December 29, 2011

Cuti-cuti Taiping

Cuti sekolah kali ini kami telah ke Taiping. Menginap di Kamalodge. Lokasi resort ini sangatlah strategik. Hendak ke mana-mana semuanya 5 minit je. Terletak di kaki Bukit Larut, berhampiran dengan Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Burmese Pool, Equine Park, ATV Ride, Muzium Perak. 

Swimming pool di sini memang budak-budak suka sebab ada mini water park. Lagipun paras airnya memang sesuai untuk mereka. Tak terlalu cetek dan tak terlalu dalam. Sesuai untuk nak belajar berenang.






Kami duduk di chalet 2 tingkat dengan 2 queen size bed. Satu kat tingkat bawah, satu kat tingkat atas. Almaklumlah anak ramai dan semakin besar-besar dah diorang ni, so bagilah selesa sikit. Cuma yang frustnya (terutamanya ayah hheehhe) tak ada in room entertainment. Tak ada cable TV dan tak ada internet access. So bila duduk dalam bilik tak tau nak buat apa. TV pulak setakat TV1, TV2, TV3. Itu pun signal tak berapa bagus. Otherwise, it would be a perfect place for a vacation. Price per night for our chalet is RM300. Room rates kat sini ranging from around RM180-330. 

Bila dah balik baru perasan, ini je gambar dalam chalet yang ada. Gambar budak-budak tengah main bola. Bola kat tepi kiri tu haa tengah melantun heheh.

Burmese Pool

Inilah air terjun Bukit Larut. Tak pasti pulak kenapa dipanggil Burmese Pool. Agaknya zaman-zaman dulu ramai orang Burma datang mandi kat sini kot hehheh.. Pagi-pagi lagi kami dah sampai. Takde orang! suspen pulak. Malah kedatangan kami disambut oleh monyet-monyet pulak. Tapi bila dah masuk dalam oklah.. Air terjunnya memang cantik cuma kawasan sekitarnya agak tidak dijaga. Sampah bersepah-sepah. Tak pasti sama ada orang yang datang tak pandai buang sampah ataupun monyet-monyet yang sepahkan. 

Kami kat sini tak lama pun, main-main air, makan buah longan buah rambutan, sambil dengar ayah bercerita kisah-kisah nabi, solat dhuha atas batu (ayah n luqman je hehhe). Lepas tu balik resort terjun kolam.. Lagi puas budak-budak kata hehhe.. Masa nak balik tu barulah nampak 2-3 keluarga baru sampai nak berkelah. Apa taknya, baru pukul 10pagi.. hehhehehe..


Taman Tasik Taiping


Kami takdelah round satu taman tu. Lagipun hari tu mama dah round dah masa Team Building hehhe.. Lagipun keadaan yang agak basah menyebabkan terbantut la nak jalan-jalan dan main playground etc. Round jugak le keliling taman tu naik keta sebab cari tempat nak naik swan boat. Beria betul budak-budak ni nak naik swan boat ni. Sekali naik RM5 sorang, boleh round tasik hingga 30 minit. Luas jugak tasiknya. Tapi kami kayuh keliling-keliling tu je. Rasanya 10 minit-15 minit je kot sekali naik. Tak larat nak kayuh. Raihana je taknak naik.


Equine Park


Ini kat depan Kamalodge tu je. Seronoknya dapat naik kuda! Budak-budak je lah naik kecuali Raihana (Raihana ni semua tak nak.. takpelah kecik lagi). RM 10 sorang. Dia bawak pusing 2 laps.


Muzium Perak

First time bawak anak-anak pergi muzium. Nampak yang paling berminat ialah Luqman. Dia rajin baca penerangan. Yang lain-lain tu lari sana lari sini. Baru tengok sekejap dah nak terus. Sabor le... Tapi muzium tetap macam muzium. Ada bahagian tumbuhan-tumbuhan, haiwan, sejarah bijih timah dan logam-logam lain, kehidupan zaman purba, permainan tradisional, anyaman, tenunan, budaya orang zaman dahulu. Tapi sejarah negeri perak itu sendiri mama rasa agak kekurangan ditunjukkanlah. Ke mama sendiri yang tak perasan hehehhe...


