August 02, 2019

Aqil, my music buddy

We shared the same interest. We have the same favourite artist. One of them is Faizal Tahir (FT).

Sejak minggu lepas, FT kata dia akan keluar album baru. ALBUM TERAKHIR dia kata. ROJAK nama album yang terakhir ni. Walaupun actually dia kumpulkan lagu-lagu single dia sebelum ni, cuma ada beberapa la lagu baru, tapi dalam box tu ada macam-macam merchandise - keychain, stickers, phone punya apa tu yang lekat kat belakang phone tu (oh phone grips namanya), then ada polaroid photo with his autograph and a postcard from him. Whoaaa.... memang plan nak beli la. Comel2 pulak tu..Akan start jual secara online pada 2 August, which is today.

Phone Grips
Phone Grips yang comel
Malam tadi (belum pukul 12 pun) ada perasan message kat FT punya FB diorang dah dapat beli dah. So cepat2 masuk kat link tu. Tengok harga album RM129.. Alamak!! Terus berkira-kira...nak beli ke tak.. nak beli ke tak... Hadoii.. ikut nafsu nak beli... ikut akal, takde keperluan pun... ikut hati??

Saya tutup dulu.

Pagi tadi nak tunjuk kat Raihana... saja la nak sembang.. Tapi tengok-tengok dah SOLD OUT? Aduhh....

So now I am regretting it... huhuhuhu....

Aduh... menyesalnya tak terus beli.. huhuhu
---------------------------------

Ah, macam ni lah.. terpaksa mama meroyan kat sini. Dah takde Aqil nak layan mama cerita pasal lagu baru, album baru, video klip baru... huhuhu... Hanya playlist Aqil dalam iTune jadi peneman mama dalam kereta. Hari tu ada lagu baru Bikers Kental. Aqil mesti suka tu sebab gandingan FT dengan Akim. Dua-dua memang Aqil minat. Cuma Shamsul Yusuf belum ada lagu baru lagi dengan Mawi. Itu pun favourite Aqil juga.

Aqil nyanyi lagu Suriram:


Miss you Aqil.. 😭


Manifestasi rindu

Entah kenapa, hati teringat-ingat kepada yang telah pergi.

Rupa-rupanya tahun ini memang tahun kehilangan. Bermula dengan Aqil, kemudian K Idah. Baru-baru ini, kami kehilangan Chiko pula. Betul-betul pada hari tarikh lahir Aqil Aqlan, 9th July. Sedih.. tentulah sedih..

Akhir-akhir ini, saya selalu rasa macam nak menangis. Kadang-kadang teringat sesuatu lalu tanpa disedari air mata mengalir.

Saya rindu membaca buku bersama Aqil. Saya rindu menyanyi lagu Faizal Tahir dengan Aqil. 

Aqil, selain suka tengok Youtube, dia suka baca buku komik Boboiboy. Kami akan baca sama-sama. Kami akan berganti-ganti baca dialog. Saya memang suka baca buku dengan anak-anak. Lebih kepada bercerita sebenarnya. Tak ikut pun dialog dalam buku tu. Sambil tu boleh berlakon buat suara macam-macam. Banyak buku Aqil saya dah bagi-bagi kepada sepupu Aqil tapi ada beberapa buku favourite Aqil yang saya simpan. Namun baru-baru ini saya bagi juga buku2 tu kepada sepupunya. Saya  fikir-fikir balik, lebih baik ianya memberi manfaat kepada orang lain pula. Biarlah kenangan itu tersimpan di dalam hati. Buku-buku yang best dan selalu kami baca bersama - Harry and a Bucket Full of Dinosaur, Megaboy, Goldilocks and the Three Bears, Red Riding Hood, Hensel & Gretel, Big Book of Words, Pin Pin.



Buku-buku kanak-kanak ni bukan saja ceritanya kena menarik, yang penting grafiknya kena menarik. Tulisan tak perlu banyak-banyak dah. Illustrasinya sepatutnya dah boleh menceritakan cerita tersebut. 

