Tak ke mana sangat pun. Kami balik kampung pada awal cuti sekolah. Mak buat kenduri doa selamat pada hari Sabtu yang lepas. Sempena harijadi Rayyan, Liza, Ikram. Sempena kelahiran Imad Nafiz. Untuk keselamatan Ima yang sedang mengandung 5 bulan. Dan juga tahlil untuk yang telah pergi menemui Ilahi.
Alhamdulillah ramai yang dapat balik. Berkumpullah kami ramai-ramai. Itu pun K Nit balik hari je sebab Dr Husna kena kerja hari Ahad tu. Takpelah yang penting dapat juga berjumpa adik-beradik. Nama je sama-sama duduk KL tapi jarang berjumpa. Kat kampung juga baru nak berjumpanya.
Liza baru lepas pantang. Babynya montel betul! Aqlan pun suka betul dengan baby Nafiz. Bulat sangat. Geram tengok.
Balik kampung sempat juga pergi kedai spek buat spek baru. Kedai Nan Hwa Optical ni memang kedai spek kami sekeluarga sejak turun temurun lagi. Adik beradik saya memang ramai yang pakai spek, arwah bak memang bawa ke kedai tu je. Dulu bapanya jadi tauke sekarang dah turunkan kepada anaknya pula. Mereka pun masih ingat keluarga kami. Dan semestinya selalu lah dapat diskaun. Suami pun suka buat spek kat situ sebab boleh dapat half price dari harga kat KL.
Haha... sempat lagi posing kat kedai spek.
Balik KL hari Selasa. Hari Rabu budak-budak ke Robojunior Workshop pulak. Workshop anjuran TM dan Little Bots, sebuah akademi robotik untuk kanak-kanak. Anak-anak pun nampak seronok. Tapi agak mahal jugalah kena bayar sorang lebih kurang RM100 untuk one day workshop. Raihana tak didaftarkan sebab saya rasa macam masih kecil lagi. Tapi dia nak ikut juga. So dia ikut jugalah tapi tak join workshop tu tapi jadi assistant saya di office hehe.
Bagus juga workshop ni. Dapat memupuk daya kreativiti dan inovasi anak-anak. Little Botz juga ada menyediakan kursus robotik untuk anak-anak secara bersiri. Tapi buat kat office dia kat Shah Alam. Bayarannya pun boleh tahan juga. Boleh juga kalau kita nak beli robotik punya alatan ni. Mindstorm Lego namanya. Melalui Little Bots, kalau anak-anak ada idea dan dapat cipta robot yang berguna, mereka akan bantu untuk commercialize kan.
Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi. Masa untuk bersukaria dah habis. Terutamanya kepada Luqman, kena lah keluarkan buku semula untuk ulangkaji untuk UPSR.
Sekian...