August 24, 2006

merdeka vs birthday luqman vs wedding of the year


Tanggal 31 bulan 8 57
Merdeka merdeka
Merdeka merdeka
Sambut dengan jiwa yang merdeka...

Eh betul ke lirik mama nih.. hehhehe... tinggal seminggu je nak sambut merdeka nih.. tapi tak terasa pun.. tenggelam dengan cerita wedding of the year.. kesian gak kat siti situ sana sini... dengan email yang melayang-layang macam-macam.. tah orang tu baca ke tidak gaknye ye... dia steady je.. alhamdulillah dah selamat dah pun.. tak kisah la orang cakap apa.. bak kata orang, dah jodoh.. lagipun yang kawin, yang akan tanggung bahagia derita semua dia... so selamat pengantin baru to siti n dato k... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. end of story.... tapi tak berapa end la sebab next week tengok majlis sanding pulak.. sure gempak la... malam kan? so boleh la tengok... hehhehe...

next week merdeka.. luqman punya birthday pun hari merdeka jugak.. merdeka boy.. hari tu kami cakap kat luqman..

mama: luqman nanti kejap lagi luqman punya birthday.. hari merdeka
luqman: ada kek?
mama: ada la...
luqman: yea yea.. nanti bawak sekolah?
mama: boleh jugak..

lepas tu luqman tiap2 hari balik sekolah tanya..

luqman: mama mana kek luqman?
mama: laa.. belum lagi la...
luqman: ala .. hari tu mama kata ada birthday..
mama: ye la nanti hari merdeka...

esoknya tanya lagi.. tanya lagi.. rupanya kat sekolah pun dia dah pukul canang dah.. cikgu cerita luqman tiap2 hari kata esok dia nak bawak kek... alamak kesian pulak dengar.. tu la ayah kata kat mama.. lain kali tokleh cakap lagi kalau lama lagi.. ye la... last last mama beli jugak la hari tu kek 2 slices.. pastu baru ok... nantilah kalau mama dah terrer buat kek anytima nak makan kek mama boleh buat.. hehhehhe... tapi tunggu mama pandai dulu la...

tak tau lagi nak bagi hadiah apa kat luqman.. ayah kata nak bagi gameboy cam adam punya.. err... wise ke nak bagi bende camtu..nantikan teraddicted dengan game tu pulak.. dah la hari tu game dlm henpon mama tu luqman main... pastu dia pegi clear high score... waaaa... mama nak nangis je sebab siang tu mama baru je dapat high score sampai 90000... aduhss... sabor je,,, sebab average selalu sampai 40-50 thousand je.... aduh.. nak nangis.. nak nangis...

ish.. mama ni macam la takde keje dok blogging je.. sebenarnya tengah banyak keje yang kena follow up dengan orang.. diorang ni semua tengah cuti sekolah la.. ramai yang takde.. soo banyak la yang tertangguh... ye le.. TM ni pun macam sekolah jugak.. time cuti sekolah kami pun cuti juga...

anyway, imran dah jalan dah... dpt la 8,9,10 tapak pastu dia 'ngabrok' orang kat depan dia... ngabrok tu macam terkam la... kena praktis lagi ni...



tatih.. tatih

apa nak jadi...

i sound stupid when i speak in english, so i will make my entry in malay...

rasanya ramai yang baca kisah kes saman pelakon norfazura (pelakon gol & gincu) semalam kan

baca
baca satu lagi

ini mama extract sikit daripada berita tu..

Geraldine yang juga bekas isteri Ezra Effendi (anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi) berkata, ketika berbual dengan rakannya, tiba-tiba sekali lagi Fazura datang dari belakang dan memukulnya di mata, dahi dan dagu menggunakan kasut tumit tinggi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Fakhrul Azman, Geraldine mengaku bahawa Ahmad Razman yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali, pernah menjadi teman lelakinya.

FAKHRUL: Pada hari kejadian, ada kamu mengambil minuman keras? Adakah kamu mabuk?
GERALDINE: Ada iaitu wain merah tetapi saya tidak mabuk.

mama bukan nak bergosip ke apa... cuma mama nak point out kan sedikit kemusykilan la... geraldine ni agama apa ek? dia bekas menantu Dato' Effendi Nawawi... masa kahwin tu mesti dia islam kan.. pastu dia bekas girlfriend anak bekas menteri besar selangor... ( iisy.. pandai pulak la dok carik anak2 menteri.. ).. tapi namanya Geraldine Mariana Wong.. tak rupa nama islam.. tapi mungkin nama je kot.. (cuba nak berbaik sangka..) ..tapi minum wain.. pastu tak rupa macam muslim pun..

