak berapa nak 'berenang' sangat... dia dok kat tepi je main air pancut tu.. yang lain cam biasa la belasah je sejuk tak sejuk.. sementara tu ayah ada volleyball game...

kul 11 lebih gitu kami pun bertolak balik KL... sampai KL siap-siap petang tu ada usrah alumni plak kat PJ.. bawak imran sorang je.. tu pun humaira n maisara mengamuk nak ikut.. tapi sebab diorang tu mesti penat nak tidur tu...

malam tadi memang flat je... luqman ajak main bola tanah liat... padahal dia pun dah penat gak.. kitorang main sambil baring.. hahhaa... apa la luqman nih.. tak layan kang marah.. last-last kul 9.30 semua masuk tidur dah.. imran lepas maghrib awal-awal lagi dah tertidur... mama pun ingat nak bangun balik sebab tak iron baju lagi.. pastu sedor-sedor dah pagi dah... so pagi-pagi ni baru la nak terkocoh kacah mengiron baju... nasib baik hari ni ayah cuti so kurang la sikit baju yang nak di iron...

sesekali pergi bercuti.. seronok la... penat tu biasa la.. lagilah dengan keadaan mama yang dah semakin sarat nih.. pastu bibik tak ikut pulak tu... nway budak-budak pun dah besar.. banyak benda dah boleh buat sendiri cumanya penat nak supervise je la... next two weeks trip ke penang pulak.. pak su ki nak kawin.. yang tu nanti citer lain ok..

June 11, 2007

Makan-makan.. Nasi Daging


semalam mama buat makan-makan. sempena takde sempena pun.. mulanya nak ajak mak A ngan mak Wa sebab mak A baru balik dari Miri, mak wa pulak baru balik dari sudan.. so saja la nak ajak diorang makan kat rumah... pastu nak ajak la adik beradik yang lain sekali... pastu ajak sekali adik beradik ayah.. dah jadi besor pulak makan-makannya..

mama buat nasi daging. lauknya beriani daging, ayam masak merah, dalca ngan acar timun... isk macam lauk kenduri pulak.. resepi mintak kat mak mentua... first time buat (kecuali ayam masak merah la) terus nak buat big scale pulak tu... perasan terrer la nih.. hehhe... malam ahad tu dah start masak dah apa-apa yang patut... rebus daging.. lama ooo nak bagi dia empuk.. buat acar, potong-potong bawang, buat dessert (apa lagi kalau bukan coklat kek.. hheeh)... so pagi ahad tu memang tinggal masak je..
jadik ke? tunggu mak mentua datang la baru boleh test.. hehhe.. nasik daging.. ok pass... beriani daging... kurang tomato sos (tu aa dah tanya ayah dah.. ayah kata rupa dan rasa tak macam nenek buat tapi tak tau apa yang kurang), dalca.. ada bau hangit sikit... hehhe.. ini mama nak salahkan periuk tu la.. kata non-stick tapi stick.. pastu pekat sangat sebab masuk kacang dal banyak sangat.. tak reti bajet la... ayah beli tu peket kecik je... bila rendam jadi banyak pulak... tu pun mama tak semuakan tu tapi still banyak... acar timun.. ok.. ayam masak merah pun ok.. so kesimpulannya kire ok la... hehhe.. mama ingatkan nak amik gambo satu-satu macam hanieliza tu tapi bateri camera lupa nak charge... duh... terpaksalah amik guna phone camera je... tak lawo sangat so amik overall je la...

menu nasi daging dan lauk pauk - beriani daging, dalca, acar timun nenas dan ayam masak merah..

