i sound stupid when i speak in english, so i will make my entry in malay...
rasanya ramai yang baca kisah kes saman pelakon norfazura (pelakon gol & gincu) semalam kan
baca
baca satu lagi
ini mama extract sikit daripada berita tu..
Geraldine yang juga bekas isteri Ezra Effendi (anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi) berkata, ketika berbual dengan rakannya, tiba-tiba sekali lagi Fazura datang dari belakang dan memukulnya di mata, dahi dan dagu menggunakan kasut tumit tinggi.
Sementara itu, ketika menjawab soalan Fakhrul Azman, Geraldine mengaku bahawa Ahmad Razman yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali, pernah menjadi teman lelakinya.
FAKHRUL: Pada hari kejadian, ada kamu mengambil minuman keras? Adakah kamu mabuk?
GERALDINE: Ada iaitu wain merah tetapi saya tidak mabuk.
mama bukan nak bergosip ke apa... cuma mama nak point out kan sedikit kemusykilan la... geraldine ni agama apa ek? dia bekas menantu Dato' Effendi Nawawi... masa kahwin tu mesti dia islam kan.. pastu dia bekas girlfriend anak bekas menteri besar selangor... ( iisy.. pandai pulak la dok carik anak2 menteri.. ).. tapi namanya Geraldine Mariana Wong.. tak rupa nama islam.. tapi mungkin nama je kot.. (cuba nak berbaik sangka..) ..tapi minum wain.. pastu tak rupa macam muslim pun..
ker.. mama sorang je musykil.. orang lain musykil tak?
orang sekarang memang tak kisah kan orang islam pegi pusat hiburan mabuk-mabuk... takde orang nak halang.. orang sekarang pun tak berapa kisah kalau orang masuk islam cuma sebab nak kawin je.. lepas cerai balik semula ke sebelum tu.. nak salahkan sapa? salahkan mualaf tu ke? kalau mama, mama nak tonyoh la kepala orang yang ajak kawin tu tapi tak bimbing betul2.. cemana nak bimbing kalau diri sendiri pun tak terbimbing.. nak salahkan sapa? salahkan mak bapak? mak bapak jugak yang kena... mak bapak camni ke nak jadi pemimpin masyarakat? keluarga sendiri pun tak terpimpin...
sekarang ni makin ramai pulak orang melayu islam murtad...
nauzubillahi min zalik...
entahlah...
apa nak jadi...
No comments:
Post a Comment