ker.. mama sorang je musykil.. orang lain musykil tak?

orang sekarang memang tak kisah kan orang islam pegi pusat hiburan mabuk-mabuk... takde orang nak halang.. orang sekarang pun tak berapa kisah kalau orang masuk islam cuma sebab nak kawin je.. lepas cerai balik semula ke sebelum tu.. nak salahkan sapa? salahkan mualaf tu ke? kalau mama, mama nak tonyoh la kepala orang yang ajak kawin tu tapi tak bimbing betul2.. cemana nak bimbing kalau diri sendiri pun tak terbimbing.. nak salahkan sapa? salahkan mak bapak? mak bapak jugak yang kena... mak bapak camni ke nak jadi pemimpin masyarakat? keluarga sendiri pun tak terpimpin...

sekarang ni makin ramai pulak orang melayu islam murtad...
nauzubillahi min zalik...

entahlah...
apa nak jadi...

August 15, 2006

i've found a new hobby...

hobby ok.. not hubby... :)
hobby as in favourite past times...

eversince my hubby bought me an electric oven a few months ago (thanks abang :)), i have this syndrom of trying out recipes.. all sorts of recipes .. i have tried out pizzas, chicken mushroom pie, shepherds pie, brownies, rosemary chicken... that oven is merely a catalyst but i tried out other recipes which does not involve oven too.. mee jawa, pasta marinara with white sauce, american potato salad, frozen cheesecake, kek biskut marie.. some ok some not.. Pizza.. only after the 3rd time that i get it right... chicken pie.. have tried once, not fully successful because the crust did not come out as expected... don't have quite the right mood yet to try again... brownies is instant.. very easy.. hehheh.. just buy Pillsburry instant brownies mix from the supermarket... add in a few ingredient... kacau 50 times.. then bake... voila... brownies is ready... hehhe.. ngelat je nih but the kids LOVE it very much... sheperd pie.. hmm.. that one i master it already... no problem.. it is my favourite and my family's favourite also (K wa, Elly, Eima, Uki, K Idah, my anak buah)... everytime we do makan2 they will ask.. got that pie or not... not the kids though... diorang buat tak kisah je.. but pizza yes they like it especially Luqman.. sometime out of nowhere suddenly.. "mama, esok mama buat pizza kan.." err... did mama mention anything about making pizza tomorrow? i didn't recall... anyway, one day when we were jalan-jalan at South City Plaza, Luqman want to eat pizza.. there we ordered the Dominos Pizza.. the regular size is RM20++.. waa.. with that amount of money i can make 4 large pizzas, you know.. ceh mentang2 la dah tau buat pizza sendiri... hehheheh...

isk.. talking about all this stuff makes my mouth waters already.. what more, i'm fasting today! cobaan...

next is to try the chocolate cake.. last week i attend the making chocolate cake class at Nina's house.. her chocolate cakes were SOOOOOOOO delicious... nyum nyum.... it looks very easy.. and the ingredients are not very complicated.. she used local cocoa powder, Giant condensed milk, local cooking chocolate, tepung cap sauh, very jimat one... even the way the ganache (chocolate topping) was made was really simple.. you don't even have to use the double boiler..just use your kuali.. that's it.. i have yet to try this one because not enough equipment.. for one i don't have the suitable loyang to start with.. and a few items like metric cup, pengayak tepung. That day i went for windows shopping at Giant Kelana Jaya.. trying to look for some of the stuff.. i cannot find the local cocoa powder.. i can only find the Van Houten/Vochelle cocoa powder which is quite expensive.. around RM10 per tin. I remember nina said she bought at 3.50 per KG from a bakers shop.. they said the nearest is at bandar kajang next to Maidin.. where is that?? hhhe... nama je dok kat kajang tapi bandar kajang pun jarang pergi.. tak kuasa la.. crowded semacam.. that day Eima said there is one at Bdr Tun Hussein Onn.. hmm.. ok.. i am just waiting for gaji masuk before i set for shopping for cakes ingredients.. can't wait....

next one on the list is the chocolate chip cookies ala Famous Amos.. got the recipes from K Syieda when we had a gathering at her house... it really tastes like the one that you buy from famous amos... if ok, then it will be one of my biskut raya this year... sure gempak.. and it will be my first ever homemade kuih raya.. (err.. tak pernah buat kuih raya lagi setakat ni, selalu tunjuk je.. hehhehe...)

huh, enough of this foodstuff rambling... mama better do what mama said mama wants to do... jangan cakap aje...

insya allah...