Night Safari and Zoo Taiping 

Malam tu kami ke Night Safari. Untuk harga RM16 seorang dewasa dan RM10 seorang kanak-kanak dengan perjalanan menaiki tren selama 30 minit untuk melihat haiwan-haiwan yang ada yang nampak ada yang tak nampak ada yang lampu spotlightnya short circuit sebab baru lepas hujan. Sungguh tak berbaloi hehhehe... Budak-budak pun kata "kejapnya!", "tak puaslah"..

So esoknya kami pegi lagi ke Zoo Taiping.. hehheheh.. Haa.. barulah puas tengok haiwan. Dapat bergambar dengan ular lagi.. eiiii geliii... Tapi memang rasanya zoo taiping lagi best kot dari zoo lain yang pernah pergi. Jenis-jenis haiwan yang ada kat sini pun agak berbeza dan lebih 'variety' rasanya.
Nite Safari
Zoo Taiping

Cantiknya burung flamingo

 Dengan buaya jadian ehhehe

Bukit Larut

Sepanjang kami di sana, beginilah rupanya Bukit Larut. Sentiasa diliputi awan hitam tebal membuatkan kita suspen, nak hujan ke... Bukit Larut ni kan memang tempat paling basah di Malaysia. Sepanjang percutian kami ada masa memang hujan ada masa tak hujan. Alhamdulillah la. Tapi kami tak naik ke atas Bukit Larut. Nak hiking isk.. tak larat bebudak ni.. Hari tu mama dah rasa dah. Nak naik jip orang kata macam naik roller coaster kang ada yang muntah kang.. Sebenarnya tak risau budak-budak, risau mak bapak budak yang tak tahan.. hehhe... so cukuplah tengok puncak Bukit Larut dari kejauhan. Sebenarnya dulu ada Tulip Farm kat atas bukit larut ni. Tapi dah tutup dah. Isk kalau ada lagi, memang harus kena pergi jugak tu..


Mi Udang Kuala Sepetang.

Nak jugak pergi sini. Tapi terlupa betul nak ambik gambar. Sebenarnya nak pergi Mi Udang Pak Hashim orang kata lagi sedap dari Mak Jah. Kedainya pun memang sebelah kedai Mak Jah. Tapi rupanya pukul 2 petang baru bukak. So terpaksalah kami ke Kedai Mak Jah jugak. Yang bestnya takde order mi udang pun hehhehe... Kami makan Kuewtiaow goreng udang dengann nasi goreng udang. 


Puss in Boots

Setelah rasanya macam dah takde tempat nak pergi, kami pun ke Taiping Sentral Mall untuk tengok Puss in Boots. Hehhe sempat lagi tu. Sebenarnya ada lagi budak-budak ni ajak pergi ATV Kids Ride. Kat depan Kamalodge jugak. Tapi rasanya macam dah sengkek dah hhehehe. Lagipun takde dalam perancangan so tak pergilah.


December 28, 2011

Akhir tahun dan Farewell K Ina

WAAA... Sangat dah lamanya tak update blog!!

Minggu ni relax tak banyak kerja sebab semua orang cuti. Orang-orang yang cuti dia dah habis atau dah nak habis je ada lagi kat office ni macam saya hehheheh... Tapi sebenarnya bukanlah takde kerja langsung. Satu nak settlekan budget accrual untuk DFCC-OCIEN integration. Masalahnya bukan kita yang buat sendiri. Kena follow up sana, follow up sini. PO tak keluar-keluar. Vendor pulak tak nak bagi DO. Dia kata selama dia buat project dengan TM takde pun bagi DO. Apo nak jawab pun den tak tau...

