Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you and me
Happy birthday to you....
Macam biasa, saban tahun saya akan menyambut harijadi sama-sama dengan suami. Beza satu hari je. Kek tahun ni kek brownies from Brown Butter Bakes. Kebetulan sebenarnya. Sebenarnya pakat-pakat dengan officemate nak order untuk next week. Tapi tercepat pulak dapat ngam-ngam 7 may hari tu. Ok just nice la tak payah beli kek lain. Cuma saya order brownies A-list (3 in1). So mula-mula agak pening juga macamana nak bagi nampak macam birthday kek. Dah la ketinggian pun tak sama. Nasib baik last minit dapat ilham baek punya. Cari lidi sate tak ada, guna sudu kecil yang orang guna untuk kacau kopi tu. Jadilah....
Tahun ni AGM TM jatuh pada 8 May. So kena paksa cuti lah kami (yeay!). Kami pun ambil kesempatan untuk berjalan berdua-duaan sambil cari hadiah harijadi masing-masing yang akhirnya semua dibayar oleh suami hihihihi...
Kami ke 1Utama. Wah dah laaaaaaamanya tak datang sini! Sampai tak boleh recall langsung pulak tu. Rasa macam asing je. Padahal dulu itulah tempat melepak paling utama. Apa taknya, masa kerja di Bangunan Ibusawat TTDI tu sepelaung je dah boleh sampai situ. Asal boring je lunch hour pergi situ.
Kami makan di Fish n Co. Macam Manhattan Fish la lebih kurang. Saya order Seafood Platter. Suami order apa ye lupa tapi macam chilli prawn pasta kot tapi tak pedas langsung. hehehe. oklah food sedap juga. Saya punya seafood platter dia punya udang grill dia memang sedap terasa rempah dia.
Selepas lunch kami terus pergi shopping kat AEON. Saya beli kasut. Suami beli baju kerja, seluar kerja, kasut dan lain-lain. Amboi.... shopping sakan! Sebelum tu memang dah setuju nak cari kasut sebagai hadiah birthday masing-masing. Thank you abang!
Sebelum pulang, saya ajak suami minum petang pula di Delicious Cafe. Teringin nak makan pavlova orang kata kat situ sedap. Hmmm... tengok rupa pun dah menarik. Tapi rup-rupanya, out la... Keras macam biskut! Nak makan pun susah. Pernah rasa pavlova kat Restoran Serai di Empire Subang. Memang sedap. Pernah makan yang kakak saya buat, memang terbaik. Pernah makan di Restoran Serai Shaftbury Square Cyberjaya, tak sedap keras juga. Huhuhu... macam ni memang kena belajar buat sendiri la... Resepi dah ada. Hmm... bila lah nak buat ye...
Nasib baik suami ada order Banofee Pie. Sedap! Kita pulak yang menghabiskannya hehhhee..
Hmmm.. Sudah mencecah 36 dah umur kami. Ya Allah begitu cepat masa berlalu. Adakah kami telah isikan umur kami dengan perkara-perkara yang bermanfaat atau sebaliknya? Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami. Rahmatilah kehidupan kami. Pandulah kami ke jalan yang lurus. Berilah kekuatan kepada kami untuk beribadah kepadaMu dan terus mencari redhaMu.
Amin Ya Rabbal 'Alamin...
No comments:
Post a Comment