August 14, 2006

DAMBA CINTA MU


Tuhanku Ampunkanlah Segala Dosaku
Tuhanku Maafkanlah Kejahilan HambaMu
Ku Sering Melanggar
LaranganMu
Dalam Sedar Ataupun Tidak
Ku Sering Meninggalkan SuruhanMu
Walau Sedar Aku MilikMu

Tuhanku Ampunkanlah Segala Dosaku
Tuhanku Maafkanlah
Kejahilan HambaMu
Bilakah Diri Ini Kan Kembali
Kepada Fitrah Sebenar
Pagi Ku Ingat Petang Ku Alpa
Begitulah Silih Berganti

Oh Tuhanku Kau Pimpinlah Diri Ini
Yang Mendamba CintaMu
Aku Lemah Aku Jahil
Tanpa Pimpinan DariMu

Ku Sering Berjanji DepanMu
Sering Jua Memungkiri
Ku Pernah Menangis KeranaMu
Kemudian Ketawa Semula
Bilakah Diri Ini Kan Kembali
Kepada Fitrah Sebenar
Pagi Ku
Ingat Petang Ku Alpa
Begitulah Silih Berganti

Oh Tuhanku Kau Pimpinlah Diri Ini
Yang Mendamba
CintaMu
Aku Lemah Aku Jahil
Tanpa Pimpinan DariMu

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada Hamba-HambaMu
Selangkah Ku KepadaMu
Seribu Langkah Kau Pada Ku

Tuhan Diri Ini Tidak Layak Ke Syurga Mu
Tapi Tidak Pula Aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ku Takut KepadaMu
Ku Harap Jua PadaMu
Moga Ku Kan Selamat Dunia Akhirat
Seperti Rasul Dan Sahabat
~Raihan~

August 08, 2006

pembinaan surau taman sutera

mula-mula mama tak paham paham sangat bila abuamiir suruh bagi no. akaun... bila baca balik mama punya post tu baru la paham.. no akaun untuk derma surau ker... betul jugak yek.. tak terfikir pulak mama...

jadi kepada sesiapa yang bermurah hati, boleh salurkan derma anda ke dalam akaun bank seperti berikut:

Projek pembinaan surau sumbangan derma masih diperlukan. Derma boleh dihulurkan kepada EncikKarami (019-3863632) atau bank in ke akaun surau (BIMB :14014010129136 atas nama SURAU taman sutera)

Terima kasih banyak-banyak ye...

August 07, 2006

mati itu pasti..


Semalam mama pegi kursus pengurusan jenazah. Kelab Wanita Tmn Sutera yang organize. Pengajarnya ialah Ustazah Arbakyah Hj Asmoni. Beliau sekeluarga yang handle pengurusan jenazah di Hospital Kajang.. dengar la bermacam-macam kisah pengalaman ustazah menguruskan perkara ini. Beliau sekeluarga memang full time. Satu hari tu average 3-4 mayat jugak la.. bermula dari mandikan, kafankan sampailah ke pengebumian, kadang-kadang tu kena hantar sampai ke Kelantan, Terengganu... yang meninggal accident, kena bunuh, kalau yang tak ada waris pun beliau kena handle sampai selesailah semuanya... pekerjaan macam ni memang mama rasa kena betul-betul kuat semangat.. Anak-anak ustazah pun turut membantu contohnya semalam tengah berkursus pun ada orang telefon.. ada kes.. sibuklah ustazah call2 anak dia minta tolong ganti.. anaknya yang perempuan 24 tahun pun dah biasa dah tolong handle even yang meninggal accident pun.. seram jugak mama dengar... memang kena kuat semangat..

kursus tu siap ada praktikal lagi.. tapi pakai anak patung.. last 2 weeks yang untuk lelaki punya diorang kata praktikal pakai orang betul. tapi semalam tu sebab dah lewat baru nak start praktikal, so ustazah pun nak cepat je. sebenarnya dah ada dah orang nak volunter... eerrkk... kul 2.30 baru selesai.. itulah ustazah kata sebenarnya tak cukup masa setengah hari.. sepatutnya 2 hari.. satu hari teori, satu hari praktikal.. itu pun ayah dah dok sms je.. tak abih lagi ke.. budak2 dah bising.. alahai baru setengah hari mama takde.. :)

sedikit yang mama rasa boleh share kat sini... semua tahu bekalan kita ke alam satu lagi ialah amalan kita. itu yang paling utama. oleh itu perbanyakkanlah amalan kita kerana Allah boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja. Sekarang pun kita ada dengar banyak cerita yang masih muda-muda pun Allah panggil kembali.. ada yang di kalangan kawan-kawan atau sanak saudara kita pun... kadang-kadang tu tak ada petanda pun, tak ada sakit tiba-tiba kite dengar meninggal... Allah juga yang Maha Mengetahui... Sekarang ni bulan Rejab, mama ada teringat orang cakap kat mama dalam bulan Rejab nih Allah cabut banyak nyawa.. wallahu a'lam..

satu lagi yang mungkin kita tak berapa terfikir sebelum ini ialah persediaan dari segi fizikal/duniawi atau apa ye mama pun tak sure nama kategori dia apa...