Satu lagi kerja nak completekan e-learning. Alkisahnya rupanya setiap exec wajib ambik 2 e-learning course. Kena masuk MAPS. Memang la ingat-ingat macam ada dapat email tu tapi ingatkan optional. Yelah kalau kita punya training dah cukup atau lebih dari 40 hours sepatutnya kira settle la tak kisahlah kursus yang kita pergi tu instructor-led ke atau e-learning. Tapi baru dapat tahu rupanya bukan begitu. Kelam kabut den. Lepas tu dari last week lagi bila nak masuk Learning Solution asyik dapat error je. Tiba-tiba semalam dengar sorang opismate tengah buat e-learning jugak. Oh dah boleh masuk agaknya. Tapi bila cuba masuk masih tak boleh. Alamak apa pulak masalahnya ni. Masalahnya sebelum ni guna internet explorer tak boleh, guna google chrome pun tak boleh. so semalam cuba try test guna firefox boleh pulak. Isk kalau tau dari awal dah lama settle ni.

Bila buat online application, boss kena approve pulak. Alamak suspen sebab semalam last day boss keja. Lepas tu dia dah cuti panjang dah. Pagi tu boss ada tapi tengahari dah tak nampak dah. Meja dia pun kemas semacam je. Ah sudah.. Tapi nasib baik pukul 3 dia masuk masuk balik dah approvekan training request tu. Selamat.... So hari-hari mendatang ini saya akan habiskan dengan membuat 2 kursus e-learning. Mueehehhehhe... oklah at least ada la jugak benda nak buat. Kalau tak, melanguk je tak tau nak buat apa...

Oh nak cerita sikit, last week kami buat farewell lunch untuk k ina yang bersara awal. Buat kat Kelantan Delights, Sooka Sentral (bersebelahan dengan KL Sentral). K Ina jiran sebelah saya kat office ni. Sebelum ni la... Sebelum kitorang restructure. Lepas restructure k ina dok annexe tapi  on and off masih ke menara juga sebab kat annexe tak proper tempat lagi so barang dia pun banyak lagi kat menara (err... sekarang dah takdelah...). Sedih jugak k ina nak berhenti sebab kalau ada k ina ni meriah je office. Dia suka bercerita.

Ok layan gambar...


 Nasi tumpang sebelum dibuka
 Selepas dibuka daun pisangnya.. sedap3x!
 Antara yang hadir meraikan
Meja lagi satu. Tema kami hari tu PINK!

Tapi boleh tahan mahal jugak makan kat sini. Setiap set tu (nasi kerabu, nasi kukus, nasi tumpang, etc) harganya dalam RM18-19.. So sekali-sekalaaa je boleh makan kat sini.

Sedikit ucapan kepada k ina. Semoga kak ina sihat selalu dan dirahmati Allah sentiasa. Good luck in whatever you are doing in the future. Keep in touch tau!

September 22, 2011

Musim Hari Jadi

Musim harijadi datang lagi....

Hari raya yang lepas, 31 Ogos, Hari Merdeka ialah harijadi Luqman. Adalah juga buat sambutan sikit kat kampung. Potong kek je dengan makan jajan diikuti dengan main bunga api hehhehe..

12 September, hari jadi twins pulak. Hari tu hari sekolah jadi mama tempahkan cupcake cikgu nina untuk Humaira Maisara bawa pergi sekolah. Mula-mula diorang minta buatkan goodies. Tapi satu kelas dekat 40 orang. So total semua dekat 80 orang. hmmm... jenuh pulak nak membuatnya dan ongkosnya pun hehhehe... Nasib baik terfikir nak order cupcake je. Okaylah Humaira Maisara kata semua kawan-kawan suka.

16 September, Hari Malaysia ialah harijadi Raihana pulak. Cuti masa tu. Ambil kesempatan untuk ajak adik beradik datang beraya sekali. Sambil tu sambut la birthday Raihana sekali dengan Humaira Maisara sekali. Kali ni berjaya dapatkan Red Velvet Cake k hani. Isk.. marvelous.. terubat kerinduan hehheheh...

Seronoknya diorang dapat hadiah makcik-makcik dan sepupu-sepupu. Terus nak bukak kat situ je.. Isk.. tak sabor-sabor. Humaira Maisara dapat hadiah novel dari Aneesa. Wah dah pandai baca novel pulak anak-anak daraku ini.. sampai tak ingat nak makan... Humaira kata, inilah hadiah harijadi paling best dia pernah dapat.. Errkk..