untuk dessert, as you know mama buat kek coklat, pastu semalamnya mama try buat kuih tako.. saja je untuk makan-makan sendiri.. kuih tako ni yang selalu orang letak dalam bekas daun pandan kecik-kecik tu yang bawah hijau atas putih... tapi mama malas nak carik bekas.. tuang je la dalam bekas besar.. sebenarnya nak try je sebab tengok resepi macam senang sangat.. ended up sukatannya tu jadi banyak pulak.. pastu yang bahagian putih tu terkeras pulak.. petang sabtu tu makan memang tak abih.. ayah suggest carry forward je la untuk makan2 tu.. so jadiklah dua dessert mama.. esoknya kuih tako siap boleh potong-potong plak macam kuih loyang.. hehhehe.. sepatutnya dia kena lembut yang tak boleh potong punya.. anyway orang kata sedap je... pastu k wa bawak buah pelam la, buah epal la, swiss roll, k nit bawak honeydew... banyak la pulak.. terpaksa keluarkan satu lagi meja untuk dessert...

dessert.. honeydew, pelam, kuih tako, epal, swiss roll, choc cake..

all in all ok la semua... hopefully semua balik dengan perut yang kenyang.. mak ima kata,"ingatkan buat nasi ayam.." iskk.. ingatkan mama ni muka nasi ayam ke? for info sebelum ni speciality mama memang nasik ayam.. hehehe.. kali ni lain la sikit... ada satu lagi request from Mak A nak makan sheperds pie.. sebab selama ni dia dok dengar je orang cerita tapi tak pernah rasa... tapi memandangkan menu pun dah heavy mama postpone la next week ke ek mak A.. lama lagi kan kat kl.. tak terlarat la nak buat semua.. bahan dah beli dah sebenornya..

lepas makan semua lepak-lepak..

petang tu bila last sekali mak zun balik dah start hujan pastu makin hujan lebat semua pakat tidur... mama bila baring tu baru la terasa penatnya.. dari pagi tak duduk.. malam pun terasa lenguh je kaki... adeh.. adeh... tapi puashati la sebab masak semua menjadi (atau hampir menjadi) especially nasi dia tu... pastu kira ngam-ngam la jugak tak berlebih banyak sangat kecuali dalca.. tu pun semalam ayah bawak gi surau buat makan cicah roti...

pagi ni budak-budak dah start sekolah dah... ayah pulak start outstation ke kuching for 2 weeks... tu yang terpaksa tolak order opis untuk choc cake 2 bijik untuk IT Council meeting esok.. takut tak sempat nak buat malam nih.. nway mama bawak hari ni la untuk mkn2 kat opis je.. takdelah opismate kempunan nak makan kan...

June 06, 2007

suami, isteri dan dot dot dot


semalam mama beli majalah anis.. tengah boring-boring ni kan.. dah start sibuk buat reports tapi tak cukup data lagi sebab data provider ada yang masih cuti kot... bila la diorang nak masuk keje balik nih.. dah la report crims pulak ada error tak settle-settle lagi.. anyway apa yang ada mama dah siapkan lah.. so tinggal nanti buat untuk yang the rest la... hopefully by this friday boleh settle semua...

so bila boring-boring buat reports tu, mama baca majalah anis ni.. tak abih pun lagi.. tapi mama rasa banyak bende menarik la kali ni... pasal suami, isteri, rumahtangga, anak-anak..

'Kebanyakan suami biasanya tidak menyebut secara berterus-terang tentang kemahuannya, tapi suami cukup gembira jika isteri melakukan sesuatu yang membuatkan dia rasa dihargai. Contohnya sesekali belikan baju, kain pelikat, kopiah atau benda-benda murah seperti suratkhabar pun suami dah suka.'

'Ada kes suami yang rasa tidak selesa kerana isterinya "terlalu rajin" hingga dia rasa tidak mendapat perhatian sewaktu di rumah.'

'Naluri seseorang itu kalau dia pemimpin, dia mahu ditaati oleh pengikut. Dia juga mahu pengikut hormat dan sedia berkhidmat kepadanya. Tidak ada pemimpin yang suka dibangkang, diperlekeh dan dibuat tidak peduli oleh pengikut. Begitu juga suami, secara nalurinya dia mahukan tiga perkara ini daripada isteri - taat, hormat dan khidmat.'

