May 19, 2014

Scone scone scone

Alhamdulillah percubaan pertama menjadik! Cuma agak manis sedikit. Esoknya buat lagi atas permintaan ramai. Kurangkan gula. Hmmm... lebih sedap! Ini resepinya. Saya ambil dari Joy of Baking.

2 cups (260 grams) all purpose flour
1/4 cup (50g) granulated sugar ----  I reduced to 1 tbs
2 tsp (10g) baking powder
1/4 teaspoon salt
1/3 cup  (75g) cold unsalted butter, cut into pieces ---- I used Anchor
1 large egg, lightly beaten
1 tsp pure vanilla extract
1/2 cup (120ml) milk, half and half or heavy cream ---- I used Paul's Whipping Cream

Glaze:
Cream or Milk

1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C) and place the rack in the middle of the oven. Line a baking sheet with parchment paper. 
2. In a large bowl, whisk or sift together the flour, sugar, baking powder and salt. Cut the butter into small pieces and blend into the flour mixture with a pastry blender,  two knives, or with your fingertips. (The mixture should look like coarse crumbs.)
3. In a small measuring cup whisk together the milk or cream, beaten egg and vanilla. Add this mixture to the flour mixture. Stir just until combined. Do not over mix.

4. Transfer to a lightly floured surface and knead the dough gently four or five times and then pat into 7 inch (18cm) round.
5. Then, using a lightly floured 2 1/2 inch (6.5 cm) round cookie cutter, cut the dough into rounds. Place the rounds on the prepared cookie sheet, spacing a few inches apart. Brush the top of the scones with a little cream.
(This helps to brown the tops of the scones during baking).
6. Bake for about 15 -18 minutes or until nicely browned and a toothpick inserted into the center of a scone comes out clean. Remove from oven and transfer to a wire rack to cool. Serve with Devon cream or softly whipped cream and your favorite jam.

These scones are best the day they are made but can be covered and stored for a few days. They also freeze very well.

Makes about 10 - 2 1/2 inch (6.5cm) round scones.

First time buat, potong macam pizza. Besar sangat
2nd time buat, potong square, kecik sikit. Sepatutnya bulat2 tapi tak ada cookie cutter.
Close up
Dihidangkan bersama lamb chop. Jamu family Alim datang dari kampung.

Geng selfie

May 12, 2014

Happy 36th Birthday!

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you and me
Happy birthday to you....

Macam biasa, saban tahun saya akan menyambut harijadi sama-sama dengan suami. Beza satu hari je. Kek tahun ni kek brownies from Brown Butter Bakes. Kebetulan sebenarnya. Sebenarnya pakat-pakat dengan officemate nak order untuk next week. Tapi tercepat pulak dapat ngam-ngam 7 may hari tu. Ok just nice la tak payah beli kek lain. Cuma saya order brownies A-list (3 in1). So mula-mula agak pening juga macamana nak bagi nampak macam birthday kek. Dah la ketinggian pun tak sama. Nasib baik last minit dapat ilham baek punya. Cari lidi sate tak ada, guna sudu kecil yang orang guna untuk kacau kopi tu. Jadilah....





Tahun ni AGM TM jatuh pada 8 May. So kena paksa cuti lah kami (yeay!). Kami pun ambil kesempatan untuk berjalan berdua-duaan sambil cari hadiah harijadi masing-masing yang akhirnya semua dibayar oleh suami hihihihi...

Kami ke 1Utama. Wah dah laaaaaaamanya tak datang sini! Sampai tak boleh recall langsung pulak tu. Rasa macam asing je. Padahal dulu itulah tempat melepak paling utama. Apa taknya, masa kerja di Bangunan Ibusawat TTDI tu sepelaung je dah boleh sampai situ. Asal boring je lunch hour pergi situ.

