Setelah 2 bulan saya unpaid leave, saya tinggalkan Aqil dengan abang kakaknya yang sedang bercuti panjang akhir tahun. Seronok Aqil. Sepanjang bulan 12 tu kesihatan Aqil memang tip top. Takde demam. Takde batuk. Alhamdulillah...
Minggu pertama bulan Disember, kami berkelana ke Pantai Timur. Destinasi Kuala Terengganu dan Kota Bharu meraikan majlis perkahwinan anak saudara, Azree di Kota Bharu. Dapat cek mek klate. Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke negeri serambi mekah ini. Pernah sekali datang sini masa Tingkatan 5 sempena mewakili negeri Johor ke Kuiz Sains Alam Semulajadi (team kami berjaya jadi Johan! masuk suratkhabar hehe). 2 malam di Hotel Perdana, Kota Bharu.. fully sponsored by K Wa.
Selama kami bermusafir alhamdulillah Aqil sangat ceria dan sihat. Mula-mula risau juga. Tapi alhamdulillah Allah bagi peluang untuk Aqil menikmati pengalaman ini. Rupa-rupanya Aqil suka sangat makanan Terengganu. Ketupat goreng, laksa terengganu, nasi minyak kuah gulai, nasi dagang.. Siap cakap Aqil nak jadi orang terengganu!
Tiba bulan January, abang dan kakak semua dah mula bersekolah. Aqil tinggal bersama K Haidah, anak saudaraku yang sedang menunggu keputusan SPM. Alhamdulillah tak ada masalah Aqil duduk dengan K Haidah. Boleh geng lah kata orang.
Hari itu hari rabu. Aqil start batuk-batuk. Petang tu saya balik awal bawa Aqil ke klinik. Alhamdulillah lung clear, tekak pun tak merah sangat. Doktor Razman bekalkan ventolin untuk ambik neb kat rumah. Bagi lega sikit. Khamis malam Aqil start demam. So Jumaat saya ambik cuti. Hari tu Aqil banyak tidur. Saya pun sentiasa berada di sisi dia. Biasalah anak bila demam nak merap je dengan mak nya. Kadang-kadang Aqil nangis nak ayah. Aqil nak tidur dalam bilik sebab sejuk ada aircond. Saya layankan je. Aqil suruh ayah balik awal.
Ayah plan balik nak singgah supermarket. Aqil pesan beli lollipop. Tapi ayah lambat keluar ofis pulak. Mama kata takpelah barang2 lain beli lain kali. just singgah kedai belikan lolipop Aqil je.
Bila ayah balik baru Aqil nak duduk kat meja makan. Teman ayah makan sambil makan lolipop sambil tengok youtube kat iPad.
Malam tu Aqil tak boleh nak tidur sangat. Batuk-batuk dan badan pun makin panas. Mama pun tak tidur sangat. Kejap-kejap Aqil bangun. Macam restless. Bila tanya sakit kat dada ke, Aqil kata tak. Nak kata panas aircond pun dah bukak. Aqil asyik merengek malam tu. Aqil tidur sandar kat mama.
Dalam pukul 4.30 pagi macam tu Aqil bangun lagi. Nak kencing. Mama temankan Aqil tapi Aqil tak larat nak jalan jadi mama dukung je Aqil. Setelah selesai, Aqil terus merengek. Tak boleh nak tidur balik. Mama pangku Aqil peluk Aqil nak tenangkan dia. Sedang merengek-rengek tiba-tiba badan Aqil mengejang, seolah-olah sedang menahan sakit. Tiba-tiba mama perasan mata Aqil pandang ke atas.
"Allah!!"
Mama seakan-akan tahu apa yang sedang berlaku..
Allah.. Allah... Allah...
itu saja yang mama mampu sebut..
"Abang! Aqil ni!!"
Terus saja mama kejutkan ayah di sebelah..
Ketika itu juga alarm dari handphone ayah berbunyi jam 5 pagi. Alarm berbunyi bacaan doa berkumandang..
Mama terus peluk Aqil, mama dah mula menangis, air mata tak dapat dibendung lagi. Di saat-saat akhir nafas Aqil, kami berdua berada di sisinya...
Ya Allah... Allah... Aqil... Allah...
Kami berpelukan...
Innalillahi wainna ilaihi rajiun...
Berehatlah Aqil.. Mama tahu Aqil pasti gembira di sana... Dapat bertemu semula dengan Aqlan, main dengan Aqlan. Di sana kalian boleh bermain, berlari dan melompat sesuka hati. Tak perlu risau penat lagi. Mainlah sepuas-puasnya anakanda berdua di taman syurga. Tempatmu di syurga sudah pasti.
Tunggu mama ayah ye... Semoga kita bertemu lagi di Jannah nanti...
Muhammad Aqil bin Abdullah
09072012 - 12012019
No comments:
Post a Comment