March 10, 2006

sila naik basikal..

mm... elok la tu.. minyak naik sila naik basikal. nanti tariff air naik sila pakai air perigi, tarif elektrik naik sila pakai lilin, tol naik sila ikut jalan biasa... apa punye kebende la..


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/...

Shahidan syor guna basikal


KANGAR: Semua pegawai dan kakitangan awam di Perlis disaran menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan untuk ke pejabat ekoran peningkatan harga petrol dan diesel.



Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata cadangan itu mungkin janggal dan sukar diterima akal terutama kepada pengarah dan ketua jabatan, namun jika diamalkan setiap hari, penggunaan basikal ke pejabat atau tempat kerja akan menjadi perkara biasa.

Shahidan berkata, cadangan penggunaan basikal untuk mengurangkan kos sara hidup pernah dibuat ketika negara dilanda kegawatan ekonomi sekitar 1997.

"Saya pernah membuat saranan sebegini ketika negara dilanda kegawatan ekonomi sekitar 1997 dan ini kali kedua cadangan dibuat bagi menjimatkan penggunaan minyak," katanya pada majlis perasmian Ekspo Jualan Buku dan Kempen Membaca 2006 peringkat Perlis di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di sini, semalam.

Shahidan berkata, penggunaan basikal sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja sudah lama dipraktikkan di Belanda, bukan saja oleh rakyat biasa dan kakitangan awam malah turut membabitkan pemimpin negara itu.

Dalam perkembangan lain, beliau kesal dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menampal poster di pokok dan merata tempat di negeri itu mengecam langkah kerajaan menaikkan harga petroleum sebanyak 30 sen berkuat kuasa Selasa lalu.

Katanya, golongan itu cuba mengelirukan rakyat tetapi pada masa sama langsung tidak membuat cadangan bagi meringankan beban daripada kenaikan harga itu.

No comments: