Hari ni masuk hari ke 13 pesawat ini hilang. Pada 8 Mac yang lalu, pesawat MAS yang dalam perjalanan dari KL ke Beijing telah didapati hilang.
Hilang. Missing. Gone.
Tiada serpihan, tiada bangkai, tiada mayat.
Gone.
Sehingga kini kehilangan ini masih menjadi misteri. Dah puas dah mencari di Laut China Selatan, Selat Melaka, Pulau Andaman. Masih tiada bayang. Sekarang telah diperluaskan ke Lautan Hindi dan ke koridor utara yang terdiri dari India, Pakistan, Khazakhstan, Turkmenistan.
Bermacam-macam spekulasi timbul. Perancangan Yahudilah, perancangan kuasa-kuasa besar dunia lah, pilot kecewa dengan keputusan mahkamah DSAI lah. Semuanya adalah teori yang tidak berasas.
Mula-mula memang follow betul perkembangannya. Tiap-tiap hari tengok sidang media. Tapi lama-lama dah tak terfollow dah. Namun hati masih berdoa semoga pesawat ini ditemui dengan segera.
Apa yang lebih menyedihkan, salah seorang daripada penumpang ialah isteri kepada staff di TM. Pernah bekerja bersama Azrai Izet semasa saya jaga Product dulu. Turut sama menangis bila nampak dia menangis kat TV masa Datin Rosmah datang melawat keluarga mangsa. Allah, yang melihat pun dah rasa sedih apalagi yang memikulnya. Lagi-lagi bila tahu dia ada anak kecil umur setahun.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami
Kami tahu banyak yang kami ingkar lalu Engkau turunkan ujian ini
Ampunkan kami semua Ya Allah
Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada kami di mana pesawat MH370
Pertemukanlah kami dengan pesawat itu
Selamatkan semua yang ada di dalamnya
Ampunkanlah dosa-dosa mereka yang didalamnya
Engkau kasihanilah mereka dan selamatkanlah mereka
Engkaulah yang Maha Berkuasa tempat kami memohon pertolongan
Berikanlah kesabaran dan ketenangan kepada ahli keluarga mereka yang terlibat
Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenanlah doa kami....
No comments:
Post a Comment