'Suami mahukan personal touch dari isteri untuk layan dia makan, buatkan air, sediakan pakaian, cantikkan bilik tidur dan lain-lain bentuk khidmat dalam memenuhi keperluan dan memudahkan urusan kehidupan suami sehari-hari. Sesetengah urusan rumah tangga boleh diserah kepada pembantu rumah tapi khidmat yang bersifat peribadi biasanya suami mahu isteri sendiri yang buat.'

'Tak rugi meraikan kemahuan suami kita dengan sebaiknya kerana harga kebahagiaan yang Allah akan beri kepada isteri yang sangat memuliakan suami ialah jaminan syurga. Sesungguhnya senjata izin dan redha suamilah yang melayakkan kita bergelar isteri solehah kebanggaan suami.'

'Beringatlah-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru marilah kita dengar dahulu apa suara hari isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi sementara isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya..'

"Apa bezanya hidup dan kehidupan?"
"Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih sayang, cinta dan kemesraan"
"Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?"
"Err.. teman hidup dalam kehidupan"
"Tahu pun..."

'Sukarnya memenuhi segala kemahuan kerana kita sentiasa dibatasi kemampuan. Mungkin juga kita mampu tapi tidak mahu. Ini lebih sukar.'
"Senyum bila berdepan dengan suami.." pesan para ulama untuk isteri. Mampu? Siapa yang tidak mampu kalau sekadar tersenyum. Tapi berapa ramai isteri yang mahu tersenyum di depan suami.
"Peluk isteri sekurang-kurangnya tujuh kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya semata-mata melahirkan kasih sayang," kata pakar motivasi untuk suami. Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai suami? Tak banyak. Tapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya?'

'Wanita hatinya di mulut. Lelaki mulutnya sering di hati.'

'Terimalah pasangan kita seadanya.'

'Ibu bapa sering kehairanan, mengapa anak mereka degil dan enggan patuh. Makin bertambah umur, makin berani anak-anak ini mengabaikan do's and don'ts ibu bapa mereka. Ibu bapa ini terlupa, bahawa kepatuhan adalah buah kasih sayang. Berilah cinta, berilah kasih, nescaya patuhlah mereka yang sedang menikmati cinta dan kasih itu.'

Itulah antara rangkap-rangkap kata yang mama rasa boleh dijadikan panduan kita. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila la beli sendiri itu majalah Anis ye.. ehhehhe...

opss.. ada breaking news la... paklah nak kawin? paklah nak kawin!! wohoo.. paklah nak kawin la this saturday... hari tu kata.. "khabar angin.. khabar angin.. khabar angin.." anyway.. tahniah paklah.. semoga bahagia hingga akhir hayat... semoga selepas ni boleh lebih focus untuk manage our beloved country... :)

http://www.jeffooi.com/2007/06/selamat_pengantin_baru_pak_lah.php


June 05, 2007

errrrrr


aduuh... mama sakit leher ni.. salah bantal hari tu.. dah beberapa hari dah sebenarnye... dah mintak bibik urut pun belum baik betul.. tapi kurang sikit la.. ada orang kata kalau salah bantal suruh jemur bantalnya.. baru baik... sapa pernah try? mujarab ke?

semalam kan mama cuti.. tapi budak2 sekolah macam biasa.. ayah pun keje half day je.. malam tadi sebelum tidur luqman kata..

"bestlah kalau mama cuti.."
"kenapa?" mama tanya.
"kalau mama takde, bibik masak lambat je, dah petang baru nak masak"

isk.. ye ker.. selalu takde complain pulak.. selalu kalau tanya bibik pun dia kata budak2 makan... tapi semalam pun takde la awal sangat suap budak2 tu.. kul 1 jugak.. agaknya tak terasa lapar kot sebab asyik mengunyah daripada balik dari sekolah kul 10.30 tu.. almaklumlah baru balik dari kampung.. dok borong kerepek seguni.. hehhe...