I miss having small kids to make my life in chaos. Tapi saya sedar, anak-anak tetap akan membesar. Kalau Aqil Aqlan masih ada pun mereka tetap akan membesar juga.


March 19, 2019

Persediaan Umrah

Sudah lama saya menginginkan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah al-Mukarramah. Insya allah, dengan izin Allah, sebulan lagi insya allah impian itu akan menjadi kenyataan, insya allah.. Semoga allah permudahkan segala urusan kami untuk sampai ke sana.

Alhamdulillah.. sedikit sebanyak persiapan dah dibuat. Bayaran pakej dah selesai. Barang-barang nak beli dah selesai rasanya. Hari tu beli di kedai berdekatan Warta Bangi. Tapi saya rasa telekung mini yang saya beli tu macam jarang sikit la.  Tapi boleh je pakai, kat dalam nanti pakai la tudung juga. Cuma rasa menyesal pulak beli yang tu huhu. Tapi dah beli so guna je lah. Sebenarnya sepatutnya tak perlu beli pun. Pakai je lah telekung/tudung yang dah ada. Tapi terpengaruh dengan trend semasa hehe. Apa taknya, asyik melintas je kat FB telekung umrah ni. Huhu.. Astaghfirullahal azim...

Kena ulangkaji bab ibadah umrah. Hari tu ejen dah buat kelas yang pertama. Nanti insya allah akan ada satu lagi. Senang ejen depan rumah hehe. Sambil-sambil tu kami tengok ceramah-ceramah pasal umrah kat dalam youtube. Saya juga ada beli satu buku - Diari Umrah Pertamaku, untuk nak tau pengalaman orang yang buat umrah. Alhamdulillah saya rasa ada banyak tips2 yang dikongsi oleh penulis yang boleh saya jadikan panduan.

Anak-anak tak ikut. Ini kali pertama untuk saya, dan kedua untuk suami, jadi biarlah kami je yang pergi dulu. Lagipun kalau nak bawa semua banyak pula belanjanya. Insya allah kalau ada rezeki lagi di masa hadapan, boleh la kita pergi sekeluarga.

Nanti Raihana akan duduk di rumah Pak Su. Nasib baik la rumah Pak Su kat jalan belakang je. Jadi bas sekolah pun tinggal nak bagitau ambik Raihana kat belakang lah. Humaira, Maisara dan Imran untuk weekend pertama akan stay kat sekolah. Weekend kedua tumpang rumah Chuyah. Alhamdulillah ada adik beradik yang dekat yang boleh tolong. Luqman pulak takde masalah, stay je la kat asrama tu. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak kami semua dan pakcik makcik dan cikgu2 yang tolong jaga anak-anak kami selama 2 minggu kami tiada nanti.

Excited.. Nervous.. Counting days...

March 05, 2019

Akhirnya kau pergi jua...

It has been over a month now..

Setelah 2 bulan saya unpaid leave, saya tinggalkan Aqil dengan abang kakaknya yang sedang bercuti panjang akhir tahun. Seronok Aqil. Sepanjang bulan 12 tu kesihatan Aqil memang tip top. Takde demam. Takde batuk. Alhamdulillah...

Minggu pertama bulan Disember, kami berkelana ke Pantai Timur. Destinasi Kuala Terengganu dan Kota Bharu meraikan majlis perkahwinan anak saudara, Azree di Kota Bharu. Dapat cek mek klate. Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke negeri serambi mekah ini. Pernah sekali datang sini masa Tingkatan 5 sempena mewakili negeri Johor ke Kuiz Sains Alam Semulajadi (team kami berjaya jadi Johan! masuk suratkhabar hehe). 2 malam di Hotel Perdana, Kota Bharu.. fully sponsored by K Wa.