Hari jamuan tu mama masak sup tulang, mihun, nasi himpit siap dengan bergedil. Spaghetti kuah merah dan kuah putih (carbonara). Memang nak simple je. Sebenarnya memang simple tapi disebabkan ada bergedil tu jadi letih pulak. Dari malam sampai ke siang asyik dok mengerjakan bergedil je. Nasib baiklah ada tentera 5 orang tu tolong lenyek kentang, tolong gentel... Mama tinggal arah-arah je.. Konon nak buat chocolate cake la nak buat apply pie la nak buat caramel la semua tak buat sebab tak sempat.





Selamat Hari Jadi semua... Mama doakan semua jadi anak yang soleh dan solehah.. Ops.. Imran punya birthday coming on 6th October.. Tunggu...

September 05, 2011

Raya 2011

Habis sudah cuti seminggu. Memang liat nak mula kerja semula pagi-pagi Isnin ini. Lebih-lebih lagi office masih kosong. Ramai yang masih menyambung cuti tak tahu sampai bila. Mungkin esok mula penuh kot office ni. Yang hari ni mula datang office pun tak semestinya mula bekerja. Mood raya masih menebal. Lagipun nak mula email beremail pun sure tak berrespond punya sebab orang lain pun sama ada masih cuti atau pun masih mood raya (macam saya) hehhehe...

Kami tahun ni beraya di Batu Pahat. Meriah juga, walaupun ramai yang kena giliran belah mak mentua tapi sebab ada family abg azim dan family k lin, jadi meriah la juga. Tambah lagi dengan rumah baru.. wah... cantik cantik cantik.. Yang specialnya ialah ada kolam untuk budak2 berkubang. Isk.. penat juga nak memantau budak-budak nih. Asyik nak terjun kolam aje. Namun alhamdulillah setelah 4 bulan buat rumah dengan pelbagai halangan dan dugaan, akhirnya siap juga rumah mak ni.

Menu hari raya seperti biasa lontong, rendang, lodeh, ayam masak kicap, sambal kacang. Tambah lagi bakso. Dah jadi trademark kat sini untuk hari raya pertama ada bakso. Tahun ni ada dodol.. Huhuhu rindu dodol bak. Memang itu dah jadi warisan sejak dulu kala. Orang datang rumah mesti tanya dodol. Tengok keadaan, kalau ada kudrat kami buat, kalau takde kudrat kami tak buat. Macam tahun ni alhamdulillah abg azim balik kampung awal so boleh lah buat. Kalau harap abg alim sorang yang buat memang tak terbuat le...

Seminggu beraya di kampung.. puas ke tak puas? hehheh... 










August 26, 2011

Selamat Menyambut Syawal..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.
Ampun maaf dipinta atas segala kekhilafan...


July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Cepat betul masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai ke Ramadhan berikutnya... Selalu bila Ramadhan nak berakhir kita akan berdoa supaya Allah panjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan seterusnya.. Alhamdulillah sampai juga kita di sini (tapi sebenarnya ada 2 hari lagi macam-macam boleh berlaku).. Semoga Allah sampaikan kita ke Ramadhan kali ini..

Insya allah weekend ini akan balik kampung.. (rasa macam dah lama pulak tak balik). Nak tengok rumah baru lalala.. Nak tolong kemas-kemas la mana yang patut. Mak pun nak buat kenduri sikit.. kecil-kecilan.. anak beranak je dengan jiran sebelah... sempena nak sambut puasa dan juga sempena rumah baru.. Alhamdulillah siap juga rumah tu. Dalam masa nak buat rumah tu memang macam-macam juga lah dugaan dan cabarannya.. yang tak cukup, yang terkasar bahasa, yang terguris hati, yang memendam rasa, dan bermacam-macam yang lagilah... diharap ianya akan memperkukuhkan lagi ikatan sesama kami adik-beradik. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Apa persiapan puasa? Gembirakan kita dengan kedatangan bulan ramadhan.. Rasanya kita pun dah diingatkan banyak kali.. bulan ramadhan ialah bulan SALE.. jadi kita mesti bersiap sedia untuk merebut peluang mendapatkan ganjaran yang terbanyak... Jangan salah paham SALE bukan kat jusco je ye (walaupun itu pun memang sale juga heheh) Tapi yang dimaksudkan di sini ialah SALE yang Allah sediakan.. buat sikit, pahalanya dilipatgandakan.. yang tak ada dalam bulan lain... marilah kita sama-sama rebut peluang yang datang nya setahun sekali ini...