petang tu pulak k za tepon citer pasal bibik-bibik.. isk.. kalau cerita pasal bibik-bibik ni memang macam-macam boleh keluar.. har har.. mana la nak carik bibik yang perfect.. kalau dapat tu memang bertuah la.. memang mama sedar bibik kat rumah tu pun ada kekurangannya.. ada je jiran2 yang tolong report.. selalu keluar, suka marah2.. pernah juga mama sound.. harap dia berubah la... tapi mama compromise juga la... takpe kalau nak keluar tapi keje kena beres... marah-marah takpe sebab mama tahu anak mama memang lasak-lasak tapi janganlah samapi keluar perkataan yang tah pape and jangan sampai angkat tangan sudah... tapi memang mama tengok anak-anak mama tak rapat ngan bibik kecuali imran.. maybe sebab dia jaga dari baby... lagipun memang bibik ni bukan jenis rajin melayan budak-budak.. pendek kata kalau bibik balik pun takde la sampai tanya-tanya atau demam rindu kot.. hehhehe... sebab tu agaknya luqman seronok bila mama cuti kot... ada la orang nak melayan dia.. kalau tak asyik kena marah je..

k za kata sebenornya satu je petua diorang ni.. jangan bagi campur sangat dengan geng-geng diorang nih.. kominiti maid kat tmn sutera tu memang hebat.. boleh buat satu lagi kelab maid la.. nak lawan kelab wanita.. heheh.. kalau petang2 weekends tu penuh kat playground tu buat mesyuarat.. kononnya sambil tengok anak2 majikan masing-masing la... bila dah berkumpul tu memang macam-macam la diorang nih... dok compare majikan tu macam tu.. majikan tu macam nih... dok compare gaji, cuti.. etc.. etc... tu yang tetiba nak beli henpon la.. nak digi la.. nak beli emas la.. nak cuti la.. itu la.. ini la...

tapi ye la.. takkan la nak larang terus diorang ni daripada jumpa kawan-kawan kan... diorang pun manusia biasa jugak... takkan nak kurung je dalam rumah ye dak.. kang lagi tensen kang nanti dibuatnya apa-apa kat budak-budak tu lagi la naya..

anyway takdelah semua buruk kat bibik tu.. ada juga boleh harapnya... setakat buat keje rutin seharian tu ok la.. cuma kalau nak suruh extra sikit memang kena suruh baru dibuat... pandai masak... tapi lately nih dia dah makin malas plak menunjukkan skill memasaknya.. kalau dulu ada je kuih apa-apa yang dia buat... pandai mengurut.. kalau bebudak jatuh ke apa memang servis kat dia je..

takpelah sekarang nih mama tunggu je la sampai bibik abih contract.. memang rasanya tak sambung la contract dia.. pernah jugak tanya dia tapi seloroh-seloroh je la.. dia kata tak nak sambung sebab anak dia tak berapa sihat.. tapi semalam k za cerita lain pulak.. dia borak-borak ngan bibik weekends lepas tanya sambung ke tak.. dia kata dia macam nak sambung lagi tapi ibuk (mama la) macam tak percaya kat dia.. isk.. nak tergelak pun ada bila dengar cerita... ni mesti kes sebab kena sound masa buat hal kat kampung hari tu.. (gi rumah 'sedara' dia..pastu kata nak balik petang.. sampai malam tak balik2.. rupanya tidur sana.. pastu pagi esok orang dah nak tolak balik kl tapi dia tak sampai-sampai lagi..)

hajatnya dulu memang after 2 years tak perlu la ada bibik lagi sebab imran pun dah besor.. boleh hantar nursery je.. tapi sebab coming sorang lagi kan.. hehhe.. so nak kena carik lagi la nampaknya.. kadang tu teringin juga berenti keje.. hehhe.. tapi sapa lak nak cover lagi beberapa K expenses per month kan.. lain la kalau ayah dapat keje gaji 10K..

hhmmm.. kan betul tadi kata kalau cerita pasal maid ni memang tak abih-abih.. ada je lagi.. tapi tak larat nak cerita semua... insya allah semua ni jadi pengajaran and boleh dijadikan panduan untuk handle maid yang seterusnya nanti.. kalau ada...

oklah.. back to work.. malas betul nak start keje hari nih.. tapi tak boleh malas sebab time for reports!!