Sudah lama saya menginginkan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah al-Mukarramah. Insya allah, dengan izin Allah, sebulan lagi insya allah impian itu akan menjadi kenyataan, insya allah.. Semoga allah permudahkan segala urusan kami untuk sampai ke sana.
Alhamdulillah.. sedikit sebanyak persiapan dah dibuat. Bayaran pakej dah selesai. Barang-barang nak beli dah selesai rasanya. Hari tu beli di kedai berdekatan Warta Bangi. Tapi saya rasa telekung mini yang saya beli tu macam jarang sikit la. Tapi boleh je pakai, kat dalam nanti pakai la tudung juga. Cuma rasa menyesal pulak beli yang tu huhu. Tapi dah beli so guna je lah. Sebenarnya sepatutnya tak perlu beli pun. Pakai je lah telekung/tudung yang dah ada. Tapi terpengaruh dengan trend semasa hehe. Apa taknya, asyik melintas je kat FB telekung umrah ni. Huhu.. Astaghfirullahal azim...
Kena ulangkaji bab ibadah umrah. Hari tu ejen dah buat kelas yang pertama. Nanti insya allah akan ada satu lagi. Senang ejen depan rumah hehe. Sambil-sambil tu kami tengok ceramah-ceramah pasal umrah kat dalam youtube. Saya juga ada beli satu buku - Diari Umrah Pertamaku, untuk nak tau pengalaman orang yang buat umrah. Alhamdulillah saya rasa ada banyak tips2 yang dikongsi oleh penulis yang boleh saya jadikan panduan.
Anak-anak tak ikut. Ini kali pertama untuk saya, dan kedua untuk suami, jadi biarlah kami je yang pergi dulu. Lagipun kalau nak bawa semua banyak pula belanjanya. Insya allah kalau ada rezeki lagi di masa hadapan, boleh la kita pergi sekeluarga.
Nanti Raihana akan duduk di rumah Pak Su. Nasib baik la rumah Pak Su kat jalan belakang je. Jadi bas sekolah pun tinggal nak bagitau ambik Raihana kat belakang lah. Humaira, Maisara dan Imran untuk weekend pertama akan stay kat sekolah. Weekend kedua tumpang rumah Chuyah. Alhamdulillah ada adik beradik yang dekat yang boleh tolong. Luqman pulak takde masalah, stay je la kat asrama tu. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak kami semua dan pakcik makcik dan cikgu2 yang tolong jaga anak-anak kami selama 2 minggu kami tiada nanti.
Excited.. Nervous.. Counting days...
No comments:
Post a Comment