Alhamdulillah bonus baru masuk. Walaupun kena prorate sebab tahun lepas saya unpaid leave selama 2 bulan, namun alhamdulillah la juga. Dengan duit bonus itulah nak beli oxygen concentrator Aqil, nak buat gigi, nak bagi mak untuk pasang tiles, nak guna untuk buat wasiat dengan as-salihin trustees, nak bagi bonus kat bibik.... Kira punya kira memang ngam-ngam lah. Alhamdulillah.
Kira punya kira bonus suami lagi banyak dari saya walaupun dia kena prorate 6 bulan (sebab join the company dlm bulan June 2013). Wah... mana aci! hhehehe. Tapi takpelah rezeki suami rezeki kami juga hehhe...
Ahad lepas, kami sekeluarga makan kat @grills sempena baru dapat bonus ni. Ini kali ketiga kami makan di sini. Anak-anak suka makan di sini kalau nak western. Tapi tak boleh selalulah. Harganya memang boleh tahan.
@grills terletak di belakang PKNS Bangi. Sederet dengan restoran Mohd Chan Abdullah.
 |
Tropicana booster. Sedap tapi masam-masam sikit |
 |
Nachos as appetizer. Mmm.. sedap, sedap, sedap!!! |
 |
Mac n Cheese Junior untuk Raihana. |
 |
Club Sandwich |
 |
Chicken Chop. Cuma spoil sikit dia punya tulisan @grills tu guna kicap. Rosak la tiba-tiba ada rasa kicap pulak. |
 |
Lamb chop. Mmmm... sedap. Tapi spoil sama tang tulisan tu |
 |
Spaghetti Ala Marina. Sedap! Seafood overload! |
 |
Tu diaa... beria makan Club Sandwich. hehheheh |
 |
Lovers Meat Platter. Semua ada. Lamb chop, grilled chicken, steak, meatball. Boleh rasa semua. |
 |
Spaghetti Carbonara. Alamak tak sempat nak snap picture dah kena ngap. |
 |
Aqil Aqlan tak ikut sebab masa nak pegi tu diorang tidur. |
 |
Bagusnya ada surau di sini. Kami solat zuhur di sini. |
Kesimpulannya, kami sukalah. Kalau tak takkan dah 3 kali kami datang sini hehehhe..
No comments:
Post a Comment