Dah abis shopping raya ke belum? kalau belum, pi lah shopping sakan weekends ni. jadi nanti masa bulan puasa kita dah tak perlu pikir pasal shopping raya dah (boleh ka??)...

Anak-anak? Insya allah Luqman, Humaira Maisara takde masalah lah sebelum-sebelum ni pun dah boleh puasa penuh.. So tahun ni cabaran untuk Imran lah... Alamak jadual puasa kita mama tak buat lagi lah.. tak sempat..

Ikutkan tak sempat, sekarang ni memang tengah sibuk dengan project. Dan nampaknya bulan ramadhan nanti pun akan tetap sibuk juga. Project kick off pun dalam bulan pose.. apa ke hei nyerr... hehhehe... tapi sebab nak kejar RFS date punya pasal... takpe minta vendor qadha' buat jamuan raya la nanti... So bulan pose kali ni nampaknya tetap kena bekerja dengan penuh berdedikasi (selalunya relax-relax je meeting pun tak banyak)

Ramadhan ialah bulan latihan. Mari kita set apa yang kita nak start latih diri kita?

contoh
- bangun malam solat tahajud
- baca al-quran setiap hari
- solat dhuha setiap hari
- latih anak-anak cukupkan solat 5 waktu
- banyak bersedekah
- solat qabliah & ba'diah untuk setiap waktu solat
- solat berjemaah

boleh pilih mana berkenan atau select all. cuba niatkan ini adalah permulaan/latihan. Minta allah bantu kita untuk terus istiqamah sehingga selepas bulan ramadhan. memang bukan mudah. Saya pun pernah gagal. Mari sama-sama kita berazam.

Salam Ramadhan....

July 07, 2011

Percutian di Impiana Cherating

Dah lama dah nak cerita tentang cuti-cuti malaysia yang lepas tapi tak terbuat-buat. Busy sangat la gamaknye....

-----------------------------

Musim cuti sekolah yang lepas, kami telah berpeluang untuk bercuti ke Cherating. Sebelum tu balik kampung dulu. Dari Batu Pahat terus ke Pahang melalui Yong Peng, Chaah, Labis, Segamat, Pekan, Muadzam, Gambang, Kuantan dan akhirnya sampailah ke Cherating. Agak 4-5 jam jugaklah.

Kami duduk di Impiana Cherating Resort. Kedudukannya betul-betul di tepi pantai. Yang syoknya boleh mandi kat pantai dan mandi kat kolam. Boring main kat pantai, terjun kolam. Boring mandi kat kolam, main air kat pantai pulak.

Nak dijadikan cerita, masa nilah jugak camera nak buat hal. Camera memang la biasa-biasa je takdelah DSLR gitu.. Aduhai.. terpaksalah snap gambar guna phone je... huhuhu..

Malas nak karang panjang-panjang.. Enjoy the pics!

 Raihana buat istana pasir. Tak bawak perkakas so istana dah jadi macam town plan pulak..

 Walaupun cuma guna phone camera, tapi gambar yang terhasil amat memberangsangkan juga.. cewah..







 sunrise at pantai cherating


 view from our chalet
Warung Aziz Satar.. terkenal di Kuala Kemaman..

June 29, 2011

UMi bersiaran lagi.. FIQH PUASA

Pejam celik pejam celik... sebulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.
Apa persediaan kita? Kalau ikutkan sebenarnya dari sekarang kita dah kena warm up dah ni.. Puasa sunatnya.. bertadarusnya... bersedekahnya... bersihkan hatinya... (mama sendiri tak warm up lagi huhuhu...)

Tajuk UMi kali ini sangat bertepatan dengan masanya... Mari kita sama-sama ambil peluang untuk mengulangkaji Fiqh Puasa...