Kami makan di Fish n Co. Macam Manhattan Fish la lebih kurang. Saya order Seafood Platter. Suami order apa ye lupa tapi macam chilli prawn pasta kot tapi tak pedas langsung. hehehe. oklah food sedap juga. Saya punya seafood platter dia punya udang grill dia memang sedap terasa rempah dia.






Selepas lunch kami terus pergi shopping kat AEON. Saya beli kasut. Suami beli baju kerja, seluar kerja, kasut dan lain-lain. Amboi.... shopping sakan! Sebelum tu memang dah setuju nak cari kasut sebagai hadiah birthday masing-masing. Thank you abang!

Sebelum pulang, saya ajak suami minum petang pula di Delicious Cafe. Teringin nak makan pavlova orang kata kat situ sedap. Hmmm... tengok rupa pun dah menarik. Tapi rup-rupanya, out la... Keras macam biskut! Nak makan pun susah. Pernah rasa pavlova kat Restoran Serai di Empire Subang. Memang sedap. Pernah makan yang kakak saya buat, memang terbaik. Pernah makan di Restoran Serai Shaftbury Square Cyberjaya, tak sedap keras juga. Huhuhu... macam ni memang kena belajar buat sendiri la... Resepi dah ada. Hmm... bila lah nak buat ye...


Nasib baik suami ada order Banofee Pie. Sedap! Kita pulak yang menghabiskannya hehhhee..

Hmmm.. Sudah mencecah 36 dah umur kami. Ya Allah begitu cepat masa berlalu. Adakah kami telah isikan umur kami dengan perkara-perkara yang bermanfaat atau sebaliknya? Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami. Rahmatilah kehidupan kami. Pandulah kami ke jalan yang lurus. Berilah kekuatan kepada kami untuk beribadah kepadaMu dan terus mencari redhaMu.

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

May 05, 2014

Makan-makan di @grills

Alhamdulillah bonus baru masuk. Walaupun kena prorate sebab tahun lepas saya unpaid leave selama 2 bulan, namun alhamdulillah la juga. Dengan duit bonus itulah nak beli oxygen concentrator Aqil, nak buat gigi, nak bagi mak untuk pasang tiles, nak guna untuk buat wasiat dengan as-salihin trustees, nak bagi bonus kat bibik.... Kira punya kira memang ngam-ngam lah. Alhamdulillah.

Kira punya kira bonus suami lagi banyak dari saya walaupun dia kena prorate 6 bulan (sebab join the company dlm bulan June 2013). Wah... mana aci! hhehehe. Tapi takpelah rezeki suami rezeki kami juga hehhe... 

Ahad lepas, kami sekeluarga makan kat @grills sempena baru dapat bonus ni. Ini kali ketiga kami makan di sini. Anak-anak suka makan di sini kalau nak western. Tapi tak boleh selalulah. Harganya memang boleh tahan.

@grills terletak di belakang PKNS Bangi. Sederet dengan restoran Mohd Chan Abdullah.

Tropicana booster. Sedap tapi masam-masam sikit

Nachos as appetizer. Mmm.. sedap, sedap, sedap!!!

Mac n Cheese Junior untuk Raihana.

Club Sandwich 

Chicken Chop. Cuma spoil sikit dia punya tulisan @grills tu guna kicap. Rosak la tiba-tiba ada rasa kicap pulak.

Lamb chop. Mmmm... sedap. Tapi spoil sama tang tulisan tu

Spaghetti Ala Marina. Sedap! Seafood overload!

Tu diaa... beria makan Club Sandwich. hehheheh

Lovers Meat Platter. Semua ada. Lamb chop, grilled chicken, steak, meatball. Boleh rasa semua.

Spaghetti Carbonara. Alamak tak sempat nak snap picture dah kena ngap.

Aqil Aqlan tak ikut sebab masa nak pegi tu diorang tidur.

Bagusnya ada surau di sini. Kami solat zuhur di sini.

Kesimpulannya, kami sukalah. Kalau tak takkan dah 3 kali kami datang sini hehehhe..