Selama kami bermusafir alhamdulillah Aqil sangat ceria dan sihat. Mula-mula risau juga. Tapi alhamdulillah Allah bagi peluang untuk Aqil menikmati pengalaman ini. Rupa-rupanya Aqil suka sangat makanan Terengganu. Ketupat goreng, laksa terengganu, nasi minyak kuah gulai, nasi dagang.. Siap cakap Aqil nak jadi orang terengganu!

Tiba bulan January, abang dan kakak semua dah mula bersekolah. Aqil tinggal bersama K Haidah, anak saudaraku yang sedang menunggu keputusan SPM. Alhamdulillah tak ada masalah Aqil duduk dengan K Haidah. Boleh geng lah kata orang.

Hari itu hari rabu. Aqil start batuk-batuk. Petang tu saya balik awal bawa Aqil ke klinik. Alhamdulillah lung clear, tekak pun tak merah sangat. Doktor Razman bekalkan ventolin untuk ambik neb kat rumah. Bagi lega sikit. Khamis malam Aqil start demam. So Jumaat saya ambik cuti. Hari tu Aqil banyak tidur. Saya pun sentiasa berada di sisi dia. Biasalah anak bila demam nak merap je dengan mak nya. Kadang-kadang Aqil nangis nak ayah. Aqil nak tidur dalam bilik sebab sejuk ada aircond. Saya layankan je. Aqil suruh ayah balik awal.

Ayah plan balik nak singgah supermarket. Aqil pesan beli lollipop. Tapi ayah lambat keluar ofis pulak. Mama kata takpelah barang2 lain beli lain kali. just singgah kedai belikan lolipop Aqil je.

Bila ayah balik baru Aqil nak duduk kat meja makan. Teman ayah makan sambil makan lolipop sambil tengok youtube kat iPad.

Malam tu Aqil tak boleh nak tidur sangat. Batuk-batuk dan badan pun makin panas. Mama pun tak tidur sangat. Kejap-kejap Aqil bangun. Macam restless. Bila tanya sakit kat dada ke, Aqil kata tak. Nak kata panas aircond pun dah bukak. Aqil asyik merengek malam tu. Aqil tidur sandar kat mama.

Dalam pukul 4.30 pagi macam tu Aqil bangun lagi. Nak kencing. Mama temankan Aqil tapi Aqil tak larat nak jalan jadi mama dukung je Aqil. Setelah selesai, Aqil terus merengek. Tak boleh nak tidur balik. Mama pangku Aqil peluk Aqil nak tenangkan dia. Sedang merengek-rengek tiba-tiba badan Aqil mengejang, seolah-olah sedang menahan sakit. Tiba-tiba mama perasan mata Aqil pandang ke atas. 

"Allah!!"

Mama seakan-akan tahu apa yang sedang berlaku..

Allah.. Allah... Allah...

itu saja yang mama mampu sebut..

"Abang! Aqil ni!!"

Terus saja mama kejutkan ayah di sebelah..

Ketika itu juga alarm dari handphone ayah berbunyi jam 5 pagi. Alarm berbunyi bacaan doa berkumandang..

Mama terus peluk Aqil, mama dah mula menangis, air mata tak dapat dibendung lagi. Di saat-saat akhir nafas Aqil, kami berdua berada di sisinya...

Ya Allah... Allah... Aqil... Allah...

Kami berpelukan...

Innalillahi wainna ilaihi rajiun...

Berehatlah Aqil.. Mama tahu Aqil pasti gembira di sana... Dapat bertemu semula dengan Aqlan, main dengan Aqlan. Di sana kalian boleh bermain, berlari dan melompat sesuka hati. Tak perlu risau penat lagi. Mainlah sepuas-puasnya anakanda berdua di taman syurga. Tempatmu di syurga sudah pasti.

Tunggu mama ayah ye... Semoga kita bertemu lagi di Jannah nanti...

Muhammad Aqil bin Abdullah
09072012 - 12012019