1. Biarlah kita ada at least RM2000 dlm simpanan untuk kegunaan pengurusan jenazah bila kita mati.. supaya tidak menyusahkan orang yang kita tinggalkan.. mahal ye pengurusan jenazah... iyelah kalau mengharap ehsan orang untuk derma itu derma ini.. yelah kadang kita tak tahu macamana kan... tapi seperti kata ustazah, kita boleh spend ribu-ribu untuk beli itu beli ini tapi bila sampai bab urusan jenazah ramai yang berkira...

2. Kalau boleh rumah kita biarlah ada bilik yang boleh dibuat tempat mandi jenazah. ustazah cerita kalau rumah orang sekarang ni ramai yang terpaksa mandi kat luar rumah.. memang la selalunya ada penghadang tapi orang suka nak tinjau juga.. kena jaga aib si mati.. kalau ada bilik bawah yang sebelah bilik air tu pun dah ok la.. at least boleh pasang paip getah. takpelah sambil basuh bilik tu sekali...

3. rumah kalau boleh biarlah ada pintu yang besar.. senang orang nak angkat jenazah.. biasanya kalau rumah sekarang memang la ada sliding door boleh bukak besar.. kire ok lah tu..

4. Simpan at least satu kain batik lepas (yang belum dijahit) kat rumah...

itulah serba sedikit.. tak bawak notes hari ni.. kalau tak boleh tulis panjang lagi... sebenarnya ada banyak lagi yang mama belajar, adab menziarah orang yang sakit, menghadapi orang yang nazak, apa yang perlu dilakukan sejurus orang menghembuskan nafas yang terakhir, cara mandikan jenazah, cara potong kain kafan, cara mengkafankan jenazah... ha ah lah.. mama baru perasan semalam tak sempat sampai bab solatkan jenazah dan pengkebumian.. tapi belek2 nota tu ada sebenarnya.. kena check balik...

mama rasa bagus juga duduk kat tmn sutera ni.. persatuan penduduknya insya allah nampak aktif.. macam-macam aktiviti dibuatnya.. mama join je la.. kalau jadi ajk tu taklah.. penduduknya pun nampak bekerjasama dan bermuafakat... hari tu ada buat jualan amal nak buat surau.. sekarang ni ada surau sementara tumpang rumah orang yang tak duduk situ.. abih tu rumah tu owner tu nak jual dah so terpaksa la nak carik alternatif lain... ramadhan pun dah dekat dah... so memang full scale la diorang buat jualan amal, minta derma.. alhamdulillah ramai jugak la kot orang berada kat situ yang derma sorang sikit dpt kumpul sekarang ni dah dlm 20 ribu lebih dah.. kerja2 buat surau tu pun dah start dah.. insya allah sebelum ramadhan boleh siap la tu.. tanah memang developer dah sedia tinggal surau nya je yang takde.. next week insya allah ada majlis ceramah sempena israk mikraj pulak.. diorang nak gotong royong memasak, tiap bulan untuk wanita ada majlis bacaan yassin.. rumah ganti-ganti la... selalu kalau pegi angkut sekali la budak2 3 orang tu... tiap minggu ada kelas agama.. yang ni mama tak pernah pegi lagi... sebab malam and everyweek.. pastu kalau bawak bebudak tu cam tak concentrate je nak belajar.. errr.. alasan.... heheh.. nanti ada nak buat kelas masakan.. this week buat kek coklat.. ishh.. macam-macam la aktiviti dalam list.. suka la mama... tinggal nak join tak join je la....

anyway, apa-apa pun yang kita buat biarlah dengan niat yang baik... bila kita selalu niat yang baik insya allah ada ganjarannya... biar sedikit yang penting istiqamah.. insya allah boleh la di jadikan bekalan bila kita mati nanti...

selingan...
ustazah handle urusan jenazah kes al-maunah last week.. ustazah kata muka mereka semua cantik-cantik belaka... kesian kat anak-anak kecil mereka kata ustazah... wallahu a'lam...