August 07, 2006
mati itu pasti..
Semalam mama pegi kursus pengurusan jenazah. Kelab Wanita Tmn Sutera yang organize. Pengajarnya ialah Ustazah Arbakyah Hj Asmoni. Beliau sekeluarga yang handle pengurusan jenazah di Hospital Kajang.. dengar la bermacam-macam kisah pengalaman ustazah menguruskan perkara ini. Beliau sekeluarga memang full time. Satu hari tu average 3-4 mayat jugak la.. bermula dari mandikan, kafankan sampailah ke pengebumian, kadang-kadang tu kena hantar sampai ke Kelantan, Terengganu... yang meninggal accident, kena bunuh, kalau yang tak ada waris pun beliau kena handle sampai selesailah semuanya... pekerjaan macam ni memang mama rasa kena betul-betul kuat semangat.. Anak-anak ustazah pun turut membantu contohnya semalam tengah berkursus pun ada orang telefon.. ada kes.. sibuklah ustazah call2 anak dia minta tolong ganti.. anaknya yang perempuan 24 tahun pun dah biasa dah tolong handle even yang meninggal accident pun.. seram jugak mama dengar... memang kena kuat semangat..
kursus tu siap ada praktikal lagi.. tapi pakai anak patung.. last 2 weeks yang untuk lelaki punya diorang kata praktikal pakai orang betul. tapi semalam tu sebab dah lewat baru nak start praktikal, so ustazah pun nak cepat je. sebenarnya dah ada dah orang nak volunter... eerrkk... kul 2.30 baru selesai.. itulah ustazah kata sebenarnya tak cukup masa setengah hari.. sepatutnya 2 hari.. satu hari teori, satu hari praktikal.. itu pun ayah dah dok sms je.. tak abih lagi ke.. budak2 dah bising.. alahai baru setengah hari mama takde.. :)
sedikit yang mama rasa boleh share kat sini... semua tahu bekalan kita ke alam satu lagi ialah amalan kita. itu yang paling utama. oleh itu perbanyakkanlah amalan kita kerana Allah boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja. Sekarang pun kita ada dengar banyak cerita yang masih muda-muda pun Allah panggil kembali.. ada yang di kalangan kawan-kawan atau sanak saudara kita pun... kadang-kadang tu tak ada petanda pun, tak ada sakit tiba-tiba kite dengar meninggal... Allah juga yang Maha Mengetahui... Sekarang ni bulan Rejab, mama ada teringat orang cakap kat mama dalam bulan Rejab nih Allah cabut banyak nyawa.. wallahu a'lam..
satu lagi yang mungkin kita tak berapa terfikir sebelum ini ialah persediaan dari segi fizikal/duniawi atau apa ye mama pun tak sure nama kategori dia apa...
1. Biarlah kita ada at least RM2000 dlm simpanan untuk kegunaan pengurusan jenazah bila kita mati.. supaya tidak menyusahkan orang yang kita tinggalkan.. mahal ye pengurusan jenazah... iyelah kalau mengharap ehsan orang untuk derma itu derma ini.. yelah kadang kita tak tahu macamana kan... tapi seperti kata ustazah, kita boleh spend ribu-ribu untuk beli itu beli ini tapi bila sampai bab urusan jenazah ramai yang berkira...
2. Kalau boleh rumah kita biarlah ada bilik yang boleh dibuat tempat mandi jenazah. ustazah cerita kalau rumah orang sekarang ni ramai yang terpaksa mandi kat luar rumah.. memang la selalunya ada penghadang tapi orang suka nak tinjau juga.. kena jaga aib si mati.. kalau ada bilik bawah yang sebelah bilik air tu pun dah ok la.. at least boleh pasang paip getah. takpelah sambil basuh bilik tu sekali...
3. rumah kalau boleh biarlah ada pintu yang besar.. senang orang nak angkat jenazah.. biasanya kalau rumah sekarang memang la ada sliding door boleh bukak besar.. kire ok lah tu..
4. Simpan at least satu kain batik lepas (yang belum dijahit) kat rumah...
itulah serba sedikit.. tak bawak notes hari ni.. kalau tak boleh tulis panjang lagi... sebenarnya ada banyak lagi yang mama belajar, adab menziarah orang yang sakit, menghadapi orang yang nazak, apa yang perlu dilakukan sejurus orang menghembuskan nafas yang terakhir, cara mandikan jenazah, cara potong kain kafan, cara mengkafankan jenazah... ha ah lah.. mama baru perasan semalam tak sempat sampai bab solatkan jenazah dan pengkebumian.. tapi belek2 nota tu ada sebenarnya.. kena check balik...
mama rasa bagus juga duduk kat tmn sutera ni.. persatuan penduduknya insya allah nampak aktif.. macam-macam aktiviti dibuatnya.. mama join je la.. kalau jadi ajk tu taklah.. penduduknya pun nampak bekerjasama dan bermuafakat... hari tu ada buat jualan amal nak buat surau.. sekarang ni ada surau sementara tumpang rumah orang yang tak duduk situ.. abih tu rumah tu owner tu nak jual dah so terpaksa la nak carik alternatif lain... ramadhan pun dah dekat dah... so memang full scale la diorang buat jualan amal, minta derma.. alhamdulillah ramai jugak la kot orang berada kat situ yang derma sorang sikit dpt kumpul sekarang ni dah dlm 20 ribu lebih dah.. kerja2 buat surau tu pun dah start dah.. insya allah sebelum ramadhan boleh siap la tu.. tanah memang developer dah sedia tinggal surau nya je yang takde.. next week insya allah ada majlis ceramah sempena israk mikraj pulak.. diorang nak gotong royong memasak, tiap bulan untuk wanita ada majlis bacaan yassin.. rumah ganti-ganti la... selalu kalau pegi angkut sekali la budak2 3 orang tu... tiap minggu ada kelas agama.. yang ni mama tak pernah pegi lagi... sebab malam and everyweek.. pastu kalau bawak bebudak tu cam tak concentrate je nak belajar.. errr.. alasan.... heheh.. nanti ada nak buat kelas masakan.. this week buat kek coklat.. ishh.. macam-macam la aktiviti dalam list.. suka la mama... tinggal nak join tak join je la....
anyway, apa-apa pun yang kita buat biarlah dengan niat yang baik... bila kita selalu niat yang baik insya allah ada ganjarannya... biar sedikit yang penting istiqamah.. insya allah boleh la di jadikan bekalan bila kita mati nanti...
selingan...
ustazah handle urusan jenazah kes al-maunah last week.. ustazah kata muka mereka semua cantik-cantik belaka... kesian kat anak-anak kecil mereka kata ustazah... wallahu a'lam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment