March 06, 2014
Aqlan demam
Cian anak mama ni. Muka pun jadi bengkak dah macam muka Aqil dah. Aqlan start batuk-batuk hari Isnin. Hari Selasa mama cuti half day bawak Aqlan pergi klinik. Masa tu badan dah rasa suam-suam dah. Malam tu badan Aqlan panas sangat. Malam pun tak boleh nak tidur sangat. Ayah pulak outstation pergi JB. Semalam mama cuti, tak sampai hati nak tinggalkan Aqlan. Badan masih panas. Lagipun kalau tinggalkan dengan bibik takut bibik tak terhandle pulak dengan keadaan Aqlan yang merengek-rengek tu. Cuba call K Tim nak minta urutkan Aqlan tapi tak berangkat pula. SMS pun tak jawab. Manalah tau ada salah urat mana-mana ke sebab hari tu Aqlan ada jatuh. Malam tadi masih panas tapi tidur nyenyak. Pagi tadi serba salah juga nak tinggalkan Aqlan. Tapi mama ada meeting pagi ni. Mama pulak yang organize. Mama berdoa semoga Allah permudahkan urusan bibik di rumah menjaga Aqil dan Aqlan hari ni. Petang pulak kena turn mama untuk SIT debrief so kena balik lambat pula.
Memang dah lama Aqil Aqlan tak demam. Selalunya setakat batuk selsema je takde demam. Semoga segera sembuh Aqlan. Semoga tak berjangkit pada Aqil pulak. (suspen sebab Aqil pun macam dah start batuk je)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment